DENGAN mata yang hanya terbuka sedikit sahaja, Ellia mengerling sekilas ke arah jam. Baru pukul 3.00 pagi... Tetapi, mengapa matahari sudah bersinar cerah pada saat ini? Dia lantas menggosok matanya beberapa kali.
Sedetik kemudian, dia terus menepuk dahi. Apa kes pula pukul 3.00 pagi? Nyatanya, jam sekarang sudah pun menunjukkan pukul 8.15 pagi. Aduh, teruk betul penglihatannya selepas bangun tidur! Tergeleng-geleng kepala Ellia.
Langkah segera diatur menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Kata L dan Sun semalam, hari ini dia akan dikenalkan dengan kawan-kawan mereka. Jadi, dia haruslah tampil segar, bukan? Buat malu sahaja jika mereka tiba dan keadaannya seteruk ketika dia baru bangun tidur tadi!
Seusai sahaja selesai membersihkan diri, Ellia memeriksa telefonnya. Group chat room khas yang dihuni oleh dia dan adik-adiknya diperiksa.
SBS SIBLINGS
βSunNy
Kakak, kitorang tengah
on the way ni...
ββ 08:05
βWoLfie
Kakak, we're stuck because
of the roadblock. Maybe,
Belum sempat dia ingin menaip balasan kepada adik-adiknya itu, satu chat daripada nombor yang tidak dikenali membantutkan niatnya. Chat tersebut dibaca dengan rasa tertanya-tanya. Siapa pengirimnya?
UNKNOWN
Hi, Ellia... Maaf
sebab ganggu.
ββ 08:25
Terkebil-kebil Ellia jadinya. Tiada pengenalan langsung, bagaimana dia mahu mengetahui identiti pengirimnya itu? WhatsApp profile name yang digunakannya juga tidak memberikan sebarang klu. W.A.T.E.R? "Whoβ" Riaknya berubah serta-merta setelah menyedari sesuatu.
W.A.T.E.R, water... Air... Airika!
Tidak semena-mena, Ellia terasa janggal untuk membalas chat itu. Dia bukannya bermusuhan dengan Airika. Mahu kata benci pun, tidak juga. Akan tetapi, mereka berdua tidak begitu rapat. Memandangkan asyik dibanding-bandingkan dengan satu sama lain oleh keluarga Lawrence dan Jennings, bagaimana mungkin mereka boleh mempunyai hubungan yang rapat?
Keluarga Lawrence dan Jennings? Ya, mereka berdua 'berkongsi' dua keluarga yang sama. Daddy Airika merupakan abang kepada papa Ellia manakala mommy Airika pula ialah adik angkat kepada mama Ellia. Maka secara sahnya, Ellia, adik-adiknya dan Airika boleh disebut sebagai sepupu 'sama keluarga'.
Disebabkan hal inilah, Airika dan Ellia kerap dibanding-bandingkan dalam setiap pertemuan keluarga tidak kiralah keluarga Lawrence mahupun Jennings. Apatah lagi, mereka berdua sebaya dan berkongsi status yang sama sebagai keturunan generasi Lawrence-Jennings.
Airika tidak sombong, Ellia mengakui hal tersebut. Bahkan, Airika sentiasa cuba menjalin hubungan yang baik dengan dirinya. Tetapi, Ellia... Dia menjarakkan diri daripada sepupunya itu. Entahlah mengapa... Mungkin juga pengekalan jarak tersebut berfungsi sebagai mekanisme pertahanan dirinya.
Sejujurnya, Ellia tahu benar bahawa Airika turut sama dipinggirkan oleh sepupu-sepupu mereka. Bilamana dirinya diketepikan kerana pencapaiannya yang tidak setaraf dengan mereka, Airika pula dipulaukan kerana pencapaiannya yang terlebih cemerlang berbanding mereka. Mereka berdua berbeza dari segi pencapaian, tetapi punya banyak persamaan bila menyangkut hal berkenaan kehidupan.
Sama seperti Ellia, Airika juga seringkali diperhatikan oleh pihak media. Hal ini mewajibkan dia untuk mencapai prestasi yang hebat dan membanggakan. Tekanan? Mereka berdua banyak ditekan oleh beraneka macam hal yang sama, tetapi hasil daripada tekanan yang dikenakan kepada mereka cukup jauh berbeza.
Sungguhpun memahami Airika, namun Ellia tidak mampu merapatkan jurang antara mereka. Bukannya dia tidak mencuba, hanya sahaja situasi mereka seakan-akan dua magnet yang sama kutub. Dua magnet yang sama kutub tidak dapat bercantum dengan satu sama lain kerana ianya saling menolak, begitulah juga halnya dengan mereka. Apabila Airika menghampiri, Ellia menghindari. Dan apabila Ellia mendekati, Airika pula menjauhi. Jadi konklusinya, hubungan mereka berdua hanya seringkas dan serumit itu.
They both have the same plots in their life, but not the way they define the plots. Their tales connect at some points, but it's never really well-combined.
Pada akhirnya, Ellia membiarkan sahaja chat Airika sepi tanpa balasan.
β’β¦β¦βββββ’β¦α‘αβ’β¦βββββ¦β¦β’
"Kakak, I miss you so much!"
Masuk sahaja ke dalam wad Ellia, Sun pantas mendakap tubuh kakaknya itu. Ellia cuma mampu menggeleng-gelengkan kepala sahaja. Sun dengan sifat manjanya memang berpisah tiada! "Miss you too, sunny. Jadi, mana kawan-kawan Sun? L pun tak ada... Where are they?"
