HARI berikutnya, Rifqah bangun awal untuk menyediakan sarapan pagi untuk Raiden. Tiba-tiba Raiden mesra menyapanya.
"Lambat kau bangun aku kejut pun kau tak sedar," kata Rifqah yang bersuara terlebih dahulu dan senyuman nipis ditayangkan oleh Raiden.
"Aku mengantuk sangat cinta. Kali ni aku tak tidur sampai jatuh katil," ujar Raiden sambil ketawa. Rifqah tayang muka bosan.
Kalau boleh nak jatuh tu sampai bergegar satu rumah, bisik hati Rifqah.
"Oh semalam siapa yang ketuk pintu rumah kita?" tanya Rifqah dan soalan itu menyebabkan Raiden terdiam. Haruskah aku jujur pasal benda ni?
Melihat Raiden mengelamun, Rifqah pantas memetik jari di hadapan suaminya.
"Eh aku tanya ni kau boleh mengelamun pula. Aku tanya siapa yang ketuk semalam?" soal Rifqah sekali lagi. Belum sempat Raiden bersuara, tiba-tiba pintu rumah diketuk oleh seseorang. Raiden melangkah ke arah pintu dan membukanya.
Kelihatan Khairin bersama seorang lelaki yang bernama Nadim.
"Khairin? Awak buat apa kat rumah saya ni? Ni siapa?" soal Raiden bertubi-tubi. Nadim menghulurkan tangan untuk salam dan Raiden menyalam Nadim.
"Oh tuan Raiden saya ada benda penting nak cakap kat bos. Ini Nadim, bakal suami saya," kata Khairin dan Raiden mengangguk sahaja. Raiden menjemput masuk Khairin dan Nadim.
Rifqah membancuh air untuk tetamu yang datang. Dia membawa dulang ke arah meja dan menghidangkan untuk Khairin dan Nadim. Kemudian Rifqah duduk bersebelahn suaminya.
"Jadi hal apa yang penting sangat tu?" ujar Raiden. Khairin menarik nafas sebelum berbicara.
"Ini pasal Riyana," kata Khairin dan kening Raiden terangkat. Kenapa dengan Riyana?
"Okey awak nak cakap apa pasal Riyana?" tanya Raiden lagi. Khairin memberikan sampul surat berwarna putih. Di dalam sampul itu, terdapat beberapa gambar Riyana dengan seorang lelaki.
Raiden dan Rifqah saling berpandangan.
"Semalam rumah kau kena pecah masuk oleh seseorang kan?" Kata-kata Nadim itu membuatkan Raiden terkejut. Rifqah juga terkejut mendengar ayat Nadim.
"Macam mana kau tahu?" soal Raiden lagi.
"Itu Zafran Anaqi. Aku memang ikut kereta dia semalam sampai depan rumah kau. Itu orang upahan Riyana," jawab Nadim dan Rifqah terkedu.
"Apa yang Khairin cuba sampaikan adalah kau kena berhati-hati dengan Riyana dan Zafran. Lagi-lagi isteri kau memang jadi sasaran utama," kata Nadim lagi. Gambar itu diletakkan semula di atas meja.
"Apa motif Riyana buat semua ni kat aku dan Rifqah?" tanya Raiden lagi. Dia merapatkan dirinya dengan Rifqah. Khairin hela nafas berat.
"Macam saya cakap, Riyana ni akan buat apa saja untuk dapatkan tuan Raiden. Sejak saya kenal Riyana, something fishy about her. Dia macam perempuan psiko sikit," ujar Khairin dengan jelas.
"Rifqah, apa yang saya boleh cakap nyawa awak dalam bahaya. Riyana tu boleh bertindak bila-bila masa," kata Khairin kepada Rifqah. Rifqah menelan air liurnya.
Terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiran Rifqah.
Selepas mengetahui perkara sebenar tentang Riyana, Rifqah termenung jauh. Apa salah aku sampai Riyana nak buat macam ni?
Raiden menghampiri isterinya lalu merangkul pinggang Rifqah.
"Kau okey tak cinta? Aku tengok kau asyik termenung je. Tak nak cerita kat aku?" tanya Raiden. Rifqah mengeluh.
