MENGGELETAR hebat tubuh Ellia kini setelah menekan perkataan 'use' yang terpapar pada skrin komputer mininya. Ini kali pertama dia menggunakan tiket untuk menyertai Grand Event. Kononnya mahu beranikan diri, tetapi dia tetap jua berhati kecut... Haih, susah betullah!
"Please put in the design
for your character."
Sebaik sebaris ayat itu muncul, Ellia terus menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Pertama kali memasuki bahagian Self-made Characters, dia sedikit janggal memahami bahagian itu. Buku lukisannya kemudian dikeluarkan dari dalam laci. Dia kerap melukis karakter-karakter 2D selama ini, jadi boleh dikatakan dia mempunyai banyak pilihan untuk dijadikan Self-made Characternya yang pertama. Setelah selesai memilih karakter 2D yang dia sukai, dia pantas menghubungkan telefonnya dengan komputer mini itu. Tidak sampai seminit, lukisan karakternya langsung berjaya dipindahkan ke dalam komputer tersebut.
Jari-jemarinya bekerja lincah menggayakan karakternya yang telah automatik 'hidup' seperti karakter sedia ada mengikut tetapan game VRS itu. Penuh rasa teruja hati Ellia bila terkenangkan kenyataan bahawa Aelice saat ini sudah mempunyai rupanya sendiri. Lukisan dan gaya yang dipilihnya dia tetapkan khas buat karakter Aelice. Karakter Aelice ditetapkan sebagai karakter posisi Ace, berambut merah pic dan digayakan bertocang sisi manakala pakaiannya pula bak gaun Elsa dalam kartun Frozen semasa menyanyikan lagu Let It Go. Pun begitu, gaun Aelice tidaklah selabuh mahupun seksi seperti gaun Elsa. Gaunnya hanya sampai ke paras buku lali tanpa potongan sisi dan mantelnya sekadar mencecah pinggang.
Seperti yang Ellia rancangkan sejak dari mula lagi, dia akan menghadiri Grand Event itu tanpa membongkar identitinya. Public Mic dia matikan sebaik memasuki arena Grand Event. Gaya battlenya yang terkini; No speaking, no identity, just battle.
"5... 4... 3... 2... 1...
Battle Starts!"
Karakter Aelice digerakkan dengan tenang, berlegar-legar di kawasan tempat karakternya diletakkan. Lokasi Grand Event itu adalah Night Snow Town, salah satu lokasi beriklim sejuk sederhana. Ellia mengambil masa beberapa minit untuk memahami selok-belok lokasi itu. Ini merupakan kali pertama dia menyertai battle di lokasi tersebut, jadi dia agak canggung bagi mengadaptasikan diri dengan jalan-jalan yang ada. Sebenarnya, jika ini arena Solo Battle yang biasa, dia tidaklah canggung sangat. Akan tetapi, laluan-laluan untuk lokasi Grand Event biasanya jauh lebih rumit. Berbeza dengan lokasi Solo Battle biasa yang laluan-laluannya cukup mudah difahami.
Aelice pantas menyembunyikan diri di dalam semak apabila mengesan kehadiran sekumpulan players di tempat dia berada. Dia memerhatikan sahaja mereka berlawan, malas mahu mengambil bahagian. Yalah, tak pasal-pasal nanti, terus kena kill pula dia!
Membulat besar mata Ellia apabila melihat aksi killing mereka. Headshot, tembak jantung, tetak dada, patahkan leher, potong kepala... Aduh, menyeramkan sungguh! Seperti biasanya, dia mempersalahkan visualisasi game VRS yang amat menunjukkan kerealistikan scenes dalam game itu. Segalanya langsung tidak terasa seperti game, tahu?
Apabila players yang terselamat menggunakan skill teleport untuk pergi dari situ, barulah Ellia dapat menghela nafas lega. Nasib baik mereka tidak meneruskan battle mereka... Letih benar dia menunggu di dalam semak!
