PAGI Ellia hari ini dimulakan dengan kejutan bunyi daripada alarmnya. Regangan-regangan kecil dilakukan sebaik kakinya turun mencecah lantai. Teringat semula apa yang berlaku kelmarin, dia melepaskan keluhan perlahan. Dia sebenarnya sudah bersedia untuk membongkarkan semua yang dia ketahui... Malang sekali, garis takdir yang terukir seakan memangkah niatnya.
Belum sempat dia mahu membuka mulut bagi menceritakan kebenarannya kepada L dengan Sun, mereka dikejutkan oleh kepulangan awal Blair dan Sienna dari pejabat. Kebiasaannya, mama dan papa mereka itu pulang lebih kurang pukul 8.00 malam. Akan tetapi, kisahnya berlainan pula kelmarin. Mereka berdua telah pulang ke rumah sebelum jam menunjukkan 6.00 petang lagi.
Jenuh juga dia dileteri Sienna kerana bermain hujan. Nasib baiklah ada papanya, L dan Sun yang menolong dia melepaskan diri daripada leteran mamanya. Kalau tidak, pasti sampai ke hari ini leteran itu berterusan!
Dan ya, kerana kepulangan mama dan papanya yang tidak dijangkakan itu, Ellia tidak dapat menyampaikan kebenarannya kepada L mahupun Sun. Kecewa? Sangat!
Pun begitu, dia hanya mengekalkan fikiran yang positif sahaja. Mungkin juga belum tiba waktunya untuk kebenaran itu terdedah.
"Ugh," keluhnya sekali lagi sebelum langkah malas dibawa ke bilik air untuk membersihkan diri.
Beberapa minit selepas itu, barulah dia keluar semula dari bilik air. Selesai menyikat rambut, komputer mini VRS dikeluarkan dari laci peribadinya lalu dihidupkan. Dahinya berkerut sedikit tika matanya disapa paparan skrin yang menunjukkan sekotak hadiah.
"Click open!"
"Apa ni? Dah macam scamming operation pula," sungutnya sendirian.
Namun, tangannya diringankan jua mengklik button open pada skrin tersebut. Tidak semena-mena, bunyi trumpet yang kuat kedengaran. Hampir sakit jantung Ellia jadinya!
Dengan gerakan tangan yang lincah, sound dalam VRS ditetapkan semula kepada volume asal. Aduh! Bagaimanalah dia boleh terlupa menurunkan kembali volume komputer mini itu? Kepalanya digeleng-geleng laju.
Sebelum ini, volume komputer tersebut dia kuatkan supaya dia dapat mendengar bunyi notification new message masuk. Maklumlah, dia terlalu berharap yang CL akan membalas messages yang dia kirimkan sebelum akaun lelaki itu dinyahaktifkan sekali gus diharamkan. Sayangnya, harapan tinggal harapan sahaja.
"How are you there, CL?" Soalan itu digumam rendah.
Matanya dipejamkan, cuba mengawal diri daripada lemas di bawah naungan emosinya.
Usai mengerdipkan matanya semula, Ellia langsung tergamam dengan perkara yang menyapa pandangannya. Surprise box? Kotak hadiah tadi itu... Surprise box? Hampir-hampir sahaja dia menjerit disebabkan teruja! Nasib baiklah akal warasnya cepat menegah sebelum dia berbuat sedemikian.
Surprise boxes, ganjaran istimewa yang pihak developer VRS sediakan khusus buat para players yang menarik perhatian dalam game itu. Jika seseorang player menerima surprise boxes, maka itu bermakna player tersebut telah diakui sebagai diamonds dalam VRS.
Mengetahui perkara itu, Ellia berasa sangat senang hati. Terubat sedikit luka yang ada pada hatinya. Achievementsnya tidak banyak meningkat sejak kebelakangan ini, tetapi skills dan techniques yang dia miliki sudah diasah berkali-kali. Dan sudah tentulah, peribadi yang membantunya melakukan hal tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah CL.
