PERGELUTAN antara Ellia dengan Kylie berakhir apabila Ellia menjatuhkan gadis itu ke atas lantai. Ellia melempar pisau lipat Kylie sejauh mungkin, enggan melibatkan senjata itu dalam pergelutan mereka.
Kylie mengerang kesakitan. Kala ini, dia sudah tertiarap di atas lantai dengan tangannya dikunci oleh Ellia. Ternyata dia salah menilai gadis berketurunan Lawrence dan Jennings yang dikatakan tidak berkebolehan dalam apa-apa itu. Baru dia ketahui kini, Ellia sebenarnya sangat mahir dalam seni mempertahankan diri. Buktinya, dia langsung tidak dapat melepaskan diri daripada Ellia sekarang. "You learnt martial arts?"
"Yeah," jawab Ellia dengan ringkas. Dia memang sudah menguasai banyak jenis seni mempertahankan diri selama ini. Bukannya apa, dia cuma mahu memastikan keselamatannya kekal terjamin walaupun tanpa guards. Misalnya, dalam situasi yang dia hadapi tadi... Mana sempat dia mahu memohon pertolongan daripada guards. Andai sahaja dia tidak tahu seni mempertahankan diri, pasti sudah lama dia cedera dek pisau lipat Kylie itu!
"Guards!" Dis bersuara lantang sambil mengunci kemas kedua-dua belah tangan Kylie, tidak mahu gadis itu terlepas.
Guards yang sedari tadi berada di luar terkocoh-kocoh masuk ke dalam rumah itu sebaik mendengar panggilan Ellia. Membuntang besar mata mereka tika melihat keadaan Ellia dengan Kylie. "Cik Elโ"
Ellia meniup anak rambutnya yang menutupi mata ke atas. "Tunggu apa lagi tu? Tolonglah saya tahan dia ni..."
"Err, ba-baik, cik..."
Kylie langsung ditahan oleh guards tadi. Ellia pula pergi mendapatkan pisau lipat gadis itu yang sebelum ini dilemparnya.
"You've made anโ No, actually three attempts to kill me. So now, say, should I spare your life or not?" Nada Ellia terdengar begitu dingin.
Kecut perut guards dan Kylie yang mendengar. Maklumlah, mereka tidak pernah melihat sisi Ellia yang sebegitu... Ellia yang mereka kenal sikapnya lemah-lembut, ramah dan murah dengan senyuman. Amat berbeza dengan sosok Ellia yang berada di hadapan mereka ini.
"Aku takkan bagi kau maklumat yang kau nak," balas Kylie dengan tegas.
"Obviously you won't... Sebab kau sayang sangat dengan mother kau tu, kan?"
"Of course, she's the queen of my life! Queen yang takโ"
"Yang tak layak diketahui namanya oleh sesiapa, heh?" Ellia memotong laju ucapan Kylie itu. "But, do you really know what her name is? I mean, uh... What if you actually don't, then how can you call her your mother? And a queen? Kalau dia queen, kenapa kau kena hidup susah? You should live a luxurious life, inside a grand palace. Wake up, Kylie... She might not be who you thought she is."
Kylie terdiam. Kata-kata Ellia terasa menampar dirinya. Cuba menyingkirkan hal itu daripada benaknya, kepalanya digeleng rakus. "You know nothing! You don't know my mother at all, don't you dare speaking ill of her!"
"Speaking ill? Fine, berpeganglah kepada kebenaran yang kau percaya tu. Aku cuma harap kau tak menangis bila kau sedar yang... You might only be taken as a dog all this time." Ellia menghela nafasnya. "You guys, bawa dia ke balai polis."
"Baik, Cik Ellia!" sahut para guards secara serentak. Mereka membawa Kylie pergi dari rumah itu sesuai arahannya.
Ellia kemudiannya naik ke tingkat atas dan masuk ke biliknya. Tubuhnya dijatuhkan ke atas katil lalu tangannya naik menutup wajah. Meskipun sudah mendapat tahu identiti Kylie sebagai spy, tetapi hatinya masih belum tenang. Siapapun dalang terbesar di belakang Kylie itu, nampaknya dia tidak boleh dipandang enteng.
"Oh God... Turns out the accident was really not as simple as I thought it would be. Apa sebenarnya yang tengah berlaku dalam hidup aku sekarang ni?"
Keluhan lemah dilepaskan. Sungguh kepalanya serabut sekarang! Selagi wanita yang Kylie gelarkan 'ibu' itu masih tidak diketahui identitinya, dia yakin ketenangan hidupnya juga akan tergugat pada bila-bila masa sahaja, tidak kira di mana dia berada atau apa yang dia lakukan. Malah, setiap gerak-gerinya berkemungkinan besar diperhatikan setiap waktu oleh wanita itu!
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
โข CULLEN
โSofie, are you okay?โ
Message daripada CL itu membuatkan Ellia tersenyum. Caring betul lelaki itu! "Bertuahlah perempuan yang dapat jadi girlfriend dia ni," ujarnya perlahan.
Dia menaip balasan kepada CL dengan gerakan tangan yang lincah.
