AURA di dalam wad Ellia pada pagi ini agak menyeramkan. Kini, mama, papa dan adik-adiknya sedang berbincang dengan Vierra. Ellia pula hanya membatu di atas katil. Sesekali dia merenung pemandangan di luar tingkap, cuba menghadirkan sedikit rasa damai dalam hatinya.
Entah bagaimana beberapa orang paparazzi dapat menyerbu ke blok wadnya yang secara terang-terangan blok peribadi... Nasib baiklah ada jururawat yang sempat memanggil Vierra datang sebelum mereka berjaya menemukan wad Ellia. Kedatangan Vierra bersama para pengawal hospital berhasil menyelesaikan masalah paparazzi itu.
Disebabkan risau mengenai Ellia, Vierra menghubungi keluarga gadis itu. Dan sekarang, beginilah situasi di dalam wad Ellia. Tegang dan penuh dengan aura membunuh Blair. Ellia sendiri juga tidak senang duduk melihatkan reaksi papanya. Jujur dia katakan, amarah Blair merupakan salah satu daripada hal yang paling ditakutinya. Blair jarang dikuasai perasaan marah, tetapi apabila dia marah, aura yang menyelubunginya begitu menakutkan.
"Sweetie," panggil Blair dengan lembut.
"Yes, pa?" Ellia terus mengalihkan pandangan ke arah papanya.
"Doktor Vierra cakap, Ellia dah makin pulih. There wouldn't be any problem if you get discharged now. Ellia tak kesah kalau kena jalankan proses pemulihan dekat rumah, kan?"
"Ellia tak kesah. Lagipun, Ellia memang nak sangat pulang selama ni... Mama dengan papa yang nak simpan Ellia lama-lama dekat sini." Memuncung Ellia selepas membuat omelan itu.
Blair dan Sienna tertawa halus. Begitu juga dengan L, Sun serta Vierra.
"Homesick teruk ni! Kalau macam tu, biar saya ajelah yang uruskan hal discharge Ellia," ujar Vierra.
"Thank you, doc." Tersengih-sengih Ellia memandang wanita itu.
Blair, L, Sienna dan Sun menghampiri Ellia seusai Vierra meninggalkan wad tersebut. Riak wajah mereka mempamerkan rasa bimbang, menyebabkan Ellia mengeluh perlahan.
"Ma, pa, L, Sun... Paparazzi tu tak sempat nak serbu wad Ellia pun. Jadi, janganlah risau. Ellia okey, really okay."
"Kakak, patut ke Sun saman syarikat diaorang? Biar syarikat tu bankrap terus!" Sun mendengus kecil.
"Tak payahlah sampai macam tu... Kumpul berita sensasi memang dah jadi tugas paparazzi, they are just doing their job."
"Why are you so positive, sister? Diaorang patutnya dikenakan tindakan undang-undang sebab menceroboh blok peribadi dekat hospital ni. Diaorang mengganggu ketenteraman awam dan mencampuri urusan peribadi orang. That's a serious crime, you know? Cuba bayangkan kalau diaorang berjaya dapatkan maklumat pasal kakak. Entah apa jenis artikel yang diaorang akan tulis nanti... Your issue would be made the headline in no time. Susah untuk cover kenyataan yang kakak dianiayai sehingga terlibat dalam kemalangan kalau diaorang mula siasat pasal kakak..." L bersuara sedikit tegas, tidak puas hati dengan pandangan Ellia.
"Mama rasa, kita tak patut ambil bahagian dalam platform media sosial lagi. Weโ"
"Mama, we can't do that. Dah jadi tradisi keturunan Lawrence dan Jennings untuk hidup under the spotlight. We still have to be active on social media for the sake of keeping the tradition." Ellia langsung sahaja memintas percakapan mamanya.
"Sweetie, you... Ellia tahu yang tradisi ni tak penting, kan? Mama dengan papa tak kesah dipandang serong oleh orang lain hanya sebab melanggar tradisi media sosial ni. You are more important to us. The three of you are our gems. Kalau tradisi media sosial ni sakiti anak-anak mama, I'd rather break it." Sienna mencapai lembut tangan Ellia, L dan Sun.
"Ma..." Tiga beradik itu tersentuh hati mendengar ucapan Sienna.
"Dan kalau perlu, papa akan buat sidang media untuk bagi amaran kepada pihak-pihak tertentu yang berani ganggu anak-anak papa," tambah Blair.
"Pa..."
Pasangan suami isteri itu saling bertukar pandangan sebelum membuat family hug dengan anak-anak mereka.
"Nothing matters more than you guys," ucap Sienna.
