PERASAAN gugup menyaluti hati Ellia setelah dia memutuskan untuk menyertai Solo Battle beberapa minit yang lalu. Kali ini, dia bermain sendirian tanpa mengkhabarkan CL. Bukan apa, tetapi dia mahu belajar berdikari. CL seringkali melindunginya dalam arena battle, menjamin keselamatannya apabila ada musuh menyerang. Bagaimana dia boleh melatih kemahiran defensenya sekiranya hal itu berlanjutan? Dia tahu CL berniat baik. Lelaki itu sekadar ingin memberikan dia perlindungan. Namun demikian, Ellia berasa seolah-olah dia mula terbiasa bergantung kepada jaminan keselamatan CL. Andai dibiarkan dirinya terus-menerus mengharapkan perlindungan daripada CL, memang sampai ke sudah kemahirannya akan kekal pada tahapnya kini. Dia tidak mahu perkara itu berlaku!
"CL cakap, aku akan menjadi sasaran pihak VGC selepas battle hari tu. Maknanya, dalam battle ni... Diaorang mesti akan hantar wakil untuk attack aku. Kalau tak nak kalah dengan mudah, aku tak boleh guna karakter Umeko aje. Mulai sekarang, aku kena berlatih menggunakan setiap karakter yang ada dalam game ni. This time, I want to use Talula," gumamnya sendirian.
Talula merupakan salah satu daripada barisan karakter posisi Knight yang mana semua serangannya bercirikan air. Penampilannya kelihatan lebih kurang sama dengan Silvermist, si pari-pari air dalam kartun Disney Tinkerbell. Apa yang berbeza cumalah bentuk wajah, warna serta gaya rambut mereka. Warna rambut Silvermist berwarna biru gelap, warna rambut Talula pula biru cerah. Dari segi gaya rambut, rambut Talula diikat tocang sementara rambut Silvermist pula terurai.
Tanpa teragak-agak, Ellia mengubah warna rambut Talula menjadi putih kebiru-biruan. Gaun yang Talula pakai dia biarkan labuh ke paras buku lali. Kemudian, dia memadankan gaun tidak berlengan itu dengan mantel biru muda yang terdapat simbol air.
Setelah berpuas hati, barulah dia memasuki arena Solo Battle. Jumlah players yang menyertai Solo Battle itu hanyalah tinggal seramai 750 orang termasuk dirinya. Mengetepikan rasa gugupnya, Aelice maju ke hadapan. Nasibnya agak baik kerana tidak berada di lokasi yang terlalu dekat dengan mana-mana player lain. Jika dilihat pada peta, kedudukan musuh-musuhnya boleh dikira jauh daripada dirinya. Namun demikian, Ellia tidak ingin bersikap cuai. CL sudah pernah memberitahunya tentang trick di mana seseorang player itu menggunakan Invisible power untuk melaksanakan serangan hendap. Invisible power biasanya bertahan untuk tiga minit. Selama tiga minit power itu diaktifkan, player tersebut tidak akan dapat dikesan di dalam peta walaupun dia sebenarnya berada berdekatan. Ini memberikan kelebihan kepada player itu agar boleh melakukan killing dengan mudah. Dirty play? Ya, itulah panggilan untuk trick jenis ini!
Aelice mengelak pantas apabila beberapa biji bebola kelabu dilontarkan ke arahnya. Aksi kotor yang telah dia duga semenjak dari tadi! Dia menyerang balas menggunakan bebola air, salah satu serangan khusus karakter Talula. Sebaik bebola air itu dilontarkan ke arah beberapa semak-samun di sisi kanannya, server VRS terus bersuara.
"Epitome!"
Senyuman terukir pada wajah Ellia. Empat players? Dia pasti, kejayaannya dalam membuat killing tersebut adalah disebabkan players itu sudah hampir kehabisan LR. Ranknya belum meningkat ke Bloom lagi... Jadi, mustahil untuk dia mendapat Epitome semudah itu meskipun serangan karakter Talula sememangnya lebih berkesan berbanding Umeko. Satu-satunya sebab yang masuk akal bagi dirinya adalah empat players itu memang telah kehilangan banyak LR sebelum ini. Ellia sebenarnya lewat memasuki arena Solo Battle itu, jadi dia percaya andaiannya benar. Memandangkan battle di arena tersebut sudah berlangsung lebih awal, pasti ramai players yang terjejas, bukan?
