𝐑𝐚𝐢𝐝𝐞𝐧𝐑𝐢𝐟𝐪𝐚𝐡 𝟐𝟕

Background color
Font
Font size
Line height

Rifqah keluar dari syarikat Raiden untuk menunggu Raiden. Tiba-tiba dia rasa diikuti oleh seseorang dan orang itu adalah Riyana. Rifqah yang kelihatan cantik berpakaian casual menyilang tangannya. Beg tangan dipegang kuat olehnya.

"Eh perempuan sini kau!" kata Riyana yang mengejar Rifqah sehingga ke luar syarikat Raiden.

"Kau nak apa Riyana?" Tenang sahaja riak wajah Rifqah. Riyana berdiri di hadapan Rifqah.

"Kau ni perempuan tak tahu malu ke rampas Raiden dari aku?" ujar Riyana lalu membetulkan rambutnya itu. Rifqah memandang kosong ke arah Riyana.

Setakat kau ni bukan saingan aku, desis hati Rifqah.

"Bukan aku tapi kau sendiri tak tahu malu nak kat Raiden. Sedangkan kau tahu Raiden tu tak pandang kau. Masih nak kejar suami aku? Maaflah aku dah menang. Dia pilih aku jadi isteri dia," balas Rifqah.

Riyana ingin menampar Rifqah namun suara kuat Raiden membuatkan Riyana menghentikan tindakannya.

"Eh kau ada hati nak tampar wanita kesayangan aku?" kata Raiden yang pantas berdiri di sebelah isterinya.

"Riyana tahu Raiden suka Riyana kan? Sebab Raiden ada melawat Riyana kat hospital dulu," kata Riyana. Raiden ingin muntah mendengar suara kepit Riyana.

"Aku melawat atas dasar timbang rasa. Aku tak nak kau mati kalau kau mati siapa nak bayar hutang kau? Aku? Memang tak nak aku tolong sebab tu hidup jangan nak berhutang," jawab Raiden lagi. Rifqah tersenyum.

"Eh jomlah cinta malas aku nak layan orang gila yang takde otak ni. Dah hilang agaknya otak dia," kata Raiden yang menarik tangan Rifqah untuk masuk ke dalam kereta.

"Raiden! Raiden!" jerit Riyana yang ingin menyentuh lengan Raiden. Raiden mengelak dari disentuh.

"Apa sibuk sebut nama aku? Dasar songkek perempuan ni," kata Raiden lalu pantas masuk ke dalam kereta. Kereta terus dipandu oleh Raiden. Riyana menghentakkan kakinya tanda protes.

"Suara dahlah kepit lepas tu ada hati nak suka kat aku? Memang sampai bila-bila pun aku tak suka dia," bebel Raiden sambil memandu kereta. Rifqah memandang hairan ke arah suaminya.

"Nak je aku humban dia dalam gaung eh nasiblah perempuan. Rengsek aku macam ni," ucap Raiden lagi. Rifqah kerut dahi. Rengsek? Apa pula perkataan yang suami aku sebut ni?

"Rengsek tu apa Raiden? Aku tak faham..." Tidak habis lagi bercakap, Raiden memarahi kereta yang berada di jalan raya itu.

"Ish gila betul kereta Honda ni tak tahu nak bagi signal ke? Macam manalah boleh dapat lesen memandu? Rengsek!" bebel Raiden lagi. Rifqah mencubit pinggang suaminya.

"Kau ni kan aku bercakap kau buat tak tahu tak habis-habis dengan rengsek. Ada aku tendang kau keluar dari kereta ni," ujar Rifqah.

"Kau ni tengah memandu cuba kawal sikit marah tu? Tahulah marah kat Riyana. Jangan sampai orang lain jadi mangsa," tegur Rifqah dan Raiden menenangkan dirinya.

"Mana aku tak marah kalau dia nak tampar kau? Sibuk nak sentuh isteri aku," kata Raiden.

"Kalau dia tampar aku, aku tarik rambut dia," balas Rifqah selamba. Dia membetulkan awning tudungnya. Sejujurnya dia tidak akan menjadi wanita lemah dipijak seperti tiada maruah. Raiden adalah hak dia selamanya.

