HUJAN turun mencurah-curah ke bumi, membuatkan Ellia yang berada di luar rumah kini basah kuyup. Dia menikmati setiap titisan air hujan yang menyentuh kulitnya sambil mendepakan tangannya. Dalam hujan itu juga, tangisannya dilepaskan kala mengingat pemberitahuan yang diterimanya ketika dia ingin menghantar message lagi kepada CL sebentar tadi.
"This account has been deactivated and banned for a while due to private matters."
Bagaimana dia mahu berhubung dengan CL lagi selepas ini?
Sumpah ini semua tidak adil!
Ellia menghamparkan kesedihannya di bawah hujan kerana dia merasakan hujan itu penenang yang terbaik pada masa-masa begini. Dan ini bukan kali pertama dia menangis bertemankan hujan sebagai selimut air matanya. Selama ini, dia sudah sering menjadikan hujan benteng pertahanan semula jadinya ketika dia terluka.
The rain drops shelter her tears too well, it hides away the sadness that burden her heart and mind from everyone. That's why crying in the rain becomes her habit, it's her official wall of nature.
Pernah dahulu, ketika Grandma Sapphire mengatakan bahawa wanita itu kecewa pada dirinya, dia menangis di dalam hujan selama hampir sejam. Sejak dari awal, Grandma Sapphire telah meletakkan terlalu banyak harapan ke atas dirinya. Dia sudah katakan, dia bukan seseorang yang multitalented. Dia bahkan tidak tahu apa kelebihannya pada waktu itu tetapi dia tidak membahas tentang perkara tersebut dengan Grandma Sapphire. Kerana saat dia mula memahami bahasa manusia, dia telah seringkali diberitahu bahawa semua yang berdarah Jennings terlahir berbakat. Begitu juga dengan mereka yang berdarah Lawrence. Sebab itulah, dia tidak mengatakan apa-apa. Semuanya kerana dia risau akan penerimaan ahli keluarganya.
Hendak dijadikan cerita, semasa itu, dia baru berumur lapan tahun. Namun begitu, dia sudah dilibatkan dengan pelbagai jenis kelas. Antaranya termasuklah kelas seni tari, menyanyi, melukis, mereka cipta, berpuisi, sukan dan kemahiran lainnya. Sayangnya, dari berbelas-belas kelas itu, dia cuma mampu menjadi topper dalam kelas melukis sahaja.
Tentu sekali, itu sesuatu yang jatuh di tahap paling bawah jangkaan Grandma Sapphire. Wanita itu amat kecewa dan mengungkapkan rasa kesalnya terhadap Ellia. Di hadapan para sepupu dan adik-beradiknya, Ellia diherdik hebat. Tidak terfikir sedikit pun wanita tersebut yang setiap bait bicaranya bakal menoreh hati gadis kecil itu.
Ellia tidak menangis pada waktu itu. Benar, dia hanya menelan semuanya meskipun terasa pahit dan menyesakkan hatinya. Air matanya cuma tumpah apabila langit dengan sukacita mengirimkan hujan ke atas tanah negeri Vorche ini.
Selang beberapa minggu selepas itu, hujan sekali lagi menjadi pelindung dukanya tika Grandpa Blake menarik gelarannya sebagai Honored Granddaughter. Oleh kerana satu kesalahan yang dia telah lakukan dalam majlis para pewaris muda keluarga millionaire, gelaran itu disingkirkan daripada dirinya. Mengikut Grandpa Blake, one small mistake can ruin the whole thing. Maka, dia tidak layak memegang gelaran Honored Granddaughter lagi. Gelaran itu kemudiannya dimiliki oleh Airika selaku cucu kedua dalam keluarga Lawrence.
Hujan senantiasa turun sewaktu dia benar-benar merasa tersakiti. Kadangkala, dia terfikir... Hebat sungguh hujan dalam membaca perasaannya! Atau mungkin juga hujan itu turun kerana ingin mempersendakan dirinya?
Ellia tidak tahu apa jawapan yang tepat untuk persoalan itu. Hakikatnya, walaupun hujan berkemungkinan memahami hatinya, tetapi dia tidak punya kebolehan untuk membaca erti di sebalik turunnya hujan itu.
"Oh my God, kakak! Kakak buat apa dekat luar ni?" Sun menyoal dengan suara yang tinggi, cuba menyaingi bunyi hujan yang kuat itu.
Ellia membuka matanya. Tidak sangka pula Sun menyedari perbuatannya yang sedang 'mandi hujan' dengan begitu cepat. Biasanya, dia jarang didapati ber'mandi hujan' oleh orang lain. Nampaknya, hari ini tuahnya tidak berapa kuat.
Bilamana Sun datang kepadanya bersama payung, dia hanya mampu pasrah sahaja ditarik masuk ke dalam rumah oleh adiknya itu. Tidak ada upaya dia mahu menolak dalam keadaan menggigil kesejukan!
"Kakak duduk sini diam-diam... Sun nak sediakan minuman hangat untuk kakak dulu," pesan Sun selepas membawa Ellia duduk di sofa.
