RIYANA duduk lama di meja soleknya lalu memandang ke arah cermin. Tangannya menggenggam penumbuk. Lipstick yang berada di atas meja terus diambil dan menulis nama Raiden di cermin.
Raiden milik Riyana
Itulah yang ditulis oleh Riyana. Dia tersenyum kemudian dia ketawa seperti orang tidak waras. Tanpa sedar ibunya, Puan Wafa risau akan keadaan anak perempuannya.
"Nurul Riyana binti Waiz! Apa nak jadi dengan kamu ni? Obses dengan suami orang! Banyak lagi lelaki bujang kat dunia ni," tegur Puan Wafa. Dia tidak sanggup untuk mendiamkan diri.
"Eh orang tua! Tak payah sibuk dengan hidup aku. Suka hati akulah nak kahwin dengan siapa pun. Yang penting aku nak kahwin dengan Raiden," ujar Riyana. Puan Wafa mengucap perlahan. Sungguh tidak menyangka Riyana menjadi seorang yang kurang ajar.
"Sedar tak Riyana bercakap dengan siapa sekarang ni? I'm your mother," balas Puan Wafa dan Riyana berdecit sinis.
"Aku dah besar pandailah aku nak hidup macam mana. Aku nak kahwin dengan Raiden kau faham tak?" ujar Riyana. Puan Wafa menampar pipi anaknya. Dadanya turun naik menahan rasa marah.
"Raiden tu tak suka kamu boleh tak sedar yang dia tu suami orang? Jangan jadi gila disebabkan oleh satu lelaki! Ibu tak pernah ajar Riyana jadi macam ni tahu tak?" balas Puan Wafa. Riyana memegang pipinya dengan muka tidak puas hati.
Apa yang dikatakan oleh Puan Wafa langsung tidak memberi kesan pada Riyana kerana dia fikir Raiden sahaja yang mampu buat dia bahagia. Kalau Rifqah tak dapat dia, jangan harap orang lain akan dapat Raiden.
Riyana koyak senyum sinis. Dia memandang tajam ke arah ibunya.
"Ibu... ibu kena faham Raiden bukan macam lelaki lain. Riyana dah suka kat dia sejak Riyana bekerja dengan dia dulu," Secara tiba-tiba nada suara Riyana berubah. Puan Wafa menelan air liur.
Puan Wafa merasakan tangan dia ditarik oleh seseorang iaitu anak sulungnya, Muhammad Rayyan.
"Kau ni memang tak tahu bersyukur ke Riyana? Kau ada aku dan ibu yang ambil berat pasal kau. Tapi dalam otak kau asyik nama Raiden. Raiden takkan pandang kau!" kata Rayyan. Riyana masih lagi dengan dunia dia sendiri.
Rayyan meraup kasar wajahnya. Sungguh dia tidak mahu adiknya terpesong jauh.
"Aku tak perlukan sesiapa. Aku cuma nak Muhammad Raiden, anak Dato Razif," kata Riyana. Rayyan cuba menahan sabar dengan sikap adiknya.
"Mental ke apa kau ni Riyana? Mana rasa hormat kau terhadap ibu dan aku? Sejak arwah ayah takde, kau terus berubah. Dulu kau tak macam ni pun," luah Rayyan. Namun Riyana mengabaikan kata-kata Rayyan.
Puan Wafa terus mengajak anak sulungnya keluar dari bilik tidur Riyana. Riyana terus tersenyum sendirian memandang gambar Raiden. Dia akan hancurkan rumah tangga Raiden dan Rifqah. Dia sudah nekad.
"Macam mana nak selesaikan masalah adik kamu ni Rayyan? Ibu risau ni," luah Puan Wafa. Mereka berada di ruang tamu. Kedengaran bunyi kipas berpusing.
"Rayyan pergi jumpa Raiden. Ibu jangan risau Rayyan cuma nak berbincang dengan dia. Itu adalah jalan yang terbaik," kata Rayyan yang memberikan cadangan.
Helaan nafas dilepaskan. Puan Wafa sendiri buntu dengan sikap anak bongsunya. Terlalu banyak persoalan di fikiran Puan Wafa.
Kenapa Raiden? Adakah Raiden ada sakitkan hati anaknya?
Bahunya ditepuk perlahan oleh Rayyan dan dia mengangkat wajahnya.