"Kau tahu kan Riyana tu..." Jari Raiden diletakkan di bibir Rifqah. Dia tidak mahu Rifqah memikirkan tentang Riyana.
"Tak perlu cakap apa-apa. Pasal Riyana aku tahu macam mana nak selesaikan. Aku tak nak kehilangan kau. Jangan risau aku tak pernah cintakan Riyana. Aku cuma cintakan kau," ujar Raiden. Rifqah menggumam perlahan.
"Riyana cintakan kau Raiden," balas Rifqah lagi.
"Cinta? Cinta apanya kalau nak libatkan nyawa wanita kesayangan aku? Kalau dia dendam dengan aku, dia perlu hadap aku je tak perlu sampai nak libatkan kau," kata Raiden.
"Aku takut Raiden. A...aku takut apa-apa jadi kat kau..." Mata Rifqah sudah berair dan Rifqah memegang muka isterinya.
"Dengar aku cakap, biar aku yang berkorban untuk kau. Aku takkan biarkan benda buruk jadi kat kau. Jangan menangis aku tak boleh tengok kau menangis," kata Raiden lalu mengesat air mata isterinya.
Raiden terus memeluk Rifqah. Pelukan itu sangat kuat sehingga Raiden tidak mahu melepaskannya.
"Tanpa kau...aku akan rapuh," ucap Raiden yang secara tiba-tiba menangis. Rifqah tergamam melihat Raiden menangis. Jika lelaki sudah menangis demi wanita yang dia cintai, benarlah dia ikhlas menyayangi wanita itu.
"Kau menangis Raiden? Aku minta maaf sebab buat kau menangis," ucap Rifqah.
Raiden pantas menggelengkan kepalanya.
"Aku menangis sebab aku sayang kau. Kau isteri aku Rifqah. Aku nak yang terbaik untuk kau. Tiada siapa boleh gantikan kau dalam hati aku," kata Raiden lagi. Rifqah cuba menahan sebak.
"Setiap kali aku pandang kau, jantung aku berdegup kencang laju sejak hari pertama aku mula cintakan kau," ucap Raiden. Dia ingin Rifqah sedar bahawa kesetiaan dia hanya untuk wanita itu.
"Raiden, kau bukan sahaja seseorang yang aku sayang tapi kau adalah seluruh dunia aku," ujar Rifqah pula. Mata mereka saling bertaut.
Sepi. Mereka berdua senyap kerana mereka sedang memahami perasaan sendiri.
RIFQAH sedang berjalan untuk menuju ke arah sebuah kedai untuk membeli makanan ringan. Sedang dia berdiri di tengah jalan, dia mencari dompet di dalam beg tangannya.
Tanpa sedar, Zafran tersenyum jahat. Inilah masanya untuk aku hancurkan hidup kau Rifqah. Raiden hanya milik Riyana, desis hati Zafran.
Zafran terus memecut kereta dengan laju untuk melanggar Rifqah.
"Rifqah!" Khairin terus menolak Rifqah ke tepi jalan dan mereka berdua terjatuh di atas jalan. Maizatul dan Yazid terus berlari ke arah mereka.
"Ya Allah kamu berdua tak apa-apa?" ujar Maizatul cemas.
"Saya tak apa-apa, kak Mai. Rifqah, tangan kau berdarah,"kata Khairin yang melihat tapak tangan Rifqah sedikit melecet. Rifqah cuba menahan rasa kesakitan.
"Kita bawa Rifqah pergi klinik," ujar Maizatul yang membantu Rifqah untuk bangun. Yazid pantas menghubungi Raiden untuk memaklumkan tentang apa yang terjadi. Khairin memegang beg tangan milik Rifqah.
Zafran menjerit sambil memukul stereng kereta dengan kuat. Kenapa ada orang selamatkan dia?! Aku takkan biarkan Raiden dan Rifqah bahagia!
Riyana, aku akan tetap hancurkan hidup mereka. Jangan risau kau pasti akan dapat Raiden, bisik hati Zafran.
Raiden terus berlari masuk ke dalam klinik yang diberitahu oleh Yazid. Dia pantas menerpa ke arah Rifqah dan tapak tangannya sudah berbalut.
"Cinta!" panggil Raiden dan Rifqah mengangkat kepalanya.