Selepas ini, dia perlu berusaha sendiri untuk memperbaiki skills beserta techniques miliknya. Payah macam mana sekalipun, dia kena belajar bergerak ke hadapan dengan sendiri. CL sudah menunjuk ajar tentang pelbagai teknik. Saat ini, cuma dirinya sahaja yang belum menguasai teknik-teknik itu. Dia juga harus mendapatkan lebih banyak pengalaman battles lagi.
"Okey, you can do this, Siea. Mari jadi lebih kuat, Aelice," ucapnya, memberi semangat kepada diri sendiri.
β’β¦β¦βββββ’β¦α‘αβ’β¦βββββ¦β¦β’
Setelah memasuki arena Grand Event, Ellia segera menganalisis peta Rou Island, kawasan beriklim China yang baru pertama kali dijejakinya. Menurut yang dia tahu, lokasi-lokasi battle dalam VRS biasanya lokasi iklim jenis sejuk. Namun begitu, dia tetap merasakan bahawa ianya perlu untuk dia mengadaptasikan diri dengan setiap lokasi yang ada. Nanti tidak adalah dia termenung-menung cuba mencari tahu jalan kalau ditakdirkan berada di lokasi battle jenis jarang...
Walaupun dia baru sahaja mendaki rank kelima, iaitu Sagen disebabkan oleh surprise box tadi, Ellia tetap menumpukan perhatian sepenuhnya di arena itu. Lagi pula, dia cukup jelas bahawa players yang berada di arena tersebut tidak seorang pun patut diremehkan. Kebolehan mereka sukar ditebak, terutamanya bagi yang menggunakan LOCK, hide identity dan rank sekali gus.
Aelice yang bergerak dengan penuh waspada pantas mengelak apabila sebilah tombak hampir mengenai dirinya. Kelihatan lima orang players sedang mengerumuni dirinya kini.
Ellia tersenyum senget. Lima orang itu... Dia cam sangat siapa mereka! Pandangan mata gadis itu berubah gelap sebelum marak dengan api membara.
Tidak berniat memberikan mereka peluang untuk beraksi, dia segera mengeluarkan weapon nunchucks yang sudah diupgrade sebelum ini. Disebabkan weapon itu jenis nunchucks boleh regang, Ellia memilihnya untuk merantai pergerakan mereka.
Karakter Aelice bergerak pantas ke arah tanpa perlu menggunakan skill speed. Kemudian, barulah dia melilitkan tubuh lima players itu bersama-sama menggunakan weapon nunchucksnya.
Puas hati sungguh Ellia melihat mereka tidak berdaya melepaskan diri daripada lingkaran nunchucks itu! Kalau diikutkan, nunchucks itu sebenarnya agak sukar dia kawal pergerakannya dari jarak yang jauh... Jadi, dia mengambil inisiatif lain dengan mendekati musuh-musuhnya itu agar serangan nunchucks tersebut menjadi.
Padanya, lebih baik mengambil jalan selamat berbanding bergaya menunjuk-nunjuk kemahiran yang tidak seberapa. Takut andai memakan diri sendiri di hujung pangkalnya!
"Kenapa kau tak terus bunuh kitorang, hah?"
"Kill ajelah kitorang!"
"Buat apa pula kau nak tahan kitorang macam ni?"
"Make your killing, b**ch!"
"B**ch, go die! Just kill us!"
Tergeleng-geleng kepala Ellia mendengar suara tinggi dan bicara kasar mereka itu. Tetapi, ada satu hal yang membuatkan dia terasa lucu. Nada suara mereka kedengarannya... Takut?
"Oh, tolonglah... Masa diaorang pijak-pijak maruah aku dalam Private Solo Battle tu, diaorang tak fikir pula macam mana perasaan aku masa tu, kan? Geez... Aku rasa macam nak buat benda yang sama dekat diaorang. But nah, I'm not going to make myself such a lowlife person. I don't want my hands to be dirty with the broken pride of others."