Usai keluar dari semak itu, seorang player secara kebetulan muncul dari semak yang bertentangan. Erk! Ellia tergamam habis memandangkan situasi itu berlaku di luar jangkaannya.
"Hai?" Player itu menyapa.
Terkebil-kebil Ellia dibuatnya. Ramah semacam sahaja player tersebut! Namun kemudian, setelah dia menggerakkan mouse untuk menyentuh karakter player itu, dia terus terlongo. Profile name, Viol? Character ID, Violetta?
Dia segera membuka ruangan comments-in-game (CIG). Laju jari-jemarinya menaip sesuatu kepada player itu sebelum menekan butang send.
โAre you Rel, CL's bestfriend?โ
"Yeah, and youโ OMG, is this Aelice?" Rel bersuara separa menjerit, mengejutkan CL yang ketika itu sedang duduk mengelamun di sebelahnya.
โUh, yes...โ
CL memberikan amaran kepada Rel agar tidak mengatakan bahawa dirinya ada bersama dengan lelaki itu. Terus sahaja Rel mencebik kecil dek amarannya. "Aelice, kau ada bagitahu CL tak yang kau join Grand Event?" Keningnya dijongket-jongketkan seraya memandang CL yang sudah menjeling tajam ke arahnya.
โTak ada... Aku takutlah dia gandakan
training aku... He's such a strict teacher.โ
Rel sedaya upaya menahan gelaknya kala melihat riak cemberut CL. Aduh, sumpah keadaan ini lawak! "Dia jahat tak dengan kau?" Dengan berani dia melontarkan soalan itu, cukup bersedia menghadapi risiko dipukul oleh CL selepas Grand Event ini.
Ellia tersenyum nipis. Jahatkah CL pada dia? Tergeleng-geleng kepalanya memikirkan hal itu.
โNo, dia baik sangat. Walaupun dia
tegas, dia tak pernah buat aku
rasa down. He's been there when I
Awkward Rel membaca balasan Ellia itu. Apatah lagi, dia melihat CL kini sedang tersengih-sengih di sebelahnya. Ternganga luas mulutnya ketika itu. CL tersengih? He's freaking grinning! Oh Lord, CL sudah ditembak oleh Cupid ke apa? Sengihannya itu perkara yang terlebih baharu bagi Rel. Public Mic lekas-lekas dimatikan.
"Bro, aku rasa kau kena keluar dari bilik ni... Aku rasa tak selamat dekat sini bila nampak kau tersengih macam tu. Dah, shoo... Shoo..."
CL memicingkan matanya ke arah Rel. "Kau ingat aku ni serial killer ke apa? There's no way I'm getting out of here. Dah, pergi fokus dengan Grand Event ni..."
Sama seperti selalunya, Rel beralah jua dengan CL. Dia menghidupkan semula Public Micnya. "Hey, Aelice... Sorry sebab tiba-tiba senyap. Aku ada hal sikit tadi... Anyway, jom jalan sama-sama."
Eh? Ellia menggaru kepalanya. Dia tahulah yang Rel setakat mengajaknya berjalan bersama untuk Grand Event itu... Tapi, seriuslah! Rel guy player rank ketiga di seluruh dunia kut, macam mana kalau orang nampak mereka bersama nanti?
"Jangan risaulah, Aelice. Kau, kan dah hide identity... Tak adanya orang akan kenal kau nanti. Lagipun, kau expect CL akan duduk diam aje ke kalau tahu ada yang berani ganggu gakusei dia? I bet, he'd be a dark player if anyone dare to insult you."
Mendengar kata-kata Rel itu, wajah Ellia serta-merta terasa membahang. Dia kemudian menghantar balasan kepada Rel.
โOkey. But, boleh tak jangan panggil aku
Aelice? Sia-sia aje aku hide identity
kalau kau exposekan aku nanti.โ
"Eh, ya tak ya juga, kan? Okey, jadi aku panggil kau Liz ajelah... Boleh, kan?"