"Erm... Mesti sebab tu... Bukan sebab aku pro, tapi sebab LR diaorang memang dah nak habis." Dia menggumam kecil, tidak ingin memandang tinggi terhadap kemahirannya.
Baru sahaja Aelice ingin bersenang-lenang sebentar, dia bertembung pula dengan 12 players yang kesemuanya seperti menyasarkan dirinya.
"Geez... Dah mula ke?" keluh Ellia.
Aelice terpaku di posisinya, tidak bergerak walau sedikit pun. Dia menanti pelancaran serangan daripada players itu tanpa berniat ingin mengelak. Pada hakikatnya, dia sedar bahawa mengelak daripada mereka tidak akan membawanya ke mana-mana. Dia tetap akan bertemu dengan mereka jua nanti. Lalu, apa gunanya dia mengelak?
Serangan berganda dilancarkan terus oleh 12 orang players di hadapan Aelice. Tetapi, Aelice masih lagi kekal di tempat yang sama.
"Gaya macam dah tak sabar-sabar nak kill aku..."
Tergeleng-geleng sahaja kepala Ellia. Sedikit lagi Aelice bakal dihentam semua serangan itu, dia pantas menghasilkan gelembung-gelembung air di sekelilingnya. Gelembung-gelembung air tersebut berfungsi sebagai dinding penahan serangan namun ianya tidak mampu menahan lama serangan berganda yang dikenakan kepada Aelice. Dengan langkah yang yakin, Aelice langsung menggunakan weapon pedang air untuk menekan semua gelembung air yang melindunginya. Dan...
Booommmmmmmmmmmm!
"Saga Kill!"
"Nice!" sorak Ellia.
Berkat tekanan daripada weapon pedang air karakter Talula tadi, gelembung-gelembung air yang mengelilingi Aelice telah memantulkan kembali serangan berganda 12 players itu sebelum pecah.
Tidak lagi berniat untuk berehat, Aelice meneruskan langkahnya. Selepas berjalan-jalan untuk beberapa ketika di Dark Desert, Ellia yang baru melihat suatu pemberitahuan mengerutkan dahinya.
"Treasures emerge!"
Treasures emerge? Harta muncul? Harta apakah? Dalam pada kebingungan, dia menggerakkan jua karakter Aelice apabila melihat sesuatu yang bersinar keemasan di sebalik semak. Jika dilihat dalam peta, langsung tiada sebarang tanda pada kawasan tersebut. Jadi, apa benda yang ada di situ?
Aelice memeriksa semak itu. Melihat sebuah peti, dia tunduk memegangnya. Tubuh Aelice serta-merta bercahaya. Beberapa pemberitahuan terus muncul pada skrin komputer.
"You found a treasure!"
"You levelled up to Master!"
"You levelled up to Moderate stage!"
"You received 10 special superpowers, 12 special weapons, 15 free lives, 150 diamonds and 10 tickets to join Planned Events!"
Ternganga luas mulut Ellia. Dia jumpa treasure? Aelice level up ke rank ketiga, iaitu Master dan mencapai tahap Sederhana?
"Gempaklah! Ini ke yang dipanggil treasure?" Bersinar-sinar mata gadis itu.
Tiba-tiba sahaja...
Banggggggggggg!
Sepantas kilat Aelice melarikan diri seusai mendengar bunyi tembakan. Baru sahaja menemukan treasure, takkan dia mahu mati katak pula? Kala dia bersembunyi di belakang sebongkah batu, dia terjumpa satu lagi treasure. Skrin komputernya kemudian terisi dengan pemberitahuan yang hampir sama seperti sebelumnya.
"You found another treasure!"
"You received 6 special weapons, and 7 tickets to join Planned Events!"
Ellia memuncung kecil. "Ingatkan dapat level up lagi... Hmm, nampaknya treasures yang muncul tak sama tahap... Treasure yang aku jumpa tadi mesti tahap gempak, treasure yang ni pula tahap normal aje. Tapi, tak apalah... Sekurang-kurangnya, adalah juga aku dapat sesuatu."
Aelice memerhatikan persekitarannya, cuba mengesan kalau-kalau terdapat musuh yang berhampiran. Kosong! Pun begitu, dia tidak keluar dari tempat persembunyiannya.