"Ya Allah macam mana boleh jadi ni? Kau okey kan?" tanya Raiden. Jelas sekali dia amat risau tentang isterinya itu.
"Tangan dia melecet sikit, tuan Raiden. Nasib saya lalu kat situ kalau tidak isteri tuan dah kena langgar," kata Khairin dan Raiden terkejut. Langgar? Siapa nak langgar isteri aku?
"Siapa yang nak langgar Rifqah? Yazid kau nampak kereta apa yang nak langgar dia?" soal Raiden lagi.
"Aku tak nampak. Sebab dia bawa kereta laju sangat. Kalau kami tak lalu kat situ, nyawa isteri kau dah melayang," kata Yazid. Raiden meraup kasar wajahnya.
"Aku cedera sikit je, Raiden. Jangan risau sangat," kata Rifqah yang memujuk lembut sang suami.
"Kau cedera sikit pun aku dah risau, cinta. Aku minta maaf aku gagal lindungi kau," kata Raiden.
"Kau tak gagal cuma aku je yang tak sedar ada kereta nak langgar aku. Kau jangan menangis depan pekerja kau. Tak macho," kata Rifqah selamba.
"Aku tengah risau pasal kau. Kau boleh pula nak melawak? Nak kena cubit ke?" tanya Raiden dan Rifqah hanya tersengih. Khairin dan yang lain hanya tersenyum penuh bermakna.
"Kau ni Raiden tak macho nangis depan kami semua," kata Yazid. Raiden menjulingkan mata ke atas.
"Tengok mereka pun sokong aku. Tahulah sayang kat aku tapi jangan sampai nak menangis. Kau ingat kau ni baby untuk aku pujuk?" bebel Rifqah.
"Eh boleh pula kau membebel. Kau yang sakit bukan aku. Nasib hari ni aku yang drive kereta. Balik rumah kau kena rehat. Jangan ada bantahan," kata Raiden dan Rifqah mencebik geram.
"Kau ni nak melawan cakap aku ke cinta?" tanya Raiden.
"Eh kau ni bisinglah Raiden aku bukannya terlantar pun," kata Rifqah. Raiden tersenyum nakal. Bising ya?
Raiden meminta beg tangan Rifqah dari Khairin lalu dia terus mendukung Rifqah.
"Muhammad Raiden!" Dada Raiden dipukul beberapa kali namun Raiden membiarkan saja. Maizatul, Khairin dan Yazid hanya ketawa kecil lalu melangkah keluar dari klinik itu.
"Kau mereng ke sampai nak dukung kat dalam klinik tu?" tanya Rifqah dengan rasa tidak puas hati.
"Dah kau tu nak lawan cakap aku. Sebab tu aku dukung kau," kata Raiden selamba. Dia memulakan pemanduannya.
"Duduk diam-diam boleh? Kau tu tangan dah sakit. Balik ni aku masak bubur untuk kau," kata Raiden.
"Macam aku tak boleh makan sendiri," kata Rifqah.
"Menjawab jangan nak degil boleh cinta?" Suara Raiden yang menggoda itu menyebabkan Rifqah terus diam lalu memandang ke arah cermin kereta. Raiden memandu untuk pergi ke rumah keluarga Rifqah.
Sampai sahaja di rumah keluarga Rifqah, Raiden membuka pintu kereta untuk Rifqah. Puan Haura menyambut mesra kedatangan mereka.
"Eh kenapa tangan Rifqah berbalut tu?" soal Puan Haura.
"Tangan dia melecet sikit. Cuai sangat dia ni," kata Raiden dan Puan Haura menggelengkan kepalanya.
"Dah jadi isteri pun masih cuai? Mari masuk kebetulan ibu ada masak ni. Ayah kamu tengah solat tu," kata Puan Haura. Raiden dan Rifqah masuk ke dalam rumah dan pintu dikunci terlebih dahulu.
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik tidur untuk merehatkan diri. Raiden membuat tindakan yang bijak dia menyimpan sedikit pakaiannya di rumah mentuanya.
"Kau memang tinggal pakaian kau kat rumah aku ke?" soal Rifqah.
"Ya lagi senang. Kalau tak cukup aku akan bawa lagi. Aku ni suami yang bijak," balas Raiden. Raiden menjeling tajam ke arah suaminya.
