๐Ÿฌ๐Ÿฏ๐Ÿญ โ€ฃ ๐˜ผ๐™ฅ๐™–๐™ง๐™ฉ ๐™ค๐™› ๐™ƒ๐™š๐™ง ๐™‡๐™ž๐™›๐™š

Background color
Font
Font size
Line height

LIRIKAN tajam dihantar kepada Claude yang duduk di sisinya. "Why did you shoot that player?" Airika menyoal jengkel, tidak puas hati dengan apa yang baru sahaja lelaki itu lakukan.

Claude sekadar mengangkat bahunya. Dia langsung tidak merasa bersalah atas killing yang dilakukannya terhadap player tadi. "You don't even know who the player is... Macam mana kalau dia tu saja aje nak bantu kau? I mean, what if the player is actually a part of Archery Gang? Dan dia sengaja bantu kau sebab dia ada motif tersendiri?"

"Zeus, you're overthinking it."

"Moana, Iโ”€"

"Dahlah, I quit."

Airika langsung keluar dari arena Grand Event disebabkan hilang mood. Dia kemudian berlalu pergi dari gaming room tersebut.

Terpinga-pinga Claude jadinya. Mana pernah Airika meninggalkan arena Grand Event sebelum ini, jadi mengapa kali ini gadis itu berbuat sedemikian? Pada akhirnya, dia sendiri turut sama left arena Grand Event. Dia sudah tiada semangat mahu battle dengan sesiapa!

Usai keluar dari gaming room, dia langsung mendapatkan Airika yang sedang duduk menonton televisyen di ruang tamu. "Rika, aku minta maaf, okey?"

Airika melepaskan keluhan perlahan. "Tak apalah, aku yang emo sangat. Entahlah kenapa, tapi aku rasa macam nak sangat battle dengan player tu tadi... Yet, kau kill dia pula."

Claude melabuhkan duduknya di sofa satu seat berhampiran dengan gadis itu. Dahinya berkerut nipis. "Okey, sekarang aku betul-betul rasa you're acting weird about that player. Selama ni, kau tak pernah ada perasaan bila battle dengan mana-mana player... Sure you'd be annoyed when you lost to someone. Tapi, kau tak pernah hilang mood cuma sebab kau tak dapat nak battle with someone. Why eh? Kau kenal ke dengan player tadi tu?"

"Entahlah... Claude, I feel like I'm connected to the player. Aku tak tahu... Aku cuma... Rasa macam kenal, tapi macam tak kenal pun ada juga. I think I've seen that character somewhere before this... Yet, I can't tell who the player is."

Melihat raut wajah Airika yang kelihatan tertekan, Claude meletakkan tangannya di atas kepala gadis itu. Airika terus memfokuskan pandangannya ke arah Claude.

"Jangan stres sangatlah pasal player tu... Satu hari nanti, mesti kau akan dapat tahu juga pasal identiti dia. I don't know why, but sama macam kau... Aku dapat rasa yang dia akan join IGCC tahun depan, together with us. Dan kalau firasat aku ni betul, kau mesti akan ada peluang untuk battle dengan dia."

"Claude..." Airika mendekatkan wajahnya kepada Claude, menyebabkan lelaki itu hampir putus nafas dibuatnya.

"Y-Yeah?"

"Jom lunch sama-sama. Aku belanja."

"Ha? Err, okey..."

Gadis itu tersengih comel lalu pergi ke bilik peribadinya, membiarkan Claude terpaku sendirian di situ. Claude pantas meraup wajahnya beberapa kali. Haih... Ada-ada sahaja tingkah Airika yang mampu meningkatkan kadar degupan jantungnya!

โ€ขโ—ฆโœฆโ”€โ”€โ”€โ”€โ€ขโ—ฆแ˜กแ˜žโ€ขโ—ฆโ”€โ”€โ”€โ”€โœฆโ—ฆโ€ข

Sun yang baru selesai mandi terus menyertai Ellia dan L di ruang tamu. Kelihatan kedua-dua abang dan kakaknya itu sedang khusyuk menonton filem The Conjuring. Dia mencebik kecil apabila kehadirannya seperti tidak dipedulikan oleh mereka berdua.