Players yang masih bertahan sehingga kini berjumlah 325 orang, sekiranya tidak termasuk dirinya. Peta diteliti oleh Ellia. Tanda-tanda merah yang menandakan kedudukan musuh... Semuanya kelihatan bergerak ke satu tempat yang sama.
"Bruh... Biar betul?" Hampir-hampir dia menepuk dahinya dek menyedari kenyataan bahawa players lain yang tinggal sedang memburu dirinya. "Hesy! Pihak VGC ni anggap aku VVIP ke apa? Kenapa nak hantar ramai sangat assassins untuk kill aku? Aku masih beginner kut... Tahulah diaorang dah tak terkenal macam dulu. But at least, carilah player yang lebih berpengalaman daripada aku."
Weapon busur memanah yang terdapat dalam simpanannya Aelice keluarkan. Meskipun damage yang boleh weapon itu hasilkan cumalah 40, tetapi Ellia tetap tidak teragak-agak untuk menggunakannya. Tidak salah mencuba nasib, bukan?
Aelice melepaskan anak panah berganda kala melihat musuh-musuhnya datang secara berkumpulan. Malah, dia berterusan memanah tanpa henti. Tidak berlembut langsung dengan mereka!
"Death Slayer!"
"Havoc Soul!"
"Monstrous!"
"Mania Kill!"
Akibat terlalu asyik menyerang, Ellia tidak lagi bersorak seperti kebiasaannya. Sedar-sedar sahaja, dia telah mendapat 250 kills. Aelice digerakkan supaya mara ke hadapan dengan berani. Dia menghasilkan sebiji bebola air yang cukup besar sebelum melemparnya ke arah 75 players yang berusaha sekuat tenaga untuk memusnahkan bebola air tersebut.
Malangnya, usaha mereka semua tidak mendatangkan sebarang keuntungan, sebaliknya hanya mengundang padah. Sekelip mata sahaja, LR 75 players itu berkurangan sehingga ke tahap kritikal. Tanpa memberikan peluang untuk mereka melarikan diri, Aelice sekali lagi melepaskan panahan berganda. Dan...
"Saga Kill!"
"Starlight party!"
Ellia menghela nafas lega. Akhirnya! "I did it... My first solo victory!"
Dia meloncat-loncat penuh kegembiraan. Air matanya mengalir bersama senyuman penuh perasaan pada wajahnya. "CL, saya menang!"
The first victory that she gained without help from anyone... The happy tears just prove how special it is to her.
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
โ Bordeaux, France โ
"Yessssss! She win!"
"Perfect, Sofie!"
CL dan Rel yang menonton video live bagi Solo Battle Ellia melalui televisyen terus bersorak meraikan kemenangan gadis itu.
"OMG... Aku tak sangka dia boleh jadi pro macam ni in less than two months!" Rel menggeleng-gelengkan kepala sambil bertepuk tangan. Riak wajahnya boleh dijelaskan dengan satu perkataan sahaja, 'speechless'. Ya, dia speechless dengan kebolehan anak didik CL! "So, a King raised a Queen, huh?"
"Well, maybe I raised her... But honestly, she grew up on her own, Rel." CL berbicara jujur.
Rel memandang ke arah lelaki itu. "Kau kecewa ke? Sekarang dia dah makin pro... Mungkin esok-esok, dia akan mula stop contact kau."
"Woi, mulut tu! Nak kena cili ke? Dia bukan jenis yang akan lupakan kawanlah!"
"Oh, macam tu eh? Tapi... Dia join Solo Battle ni pun bukannya dia ada inform kau, kan?"
"Itu... Aku rasa dia tak inform aku sebab dia tak nak aku menyibuk dekat arena Solo Battle ni. Dia dah tak nak bergantung dengan aku lagi since dia takut kalau dia tak mampu fight tanpa bantuan aku nanti."
Diam-diam, Rel tersenyum mendengar bait bicara CL. Gadis yang menggunakan profile name 'Siea' itu... Nampaknya, CL begitu memahami segala tindak-tanduknya. Pada dasarnya, Rel memang sengaja membahas soal gadis itu demi mengetahui seberapa pentingnya dia kepada CL.