"Ibu berehat dulu jangan fikir sangat nanti ibu jatuh sakit," pesan Rayyan lembut. Sejujurnya Puan Wafa bersyukur ada seorang anak lelaki yang baik dan bertanggungjawab.
"Kamu ni Rayyan sama macam arwah ayah," kata Puan Wafa lalu tersenyum nipis. Rayyan tertawa kecil. Malu apabila dipuji oleh ibunya.
SEPERTI yang dikatakan, Rayyan bertemu Raiden di sebuah kafe yang berada di Kajang. Raiden ralit dengan telefon pintarnya sambil menunggu kehadiran Rayyan.
Rayyan berdehem dan Raiden mengangkat mukanya dari skrin telefon. Rayyan menarik kerusi lalu duduk di hadapan lelaki yang segak memakai suit.
"I'm Muhammad Rayyan. Abang kepada Riyana. Aku cuma nak tanya kau sesuatu? Boleh kan?" kata Rayyan.
"You may ask anything," balas Raiden bersahaja.
"Kenapa kau? Kenapa adik aku yang suka kat kau sebab aku tahu kau dah berkahwin. Adik aku masih gila bayang kat kau," ujar Rayyan.
"Aku langsung takde perasaan terhadap adik kau. Adik kau tu yang beria kejar aku. Aku hanya setia pada Rifqah. I just need Nur Rifqah only as my wife. Kalau bukan dia, aku takkan jatuh cinta," kata Raiden.
"Aku tahu kau buang adik aku dari syarikat kau bersebab kan? Adik aku tu memang suka buat masalah sejak arwah ayah kami dah takde," kata Rayyan dan terjongket kening Raiden.
"Dia tu sebenarnya perempuan baik. Tapi sejak arwah ayah kami dah meninggal dunia, dia berubah. Bila dia suka kat kau dia berubah. Dia dah tak hormat aku. Aku sebagai abang mahu yang terbaik untuk dia," Rayyan menceritakan perkara sebenar kepada Raiden.
"I believe you can protect your own little sister. Riyana boleh buat apa saja untuk dapatkan aku jadi jangan biarkan adik kau buat perkara yang tak sepatutnya," kata Raiden lagi dan Rayyan mengangguk perlahan.
Raiden pandang wajah Rayyan. Raut wajah yang tampak baik dan ikhlas.
"Kau abang yang baik..." kata Raiden. Mukanya masih lagi tenang.
"I'm not a good person, Raiden. Aku sendiri gagal lindungi adik aku. Aku harap kau jaga Rifqah sebab Riyana boleh bahayakan orang sekeliling," ujar Rayyan. Dia meminta diri untuk pulang.
Raiden hanya membiarkan Rayyan berlalu pergi. Dia menyedut air teh ais yang dipesan.
"JOM pergi ice skating esok," kata Rifqah dan Raiden yang fokus dengan laptopnya terus memandang ke arah isterinya.
"Kat mana?" soal Raiden ringkas.
"Kat IOI CITY MALL PUTRAJAYA," balas Rifqah. Senyuman manisnya tidak lekang di bibir. Raiden melihat telefon untuk memastikan dia tidak sibuk dengan kerjanya. Dia menarik nafas lega kerana dia tiada urusan penting di syarikatnya.
"Okey boleh nanti kita pergi ya cinta?" ucap Raiden lembut lalu mengusap kepala isterinya. Suasana menjadi senyap seketika. Tiba-tiba Raiden membuka lagu kesukaannya dengan kuat sambil menyanyi lagu tersebut.
Rifqah menutup telinganya. Boleh pekak aku macam ni. Gila ke apa pasang lagu kuat sampai jiran sebelah dengar?
Dia tidak mahu kalah. Dia juga membuka lagu kesukaannya juga. Raiden memandang ke arah Rifqah. Amboi nak lawan ke ni?
"Kau ni bisinglah cinta. Dasar botol yakult. Aku pasang lagu kuat kau nak pasang kuat juga?" kata Raiden. Rifqah tayang muka menyampah.
"Eh diamlah tiang. Kau bising takde aku nak marah. Memang rumah kita ni boleh jadi disco," balas Rifqah.
Inilah buktinya bila berkahwin dengan kawan baik sendiri. Masing-masing jadi sengal tak tentu pasal !
"Tak baik panggil suami kau ni tiang," kata Raiden. Dia membuka lagu dangdut yang bertajuk Kopi Dangdut oleh Fahmi Sahab.