"Abang, abang dengar tak yang kakak Airika kena tolong oleh someone dalam arena Grand Event pagi tadi?" Dia menyoal rendah.

"Tak ada dengar pula. Siapa someone tu? Bro Claude ke?" L membalas sambil matanya tertumpu pada kaca televisyen.

"Kalau abang Claude orang yang tolong kakak Airika, tak adanya Sun nak cerita dengan abang. She was helped by an unknown player. Tapi kesian pula player yang bantu dia tu... Kena headshot terus oleh abang Claude."

Ellia tersentak mendengar kata-kata Sun itu. Player tidak dikenali yang membantu Airika diheadshot? Mungkinkah... Player yang dia bantu pagi tadi ialah Airika? Hatinya terasa kosong secara tiba-tiba.

Perhatiannya dan L kini bukan lagi pada filem The Conjuring, sebaliknya gosip yang dibawakan oleh Sun kepada mereka. L menatap adiknya itu dengan serius. "Unknown player? Sun yakin ke ni?"

"Yakinlah." Sun memuncung apabila terasa seperti abangnya itu tidak mempercayai kata-katanya. Kelat benar wajahnya saat ini!

Ellia menepuk dahinya tika melihat adik perempuannya itu sudah bermasam muka. "Hey, hey, hey, korang berdua ni... Baru aje berbaik, takkan nak gaduh lagi?"

Memang betul pun apa yang Ellia katakan. L dan Sun baru sahaja berbaik semula sekitar dua hari yang lalu. Dan sekarang, dia dapat merasakan aura-aura perang kembali timbul antara mereka berdua. Like seriously? Apa kena dengan mereka sebenarnya? Asyik-asyik mahu berperang sahaja semenjak dua menjak ini!

"Abang ni lah, kakak... Dia macam tak percayakan Sun," adu Sun kepada kakaknya dengan manja.

L memutarkan bola matanya ke atas. "Kakak, L baru tanya kut... Cuma nak pastikan kebenaran info yang L dapat daripada Sun. Tapi, dia ni... Ya ampun, terus nak merajuk dengan L pula!"

"Tengok tu, kakak... Abang yangโ”€"

"Apa? Nak kata apa? Sun tu yang asyik salah faham dengan abang, okey?"

"Eeeee, korang berdua ni!" Naik angin Ellia tika mereka memulakan pertelingkahan kecil itu. "Kejap lagi, kalau korang bergaduh betul-betul... Don't find me and settle your issue on your own!"

Apabila Ellia mengangkat kaki dari kawasan ruang tamu itu lalu naik ke tingkat atas, L dan Sun langsung terdiam. Sedetik kemudian, mereka mendengar jelas bunyi pintu dihempas. Kedua-duanya mengalami kepayahan untuk meneguk air liur mereka. Nampaknya, Ellia sangat marah kepada mereka berdua kali ini!

"A-Abang... Macam mana ni?"

L menghela nafasnya berat. Jika Sun pun tidak tahu apa yang perlu dilakukan, apatah lagi dia? Ellia jarang sekali naik angin... Melainkan tembok kesabarannya telah diruntuhkan. Walau bagaimanapun, sikap Ellia terhadap mereka beberapa minit yang lalu tidak seperti sikapnya yang biasa. Fikiran Ellia seperti terganggu dengan sesuatu. Tetapi, apa dia?

"Hmm... I think something is bothering her. Lebih baik kita jangan ganggu kakak dulu."

"Okey..." Sun bersetuju sahaja dengan pendapat abangnya itu. Lagi pula, dia sendiri turut menyedari perubahan sikap Ellia. Meskipun tidak suka dia dan L berbalah dengan satu sama lain, Ellia biasanya cuma akan memberikan teguran. Tidak pernah sekalipun dia meninggikan suara seperti tadi. Jadi, pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran kakak mereka itu!