"Kau ni memang perasan bagus. Sejak bila ketika waktunya kau ni bijak?" tanya Rifqah.
"Aku memang bijak dari dulu lagi kau baru tahu ke cinta?" soal Raiden kembali. Rifqah hanya mengangkat bahu sahaja. Selesai sahaja menukar pakaian, Rifqah dan Raiden turun untuk menuju ke arah meja makan.
Encik Shahrul berkerut melihat tangan anak tunggalnya berbalut.
"Kenapa tangan tu? Cedera?" tanya Encik Shahrul dan Rifqah menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
"Biasalah anak tunggal kesayangan ayah ni cuai. Melecet tangan dia ni," jawab Raiden dan Rifqah tercengang. Suka hati dia je cakap aku cuai?
"Anak ayah ni memang cuai. Ni macam mana nak makan tangan dah berbalut," kata Encik Shahrul.
"Raiden suapkan dia makan," kata Raiden tanpa rasa bersalah. Nak maki tapi suami sendiri, bisik hati Rifqah.
Ketika sedang makan, Raiden menyuap nasi ke dalam mulut Rifqah. Encik Shahrul dan Puan Haura tersenyum nipis melihat gelagat Rifqah dan Raiden. Anak tunggal mereka sangat bahagia dengan lelaki pilihannya.
"Raiden tambahlah lagi ibu masak special untuk menantu ibu," kata Puan Haura lagi.
Raiden menolak lembut pelawaan ibu mentuanya. Boleh gemuk dia kalau makan banyak.
"Ibu ingat kat menantu ibu je? Sampai hati ibu," Rifqah berlakon seakan ingin merajuk dengan Puan Haura.
"Kamu ni Iqa itu pun nak cemburu ke? Raiden menantu ibu jangan risau Iqa tetap anak kesayangan ibu dan ayah sampai bila-bila," kata Puan Haura dan Rifqah tersenyum.
"Kau ni memang tak bagi peluang untuk aku merasa jadi menantu kesayangan ibu dan ayah kau?" balas Raiden.
"Panggilan kamu berdua memang kau aku?" soal Encik Shahrul. Raiden dan Rifqah hanya mengangguk serentak.
"Ayah kena faham kami nampak je kasar tapi sebenarnya sweet. Anak ayah ni degil sikit. Suka nak menjawab," adu Raiden.
Pap! Lengan Raiden ditampar perlahan oleh isterinya.
"Dia dari dulu suka menjawab ada je jawapan dia yang bijak tu. Kalau Raiden berdebat dengan dia, memang dia tak nak kalah. Perangai sama macam ibu dia," ujar Encik Shahrul.
"Ayah kena tahu perempuan ni sentiasa menang," kata Rifqah dan Puan Haura tertawa kecil.
"Habis kami yang lelaki ni selalu kena mengalah ke?" bidas Raiden. Rifqah memuncungkan mulutnya.
"Habis kau nak menang ke?" tanya Rifqah. Dia meneguk sedikit air bandung cincau yang dibuat oleh Puan Haura.
"Depan rezeki jangan bergaduh," tegur Puan Haura lembut. Selesai makan dan mengemas dapur, Rifqah dan Raiden masuk bilik tidur.
Leka baring di atas katil, tiba-tiba tangan Raiden memegang perut kempis Rifqah. Dahi Rifqah berkerut memerhati perbuatan si suami.
"Agaknya bila nak ada Raiden junior dalam perut kau ni cinta?" soal Raiden. Terbuntang mata Rifqah mendengar soalan maut suaminya itu.
Rifqah terus membaling bantal ke arah suaminya.
"Aku sumbat cili api dalam mulut kau baru tahu!" balas Rifqah. Raiden salah makan ubat rasanya, Rifqah berbisik dalam hati.
"Aku cuma cakap je. Aku nak kembar boleh tak?" kata Raiden tanpa rasa bersalah. Muka Rifqah sudah merah padam.
Dia ingat ni lepak kat mamak ke? Dia tak fikir jadi perempuan ni susah sebenarnya.
"Ada nanti aku telefon umi kau yang kau ni gatal tahap maksimum!" Rifqah sengaja ugut suaminya.