Ellia menganggukkan sahaja kepalanya. Tidak lama setelah Sun berlalu ke dapur, sehelai tuala dihulurkan dari sisinya. Dia menoleh lalu bertembung empat mata dengan L. Lambat-lambat tuala yang L hulurkan itu disambutnya.
Tanpa bersuara, L duduk di sofa yang bertentangan dengan kakaknya itu. Mata Ellia diamati bersama lirikan yang tajam. "Why did you cry, sister?"
"I didn't," jawab Ellia dengan suara yang sedikit serak.
"Yeah, sure... Macamlah L ni buta tak dapat nak cam mata orang yang normal dengan mata orang yang baru lepas menangis."
Ellia membisu, tidak berniat mahu membidas. Bukti sudah jelas di depan mata, bagaimana dia harus berbohong lagi?
Beberapa detik berlalu, suasana hening antara dua beradik itu sehinggalah L melepaskan keluhan kecil. "Kakak, you feel like a stranger, you know... L tahu kakak ada masalah, tapi L tak faham kenapa kakak susah sangat nak bagitahu masalah kakak kepada L ataupun Sun. You have always helped and be there for us before whenever we're lost or when we're facing troubles... Tapi bila kakak yang ada masalah, kakak simpan semuanya sendiri. You said, we're siblings. Sebagai adik-beradik, kakak sepatutnya beritahu kitorang masalah kakak, kan? Yes, I know there's that line called privacy. But if it hurts you so much, shouldn't you let it all out? Kakak, just because you're our 'kakak'... It doesn't mean you have to keep it all to yourself. Kakak selalu ada untuk kitorang, jadi L dan Sun pun akan sentiasa ada untuk kakak. So, please... Cannot you trust us as your siblings? Why must you be drowned in pain while we know nothing about it? Kakak tak percayakan L dengan Sun ke? Do you still take us as kids? Is that why, sister?"
Bicara L yang cukup emosional itu membuatkan Ellia terkedu. L jarang sekali berbicara panjang lebar, apatah lagi secara emosional. "L, kaโ"
"You make me feel worthless as your brother. Kakak tak pernah bagitahu apa-apa... Kakak tak pernah langsung cakap atau mengadu yang kakak sakit... You have always worn that beautiful smile on your face... And you kept on holding your responsibility as our sister... When in reality, you are actually fighting with your demons every single day. Just why, sister?"
Tersentak Ellia mendengarkan hal itu. Pucat lesi wajahnya tatkala satu sampul dokumen putih beserta cop yang amat dikenalinya L jatuhkan di atas meja kaca di hadapan mereka. Sampul dokumen itu... Matanya membulat besar. Dari mana L mendapatkannya?
"I wouldn't be able to get this if I didn't beg Doc Vie. Sekarang ni, L betul-betul rasa tak berguna... As your brother, I've done nothing for you. L sentiasa anggap kakak okey aje selama ni sebab senyuman kakak... Who could have thought the fact that your smile is actually a reflection of your hidden pain?"
Sun yang mendengar perbualan kedua-dua abang dan kakaknya itu menghampiri mereka dengan langkah rapi walaupun emosinya kian terusik dek setiap ucapan yang baru keluar dari mulut L. Usai meletakkan secawan hot chocolate di atas meja kaca, dia lantas melabuhkan duduknya di sisi Ellia. "Kakak, minumlah. It will help keeping you warm."
Ellia menghirup hot chocolate tersebut dengan perlahan-lahan. Dia tahu hala tuju perbualan yang akan dia adakan dengan adik-adiknya selepas ini. Jadi, ada baiknya dia cuba menenangkan diri dahulu dengan menikmati hot chocolate itu.
"Kakak... Sun tahu, Sun ni bukan adik yang terlalu baik. Sama macam abang L, Sun pun kurang ambil tahu tentang kakak. Your smile fooled me the whole time... Before this, Sun pernah berharap yang kakak belum sampai ke tahap macam ni... Sun betul-betul berharap yang even if you're scarred, you still haven't reached this phase... But... But I was wrong. Kakak memang betul-betul face battles that none of us know about. Sun... Sun rasa bersalah. I always went to you when I needed a listener, and when I needed wise advices. Yet, have I ever been there for you when you needed me? Sun tak ada, kan bila kakak perlukan Sun? Kakak, Sun minta maaf... I should have been more caring... I shouldn't have thought only about myself... I was being unfair to you..."
Esakan halus yang datang daripada Sun membuatkan Ellia meletakkan cawan yang isinya tinggal separuh itu kembali ke atas meja.
"L pun minta maaf, kakak..." L menutur lemah dengan mata yang berkaca-kaca.
Terasa sendat ruangan dada Ellia melihat adik-adiknya berkeadaan seperti itu. Dia tidak mahu mereka mempersalahkan diri kerana tidak peka akan keadaan mentalnya. Bukan salah mereka dia mengalami kemurungan... Tidak, mereka sama sekali tidak bersalah.