โErm, boleh.โ
CL berasa terpinggir pula bilamana mereka berdua berinteraksi dengan santai. Walau bagaimanapun, dia sama sekali tidak menunjukkan reaksi berlebihan. Buat-buat cool sahaja waima hatinya tidak selesa dengan interaksi mereka berdua.
Sementara itu, Aelice dan Violetta pula mula bergerak bersama di arena Grand Event. Tetapi, apa yang menghairankan adalah tiada players cuba menyerang mereka.
Ellia kemudian terfikir mengenai rank Rel. Adakah disebabkan hal itu, tiada player yang berani melancarkan serangan ke atas mereka? Jika benar begitu, itu bermakna dia sama sahaja seperti seorang pitiful damsel yang dibantu oleh seorang mighty knight. Dia melepaskan keluhan kecil.
Sedang dia terleka dan fokusnya terganggu, karakter Aelice tiba-tiba diserang oleh senjata kipas dari arah kanan. Secara refleks, Ellia mengaktifkan weapon pedang ais yang dia perolehi daripada treasure sebelum ini pada karakternya itu.
Violetta yang ingin bergerak membantu akhirnya memutuskan untuk kekal statik pada posisinya, ingin melihat bagaimana Aelice akan berhadapan dengan serangan tersebut. Tindak balas Aelice agak pantas, bahkan lebih pantas daripada responsnya dalam Solo Battle beberapa minggu yang lepas.
Aelice menangkis serangan kipas yang berpatah balik ke arahnya menggunakan pedang aisnya dengan mudah. Melihat kipas itu masih berputar laju meski sudah ditahan dengan pedangnya, dia lantas menghayunkan pedangnya sehingga kipas tersebut kembali semula ke arah penggunanya, yakni si player yang menyerangnya.
Tersedar bahawa di kawasan penyerangnya itu terdapat beberapa players lain, Ellia mengganti weaponnya kepada boomerang dengan kadar yang begitu cepat. Boomerang itu langsung dilontar kemas ke kawasan penyerangnya.
"Crazy Wave!"
Dia mengoyak senyum nipis. Seven kills selepas beberapa minggu tidak menyertai battle rasmi... Not bad!
Mulut Rel membentuk bulatan sempurna dek killing yang dilakukan oleh gadis itu. Pandangannya dialihkan kepada CL. Riak lelaki itu jelas menunjukkan rasa bangga terhadap pelajarnya. Rel menelan liurnya dengan sedikit payah. Corak battle Ellia sekarang benar-benar bagaikan seorang pro gamer yang berpengalaman. Mana ada gamer newbie yang boleh menyasarkan players dengan begitu tepat dan melakukan killing on the spot sepertimana yang Ellia lakukan! Has a new Queen truly been born? Skrin komputernya dipandang atau lebih tepatnya lagi, karakter Aelice. Is she really the one who will occupy the throne?
Tersentak dia tika sikunya disenggol oleh CL. Dia memandang CL sambil mengangkat keningnya. Namun setelah melihat CL menjuihkan bibirnya ke komputer, dia buru-buru melihat karakter Violetta. Apakah? Nyawanya berkurang 50 peratus! Dia mengetap gigi. Player mana yang berani meruntuhkan tembok kesabarannya ini?
โThe player is heading to the ancient
hall.โ
"Thanks, Liz. And sorry, aku tak boleh nak temankan kau lagi," ucapnya rendah sebaik membaca pemberitahuan daripada Ellia itu.
Karakter Violetta bergegas menuju ke dewan yang terletak di arah selatan, meninggalkan karakter Aelice di kawasan itu bersendirian. Rel sangat panas hati mengenangkan LR Violetta yang boleh dikategorikan kritikal itu!
Mengetahui Rel tidak lagi bersama-sama Ellia, CL menonton Grand Event itu dalam VRS Timeline. Dia memilih siaran live landskap bahagian utara di mana karakter Aelice berada. Ketika ini, Aelice sedang dikerumuni oleh sekumpulan players yang melebihi 20 orang.