โ€ขโ—ฆโœฆโ”€โ”€โ”€โ”€โ€ขโ—ฆแ˜กแ˜žโ€ขโ—ฆโ”€โ”€โ”€โ”€โœฆโ—ฆโ€ข

Selepas membaca komen pada video Grand Event yang disertainya pada pagi tadi, Ellia mendengus kasar. Ternyata benar dugaannya! Player yang dia bantu itu sememangnya Airika. Patutlah suara player tersebut seperti biasa didengari... Akibat serabut, rambutnya lantas dikusutkan.

Mengapa dia serabut? Sesungguhnya Ellia sendiri tidak pasti apa alasannya. Apa yang dia tahu, dia tidak selesa dengan perkara itu. Situasi mereka berdua dalam real life amatlah janggal, okey? Untuk menerima kenyataan bahawa dia telah membantu Airika, akal dan hatinya sedikit sulit melakukan hal itu. Bagaimana jika Airika tahu soal identitinya dalam VRS? Setahunya, Airika dahulu pernah melihat lakaran karakter Aelice itu ketika mereka masih berada di bangku sekolah rendah.

Andai Airika teringat mengenai lakaran tersebut, mungkinkah gadis itu akan mendedahkan kenyataan yang dia kini bergelar gamer? Sumpah Ellia risau akan hal ini! Dia takut dengan penerimaan keluarganya... Disebabkan prestasi akademiknya yang cukup bermasalah, dia mungkin dilarang bermain VRS lagi!

Tidak! Ellia tidak mahu hal itu berlaku. VRS telah cukup sebati dengan jiwanya, mana mungkin dia sanggup untuk melepaskan game itu. Keadaan mentalnya kian membaik setelah mengenali CL dan bermain VRS. Sungguhpun dia kadangkala terjejas jua dengan kekalahannya dalam VRS, tetapi kekalahan itulah yang mengajarkan dirinya agar menjadi lebih kuat. CL sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadanya, menyokong dia dengan cara yang agak menekan dirinya, namun tidak pernah tidak berhasil mendorong dia untuk bangkit semula.

Ellia bukannya mengatakan bahawa dia telah pulih sepenuhnya. Because depression isn't something that will easily fade in a short time. Things take time, and she won't be fine so soon. Tetapi sekurang-kurangnya, dia sudah boleh menerima kekalahan dengan hati yang lebih lapang pada kala ini. VRS mengembalikan semula semangatnya yang pernah hampir padam suatu waktu dahulu. Kalau VRS dirampas daripadanya... Dia tidak pasti sama ada dia sanggup menghadapi hal itu. Sebab itulah, dia tidak pernah memberitahu keluarganya bahawa dia bermain VRS.

They will object to it, there's no doubt that they won't.

Mereka akan menyuruh dia fokus kepada pembelajarannya dan bukannya bermain game. Itu satu hal yang pasti kerana dia tidak pernah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam akademik. L dan Sun mungkin memberikan dia sokongan, begitu juga dengan orang tuanya. Tetapi, bagaimana situasinya dengan keluarga besar Lawrence dan Jennings? Mereka tidak akan bersetuju selagi prestasi akademiknya kekal pada tahap yang rendah!

Ellia dapat merasakan kewujudan cecair hangat yang mengalir perlahan menuruni lekuk wajahnya. Matanya dia pejamkan lalu tangannya dibawa menudungi matanya yang basah itu. Esakan halus terdengar dari mulut gadis itu.

She just realized that VRS is now apart of her life. To her, VRS isn't just a game anymore, it's the kind of thing that keeps the fire in her soul alive.

The thing that eventually let her learn how to be a phoenix.

ใ€„โจพใ€„โจพใ€„

โ–’โ–’โ–’โ–’โ–’โ–’

Finally, muncul juga watak Airika... Gee, Chap 31 baru Yna munculkan scene dia๐Ÿ‘€๐Ÿ˜‚

And awww, Ellia...๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญโค๏ธโค๏ธโค๏ธ Agak-agak ada tak yang perasan perkembangan karakter (character development) Ellia sekarang ni? Yna cuba buat perkembangan karakter dia as something yang realistik. Harap-harap, it went good.

Thanks for reading!๐Ÿฅบ๐ŸคŽ๐ŸคŽ


You are reading the story above: TeenFic.Net