Bab umi memang Raiden lemah. Mahu menyorok bawah katil kalau aku cakap kat umi dia.
"Kau ni cinta sengaja nak jual nama umi aku kan? Tahulah menantu kesayangan," kata Raiden.
"Eh habis kau tu bukan menantu kesayangan ibu ayah aku?" balas Rifqah. Nak bergaduh manja ke sekarang ni?
"Nak aku sumbat kasut mahal kau dalam mulut? Dasar kuih cakoi," kata Rifqah dan mata Raiden terkebil-kebil. Dah kenapa tiba-tiba kuih cakoi?
"Kuih cakoi? Kau mengidam ke cinta?" tanya Raiden polos. Rifqah menepuk dahi. Lain pula yang dia fikir.
"Mengidam waktu malam buta ni? Habis takkan aku nak sebut nama haiwan pula?" kata Rifqah yang sudah mati akal.
"Kau jangan nak fikir benda pelik aku tendang kau jatuh katil nanti," kata Rifqah. Terhambur ketawa Raiden. Sejak bila isteri aku pandai buat lawak random ni?
Mereka diam untuk seketika. Hampir sahaja Raiden ingin terlelap, suara Rifqah memanggil namanya.
"Raiden, kau ada peta tak?" tanya Rifqah dan Raiden memandang pelik ke arah si isteri.
"Takde. Kau nak buat apa dengan peta tu cinta?" soal Raiden pula. Dia memusingkan badannya menghadap Rifqah.
"Aku perlukan peta sebab aku dah tersesat dalam fikiran kau," balas Rifqah lalu tersengih. Muka Raiden sudah mulai merah. Waktu malam pun sempat lagi dia nak bermesra.
"Muka kau merah! Jarang nak tengok kau blushing," usik Rifqah. Raiden menutup mukanya dengan bantal kerana dia malu.
"Cinta, kau tahu apa beza bunga dan matahari?" soal Raiden.
"Aku tak tahu," jawab Rifqah ringkas.
"Kalau aku bunga, kaulah matahari yang buat aku semakin mekar," kata Raiden.
Ini sesi main pickupline ke ni?
Rifqah terus menarik selimut lalu menutup mukanya. Tanpa sengaja, dia terus terlelap dan Raiden menggelengkan kepala perlahan.
Raiden menarik selimut untuk membuka sedikit wajah isterinya. Rifqah sangat mudah untuk tidur lena. Raiden menutup lampu bilik lalu dia baring.
"Kalau tidur pun nampak comel," kata Raiden perlahan melihat muka tenang Rifqah yang sedang tidur itu.
RIYANA tersenyum jahat melihat gambar Raiden dan Rifqah. Dia mengambil pen marker berwarna merah lalu memangkah wajah Rifqah.
"Kau tak layak dengan Raiden, Rifqah. Raiden tetap milik aku," kata Riyana lalu ketawa. Ketawa yang jahat dan sinis. Dia pantas mengoyakkan gambar pasangan tersebut.
Secara tiba-tiba dia menjerit seperti orang tidak waras.
"Argh!!! Apa susah sangat kau nak terima aku Raiden? Aku cantik aku ada apa yang kau nak!" kata Riyana dengan suara kuat. Dia menolak segala barangnya di atas meja sehingga jatuh ke lantai.
"Kalau aku tak dapat Raiden perempuan lain tak boleh dapat dia termasuk Rifqah," kata Riyana. Rasa amarahnya masih lagi membara di hati.
"Kau memang cabar aku kan Muhammad Raiden? Kau pecat aku kau fikir aku akan diam macam tu je? Tunggu nasib kau dan Rifqah," ujar Riyana lagi lalu duduk di atas katilnya.
Kini Riyana duduk berseorangan di rumah kerana Khairin sudah keluar dari rumah kerana dia tidak tahan dengan sikap Riyana yang terlalu obses terhadap Raiden.
"Aku sayangkan kau Raiden kenapa kau buat aku macam ni hm?" Tiba-tiba suara Riyana menjadi sedih. Gambar Raiden ditatap perlahan. Riyana terus baring lalu memeluk gambar lelaki itu. Dia memejamkan matanya.
Bersambung...
"YOU OWN MY LOVE AND LOYALTY"
You are reading the story above: TeenFic.Net