"We both love you unconditionally, kids." Blair menutur kata sayang dengan semanis yang boleh. Dia bukanlah seorang papa yang bermulut manis, tetapi jika diperlukan... Dia sanggup membiasakan diri untuk bersikap manis demi anak-anaknya.
This is a family, which is filled with ultimate love for each other. Everyone is willing to do anything to protect one another, for their love is so pure. The kind of love that needs no romance but simply a strong deep bond.
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
Ellia menghembuskan nafas lega setelah masuk ke dalam biliknya. Dia bersyukur kerana tiada sesiapa dalam kalangan ahli keluarganya yang mempersoalkan mahupun memeriksa isi begnya. Beg tersebut diletakkan ke dalam almari lalu dia duduk di atas sekaki kerusi empuk.
Perbualan dengan mama dan papanya sebentar tadi terlayar semula di ruangan mindanya.
"Ellia masih nak ikut tradisi tu?"
"Erm."
"Kenapa?"
"Tak ada sebab. Ellia cuma dah terbiasa."
"Hmm, kalau macam tu... Mama dengan papa ikut keputusan Ellia."
Ellia meraup wajahnya seraya menghela nafas berat. Dia tipu... Jika diikutkan keinginan hatinya, memang dia tidak mahu untuk aktif di dalam media sosial lagi. Akan tetapi, dia tidak boleh menuruti keinginannya itu.
Walaupun mama, papa dan adik-adiknya tidak kesah dipandang serong, namun dia peduli. Ellia sangat peduli akan mereka. Dia tidak mahu mereka menerima layanan yang buruk kerana dirinya.
She's indeed tired of all the pressures from social media, but never too tired to protect her family. She loves them way too much, and she won't ever let herself brings harm to them in whatever way.
Andainya Ellia bersetuju dengan pendapat mereka, keluarga Lawrence dan Jennings akan menganggap mereka melanggar tradisi keluarga. Pasti tohmahan dilemparkan kepada mereka dan dia tidak mahu itu berlaku. Cukup-cukuplah dia memalukan keluarganya dengan keputusan akademiknya yang sangat teruk selama ini! Takkan mahu menambah beban lagi?
Semenjak dari kecil, dia sudah didedahkan soal tradisi-tradisi istimewa keluarga Lawrence dan Jennings. Boleh dikatakan, tradisi terdedah kepada media sosial itu merupakan suatu kewajipan dan kewajaran yang harus dilaksanakan.
Kata grandpa, "Kalau tak dapat tahan tekanan daripada media sosial, kamu tak layak berada dalam daftar keturunan Lawrence."
Kata grandma pula, "Kamu nak jadi seseorang yang tak terkalahkan? Then, you need to face the tough judgements in social media. It's your duty as a Jennings."
Mengingat pesanan itu, Ellia tidak mampu memenuhi kehendak yang telah berakar di dalam jiwanya selama ini. Keluarganya sanggup menelan segala kepahitan demi dia, jadi mengapa dia tidak punya kekuatan untuk menghadapi tekanan daripada media sosial?
"Smile, Sofie Gracellia. You must not be weak. Tekanan yang kau hadapi tak sebanding dengan apa yang keluarga kau telan selama ni. Kau dah banyak memalukan diaorang, jadi kali ni... Do it well. Swallow it all though it's hard. Kau patut bertahan tak kira apa sekalipun," gumamnya lemah.
This is the protective side of Sofie Gracellia. She would protect those who matters to her in such a way that she hurts herself. Because they are more important than herself... She would never want to think twice when she need to choose between herself and them. In the end, she will just leave herself behind and continue to protect them.
The thing is... She forget the fact that she matters more to them. And no, she never think herself matters to her.
Let's reflect on a topic. We all can talk about self-love, don't we? But, hey... Can you possibly tell me the exact amount of us who practice that self-love in our everyday life? A fact: We always tend to do the talk, but rarely or even never the practice.
ใโจพใโจพใ
โโโโโโ
Deep? Dark? No? ๐
๐
Yna rasa sekarang cerita ni more to teen fiction chapters...๐
For gaming chapters, tak lama l agi, akan muncul balik. ๐๐
Yna actually terfikir nak buat chapter ni sebab Yna perasan yang Yna tak pernah bagi explanation pasal kenapa keluarga Ellia tak buat apa-apa about articles yang dipublish tentang dia. So, Yna harap chapter ni dapat bagi pemahaman yang lebih mendalam kepada korang.๐
And... I present to you, Ellia's house + the bedrooms.
Parents' room
Sun's room
L's room
Ellia's room
Kalau ada apa-apa kesilapan, harap korang tegur Yna. And thank you for reading! ๐ฅบ๐
You are reading the story above: TeenFic.Net