Raiden memarkir keretanya di dalam perkarangan rumah. Dia menarik handbrake keretanya. Rambutnya diusap perlahan.

Masuk sahaja ke dalam rumah, Rifqah terus pergi ke arah dapur kerana tekaknya terasa haus. Dia mengambil air yogurt yang dibeli di pasar raya.

Ketika dia sedang menuang air yogurt ke dalam gelas, Raiden pantas mengambil botol air itu. Kaki Raiden dipijak kuat oleh isterinya.

"Ish aku tak habis tuang lagi kau dah ambil. Macam aku nak sedut air tu sampai habis?" kata Rifqah yang meneguk air yogurt yang sudah dituang itu.

Raiden hanya sengih.

"Maaflah barang dapur aku yang beli," ujar Raiden. Rifqah menjulingkan mata ke atas. Dari dulu sampai sekarang asyik nak perasan bagus je.

"Maaflah beras aku yang masak bukan kau. Ada aku sumbat inti karipap kentang dalam mulut kau tu nanti," balas Rifqah lagi.

"Kau buat karipap kentang frozen ke?" soal Raiden. Rifqah hanya mengangguk sahaja. Gelas yang dipegang terus dia cuci sehingga bersih.

"Sejak bila kau rajin buat kuih ni? Dah jadi tukang buat kuih part time ke?" tanya Raiden. Rifqah mengeluarkan karipap kentang frozen itu dari peti sejuk.

"Eh suka hatilah ini hobi baru aku. Kau tu cuma nak makan masakan aku dan umi kau. Kau memang anti dengan makanan luar ke?" tanya Rifqah lagi.

Raiden duduk di kerusi sambil memerhati isterinya.

"Bukan anti tapi aku jarang nak makan kat luar ikut pada keadaan. Aku kan dah ada kau sebagai isteri aku. Kalau kau sudi nak masak, masak. Aku tak pernah paksa isteri aku masak," kata Raiden lagi. Rifqah menuang minyak masak dengan perlahan ke dalam kuali yang sudah panas itu.

"Nak aku tolong? Kau duduk biar aku yang goreng karipap ni aku tak nak semua benda isteri aku je yang buat," kata Raiden lalu bangun semula. Dia menyuruh Rifqah untuk duduk.

Rifqah tersenyum. Jauh di sudut hati Rifqah, memang Raiden seorang lelaki yang bertanggungjawab. Walaupun suka buat kelakar tapi dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dia sebagai seorang suami.

Selesai menggoreng, Raiden mengambil serbuk kopi untuk membancuh kopi panas untuk dia dan Rifqah. Mata Rifqah asyik memandang suaminya yang khusyuk membancuh minuman.

Raiden meletakkan cawan di atas meja bersama karipap kentang yang sudah digoreng. Dia melabuhkan punggung dan matanya bertaut dengan mata Rifqah.

"Aku buat kopi kesukaan kau. Setiap malam kau memang suka minum kopi tapi jangan selalu minum ya? Banyakkan minum air kosong," pesan Raiden. Raiden mengambil karipap kentang itu lalu meniup beberapa kali dan diberikan kepada sang isteri.

Sejujurnya Raiden terlalu menyayangi Rifqah kerana hanya Rifqah penyeri hidupnya. Hidupnya dulu terlalu sepi dan ucapan syukur yang tak terkata, kehadiran Rifqah membuatkan dia tersenyum semula.

"Sedap tak karipap yang aku buat?" soal Rifqah. Dia menghirup air kopi itu.

"Memang karipap kentang yang kau buat ni sedap, cinta. Kalah karipap orang lain. Dulu aku sarapan pagi memang wajib ada karipap kentang ni. Sampai aku dah besar pun karipap ni juga kuih kesukaan aku," ujar Raiden dengan jelas.

"Air kopi kau memang paling tip top. Dari masa kita belajar kau suka bancuh air kopi untuk aku. Tumbler yang kau bagi tu aku masih simpan kat rumah keluarga aku. Itu hadiah paling bermakna," kata Rifqah pula.

Mereka berdua melangkah ke arah tangga untuk masuk ke dalam bilik. Kedengaran hujan lebat di luar rumah dan memang malam ini mereka tidur nyenyak.

