𝟬𝟭𝟴 β€£ π˜½π™šπ™–π™ͺπ™©π™žπ™›π™ͺ𝙑 π˜Ύπ™€π™£π™£π™šπ™˜π™©π™žπ™€π™£

Background color
Font
Font size
Line height

MEMANDANG tujuh orang yang sedang berdiri membelakanginya saat ini, termasuklah L dan Sun, Ellia kelu dan statik di posisinya. Bukannya dia tidak mahu bersuara, namun dia masih lagi dikuasai perasaan takjub. Matanya tertuju lama ke bahagian belakang jaket yang mereka bertujuh pakai. Pada bahagian belakang jaket mereka, tertera perkataan 'CRWN' serta character ID masing-masing, iaitu CRWN_Cream, CRWN_Fade, CRWN_Bond, CRWN_Freddie, CRWN_LΓ©rose, CRWN_Boom, dan CRWN_Yumi.

"Err... Korang tak nak duduk ke?" soal Ellia setelah berjaya meraih semula ketenangan jiwanya.

Mereka bertujuh berpaling ke arahnya secara serentak. Sun berdehem kecil. "Kakak tak nak tanya apa-apa?"

"Sure I do, tapi kakak rasa kita kena duduk dulu. Kaki korang pun mesti dah lenguh..."

"Oh, erm... Then, let's sit down first."

Usai mereka semua duduk, L pula yang berdehem membetulkan suaranya. "Kakak... Diaorang berlima ni ialah ahli team Crowner yang lain."

Entah mengapa suasana yang menyelubungi mereka masih mengeluarkan aura janggal... Ellia langsung menghela nafasnya. "Okey, this has to stop. Kenapa rasa awkward sangat ni?"

Sun menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal manakala L mengusap-usap tengkuknya. Lima orang sahabat mereka pula senyap tidak berkutik.

"Erm... Ka-Kau kakak L dengan Sun?" Pertanyaan itu tiba-tiba diajukan oleh seorang gadis berambut coklat cerah. Sebutannya kedengaran sedikit pelat pada pendengaran Ellia.

"Yes, I am their sister. Aku Sofie Gracellia, Ellia for short. And you?" Ellia membalas dengan seulas senyuman nipis pada wajahnya.

"I'm Hirawa Yuki, just call me Yuki."

"Erm... Nama aku Alexis Mae, kau boleh panggil aku Alex."

"Aku pula Lotus Hope. People usually call me Flower or Hope, tapi... Aku tak kesah pun kalau kau nak panggil aku dengan nama lain."

Beberapa saat selepas si gadis berambut coklat cerah itu menjawab pertanyaan Ellia, seorang gadis berambut hitam pekat separas leher dan seorang gadis berambut putih kecoklatan pula membuat pengenalan diri mereka.

"Nama aku Dylan Son, and Dan is my nickname."

"Lastly, me... Aku Elijah Kye. You can call me Eli."

Seorang lelaki berambut perang muda kehitaman dan seorang lelaki berambut ebony black kemudiannya turut sama memperkenalkan diri. L dan Sun terkebil-kebil apabila mereka selesai dengan sesi introduction. Apakah? Ternyata mereka sama sekali tidak memerlukan bantuan untuk melakukan introduction.

"I see... Nice to meet you guys. Selama ni, L dengan Sun selalu cerita pasal korang... Tak sangka pula hari ni dapat jumpa korang depan-depan..." Ellia menundukkan sedikit kepalanya, simbolik kepada sapaan hormat.

"Kitorang pun selalu dengar cerita pasal kau. Aku happy sangat sebab akhirnya dapat jumpa kau!" kata Hope dengan tulus. Jelas terserlah keterujaan pada wajah itu kerana akhirnya bersemuka secara langsung dengan Ellia yang sebelumnya cuma dia kenali melalui penceritaan L dan Sun.

"Kitorang pun happy jumpa kau!" Alex, Dan, Eli dan Yuki terus menyokong kata-kata Hope itu.

Perlahan-lahan Ellia mengangkat kepalanya. Satu-persatu wajah mereka dipandang. "Tapi... Kita baru kenal, kan? Kenapa korang happy berjumpa dengan aku?"