Rifqah menepuk dahi. Sejak bila suami aku minat dangdut?
"Kala kupandang kerlip bintang nun jauh di sana. Sayup kudengar melodi cinta yang menggema," Raiden menyanyikan lagu itu. Rifqah menggosok mukanya beberapa kali.
"Terasa kembali gelora jiwa mudaku. Karna tersentuh alunan lagu semerdu kopi dangdut. Ha masuk!" sambung Raiden lagi.
Bukk! Satu balingan bantal terkena pada Raiden. Pantas Raiden menutup lagu itu. Aduh kacau daun!
"Ada aku simbah air kopi panas kat kau nanti. Lagu dangdut pula kau dengar," ujar Rifqah dengan muka garangnya. Raiden tersengih.
"Biarlah dengar lagu dangdut asalkan tak kacau rumah tangga orang. Lagi-lagi penyondol zaman sekarang sanggup buat apa saja nak goda suami atau isteri orang," balas Raiden selamba. Kepala Rifqah digeleng perlahan.
Keesokan harinya, Adwa berdiri di pintu masuk syarikat Raiden. Dia melihat sekeliling terlebih dahulu kemudian dia menolak pintu untuk masuk.
"Encik ada urusan kat sini?" tanya Maizatul dan Adwa mengabaikan kata-kata Maizatul itu.
"Encik tak boleh masuk bilik tuan Raiden kalau takde urusan," ulang Maizatul sekali lagi.
"Aku nak jumpa Rifqah. Mana dia?" soal Adwa ringkas. Mukanya kelihatan dingin.
"Rifqah sibuk. Encik tolong keluar kalau tiada urusan di sini. Jangan buat kecoh," balas Maizatul sopan. Adwa meraup kasar wajahnya.
"Aku nak jumpa Rifqah! Mana dia!" Suara kuat Adwa menyebabkan Rifqah menoleh sedikit memandang ke arah Adwa yang sedang mengamuk.
Rifqah terus bangun dari kerusi dan menuju ke arah Adwa.
"Kau buat apa kat sini Adwa? Tak payah nak buat kecoh dalam syarikat suami aku," kata Rifqah yang berdiri di hadapan Adwa. Jarinya ditunding ke arah lelaki tersebut.
"Kau dah bekerja kat sini bukan main kau berlagak dengan aku. Ingat sikit apa kau buat kat aku dulu," ujar Adwa kasar. Rifqah menahan geram.
"Dan ingat apa yang kau cakap pada aku dulu. Kalau kau tak nak pergi dari sini, aku telefon polis," balas Rifqah yang ingin pergi ke meja. Namun tangannya dicengkam kuat oleh Adwa. Maizatul dan yang lain terkejut melihat tindakan Adwa.
Rifqah cuba melepaskan tangannya dan Raiden berlari ke arah mereka. Raiden menolak kasar badan Adwa sehingga Adwa terduduk di sofa.
"Sebelum aku pukul kau pakai fail kerja aku, lebih baik kau pergi dari sini. Ini syarikat aku sedar sikit kau ada kat mana sekarang ni," kata Raiden tegas.
"Aku cuma nak jumpa bekas isteri aku. Takkan itu tak boleh?!" tengking Adwa. Raiden meraup rambutnya.
"Kau dah kenapa? Dia dah jadi isteri aku yang sah. Dia dah buang kau dari hidup dia. Jadi jangan nak kecoh kat sini!" kata Raiden. Rifqah berdiri di belakang Maizatul kerana dia sangat takut.
"Rupanya dulu dia curang dengan kau. Apa yang ada kat kau sampai dia langsung tak berpaling pada aku?" bidas Adwa.
"Kau yang curang nak salahkan dia? Kau memang nak bergaduh dengan aku?" kata Raiden dengan senyuman sinis.
"Asal kau nak tumbuk aku? Tumbuklah!" Adwa menghampiri Raiden.
"Kau keluar. Jangan datang lagi sini nak kacau Rifqah. Aku bagi amaran sekali lagi kau kacau aku dan Rifqah, nyawa kau melayang nanti," kata Raiden. Adwa dengan rasa marah terus keluar dari syarikat Raiden.
Raiden menuju ke arah isterinya.
