BADAN Rifqah terus ditarik kasar oleh Riyana dan Riyana merenung tajam wajah Rifqah. Rifqah meronta supaya dirinya dilepaskan namun badannya dicengkam kuat oleh Riyana. Khairin dan yang lain terkejut dengan kehadiran Riyana.
"Kalau kau tak bagi Raiden kat aku, kau akan mati kau kena ingat tu!" kata Riyana.
"Lepaskan aku! Suami aku tak cintakan kau!" balas Rifqah yang cuba melepaskan diri dari Riyana. Rifqah berjaya menolak badan Riyana dengan kuat.
"Kau tak malu datang office suami aku lepas tu serang aku? Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku?" tanya Rifqah lagi. Riyana membetulkan rambutnya.
"Raiden. Aku cuma Raiden jadi suami aku!" kata Riyana dan Rifqah menampar pipi Riyana. Ada hati nak jadi madu aku? Memang minta kaki !
"Aku tak rela bermadu dengan perempuan macam kau. Kau sedar tak Raiden hanya setia dengan aku. Rupanya dalam diam ada orang upahan nak hancurkan hidup aku dan Raiden," tutur Rifqah dan semua orang tergamam. Khairin hanya berlagak tenang kerana dia yang beritahu perkara ini pada Rifqah dan Raiden.
"I know everything, Riyana. Kau fikir dengan cara kau ni akan buat aku jatuh cinta? Tidak sama sekali," Suara Raiden membuatkan Riyana berpaling.
"Kau main cara kasar Raiden! Aku takkan biar kau bahagia dengan Rifqah!" balas Riyana. Tangannya sudah genggam penumbuk. Zaid terus memanggil security guard untuk membawa keluar Riyana dari syarikat Raiden.
"Terdesak sangat perempuan ni," kata Raiden perlahan lalu menghampiri isterinya.
"Minah gila tu tak buat apa-apa kat kau kan cinta?" tanya Raiden dan kepala Rifqah digeleng.
Nak tergelak Rifqah apabila Raiden memanggil Riyana tu minah gila.
"Suka hati kau panggil Riyana tu minah gila?" Rifqah menahan ketawa.
"Dari aku yang jadi gila sebab minah tu, baik aku gilakan kau seorang je," ujar Raiden selamba. Zaid berdehem.
"Tuan Raiden, ini bukan masanya nak berasmara cinta kat sini. Ada nanti saya terbang pindah planet," kata Zaid. Satu office tergelak mendengar ayat selamba Zaid.
"Suka hati akulah ini bini aku mestilah nak cintan cintun kat sini," balas Raiden. Cintan cintun? Ingat mi segera jenama Cintan ke?
Rifqah memulas telinga suaminya.
"Eh..eh aduh sakitlah. Kau ni depan pekerja aku pun nak tunjuk sikap marah kau yang comel tu?" tanya Raiden. Tidak cukup dengan itu, Rifqah memijak kasut Raiden.
Zaid, Khairin dan yang lain terus ketawa besar. Nasiblah dapat bini yang garang!
Sementara itu, Riyana menghempas pintu kereta Zafran. Dia berasa geram dan dia memukul dashboard kereta beberapa kali.
"Hoi! Kau ingat kereta aku ni tin biskut nak pukul macam tu?" kata Zafran.
"Setakat kereta kau ni macam kereta timbang kilo. Kau tahu tak aku tak puas hati dengan Rifqah dan Raiden. Siapa yang bocorkan rancangan jahat kita?" kata Riyana dan mata Zafran terbuntang.
"Mana aku tahu. Aku takde pecah rahsia aku memang pegang pada janji aku," balas Zafran. Riyana meraup kasar rambutnya.
"Aku rasa aku tahu siapa yang beritahu pasal rancangan kita ni," Riyana menyandarkan dirinya di kerusi kereta lalu menyilang tangan.
"Siapa?" soal Zafran ringkas.
"Khairin dan Nadim. Dua orang tu memang tak suka aku dari dulu lagi," ujar Riyana. Zafran hanya diam tidak tahu untuk membalas kata-kata Riyana.
Zafran memulakan pemanduannya dan meninggalkan syarikat Raiden itu. Dia dan Riyana akan memulakan rancangan jahat mereka.
"NAK bawa kereta laju ni nak pergi alam sebelah ke? Kau ni harap je ada lesen kereta tapi tak jadi pemandu yang berhemah!" kata Rifqah yang terkejut melihat Raiden bawa kereta seperti ingin berlumba.