"Kita memang baru berjumpa... Tapi, bagi aku, err... Sebenarnya, bagi kitorang, kitorang rasa macam dah lama kenal kau. Because of L and Sun, kitorang dapat kenal kau. Hanya dengan mendengar cerita diaorang pasal kau, kitorang dah rasa rapat sangat dengan kau. I know, it's kind of weird... But, really... I already... I mean, we already took you as our friend. Jadi, bila kitorang dapat berjumpa dengan kau... Kitorang memang happy sangat. Sebab Crowner dah lama anggap kau sebagai family, Ellia," ucap Alex dengan bersungguh-sungguh.

"Jadi, boleh tak... Kau jadi kawan kitorang?" Yuki membuat permintaan mengejut, membuatkan tujuh pasang mata lainnya segera memandang gadis itu.

Namun tidak lama selepas itu, Ellia pula yang menjadi pusat perhatian. Pada hakikatnya, permintaan Yuki adalah benar-benar di luar jangkaannya. Agak tidak masuk akal jika difikirkan... Bagaimana mungkin ikatan persahabatan boleh terjalin dengan begitu cepat dan mudah antara sesama insan yang baru bertemu satu sama lain, bukan? Bukankah sesebuah ikatan itu memerlukan masa untuk tercipta?

"Urm... Is it too fast? Aku buat kau rasa awkward ke?"

Menyedari bahawa Ellia seakan-akan sulit berbicara, Yuki mulai menyesal kerana membuat permintaan mendadak itu. Bagaimana jika Ellia menganggap dirinya pelik? Lebih parah lagi, bagaimana sekiranya Ellia menjadi trauma dengan team Crowner?

"Kalau korang betul-betul sudi aku jadi kawan korang, then of course I can... It's such a great honor for me to befriend you guys. Korang Crowner, a professional esports team yang dah terkenal secara global. Aku ni tak ada keistimewaan─"

"Aip! Kakak cakap apa ni?" Sun memintas laju bicara Ellia. Dia bangkit berdiri lalu bercekak pinggang. Matanya dikecilkan memandang wajah sang kakak. Pantang sungguh dia bilamana Ellia bertindak memperkecilkan dirinya sendiri!

Ellia menyepikan diri. Salahkah dia menyatakan kebenaran itu? Crowner team esports yang terkenal, di mana kelayakannya untuk berdiri di sisi mereka? Dia bukan Airene yang mempunyai pelbagai rekod cemerlang... Masakan mungkin sama taraf dengan mereka?

"Ellia, kita semua ni manusia. Hanya sebab kitorang terkenal, itu tak bermakna yang kitorang ni dah jadi sehebat dewa. Kitorang pun pernah jatuh dan berada di tempat yang rendah sebelum ni. And who says that our popularity will remain till the end? Populariti kitorang takkan kekal lama... Hari demi hari, makin ramai team baru yang muncul dan menarik perhatian orang ramai. So, soon enough, we would be forgotten too. Sebab apa? Sebab kitorang pun manusia biasa, sama macam kau. Jadi, jangan letakkan diri kau sebagai objek perbandingan dengan orang lain. Don't compare yourself to others. Each of us have our own difficulties." Eli bernada datar. Lagaknya itu persis seorang abang yang sedang mendidik adiknya.

"Dengar tu, kakak... Kita semua manusia biasa, tak ada yang lebih ataupun kurang. Kita sendiri yang letakkan ukuran untuk menentukan kelebihan dan kekurangan antara sesama kita. When in fact, the measurement has never been there. It would never exist if not for people who's been trying to reach the perfect level." Sun turut serta memberikan ceramah kepada Ellia.

"Exactly!" Alex, Dan, L dan Yuki memberi sokongan padu bagi kedua-dua hujah tersebut.

Hati Ellia terasa hangat dek layanan mereka semua. Mereka memberikan dirinya semangat, sama seperti yang CL lakukan. Saat itu, dia sedari satu kenyataan tentang team Crowner. Crowner... Isn't merely a team, but a family.

And though they try to hide it, she realizes that they have lost an important piece. A piece that once completed the team.

"So, we're friends now?" soalnya, ingin menghapuskan keraguan yang tersisa.

"Yes!" Para anggota team Crowner, tidak terkecuali L dan Sun, menyahut secara bersamaan.

β€’β—¦βœ¦β”€β”€β”€β”€β€’β—¦α˜‘α˜žβ€’β—¦β”€β”€β”€β”€βœ¦β—¦β€’

β—• Bordeaux, France β—•

"CL! CL! CL! Wei!"