"L, Sun... It's not your fault. It's really not your fault. It was me... I hurted myself more than other people did. I've always thought I'll never be enough... Kakak yang buatkan keadaan kakak jadi lebih buruk. You guys made no fault, you didn't hurt me..."
And that was it, the moment when she finally dropped her mask.
"Come here, you two..."
Ellia membuka luas tangannya dengan niat mahu memeluk kedua-dua adiknya itu. L dan Sun pantas sahaja datang kepadanya. Mereka berdakapan bersama linangan air mata pada wajah masing-masing.
Berkali-kali kata maaf meniti di bibir L dan Sun, setiap kali itu jugalah Ellia mengatakan semuanya bukan salah mereka.
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
"Janji dengan kakak yang L dan Sun takkan bagitahu mama and papa pasal benda ni, boleh?" pinta Ellia.
L dan Sun mengangguk-angguk seperti burung belatuk sebelum Sun memberikan balasan. "Tapi kalau diperlukan... Sun mungkin akan langgar janji ni. Is that okay to you?"
"L pun," celah L yang bersetuju dengan Sun.
Ellia tersenyum nipis. "Okey, so I'll change my request... L dan Sun, kakak nak korang cuba rahsiakan perkara ni selama mana yang korang mampu. Can you do that for me?"
Kali ini, L dan Sun tidak lagi mempunyai sebarang 'tapi'. Anggukan diberikan kepada kakak mereka itu. Selagi tidak diperlukan, mereka tentu sekali akan merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan mama dan papa mereka. Demi Ellia, mereka pasti bakal melakukan apa-apa sekalipun agar dapat menjaga sekeping hati kakak kesayangan mereka itu.
Suasana di ruang tamu itu kian penuh dengan aura yang jauh lebih positif. Kedua-dua L dan Sun kala ini berasa jauh lebih tenang seusai berbual-bual mengenai banyak hal dengan Ellia. Kakak mereka itu memang cukup tahu bagaimana caranya untuk mengubah aura suram dalam hati mereka menjadi aura ceria.
"Kakak, dah lama L nak tanya satu soalan ni dekat kakak... Tapi, biasanya masa tak sesuai dan ada masanya, L terlupa. So right now, L rasa L patut pertanyakan soalan ni. Kakak... Do you know CL? I mean, know him for real and in contact with him?"
Soalan yang tidak terduga itu sedikit mengejutkan Ellia. Dia lalu melarikan pandangannya daripada pandangan mata L dan Sun yang menanti-nantikan jawapannya.
"Sejak bila?" soal L lagi yang sudah dapat mengagak jawapan kepada soalan pertamanya.
Ellia langsung tidak menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh L. Patutkah dia memberitahukan segalanya? Sejujurnya, dia khuatir. Bagaimana kalau kejujurannya semakin mengeruhkan keadaan antara CL dan team Crowner?
"Kakak..." Sun menyentuh puncak tangan kakaknya itu.
"Tell me first... If I reveal the truth, will the matter between you guys worsen?"
Pandangan L dan Sun bertemu. Ternyata itulah yang merisaukan kakak mereka selama ini. Ellia sukar untuk jujur kerana dia sentiasa mahu mendapatkan hasil yang positif. Hasil positif yang mana dapat menggembirakan semua orang di sekitarnya waima hatinya robek. Dia enggan kejujurannya merosakkan suasana yang gembira atau yang sudah sedia teruk.
However, she may have forgotten the fact that everything have its own consequences.
"Kakak, walaupun nak jujur tu susah dan kakak risau tentang apa akibat kejujuran kakak tu... L nak kakak ingat yang kejujuran adalah cara terbaik untuk selesaikan masalah berbanding pendamkan kebenaran tu. Dan kakak patut tahu, tak ada satu pun benda di dunia ni yang tak akan ada akibatnya. Everything come and exist with consequences."
Ucapan yang lahir dari mulut L itu menyentakkan Ellia. Dia tersenyum segaris. Adiknya itu memang sudah cukup dewasa, bukan? Dahulu dia yang selalu memberikan nasihat kepada L, kini L pula yang menyedarkan dirinya.
"Kalau kakak rasa susah nak bagitahu kitorang, Sun dengan abang L takkan paksa kakak untuk bagitahu kitorang segalanya. Kalau kakak perlukan masa, kakak ambillah masa sebanyak mana yang kakak nak. Until then, we both will just wait for you."
Ellia memandang ke arah Sun. Terlihat satu senyuman tulus terbit pada wajah gadis itu.
Nafas dihelanya perlahan. Mungkin inilah waktunya... Untuk dia menanggalkan topeng yang menutupi kebenaran palsu itu.
No matter what the outcome will be, she need to do this. She has to take off that mask.
ใโจพใโจพใ
โโโโโโ
I feel cengeng๐๐โ๐ป Boleh pula menangis masa tulis part L dan Sun talked to Ellia after diaorang dapat tahu yang Ellia ada depression...๐ฅบ
Anyway, I hope this chapter is okay. Kalau tak okey, sorry... HUHUHUHUHU~๐
Thanks for reading!๐
You are reading the story above: TeenFic.Net