"Kau ni dari kat office asyik nak membebel cuba kau diam sekejap cinta," kata Raiden yang fokus memandu kereta.
"Macam mana aku nak diam kalau kau bawa kereta macam nak tempah maut? Rumah keluarga kau tu tak lari pun bawalah dengan cara yang betul," sambung Rifqah lagi.
"Muhammad Raiden bin Dato Razif. Kalau kau tak nak kena campak keluar dari kereta baik kau pandu elok-elok," ugut Rifqah dan Raiden memperlahankan keretanya.
"Bertenang tak perlu nak gelabah," kata Rifqah. Dia memang sangat mementingkan keselamatan supaya nyawa orang lain tidak tergadai.
"Nasib kau tak mengandung cinta kalau tidak bahaya nanti," kata Raiden selamba.
Bulat mata Rifqah mendengar ayat suaminya.
Pap! Lengan Raiden ditampar perlahan. Miang betul dia ni, bebel Rifqah dalam hati.
"Kau punya tahap miang ni dah parah boleh tak jangan nak gatal sangat. Kau ingat jadi perempuan ni senang ke?" kata Rifqah lagi. Raiden sengih dan Rifqah menjulingkan mata ke atas.
"Aku mimpi nak dapat anak kembar," kata Raiden lagi.
"Tak payah nak berangan boleh?" bidas Rifqah dengan muka garang. Raiden ketawa kecil lalu fokus semula memandu kereta. Sampai sahaja di perkarangan rumah, Datin Tiara menyambut mesra kedatang mereka.
"Umi, boleh tak umi pesan kat Raiden jangan nak gatal tak kena tempat," Sengaja Rifqah mengadu pada ibu mentuanya. Raiden tercengang.
"Apa dia buat kali ni? Dia ni dari kecil sampai sekarang memang perangai tak pernah berubah," kata Datin Tiara. Rifqah tersenyum bangga.
"Dia boleh nak minta anak kembar," adu Rifqah dan Datin Tiara lantas mencubit lengan anak lelakinya dengan kuat.
"Aduh! Sakitlah umi. Tangan umi dan Rifqah ni memang tangan ketam ke?" kata Raiden. Dia menggosok lengannya.
"Ketam tak ketam, yang kamu pergi minta anak kembar kat isteri kamu dah kenapa? Ewah macam order biskut raya pula. Perempuan ni susah semua benda nak kena jaga," bebel Datin Tiara lagi. Rifqah ketawa melihat suaminya sudah memuncungkan mulut.
"Raiden bergurau je umi," kata Raiden.
Sekali lagi lengannya dicubit.
"Bergurau? Ini padahnya bila bergurau!" ujar Datin Tiara. Rifqah sudah ketawa melihat Raiden dimarahi oleh Datin Tiara. Mereka melangkah masuk ke dalam rumah.
"Kamu tahu ke tidak yang adik kamu nak balik hari ni? Adik perempuan kamu. Entahnya mesti lupa kan?" tanya Datin Tiara. Raiden menepuk dahi.
"Kalau dah tepuk dahi mesti lupa," kata Dato Razif yang sedang duduk di sofa. Raiden menelan air liurnya.
"Hello everyone! I'm back!" Suara Radhiyah membuatkan semua orang berpaling. Nur Radhiyah, adik perempuan kepada Raiden.
"Ingatkan tak tahu jalan nak balik rumah," kata Raiden selamba. Radhiyah mencebik geram.
"Ergh aku balik je mesti nak gaduh kan? Agaknya dah lama tak kena tendang kau ni bang," balas Radhiyah dan Raiden tayang muka bosan. Radhiyah memandang ke arah Rifqah yang berdiri di sebelah Raiden.
"Ini ke kakak ipar kesayangan Rad?" tanya Radhiyah dan Rifqah mengangguk perlahan. Rifqah terus dipeluk oleh Radhiyah.
"Woi bini aku bukan punching bag. Kau peluk dia sampai tak bernafas dia tu," kata Raiden. Radhiyah meleraikan pelukan dan pandang ke arah Raiden.
"Habis kau apa? Dumbbell?" soal Radhiyah. Raiden menayangkan penumbuk.
"Tak habis-habis nak bergaduh. Rad pergi masuk bilik. Mandi dan solat. Sekejap lagi kita makan malam," kata Datin Tiara. Radhiyah akur dan naik ke arah tangga.