Aelice meninggalkan sahaja lima players yang sibuk terjerit-jerit itu. Mungkin orang yang menyaksikan aksinya menganggap dia tidak berakal kerana melepaskan lima 'mangsa' dengan begitu sahaja. Namun bagi pro gamers, tindakannya itu cuma membawa satu makna.
'Korang tak layak untuk jadi mangsa aku. I deserve better preys.'
Seperti itulah tafsiran mereka terhadap tindakan tersebut. Nyatanya, niat Ellia juga memang serasi dengan tafsiran itu.
Dalam erti kata lain, tindakannya itu juga secara tidak langsung mempermalukan lima players tadi. Bagaimana boleh jadi begitu pula? Ringkasnya, dengan meninggalkan para players itu tanpa meragut nyawa mereka, perkara itu seakan menunjukkan yang karakter Aelice sedang berkata, "Mereka tiada sebarang keistimewaan di mata aku."
Cara yang halus dan 'bersih' untuk menyampaikan penghinaan, tetapi maksudnya cukup dalam. Malah sebenarnya, kesan yang akan ditinggalkan oleh caranya itu adalah jauh lebih teruk daripada penghinaan yang diterimanya semasa dalam Private Solo Battle tempoh hari.
Actions speak louder than words.
Berbanding melemparkan segala macam kata-kata penghinaan, lebih elok lagi sampaikan penghinaan melalui tindakan semata-mata. Tindakan yang umumnya kecil di mata orang biasa, namun punya maksud tersendiri di mata mereka yang dapat mengerti.
Baru sahaja Aelice tiba di kawasan selatan, dia dikejutkan dengan panahan jitu yang Hampir-hampir menembusi kepalanya. Akan tetapi, panahan tersebut tersasar dan mengenai sebatang pokok.
Ellia membelalakkan matanya apabila dia meninjau persekitarannya. Archery Gang!
Cepat benar karma datang menghambat dirinya... Adakah disebabkan tingkahnya yang memandang rendah terhadap musuh-musuhnya tadi, dia kini dipertemukan dengan sekumpulan musuh yang begitu hebat?
"Let me see what you've got."
Ellia menetapkan pergerakan Aelice supaya menjadi lebih pantas. Serangan pedang karakter dengan character ID Ravunsell itu dielak mudah oleh karakternya.
Tanpa dikuasai rasa gentar, Aelice dia gerakkan ke arah Ravunsell. Weapon yang dia gunakan kali ini ialah pisau bergerigi. Sekelip mata sahaja, dia berjaya menikam Ravunsell yang tidak menjangkakan serangan baliknya itu.
Kebetulannya, LR Ravunsell telah berada pada tahap kritikal. Maka selepas terkena serangan Aelice itu, karakter Ravunsell langsung terbunuh.
Menyedari ahli-ahli Archery Gang ingin menyerangnya secara serentak, pisau bergerigi yang ada dalam pegangan Aelice dia lontarkan kemas mengikut gerakan zigzag.
"Saga Kill!"
"Massive Attacks!"
"Grand Killings!"
Selepas melancarkan serangan dengan pelbagai jenis weapon tanpa henti, akhirnya tamat jua perlawanan antara Ellia dan Archery Gang. Dia menghela nafas lega kerana berjaya menumpaskan mereka semua walaupun dia cuma bersendirian.
Pada kala ini, dia bersyukur yang dirinya menemui treasures dan mendapat surprise box. Maklumlah, semua weapons yang dia gunakan datangnya daripada treasures serta surprise box... Andai dia tidak beruntung menemui dan mendapatkan treasures ataupun surprise, pasti dirinya sudah lama kalah berhadapan dengan Archery Gang itu.