"That's a secret. Come, kakak pakai blindfold ni dulu..."
Dalam pada bingung dengan tingkah Sun yang membuatnya berteka-teki sendiri, Ellia menuruti sahaja kemahuan adiknya yang meminta dia memakai penutup mata. "Sun akan guide kakak, kan? Kalau Sun tak guide, I'm not going anywhere."
"Wahai my dear lovely sister, mestilah Sun akan guide kakak. Kalau kakak terlanggar dinding atau tiang nanti and your face got ruined, Sun juga yang susah. Kena bebel oleh mama dengan papa pula nanti! Abang pun mesti bagi ceramah free dekat Sun... Woooo, Sun tak nak... I seriously don't want that to happen."
Tertawa kecil Ellia mendengar bicara Sun itu. Seketika kemudian, dia senyap mengikuti Sun si pemandu arah. Tangan Sun memegang erat tangannya umpama seorang budak kecil yang takut kehilangan ibunya. Perlahan sahaja Ellia melangkah, takut-takut andai terlanggar atau terpijak sesuatu. Meskipun dia tahu Sun akan memastikan dia baik-baik sahaja, tetapi masih ada kemungkinan satu daripada sejuta yang dia boleh terbabas, bukan?
"Sun, kita dekat tangga ke?"
"Ya."
"Kenapa tak naik lif aje?"
"Lif yang ada tadi sempit, yang lain pula dah penuh."
"Oh..."
"Kita di tingkat berapa sekarang ni?"
"Tingkat lapan."
"Kita nak lawat pesakit lain ke?"
"Bukanlah. Apa pula nak lawat pesakit lain? Kan dah cakap semalam, Sun nak bawa kakak jumpa kawan-kawan kitorang."
"Oh... Diaorang sihat aje, kan?"
"Sihatlah agaknya..."
"Kakak ingatkan, diaorang pun pesakit juga."
"Seriously, sis?"
Ellia dan Sun berbual-bual singkat dalam perjalanan menuju ke tempat di mana L dan rakan-rakan yang Sun sebutkan berada.
"Wait... Sekarang ni, kita ada dekat tingkat 10, kan?" tebak Ellia.
Tingkat 10 di hospital itu adalah sebuah tingkat istimewa yang diwujudkan khas untuk para pesakit menghilangkan kebosanan dan tekanan mereka. Ianya tingkat siber atau gaming. Menurut Vierra, tingkat tersebut diwujudkan kerana adanya permintaan daripada sesetengah pesakit yang kebosanan dan mengalami tekanan. Pewujudan tingkat itu bahkan mendapat dukungan dan sambutan yang positif daripada ramai orang, baik kakitangan hospital mahupun para pesakit.
"How did you know?" Sun sedikit terkejut kerana kakaknya mampu mengenal pasti tingkat tempat mereka berada kini.
"Kakak ada dengar bunyi orang bersorak 'victory', mouse clicks and also the shooting or fighting sounds," jelas Ellia. Telinganya memang peka menangkap bunyi di sekelilingnya jika bunyi tersebut biasa didengari.
"Kakak... You sound like you are a gamer."
"Hah? How is that possible?"
Sun menghamburkan tawanya. "Entahlah... Reaksi kakak cuma terasa macam tu. Like... You know, an experienced gamer? Kakak kedengaran yakin sangat bila kakak bagitahu bunyi yang kakak dengar."
"Oh..." Ellia tertawa kekok. Sangkanya, Sun sudah dapat menghidu akan kegiatan gamingnya. Kus semangat!
"Okay... Kita dah sampai. Kakak dah ready nak jumpa kawan-kawan abang dengan Sun tak?"
"Yes, I'm ready."
Detik itu juga, Sun menanggalkan penutup mata Ellia. Terpaku Ellia dengan apa yang berada di hadapannya saat itu.
The defending champion in IGCC for team battle category... Crowner!
Biar betul? Adakah dia sedang bermimpi di siang hari? Atau dia sebenarnya sedang berhalusinasi kerana tidur lewat malam tadi?
γβ¨Ύγβ¨Ύγ
ββββββ
Alright... Yna rasa Yna kena bertenang. πππ Terlebih excited nak buat Ellia and Crowner members berjumpa... ππ³π
And Airika dah muncul... π
Sebelum tu... Yna nak tunjuk dulu tingkat 10.
Tingkat 10 - Hospital Esports Space
Ni gambaran untuk laluan yang Ellia dengan Sun ikut...
This one... Yes, tempat players main
game. Tapi, tempat tu sebenarnya lebih luas berbanding yang ni. π
Ruang borak, LOLπ
Ruang nonton + borakπ
Ruang makan + borakπ
This one pula... Gambaran untuk tempat
players yang main game secara peribadi (yang memang kenalan / kawan) atau players yang suka main game di tempat yang sikit orang. Tempat-tempat ni banyak juga dekat tingkat 10, cuma semuanya terletak di hujung laluan. Nama pun peribadi, haruslah terasing, right? π
Lengkap tingkat 10 ni, kan? ππ
Chapter ni rasa macam tergantung ke? ππ Atau memeningkan kepala? Huhuhuhu...
Apa-apa sekalipun, I hope korang enjoy baca chapter ni. π₯Ίπ
You are reading the story above: TeenFic.Net