Rifqah membantu Datin Tiara di dapur. Dia membancuh air dan dia meletakkan jag kaca itu di atas dulang. Raiden menepuk bahu isterinya.
"Ya Allah kau ni Raiden. Nasib jag kaca ni tak pecah. Kalau pecah kau nak ganti?" tanya Rifqah. Raiden menyandarkan belakang badannya di meja.
"Setakat jag kaca tu aku boleh beli banyak. Buat koleksi nanti orang boleh melawat," kata Raiden. Rifqah bercekak pinggang.
"Kau ingat rumah ni muzium ke?" bidas Rifqah lagi. Dia menatang dulang itu menuju ke ruang tamu. Kelihatan Radhiyah sedang menyusun hidangan di atas meja makan.
Raiden terus mengikuti belakang isterinya. Rifqah menggelengkan kepala perlahan. Apa asyik nak berkepit dengan aku je?
Dulang yang dipegang ingin mengetuk kepala Raiden namun Raiden sempat mengelak. Ini kalau kena kepala aku memang benjol, bisik hati Raiden.
"Kau dari tadi asyik nak berkepit dengan aku. Dah tak tahu nak bantu apa-apa?" balas Rifqah. Raiden menggosok kepalanya dan membetulkan sedikit rambutnya.
"Fikir hensem ke bang betulkan rambut tu?" Radhiyah sampuk perbualan abangnya dan Rifqah.
"Mulut kau tu tak boleh ke berhenti bercakap? Dah macam bertih jagung tak tahu nak diam," kata Raiden pula. Radhiyah menayangkan memek muka menyampah. Benci aku ada abang annoying macam ni !
"Depan rezeki pun nak bergaduh," tegur Dato Razif. Radhiyah dan Raiden terus diam. Mereka semua duduk di kerusi.
Doa makan dibaca dan semuanya menjamu selera.
Rifqah mencedok lauk ayam masak kicap untuk suaminya. Raiden ingin menyuap nasi kepada Rifqah namun Rifqah teragak-agak untuk menerima suapan itu.
"Buat apa nak malu depan kami semua? Suap je," kata Radhiyah. Lantas Rifqah menerima suapan tersebut dan dia tersenyum manis.
Selesai makan, Raiden pergi ke dapur untuk membasuh pinggan dan tiba-tiba Rifqah menghampiri suaminya.
"Raiden, biarlah aku buat semua ni kau pergilah rehat. Ini kan tugas perempuan," kata Rifqah dan Raiden pantas menggelengkan kepala.
"Ish aku boleh tolong kau aku kan suami kau takkan nak suruh perempuan je buat kerja rumah?" balas Raiden. Rifqah mengambil pinggan dari tangan suaminya.
Rifqah ketap bibir. Memang wujud ke lelaki rajin macam Raiden ni?
Tanpa sedar, Datin Tiara datang lalu bercekak pinggang.
"Ya Allah Raiden kenapa kamu suruh Rifqah basuh pinggan?" tegur Datin Tiara. Tidak sempat Raiden bersuara, Datin Tiara menyambung bicaranya.
"Rifqah ni menantu kesayangan umi jangan nak jadikan isteri ni macam orang gaji. Umi jari Rifqah tu berkedut sebab basuh pinggan. Rifqah pergi rehat biar Raiden yang buat," kata Datin Tiara.
"T-tapi umi..." ucap Rifqah.
"Takde tapi pergi masuk bilik tidur," ujar Datin Tiara. Rifqah akur dengan ibu mentuanya. Dia masuk ke dalam bilik dan dia duduk.
"Aku ni menantu kesayangan umi Raiden ke? Sampai tak bagi aku basuh pinggan," kata Rifqah perlahan. Seketika kemudian, Raiden masuk ke dalam bilik tidur.
"Sekarang ni aku atau kau yang anak umi?" soal Raiden. Terkebil-kebil mata Rifqah mendengar soalan sang suami.
"Kenapa? Kau cemburu ke?" Sengaja Rifqah menanyakan soalan itu kepada Raiden.
"Gila tak cemburu umi aku jadikan kau macam anak dia pula! Cinta, ini tak adil tau," kata Raiden seakan mahu merajuk.
"Tak adil pergi India," balas Rifqah selamba.
Satu bantal terkena pada muka Rifqah dan Rifqah membaling semula bantal itu kepada suaminya. Kurang asam!
"Kau memang gurau kasar ni Raiden!" balas Rifqah yang cuba mengejar Raiden dan Raiden mengelak beberapa kali.