"Hujan lebat memang sejuk malam ni," kata Raiden. Pintu bilik terus dikunci. Rifqah meletakkan beg tangan di atas meja solek. Dia membersihkan wajah dia terlebih dahulu.

Usai membersihkan diri, Rifqah terus duduk bersandar di katil. Leka dengan telefonnya tiba-tiba petir kuat menyebabkan Rifqah pantas memeluk Raiden yang baru sahaja berada di atas katil.

"Kau takut petir ke cinta hm? Takpe peluk je aku. I'm not going anywhere," balas Raiden lembut. Dia menarik erat Rifqah hilang dalam pelukannya.

"Aku memang takut petir," kata Rifqah perlahan. Raiden mengusap ubun-ubun rambut isterinya. Beberapa minit kemudian, Rifqah terlelap dalam pelukan Raiden.

Raiden perlahan meletakkan kepala Rifqah di bantal dan menarik selimut menutupi badan isterinya. Dia mencium dahi Rifqah sambil berkata sesuatu.

"You never fail make me smile, cinta. I love you so much," ucap Raiden. Lampu ditutup dan Raiden baring lalu dia memejamkan matanya.

"DAH lama kan kahwin? Dah ada isi ke?" tegur Puan Hanim, makngah kepada Raiden. Rifqah yang sedang membancuh air terus berpaling ke arah Puan Hanim.

Sudu diletakkan semula. Dia cuba menahan geram dan dia tersenyum tenang ke arah Puan Hanim.

"Kalau kami takde anak pun ada kacau hidup makngah ke?" soal Rifqah. Puan Hanim terkejut. Tidak sangka isteri Raiden tidak takut langsung dengan kata-katanya.

Riak wajah Rifqah tidak ada langsung rasa takut. Nada suaranya masih dikawal.

"Orang lain kahwin sekejap pun dah ada isi takkan kamu tu susah sangat nak dapat anak? Ada masalah ke tak pergi check?"  ujar Puan Hanim. Raiden yang ingin melangkah ke dapur terus terhenti dan dia mendengar perbualan Puan Hanim dan Rifqah.

"Ini rumah tangga saya dan Raiden. Yang makngah sibuk masuk campur dah kenapa? Kami masih bahagia walaupun belum dikurniakan cahaya mata!" Suara Rifqah sedikit kuat.

"Eh kamu ni kurang ajar!" Puan Hanim ingin menampar Rifqah namun tangannya dipegang oleh Raiden.

"Raiden pun tak pernah naik tangan kat Rifqah inikan makngah nak tampar isteri Raiden? Selama ni Raiden diam dan hormat makngah. Tapi makin melampau," balas Raiden lalu melepaskan tangan Puan Hanim.

"Sejak dari hari pertama Raiden kahwin dengan dia ni, makngah memang tak suka dia," kata Puan Hanim. Datin Tiara yang lain terkedu melihat Raiden hilang hormat terhadap Puan Hanim.

"Kalau makngah tak suka itu bukan urusan makngah. I love Rifqah so much. No one can replace her in my life!" Jari Raiden terus menunding ke arah Puan Hanim. Puan Hanim seakan tidak percaya dengan sikap Raiden itu.

"Patutlah semua orang tak nak layan makngah sebab mulut makngah ni puaka sangat suka bercerita buruk tentang orang. Makngah fikir makngah tu sempurna ke?" bidas Raiden. Dia sudah tidak tahan melihat isterinya dihina banyak kali.

"Isteri Raiden tu mandul," Nada Puan Hanim seperti memerli Rifqah. Rifqah cuba menahan rasa sakit di hatinya. Raiden sudah mengenggam penumbuk. Semudah itu dia tuduh isteri aku?

"Cukup makngah. Isteri Raiden tak mandul.  Jangan berlagak seperti makngah kenal isteri Raiden macam mana,"  kata Raiden.

"Patutlah bercerai dengan Adwa sebab perangai tu tak elok! Entah macam mana ibu dan ayah didik dia?" Sebaik sahaja Puan Hanim menghabiskan ayatnya, Rifqah menampar pipi Puan Hanim.