Perlawanan berlanjutan tanpa henti antara players lain. Ellia turut tidak ketinggalan daripada terlibat dengan beberapa perlawanan lain selepas mengalahkan Archery Gang.
Waktu Grand Event yang disertainya ini telah berlangsung selama 20 minit. Sekarang, cuma tersisa 35 players di arena Grand Event itu, termasuklah Aelice.
Sedang Aelice berjalan-jalan mencari musuhnya, bilangan players di arena tersebut semakin berkurang. Angka 35 itu bertukar kepada 12 orang dalam masa yang seketika sahaja. Selang dua minit kemudian, hanya tinggal tiga players yang masih bertahan.
Berpeluh-peluh tangan Ellia jadinya. Tiba-tiba pula hatinya nervous semacam! "Relax, relax... Jantung, tolong berdenyut dengan stabil. Eish! Kenapa rasa macam aku ada masalah jantung pula ni?" omelnya kepada diri sendiri.
Di hujung laluan yang dilaluinya, pencarian mangsa Aelice akhirnya terhenti. Dua orang players yang bertahan sehingga ke saat ini muncul di hadapannya. Character ID mereka berdua ialah Rainbow dan... Lily!
Gigi diketap kuat, menandakan betapa geramnya Ellia tika ini.
Tidak berlengah-lengah, Aelice membuka langkah dengan pergerakan tangkas. Weapon boomerang dilempar tanpa belas kasihan ke arah Rainbow yang secara jelasnya berteman dengan Lily. Rainbow yang tidak sempat bersedia dengan serangannya itu dikill begitu sahaja.
Sedikit sebanyak rasa bersalah juga Ellia kerana menyerang Rainbow secara agresif. Pun begitu, dia tidak ada pilihan lain. Kalau dia mahu berlawan dengan Lily secara bebas, dia mesti menghapuskan Rainbow dari 'frame' arena itu. Sebabnya, Rainbow pasti akan melindungi Lily dan mengganggu Aelice.
"That's a nice move! Kau
"Cut the crap off," gumam Ellia dengan nada kasar.
Aelice segera mara untuk menyerang Lily. Tetapi, serangannya dipatahkan oleh karakter itu. Dia kekal berjaga-jaga bilamana karakter Lily menghilang dari pandangan.
"Seems like you've made
a wrong choice."
"Kau tahu tak yang kau tak sepatutnya cuba cabar aku?"
Ellia sama sekali tidak tergugat dengan bicara player yang memainkan karakter Lily itu. Suasana battle seperti ini, dia sudah terbiasa menghadapinya dek latihan tegas CL. Bila difikir-fikir, lelaki itu memang tahu yang mentalnya lemah dengan gangguan-gangguan ayat berunsurkan perang psikologi. Jadi hakikatnya, latihan tegas CL justeru cuma membuatkan dirinya kental dengan bermacam-macam situasi battle. Bukannya untuk mendera mentalnya seperti yang pernah Ellia sangkakan dahulu.
"Dasar tak sedar diri! You
unqualified b**ch!"
Berkat penumpuan penuhnya terhadap kawasan sekeliling, mudah sahaja Aelice menjangka di mana Lily akan memunculkan diri. Boomerang dilempar tepat ke arah leher karakter Lily seusai karakter tersebut muncul kembali. Seperti biasa, visualisasi VRS 'melakukan kerja'nya ketika leher karakter itu terkoyak. Dan...
"Starlight Party!"
Puas... Ellia sangat puas dengan keputusan yang diperolehinya daripada Grand Event itu. Bukan sekadar sebab berjaya menjadi pemenang keseluruhan, sebaliknya juga kerana berhasil membalas dendam terhadap insan-insan yang mempermalukan Aelice dahulu.