Dengusan kasar CL lepaskan setelah telinganya menangkap bunyi pekikan Rel. Waktu sudah lewat pukul 10.00 malam, boleh pula dia terpekik-pekik! "Kau nak apa?" soalnya dengan malas. Sedikit pun dia tidak beralih dari katilnya dek rasa mengantuk.

"Crowner... Crowner post announcement baru!"

"Oh... Okey."

Rel mengetap gigi apabila mendengar balasan acuh tidak acuh CL. "Mengantuk sangat ke pak cik ni? Eiiiiii, aku tak peduli... CL, buka mata kau luas-luas! Woiiiiiiiii! Ni berita hangat, okey? Crowner baru aje post announcement! Kau dengar tak?"

Tidak pasal-pasal, CL yang tadinya mamai segera membuka matanya seluas mungkin. Crowner post announcement? Dia turun dari katilnya lalu membuka pintu bilik yang dikuncikan sebelum ini. "Announcement apa?"

"Tengok ni..." Rel menyuakan tabletnya kepada CL.

Gambar yang terpapar pada skrin tablet tersebut CL amati. Bonding hands pose? Catatan yang ditinggalkan di bawah gambar itu ialah "What a beautiful day today is... Achievement Unlocked: Befriending the special person".

"Kau kenal tak identiti kawan baru diaorang ni?"

"Aku tak─" Baru sahaja dia ingin mengatakan tidak, pandangannya tiba-tiba jatuh pada satu pergelangan tangan yang dilingkari seutas gelang. Gelang itu! Ellia? Seulas senyuman nipis dia ukirkan secara sembunyi sebelum raut tanpa emosinya ditayangkan kepada Rel. "Aku kenal."

"Kau kenal? Siapa dia? Dia gamer juga ke? Wait, dia... Dia perempuan! Macam mana kau boleh kenal dengan dia ni? Wei, CL! Sampai hati kau tak share apa-apa dengan aku, kan?"

CL memutarkan bola matanya. "Come in... Itu pun kalau kau nak ta─"

Tanpa menunggu bicara CL selesai, Rel pantas berdesup masuk ke dalam bilik lelaki itu. "Cepatlah... Aku nak tahu ni."

Selang beberapa minit kemudian, selepas CL memberitahukan segalanya kepada Rel, Rel terus ternganga. "Jadi, maksud kau... She doesn't know how you look like? Korang cuma interact secara online... Dan apa yang menariknya, dia kakak kepada dua orang ex-teammates kau? Kau yang ajar dia main VRS, and you two are friends. Now, Crowner befriended her. But, they don't know yang korang kenal satu sama lain?"

"Part last tu, aku tak pasti sama ada dia bagitahu Crowner yang kitorang kenal satu sama lain ataupun tak."

Terangguk-angguk kepala Rel. Sengihan lebar menghiasi wajahnya. "You know what? Bila aku simpulkan semuanya, kau sebenarnya masih lagi ada perkaitan dengan Crowner."

Dia bangkit berdiri dari kerusi empuk yang menjadi tempat duduknya. Bahu CL ditepuk-tepuk perlahan. "I think it's such a beautiful connection... She just connects you with Crowner again, don't you agree?"

"Hmm... Okeylah. Aku balik bilik aku dulu... Sorry sebab ganggu kau malam-malam macam ni. Rest well, bro."

Seketika selepas Rel berlalu keluar dari biliknya, CL menjatuhkan kepalanya ke atas bantal. Kata-kata Rel melekat di dalam benaknya.

"Now that I think about it, it is really... A beautiful connection," ucapnya separa berbisik.

〄⨾〄⨾〄

β–’β–’β–’β–’β–’β–’

Kenapa Yna rasa macam chapter ni
berterabur? Huhuhuhuhu... Got stuck dekat chapter ni for a few days. πŸ‘€πŸ’” Harap-harap okeylah... Tempat borak diaorang, Yna dah tunjuk dekat atas tu.

The bonding hands pose... Yna imagine gambar tu macam ni... But, for 8 individuals. πŸ‘ŒπŸ»πŸ˜…

And here, Rel's house in France + his and CL's room.

Hohohoho, tak tahu kenapa... Tapi, Yna suka cari design, LOLπŸ˜‚πŸ˜‚ Maybe supaya senang imagine kut... πŸ‘€

Anyway, thanks for reading! πŸ˜ŠπŸ’œ


You are reading the story above: TeenFic.Net