Ellia menggigit bibirnya. "It's okay to lose. You should be prepared for this already. Sofie Gracellia, face it. Don't run away." Dia berbisik, memberi dorongan kepada diri sendiri.
Karakter Aelice digerakkan dengan lincah, dia berlari di sekeliling musuh lalu melontarkan boomerangnya kepada sembarangan player. Disebabkan musuh-musuhnya berkumpul dalam satu bulatan besar, boomerangnya asyik berlanggaran dengan karakter para players itu tanpa dapat dihentikan. Dalam keadaan LR mereka yang kurang daripada separuh, hal ini tentu sekali menguntungkan dirinya. Dan detik berikutnya...
"Saga Kill!"
Nafas lega dihembus oleh Ellia apabila berjaya mengalahkan mereka semua sekali gus. Akan tetapi, di luar jangkaannya, satu anak busur yang entah dari mana datangnya mendarat tepat ke bahu Aelice. LRnya turun sedikit akibat panahan tersebut.
Enggan mengambil risiko, karakter Aelice dibawanya bersembunyi di belakang sebuah rumah kayu. Dia tidak mahu masuk ke dalam rumah itu kerana baginya, berlindung di dalam rumah adalah suatu aksi suicide. Walaupun rumah tersebut boleh dijadikan tempat berlindung, tetapi dalam kebanyakan situasi, ianya menjadi tempat di mana players dikill. Semuanya kerana players yang berlindung di dalam rumah tidak dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku di luar rumah itu. Players yang berada di luar rumah mendapatkan kelebihan daripada hal ini. Mereka boleh membuat killing dengan mudah, apatah lagi jikalau players yang berlindung di dalam rumah itu pada peringkat newbie.
Ada juga pro gamers yang sukses bersembunyi dan membuat killing dari dalam rumah. Namun, hal ini jarang berlaku. Dan Ellia sendiri tidak berani mahu berdepan dengan risiko. Levelnya masih terlalu jauh untuk dipanggil hebat, perjalanannya juga panjang dan cukup banyak likunya. Jadi, masakan mungkin dia berani mati mahu mencontohi gaya pro gamers itu, bukan?
Kepalanya langsung digeleng kuat bila memikirkan fokusnya kian terganggu. Karakter Aelice mula meninjau kawasan sekelilingnya. Dari kejauhan, dia melihat satu karakter player sedang bertempur hebat dengan sekumpulan players yang menggunakan weapon busur panah.
Ellia mengagak, para players itulah yang menyerangnya sebelum ini. Beberapa waktu dahulu, CL pernah memberikan info kepadanya tentang Archery Gang. Lelaki itu mengatakan bahawa Archery Gang menyerang secara berkumpulan dan players yang menyertai geng tersebut mahir mengendalikan weapon memanah. Sasaran mereka amatlah tepat dan tergolong dalam serangan berbahaya. Mereka bukannya dark players yang menjatuhkan air muka players lain, tetapi mereka memang tidak berbelas kasihan terhadap mangsa mereka. Selain itu, sebahagian players dalam geng ini juga merupakan pro gamers.
Merasakan player yang bertempur seorang diri itu sepertinya tidak dapat bertahan lebih lama, Ellia datang menghulurkan bantuan. Kali ini, karakter Aelice menggunakan weapon sumpit. Tidak berlengah, Aelice segera meniup sumpitnya. Satu tiupan sumpitnya menghasilkan lima anak sumpit yang berganda dua menjadi sepuluh.
"Monstrous!"
Player yang cedera parah itu terus dibantu oleh Aelice. Dia memapahnya lalu menggunakan skill teleport, menghilang dari kawasan itu dalam sekelip mata.
"This is the arena of Grand Event. Kenapa kau bantu aku pula? You shouldn't have mercy on your enemy, you know?"