"Makngah boleh hina saya tapi jangan sesekali libatkan keluarga saya! Makngah tak suka saya itu bukan masalah saya. Makngah benci tengok saya dan Raiden bahagia kan?  Lebih baik makngah balik sebelum tangan saya ni lagi sekali tampar makngah," Dada Rifqah turun naik.

"Menyesal aku datang sini," kata Puan Hanim terus melangkah keluar dari rumah. Rifqah berlari naik ke arah tangga dan masuk ke dalam bilik.

Raiden menghela nafas berat. Langkahnya diatur untuk menuju ke bilik tidur. Dia ingin memujuk sang isteri.

Rifqah mencampakkan bantal ke lantai dan dia menghamburkan tangisannya dengan kuat. Hina sangat ke aku ni sampai dituduh mandul?

Raiden pantas berlari ke arah isterinya yang menangis itu. Aku tidak boleh tengok dia sedih, bisik hati Raiden.

"Cinta, aku ada untuk kau," kata Raiden lembut lalu memeluk isterinya sambil menggosok belakang badan Rifqah. Rifqah melepaskan rasa sakit yang terpendam itu.

"Aku minta maaf Raiden aku bukan isteri yang baik untuk kau..." luah Rifqah. Raiden cuba menahan diri dari menangis. Dia perlu kuat demi isteri dia.

"Don't say that, cinta. Kau isteri yang baik untuk aku. Aku tak sanggup tengok kau macam ni. Abaikan kata-kata makngah aku tu," ucap Raiden dan dia meleraikan pelukan. Dia menyeka air mata Rifqah.

"Aku akan setia dengan kau sampai mati. Itu janji aku dan janji tu takkan pernah hilang. Aku sanggup buat apa saja untuk kau asalkan kau bahagia dengan aku," ujar Raiden dan Rifqah tersenyum lemah.

"Please don't cry, cinta. My heart belongs to you, always. I found happiness in you," kata Raiden. Tutur katanya telah melegakan hati Rifqah yang sedang bergelora itu.

Seketika kemudian, Rifqah merehatkan dirinya dan Raiden menjadi peneman setia. Dia tidak mahu meninggalkan isterinya dalam keadaan sedih atau marah.

KERUSI ditarik dan Rifqah duduk di hadapan Riyana. Dia hanya tenang dan dia tidak perlu gelabah kerana dia lebih mengenali Raiden berbanding Riyana.

"Nak apa jumpa aku? Aku tak banyak masa ni," Rifqah memulakan bicaranya. Riyana tersenyum sahaja. Senyuman yang palsu.

"Kau nak cepat pergi mana? Jumpa Raiden?" tanya Riyana dan Rifqah berdecit sinis. Sibuk tanya suami orang macam dia tu sesuai jadi isteri Raiden.

"Dia suami aku suka hati aku nak jumpa dia setiap hari tak kacau hidup kau," kata Rifqah. Dia kelihatan cantik memakai pakaian yang elegant.

"Aku punya arahan ni mudah je kau boleh buat," sambung Riyana lagi. Kening Rifqah terangkat. Aku tak mudah nak tertipu dengan rancangan dia yang terlalu bijak ni, desis hati Rifqah.

"Tinggalkan Raiden. Dia tu bagi kat aku je," kata Riyana dan terus meletus ketawa Rifqah. Ketawa yang seakan menyindir Riyana.

"Suami aku takkan terpikat dengan kau. Sepatutnya kau kahwin dengan Zafran. Baru sesuai," jawab Rifqah.  Air muka Riyana sudah berubah.

"Kau boleh sentuh aku tapi kau jangan sentuh Raiden dan keluarga aku," kata Rifqah.  Riyana sudah mati akal. Nampaknya rancangan dia gagal lagi.

Rifqah bangun dari kerusi lalu meninggalkan Riyana yang masih membatu. Tanpa membuang masa, Riyana mendail nombor telefon Zafran.

Dia tidak boleh berdiam diri lagi. Raiden adalah milik dia selamanya.

Rifqah menghampiri Raiden yang baru sahaja ingin membuka pintu kereta. Raiden berpaling dan tersenyum manis.

"Eh cinta kau buat apa kat sini kan aku suruh kau rehat kat rumah," kata Raiden. Rifqah tersengih.