And now, he knows it... That girl has already knocked upon the door of CL's heart. How deep has she entered? That's a question which only CL could tell the answer.
"Kalau macam tu apa yang kau fikirkan, then just trust yourself. Kau lebih kenal dia, I can't really say anything. Tapi, kan... Kau rasa dia sekarang ni rank berapa dan di stage mana? Since dia aktifkan LOCK and hide her rank, aku tak boleh nak ramal langsung..."
CL terdiam sejenak, mindanya ligat bekerja untuk membuat ramalan. "Aku rasa untuk first treasure, dia dapat jenis Mega Level... So, I bet she's currently on third rank, Master. But for stage, aku rasa dia baru sampai Moderate."
"Second treasure tu pula? Tak bagi kenaikan tahap atau rank ke?"
"Treasure yang tu jenis Average Level, so rasanya tak. Tapi, kenapa kau tanya aku? Kau pun dah lama jadi player VRS, takkan kau masih tak boleh nak bezakan kandungan treasure yang berbeza level?"
Rel menayang mimik muka sedih. Tangannya diletakkan ke dahi, menghayati perasaan lara dengan penuh emosi. Air mata palsu dikesat.
CL yang melihat tingkah Rel itu segera memutarkan bola matanya. Mula lagi lakonan Rel Si Drama King!
"Kau tak tahu ke nasib aku ni, CL? Dah bertahun-tahun aku bergelar player VRS, tapi aku tak pernah dapat treasure! Kau tahu tak? Setiap kali aku jumpa, mesti treasure tu kena curi! Jadi, macam mana aku nak tahu kandungannya? Macam mana aku nak kenal level bagi treasures tu dan bezakan semuanya? Aku tak pernah bertuah, CL... Tak pernah! Huhuhuhuhuhu... Dan kau, sampai hati kau tanya aku soalan ni? Kau memang tak ambil berat pasal aku! Aku ni kawan kau ke? Kenapa macam aku seorang aje yang ambil tahu pasal kau? Sedihlah macam ni! Eish!"
Kala Rel berura-ura meninggalkan dirinya di ruang tamu, CL terkebil-kebil sendirian. Namun apabila terpandang tablet CL yang masih dalam mode 'connected' dengan televisyen, seulas senyuman senget terus tersungging pada bibirnya.
"Oi! Tak nak ambil tablet kau ke?"
"Tak nak! You sakitkan hati I!"
"Serius ni? Aku ambil eh? Let me see theโ"
"Wehhhhhh!"
Rel buru-buru mendapatkan tabletnya. Habis lakonan dia! Jelingan tajam dihantar ke arah CL. "Don't you dare!"
CL mengangkat bahunya lantas berlalu meninggalkan Rel di situ. "Macamlah aku takut dengan kau..."
Seminit sebelum lif yang dia gunakan untuk pergi ke tingkat dua tertutup, dia berdehem bagi mendapatkan perhatian Rel.
"Apa?" soal Rel yang sudah hilang mood.
"Your crush... I already know who she is."
"Hah? Whaโ Kau! Wei!"
Meletus tawa CL di dalam lif tersebut. Apa Rel ingat dia tidak mampu mengorek rahsianya sebelum ini? That's a double no! Dia sudah lama sedar, bahkan sejak sebelum Rel membahas soal gadis itu lagi.
Kakinya yang mendadak terasa sedikit kejang menghentikan tawanya. CL mengeluh perlahan. Lupa pula dia berkenaan keadaan kakinya yang masih belum pulih sepenuhnya itu!
ใโจพใโจพใ
โโโโโโ
Okey ke tak okey? ๐ณ๐ ๐ Yna tahu tak epic, HSHSHSHSHS~๐๐คฃ๐ณ And honestly, Yna bayangkan fantasy scene masa tulis scenes Solo Battle tu๐๐
This one is ruang tamu rumah Rel...
This is the lift / elevator.
Ni panggilan untuk setiap killing yang wujud dalam VRS. Saga Kill / Mania Kill boleh diperolehi kalau kills menjangkau angka 10 dan ke atas. ๐๐ป๐
And ni senarai karakter sedia ada untuk setiap posisi dalam game VRS.
Kalau ada yang korang nak tahu, just comment, okey?
Alright, thanks for reading! ๐ฅบ๐๐๐
You are reading the story above: TeenFic.Net