Bicara player tersebut tidak diambil pusing oleh Ellia. Dia mengaktifkan superpower immediate healing pada karakter Aelice sebelum menyembuhkan player itu.
"Aku tak tahu kau siapa, tapi terima kasih... Dan aku harap, kau takkan buat macam ni lagi. In the arena, no one will consider you as a friend and neither do you. Victory is what you should aim for. Kalau kau berterusan bantu orang sebab rasa simpati, it would give you troubles later."
โWrong. Growth is what we should aim for. Apa gunanya menang kalau kita cuma akan jadi sombong dengan kemenangan tu? If that's what the victory does, then it doesn't worth to be aimed for. Growth is what really worth to be aimed for, kita jadi lebih baik bila kita belajar membesar. Selepas jatuh, selepas kalah, selepas lalui macam-macam... Langkah yang kita atur untuk bangun kembali, rasa sakit yang mengajar kita untuk jadi lebih kuat... Itu yang paling berharga. However, aku akan terima nasihat kau yang aku tak patut bantu musuh aku. Aku tahu aku tak patut bantu kau tadi, tapi... I don't know. I just feel like I need to.โ
Selesai menggunakan voice typing, Ellia kemudian menghantar balasannya itu. Baru sahaja dia ingin mengatakan sesuatu lagi, karakter Aelice ditembak dari arah belakang secara mengejut. Dia ternganga dengan hal itu.
"K.O!"
Apakah? Mencanak naik darah Ellia jadinya! Aelice terkena headshot hendap? Hesy! Dia langsung berusaha memenuhkan fikirannya dengan kata-kata positif, cuba menenangkan diri sendiri. Tidak mengapa, situasi yang tidak adil kerap berlaku. It's fine, there'll come another time for the next try.
Namun begitu, terdapat satu hal yang membuatkan Ellia terasa dihantui sesuatu. Suara player itu seperti tidak asing di telinganya... Siapa agaknya pemilik suara itu?
Strangely, her heart can already feel that they will meet again. Sooner or later... They are going to stand against each other, fated to become each other's opponent.
ใโจพใโจพใ
โโโโโโ
One day... Will we reach the end of this story? ๐ฅบ๐ฅบ๐
Yna harap Yna boleh habiskan story ni, HUHUHUHU... Serius, Yna nak sangat cerita ni berstatus complete๐ญโค๏ธ
Tapi idea-idea pandai hilang sendiri... Huwaaa, harapnya Yna tak lari daripada plot๐ณ I'm taking small slow steps ajelah, until my brain functions actively...๐๐
NEW INFO:
1) Ruangan CIG ni khas untuk players yang tak nak on Public Mic like Ellia. If they want to interact dengan sesiapa, diaorang tinggal buka ruangan ni aje. Tersedia dalam dua jenis typing, manual and voice. For Ellia, dia suka guna manual typing untuk percepatkan gerakan jari dia. But when benda yang dia nak cakap tu terlampau panjang, she'll use voice typing. #Ellia'sFunFact๐
2) Karakter self-made, karakter yang akan digunakan dalam Grand Event. Karakter ni biasanya diwujudkan berdasarkan design (lukisan) karakter yang players buat. Game VRS ada sediakan ruang designing khas untuk karakter self-made, so players bebas gayakan karakter ni. Karakter self-made tak boleh digunakan dalam arena battles yang merupakan competition khas (pertandingan besar-besaran + bertaraf tinggi). But dalam battles biasa (lawan for fun, and not really a grand competition), karakter self-made is allowed to be used.
Harap korang faham dengan info yang Yna sertakan ni๐ ๐๐ป
Okeylah, thanks for reading!โค๏ธ And sorry if chapter ni berterabur... Kalau ada yang tersilap, bagitahulah Yna eh? Plus, if you have any questions, just comment.๐
Question: Siapa player yang Ellia tolong
tu?
You are reading the story above: TeenFic.Net