"Habis kau gurau dengan aku takde pula aku nak marah kau cinta," jawab Raiden. Rifqah menumbuk lengan Raiden. Raiden menggosok lengannya.
"Biarlah aku nak gurau dengan kau sebab kau suami aku? Takkan aku nak gurau dengan Adwa pula," kata Rifqah. Dia sengaja menyebut nama bekas suaminya.
"Nama jantan tu jangan sebut," kata Raiden dan tangannya masih memegang bantal. Rifqah tayang muka tidak bersalah. Ada aku kisah?
"Kau fikir aku nak sangat sebut nama lelaki tu? Dia dah takde kaitan dengan aku," balas Rifqah lagi. Mereka saling mengejar lantas mereka terduduk bersama di atas lantai.
"Penat aku kejar kau," ujar Raiden.
"Aku kan memang lari laju dari kau," ujar Rifqah. Memek muka menyampah ditayangkan oleh Raiden. Nasib aku sayang dia ni, desis hati Raiden.
RAIDEN memandang kedai-kedai yang ada di shopping mall. Dia ingin membeli hadiah untuk Rifqah. Maklumlah dia kan isteri aku yang tercinta. Kakinya menapak perlahan sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket. Cermin mata hitam dibetulkan.
"Raiden!" panggil Riyana dan cermin mata hitam dibuka oleh Raiden. Raiden hela nafas berat. Aduh perempuan ni lagi.
"Kau nak apa?" Dingin sahaja Raiden bertanya kepada Riyana. Riyana tersenyum gedik.
"Nak Raiden," balas Riyana yakin. Raiden ingin termuntah memdengar jawapan Riyana. Ergh ingat aku nak sangat kat dia ni?
"Maaflah aku tak pandang perempuan macam kau. Nampak sangat terdesak tolong jangan tunjuk diri kau tu murah," balas Raiden selamba. Muka Riyana sudah berubah.
"Jangan nak tuduh Riyana ni murah ingat Riyana ni takde maruah diri ke?" ujar Riyana. Raiden berdecit sinis. Nak cakap pasal maruah cermin diri tu dulu.
"Jangan sembang pasal maruah kalau sikap kau tu tak menampakkan kau ni menjaga maruah kau sebagai seorang wanita," bidas Raiden. Muka dingin masih dikekalkan. Ingat aku nak senyum kat perempuan lain?
"Eh mesti Rifqah tu kaki mengadu. Mengata pasal Riyana," kata Riyana seakan menuduh Rifqah.
"Ingat dia macam kau ke? Kau tu perempuan sampah. Busuk tahu tak? Orang gila pun tak busuk macam kau," kata Raiden dan muka Riyana sudah tercengang.
Tiba-tiba Zafran datang berdiri di sebelah Riyana. Namun Raiden masih lagi berlagak tenang.
"Siapa ni? Bakal suami kau ke? Eloklah sama padan nanti kahwin jangan lupa jemput," kata Raiden dan Zafran ingin menumbuk muka Raiden.
"Kau ni kan nak kalau nak selesaikan masalah memang guna kekerasan ke? Kau ni mesti banyak tinggal solat sebab tu asyik nak marah je," kata Raiden lagi. Muka Riyana dan Zafran sudah pucat lesi.
"Mulut kau memang takde insurans ke? Nak aku belikan insurans untuk kau?" ujar Zafran yang cuba mempertahankan Riyana.
"Insurans murah dari lelaki tak guna macam kau ni aku tak nak. Maaflah tak berbaloi kalau aku beli," balas Raiden. Kakinya menuju ke arah escalator .
"Lupa nak cakap lepas kahwin cuba didik Riyana tu jadi perempuan yang ada adab. Kacau aku buat apa aku dah kahwin," kata Raiden. Riyana sudah mati kata.
Selesai membeli, Raiden pulang ke rumah dan dia memandang isterinya sedang santai berehat sambil menikmati keropok ikan.
Raiden menepuk belakang Rifqah dan Rifqah hampir tersedak. Dia meneguk air dengan pantas. Dia lihat Raiden sedang tersengih.
"Kau ni nasib aku tak tersembur masa makan. Lain kali bagi salam," kata Rifqah. Raiden duduk di sebelah isterinya. Beg kertas berwarna putih diletakkan di atas meja bulat itu.
"Apa ni?" tanya Rifqah.
"Baranglah takkan kucing pula dalam beg kertas ni. Aku belikan beg tangan baru untuk kau. Beg kau tu boleh buang," kata Raiden.