"Kau okey cinta?" soal Raiden lembut. Rifqah mengangguk perlahan. Raiden memberi isyarat pada semua pekerjanya untuk fokus semula. Perasaan amarah terhadap Adwa semakin membara. Kenapa perlu ganggu isteri dia?
Adwa keluar sambil mendengus geram .
"Tak guna! Berlagak dah jadi isteri Raiden. Kau sendiri yang musnahkan hidup aku, Rifqah!" kata Adwa.
"Kau nak musnahkan balik hidup Raiden dan Rifqah?" tegur seseorang dan Adwa berpaling. Riyana tersenyum sinis ke arah Adwa.
"Kalau nak melibatkan nyawa, baik tak payah. Kau tahu sendiri membunuh ni berdosa besar?" kata Adwa. Wajahnya masih lagi dingin.
"Kalau aku bunuh Rifqah untuk dapatkan Raiden, dendam kau akan terbalas juga. Kau ingat aku akan biar Raiden bahagia dengan Rifqah?" balas Riyana. Dia sangat percaya dan yakin dia akan memiliki Raiden.
"Kau nak buat, buatlah aku tak nak terlibat," kata Adwa lalu melangkah pergi meninggalkan Riyana. Riyana berdecit sinis.
"KAU buat apa tu cinta? Fokus sangat kat telefon tu sampai aku kat sebelah pun kau tak perasan," kata Raiden yang melihat Rifqah khusyuk dengan telefon pintarnya.
"Kau tak nampak aku tengah main game ni?" balas Rifqah yang masih fokus. Raiden pantas mengambil telefon sang isteri. Muka Rifqah sudah tercengang.
"Ish bagi semula telefon aku. Aku takde pun nak ambil telefon kau!" ujar Rifqah yang cuba melompat mengambil telefonnya dari tangan Raiden.
Haih payahlah jadi pendek, desis hati Rifqah.
"Lompatlah kalau sampai nak ambil. Siapa suruh jadi pendek kan dah susah nak ambil barang," balas Raiden.
"Kau tu siapa suruh jadi tinggi macam pokok pisang?" bidas Rifqah. Raiden ketawa kecil. Boleh pula dia samakan aku dengan pokok pisang?
"Aku lagi tinggi dari pokok pisang," jawab Raiden selamba. Rifqah bercekak pinggang lalu dia mengejar suaminya dalam bilik tidur.
Pada akhirnya mereka terduduk di lantai kerana penat berlari. Raiden memberikan semula telefon milik Rifqah dan Rifqah pantas mengambilnya.
"Kenapa kau dari dulu tak pernah langsung abaikan aku?" soal Rifqah secara tiba-tiba. Raiden tersenyum kecil.
"Kenapa aku perlu abaikan kau cinta? Aku sayang kau sebab itu aku kena sentiasa ambil berat pasal kau. Dari hari pertama aku kenal kau, aku dah suka kat kau. Kau adalah satu-satunya perempuan yang boleh faham aku," kata Raiden.
"Walaupun masa tu aku dengan Adwa? Selama ni aku tak sedar pun kau suka aku dalam diam. Sebab mungkin masa tu aku anggap kita ni adalah sahabat baik," ujar Rifqah lagi. Malam yang hening adalah saksi mereka meluahkan segala isi hati.
"Aku anggap kau lebih dari tu aku dah banyak kali nak beritahu kau yang aku suka kau cuma aku takut kau akan tolak cinta aku. Aku tahu kau tak bahagia dengan Adwa sebab itu aku hadir dalam hidup kau, Rifqah," ucap Raiden lembut.
"Aku dah tunggu kau lama. Saat kau bergelar isteri aku, itulah hari paling bahagia buat aku. Aku berjaya selamatkan kau dari lelaki yang tak hargai kau," sambung Raiden lagi.
Dengan perlahan Rifqah memegang erat tangan sang suami. Tangan ini yang takkan dia lepaskan sampai bila-bila.
Muhammad Raiden, dia adalah anugerah terindah untuk aku. Siapa sangka lelaki yang pernah dia anggap sebagai kawan baik kini sudah menjadi suaminya. Benarlah ada pelangi selepas hujan.
"I promise to love you until my last breath," Raiden bisik di telinga Rifqah. Senyuman manis terukir di bibir Rifqah.
Bersambung...
"YOU OWN MY LOVE AND LOYALTY"
You are reading the story above: TeenFic.Net