"Aku pergi jumpa penyondol yang nak rampas kau tu. Aku bagi amaran keras kat dia biar dia sedar sikit," kata Rifqah dengan bangga.

"Entah bila nak sedar kau bagi amaran macam tu mahunya dia tindakan yang agresif?" tanya Raiden. Dia sangat risau kerana dia merasakan Riyana menjadikan Rifqah sebagai sasaran utama.

Bukannya Raiden tidak kenal dengan Nurul Riyana. Seorang perempuan yang terlalu obses dengan dia. Lumrah kehidupan, manusia sanggup melakukan kejahatan demi kepuasan hati.

"Kau kan ada untuk jagakan aku? Aku bagi amaran supaya jangan ganggu kau dan keluarga aku. Sebab itu adalah keutamaan aku," ujar Rifqah. Dia mengajak suaminya untuk masuk ke dalam kereta. Raiden memandu kereta itu dan meninggalkan kawasan tersebut.

Tanpa sedar, kelibat seseorang telah memerhati mereka berdua dari jauh. Ternyata seseorang itu adalah Adwa.

"Kenapalah susah sangat aku nak lupakan kau ni Rifqah? Kau bahagia dengan Raiden," ujar Adwa perlahan. Kakinya terus melangkah perlahan untuk pergi ke keretanya.

Adwa mengenggam erat stereng kereta. Bukan dia mahu tunding jari pada takdir tapi dia memang tak boleh lari dari kesedihan dan kekecewaan.

"Perbuatan kau terhadap aku terlalu sakit Rifqah. Kau lebihkan Raiden berbanding aku..." ucap Adwa. Dia terus pecut memandu ingin menenangkan dirinya.

Di rumah keluarga Raiden, Raiden terpandang ke arah Radhiyah yang sedang tersengih seorang diri. Pantas tangan Raiden menepuk belakang badan adik perempuannya.

"Amboi kau tersengih ya? Fikir siapa tu?" tegur Raiden dan Radhiyah menampar lengan abangnya.

"Ish kau ni bang nasib aku tak pengsan tadi. Aku sengih salah aku senyum salah," omel Radhiyah. Raiden hanya tertawa kecil. Dia duduk bersebelahan isterinya.

"Kalau Rad cakap Rad nak kahwin kau setuju?" soal Radhiyah. Terbuntang mata Raiden. Kahwin? Kena sampuk ke adik aku ni?

"Kau nak kahwin? Kau gatal aku beritahu umi," kata Raiden selamba. Radhiyah membaling bantal kusyen ke arah Raiden.

"Ah takde kau gatal aku beritahu umi," balas Raiden. Radhiyah mencebik geram dengan sikap abangnya.

Rifqah ketawa lepas. Dia memandang muka reda Radhiyah yang diusik oleh Raiden. Seronok sebenarnya ada hubungan kekeluargaan yang erat.

"Apa yang bising sangat ni sampai umi boleh dengar? Maaf Rifqah, Raiden dan Rad ni memang suka sangat bergaduh," ujar Datin Tiara. Rifqah tersenyum nipis.

"Umi, Rad cakap dia nak kahwin gatal sangat kau ni," adu Raiden pada Datin Tiara. Terjongket kening Datin Tiara lalu dia memandang ke arah Radhiyah.

"Habis kau tu tak gatal? Memang gatal sebab tu boleh kahwin dengan kak Rifqah," kata Radhiyah. Muka menyampah ditayangkan.

"Rad nak kahwin dengan siapa? Cakap dengan umi," tutur Datin Tiara dengan lembut.

"Kawan masa sekolah dulu. Dia dari dulu sukakan Rad tapi Rad je yang jual mahal. Nama dia Zafir Ayyash," kata Radhiyah.

"Zafir? Yang suka kacau kau dulu? Eh boleh pula dia suka kat adik aku yang lawa ni," kata Raiden tidak puas hati.

"Dia memang dulu budak nakal sekarang dah berjaya.  Kau apa tahu bang? Berkepit dengan bini tu sampai tak boleh lepas!" kata Radhiyah. Datin Tiara dan Rifqah tertawa kecil melihat perangai Raiden dan Radhiyah itu.

Bersambung...

"YOU OWN MY LOVE AND LOYALTY"










You are reading the story above: TeenFic.Net