Sebetulnya, dia bukanlah menaruh dendam terhadap semua players yang menyerang dirinya ketika Private Solo Battle tersebut. Sasaran terbesarnya cumalah dua players yang bergandingan bahu mengatur prosedur memalukan Aelice sewaktu itu sahaja, yakni Hades dan Lily. Bagi players lain, adalah juga perasaan mahu memberikan mereka penghinaan seperti yang dikenakan kepadanya. Namun begitu, Ellia tidak berniat mahu menghadiahkan killing kepada mereka. Cuma mental-slap biasa memandangkan mereka berstatus 'orang bawahan' kepada Hades dan Lily. Selaku 'orang bawahan', sudah semestinya mereka dikawal sepenuhnya oleh dua players itu. Oleh hal yang demikian, dia membuat keputusan yang dia hanya akan menyasarkan Hades dan Lily sahaja sebagai sasaran untuk dikill.
Lily, all done.
As for Hades, they would eventually meet again when the right time comes.
β’β¦β¦βββββ’β¦α‘αβ’β¦βββββ¦β¦β’
"You levelled up to Saintess!"
"You levelled up to Extreme Stage!"
"You received 25 special superpowers, 20 special elite weapons, 30 free lives, 650 diamonds and 50 tickets to join Grand Events!"
Satu demi satu notification itu muncul selepas Ellia mengklik open bagi Event Treasure. Dia bersorak kecil dengan penuh rasa teruja. Yahoo, dia berjaya level up rank dan tahap sekali lagi!
Mengenangkan bagaimana dia telah mengorbankan semua diamondsnya untuk menaik taraf weapons yang dia miliki sebelum memasuki arena Grand Event, pengorbanannya saat ini terasa cukup bermakna.
"CL, did you watch it? Saya berjaya unlock achievement baru lagi sebab tunjuk ajar awak selama ni... You should be proud of me, alright?"
Air matanya mengalir tanpa dipinta. Biasanya selepas memenangi battle atau mencapai achievement baharu, dia akan bermessage dengan CL. Setiap kali itu juga, CL bakal memperingatkan dia agar tidak terlalu bangga atas pencapaiannya dan bahawa dia perlu senantiasa berusaha memperbaiki corak battlenya.
However, this time is different. And this is something that she couldn't adapt to in just a short time. She could barely accept the fact that he's not going to be there anymore to receive her messages and be her listener.
"This is too heartbreaking... How can your image still flashes in my head when in reality, we have never even met each other?"
Wajahnya ditekup menggunakan kedua-dua belah tangan lalu dia meletakkan kepalanya di atas meja. Terenjut-enjut bahunya apabila dia melepaskan tangisan buat entah kali yang keberapa.
Just levelled up and she was supposed to be happy. Yet, there's a thing missing in her heart and it's breaking her apart.
γβ¨Ύγβ¨Ύγ
ββββββ
So, Ellia is getting more powerful, guys~ Dia asyik level up aje sekarang niπ₯Ίπ₯Ίβ€οΈβ€οΈβ€οΈβ€οΈ Sorry sebab Yna tak reti nak buat suasana battle yang epic, HUHUHUHUHUππ But who knows? Maybe I'm keeping that talent for the last, LOLπ€£ππ
And CL... My boy truly have left this story now?πππ£
Sekarang ni, Yna pun rasa macam agak kosong after CL menghilang. I'm not alone feeling like this, right? Or am I really the only one?π
Progress story ni lambat tak?πΆπ¬ Ada yang rasa story ni jadi makin boring? If so, then Yna minta maaf... Kalau korang ada rasa terniat nak tinggalkan story ni, Yna akan terima. I just wanna say thanks for your previous supports.β€οΈ
Bagi korang yang masih setia bagi Yna supports, thank you for willing to read this story, votes and everything. I really appreciate it! π₯Ίπ
Gee, why am I giving speech like this is the ending chapter?ππ¬π€£ Anyway, I truly mean it.π₯Ί
Last but not least, thanks for reading this kinda messy chapter!β€οΈ
You are reading the story above: TeenFic.Net