"Kau tak cakap pun nak beli beg tangan untuk aku," jawab Rifqah. Raiden menepuk dahi.
"Nanti tak jadi aku nak buat surprise untuk kau. Kau suka tak aku beli warna kesukaan kau. Warna hitam," ucap Raiden dan Rifqah mengangguk laju. Beg tangan berwarna hitam itu dibelek oleh Rifqah.
"Mestilah aku suka. Bertuah aku jadi isteri kau," balas Rifqah. Raiden hanya tersenyum. Dia sangat bangga memiliki Rifqah sebagai ratu hatinya.
Tiba-tiba Raiden dan Rifqah terdengar bunyi cawan yang pecah.
"Bunyi apa tu?" soal Rifqah namun Raiden suruh Rifqah memperlahankan suaranya. Tanpa sebarang suara, mereka melangkah ke arah bunyi tersebut.
Mereka berdiri di sebalik dinding dan mata Raiden tajam memandang ke arah seorang lelaki yang memakai hoodie berwarna gelap sedang memerhati sekeliling untuk memastikan tiada orang di situ.
"Hoi!" jerkah Raiden dan lelaki itu terkejut dengan suara kuat Raiden.
"Apa kau buat dalam rumah keluarga aku ni? Kau nak rompak rumah aku?" tanya Raiden. Tangan dia terus menarik hoodie dari kepala lelaki itu dan ternyata lelaki itu adalah Zafran.
"Kau?! Eh bukan main banyak rumah, kau rompak rumah aku?" balas Raiden lalu kepala Zafran itu ditunjal.
"Sakitlah setan kau tunjal kepala aku kenapa? Kau tanya Riyana, memang aku kena upah dengan dia," kata Zafran. Raiden menghela nafas berat lalu dia bercekak pinggang.
"Yang kau pergi ikut arahan sengal dia dah kenapa? Perempuan macam ni memang nak kena dengan aku," kata Raiden.
"Kau nak buat apa Raiden?" soal Rifqah.
"Bom rumah dia biar dia mengemis tepi jalan," kata Raiden. Rifqah mengetap bibirnya. Zafran yang berdiri kaku sahaja di hadapan Raiden dan Rifqah.
"Memang dia nak sondol kau tapi agaklah kau nak bakar rumah dia. Aku dah boleh terima takdir," kata Rifqah.
"Takdir?" tanya Raiden.
"Aku terima takdir yang ternyata aku ni lagi cantik dari Riyana gedik tu," jawab Rifqah selamba. Raiden melepaskan tawanya. Mata Raiden kembali pandang ke arah Zafran.
"Oh lupa kebetulan kau rajin sangat pecah masuk rumah aku. Kau tolong buang sampah ni dalam tong kat luar nanti," kata Raiden lalu mengangkat plastik sampah itu dan memberikan kepada Zafran.
Rifqah menepuk dahi. Dalam situasi macam ni pun sempat lagi nak buat lawak?
"Kau fikir aku bibik ke?" kata Zafran.
"Banyak bunyi pula kau. Ini denda untuk kau. Buang sampah," ujar Raiden lagi. Zafran dengan muka menyampah pantas mengambil plastik itu dari tangan Raiden. Dia terus keluar dari situ.
Rifqah memulas telinga Raiden dengan kuat.
"A-aduh apa ni cinta kau pulas telinga aku?" tanya Raiden.
"Memang salah dia pecah masuk rumah kita tapi yang kau pergi suruh dia buang sampah dah kenapa? Tangan kau dah cacat hm?" ujar Rifqah.
"Buang sampah bukan suruh pergi terjun bangunan tinggi," kata Raiden. Kepala Rifqah digeleng perlahan. Memang tak pernah nak serious Raiden ni, desis hati Rifqah.
Tanpa membuang masa, Raiden mengajak Rifqah untuk tidur.
"Kau dan tidur memang tak boleh berpisah," kata Rifqah perlahan. Raiden pantas mendukung isterinya.
"Woi! Kau dah kenapa dukung aku kau fikir aku tak boleh jalan? Ish turunkan aku!" ujar Rifqah namun Raiden hanya mendukung Rifqah sehingga ke bilik.
Rifqah mati kata. Dia hanya membiarkan sahaja suaminya mendukung dia. Nak jadi romantik tapi random sepanjang masa.
Bersambung...
"YOU OWN MY LOVE AND LOYALTY"
You are reading the story above: TeenFic.Net