โข AELICE
โI'm okay... Thanks for
caring. Saya cuma
sakit kepala sikit
sekarang ni... I don't
know how to say it.โ
โข CULLEN
โIt's about...?โ
โข AELICE
โAbout my accident. Saya
dah dapat tahu siapa
pengkhianat di kediaman
saya yang menyebabkan
brek kereta tu rosak. Tapi,
dalang di belakang dia
belum diketahui lagi...โ
โข CULLEN
โSo, what are you thinking?
Enemy of your family or a
part of your big family?โ
โข AELICE
โI think, a part of my big
family.โ
โข CULLEN
โSo, isu perebutan hak
dalam keluargalah ni?
Gosh...โ
โข AELICE
โMaybe... Hesy... I
was so close to
die.โ
Hampir tercabut jantung CL setelah message itu selesai dibacanya. Apa yang berlaku kepada Ellia? "Oh God... She's fine, right?"
โข CULLEN
Seakan-akan terdengar sahaja nada bimbang CL di telinganya kala membaca message itu. Ellia menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan. Fuh, kalau dibiarkan nanti... Parah kondisinya! Tak pasal-pasal, dirinya mungkin boleh dikategorikan sebagai 'angau' dek suara lelaki itu.
โข AELICE
โI'm okay... Cubaan kedua that
orang suruhan untuk bunuh
saya gagal sebab Hope dapat
kesan dia letak racun dalam
minuman saya. And the third
attempt, gagal sebab dia
pandang rendah terhadap
saya.โ
Nafas dihembus lega oleh CL tatkala mengetahui gadis itu berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Tetapi, dahinya mula berkerut nipis bilamana dia membaca keseluruhan message balasan daripada Ellia. Pandang rendah?
โข CULLEN
โDia pandang rendah
terhadap kau?โ
โข AELICE
โYep... Dia sebenarnya nak
cederakan saya guna
pisau lipat dia. Tapi, dia
tak sangka yang saya ni
ada belajar martial arts.
So, wrong move from
her...โ
Terangguk-angguk kepala CL. Jadi, Ellia belajar seni mempertahankan diri? Menarik!
โข CULLEN
โBy the way, aku dengar
khabar yang kau dah
kembali belajar... Is
everything good?โ
โข AELICE
โHmm, I feel good... Sebab
home-schooling tak ada
toxic people. Tutors pun
โข CULLEN
โI see. Great for you then!
Jadi, kau tak rasa stress
sangat, kan?โ
โข AELICE
โStress jugalah bila fikir yang
rank saya still kekal in VRS.
I know... Saya yang pilih nak
keep low profile, tak nak
join battles... Tapi, I can't
help myself...โ
โข CULLEN
โNi soalan aje, okey? Tapi,
kau tak terniat ke nak
guna tickets yang kau ada
untuk masuk Grand
Events?โ
Grand Events... Ellia menelan liurnya. Grand Events, special battles yang tidak mengira tahap dan rank player. Dia memang boleh menyembunyikan identiti Aelice ketika menyertai Grand Events. Akan tetapi, setelah menonton video-video Grand Events yang tersedia di VRS Timeline, dia cukup sedar betapa menakutkan arena battle untuk Grand Events.
Berbeza dengan cara dark players dari VGC, semua players yang menyertai Grand Events tidak pernah menyerang secara berkumpulan. Mereka sentiasa bergerak secara solo sebagaimana peraturan dalam Solo Battle yang sebenar. Tiada yang bekerjasama dan tiada belas kasihan. Killing dilakukan dengan pantas dan tiada penghinaan karakter seperti yang dark players dari VGC itu lakukan. Mereka cuma... Terus membuat killing. Singkatnya, Grand Events merupakan gelanggang killing yang amat dahsyat.
Tahap dan rank Ellia pasti boleh meningkat tanpa diketahui oleh sesiapa jika dia menyertai Grand Events. Walau bagaimanapun, dia risau sekiranya dia trauma dengan arena Grand Events. Sudahlah dia belum pulih sepenuhnya daripada trauma yang dia alami disebabkan para dark players itu!
โข CULLEN
โKalau kau belum ready,
kalau kau takut dan
kalau kau tak nak cabar
diri sendiri... It's okay.
Tapi, Sofie... Aku kena
cakap yang progress kau
akan jadi jauh lebih
susah. Sebab sekarang
Tajam message itu menusuk kalbu Ellia. If you want to survive in esports, being weak is never an option. A weak player would be trampled by others. Always. The only way to survive... Is being strong. No matter what you have to face.
"Aku kalah dengan teruk... Aku dipermalukan. I said I wanted to beat them up... Tapi, apa yang aku tengah buat sekarang ni? Aku tak berusaha pun nak tingkatkan tahap dan rank aku... No, I can't and I won't go on like this. Kalau aku akan kalah, jadi biarlah... Biar aku kalah tanpa henti. Aku takkan takut lagi. Never again! Sofie Gracellia, let's do this. Brace yourself and join the Grand Event."
ใโจพใโจพใ
โโโโโโ
Finally, we'll go back to the game...
๐๐๐๐ญ๐ณ Pfft, story ni lemas eh? Kenapa rasa macam lari daripada plotโ๐ฑ๐ค๐๐
Huhuhuhuhu, apa-apa ajelah... Kalau ada apa-apa yang nak dipertanyakan, just comment, okey?
Alright, bye-bye! ๐๐ป๐๐ป
You are reading the story above: TeenFic.Net