๐‘๐š๐ข๐๐ž๐ง๐‘๐ข๐Ÿ๐ช๐š๐ก ๐Ÿ๐Ÿ’

Background color
Font
Font size
Line height

"SAKIT lagi badan kau tu? Nak aku urut lagi?" soal Raiden apabila dia melihat Rifqah mengurut badannya beberapa kali. Dia sendiri tidak tahu mengapa Riyana ingin bersama dengannya.

"Takpe sakit sikit je. Kenapa kau pergi pecat Riyana tu?" tanya Rifqah. Nafas dihela berat oleh Raiden. Kalau tak pecat, nanti keadaan semakin keruh.

"Kalau aku tak pecat, nanti dia akan sakitkan kau. Aku tak tahulah kenapa dia boleh jadi macam tu. Aku tak perlukan pekerja macam dia. Aku hanya perlukan kau je," balas Raiden dan Rifqah terdiam mendengar jawapan suaminya.

"Kau ingat senang nak cari kerja? Memang aku marah dia ganggu hidup kita tapi kau tak boleh buat macam tu apa salahnya kau beri peluang kedua?" pujuk Rifqah lembut.

"Tak semua orang layak terima peluang kedua. Macam Adwa ada kau bagi dia peluang kedua lepas kau putus dengan dia dulu? Aku tak rasa Riyana tu akan berubah sebab gaya dia tu memang dia nak kat aku," kata Raiden.

"Adwa dan Riyana adalah orang yang berbeza. Mungkin aku tak boleh lupakan apa yang Adwa buat kat aku tapi Riyana tu perempuan. Aku bukan bela dia tapi kau tahu hati perempuan ni sensitif," kata Rifqah lagi.

"Manusia boleh jadi baik dan jahat dalam masa yang sama. Cuma kita kena berhati-hati dan jangan mudah untuk percaya orang, cinta," jawab Raiden lagi. Dia memegang tangan isterinya.

"Bebel macam orang tua. Aduh!" kata Rifqah lalu menggosok tangannya yang dipukul oleh suaminya.

"Aku tak tua mana pun aku hensem lagi. Sesedap cucur udang kau cakap aku bebel macam orang tua?" balas Raiden dan Rifqah tersengih lalu menunjukkan jari peace.

"Habis tu kau nak aku panggil kau apa? Abang? Ergh aku tak nak!" ujar Rifqah dan senyuman nakal terukir di bibir Raiden.

"Aku cabar kau panggil aku abang. Sekali je lepas aku takkan minta," kata Raiden sambil menyilang tangannya. Tercengang Rifqah apabila mendengar kata-kata Raiden.

Abang? Dia ni kena sampuk ke? Geli tekak aku nak panggil dia abang. Ada baldi tak aku nak letak baldi atas kepala aku ni, bisik hati Rifqah.

"Cepatlah cinta," pujuk Raiden lagi. Rifqah menghela nafas berat.

"Abang..." kata Rifqah lalu menelan air liur. Raiden tersenyum manis. Eh suami aku ni boleh kembang semangkuk mi segera pula.

"Cukup aku geli panggil kau abang!" kata Raiden menutup mukanya dengan bantal.

"Hoi tak payah tekup muka kat bantal nanti tak boleh bernafas aku jadi duda," kata Raiden selamba. Rifqah terus mengangkat mukanya lalu membaling bantal ke arah suaminya. Mulut tu tak tahu nak jaga ada nanti aku sumbat biskut Lexus!

"Nak sangat jadi duda? Kau ingat ada perempuan boleh layan perangai random kau ni, Muhammad Raiden?" Telinga Raiden ditarik oleh Rifqah.

"A-aduh sakitlah cinta. Tangan kau ni ketam ke?" ujar Raiden.

"Nak aku kepit mulut kau tu pula? Cakap langsung tak fikir pakai otak," balas Rifqah.
Raiden ketawa kecil melihat muka masam isterinya.

"Kau nampak comel kalau marah. Aku suka nak usik kau. Aku nak bergurau dengan siapa lagi kalau bukan isteri aku sendiri? Takkan dengan kerusi pula?" balas Raiden dan tanpa sedar, Rifqah tersenyum.

"Tu dah tersenyum dah tak marah aku kan cinta?" soal Raiden dan Rifqah menahan malu. Aduh boleh tak nak terjun katil sekarang ni?

"Aku tak boleh marah kau lama-lama. Nanti aku rindu," balas Rifqah dan Raiden mengusap kepala isterinya.

RIFQAH yang melangkah ke arah keretanya tiba-tiba dia dihalang oleh Riyana. Rifqah pantas menyilang tangannnya.

"Kau nak apa Riyana? Berhenti kacau hidup aku," kata Rifqah dan Riyana berdecit sinis.

"Apa kau cakap Raiden sampai dia boleh pecat aku? Kau ni memang kaki hasut kan?" ujar Riyana. Rifqah ketawa. Kaki hasut? Buat apa aku nak hasut suami sendiri?

"Aku tak hasut tapi suami aku yang buat keputusan. Terimalah hakikat yang Raiden takkan pernah suka kau atau perempuan lain," jawab Rifqah dengan yakin. Ini Nur Rifqah ingat kau boleh pandang rendah kat aku?

"Raiden tu akan tetap jadi hak aku! Kau jangan berlagak sangat," balas Riyana.

"Dia tu hak aku. Nak aku tampal kertas kat muka kau yang Raiden tu hanya milik aku seorang?" bidas Rifqah. Riyana sudah mengenggam penumbuk kerana dia cukup geram dengan Rifqah.

"Sebelum aku tampar muka kau yang tak siap tu, baik kau pergi dari sini. Aku takde masa nak layan orang macam kau ni. Dasar perempuan minta perhatian. Kau salah orang kalau nak minta perhatian. Raiden tu suami aku dan sampai mati dia sayangkan aku," kata Rifqah tenang.

"Aku atau kau yang minta perhatian? Muka takdelah cantik mana tapi dapat kahwin dengan Raiden," jawan Riyana. Dia tidak mahu kalah begitu saja !

"Aku tak cantik pun janji aku takde nak rampas kebahagiaan wanita lain macam kau buat. Banyak lagi lelaki lain kat dunia ni hidup kau tu memang penuh dengan nama suami aku hm?" ujar Rifqah lalu tersenyum sinis.

"Eh lebih baik aku balik dari hadap perempuan macam kau ni. Tepi sikit aku nak masuk dalam kereta," Rifqah menolak kasar bahu Riyana dan dia masuk ke dalam kereta.

Terus muncul muka ketat Riyana apabila dia mendengar kata-kata isteri Raiden itu. Bukan main kau berlagak kau tunggu memang aku akan dapatkan Raiden, bisik hati Riyana.

Sampai sahaja di rumah, Rifqah mencari suaminya. Dia naik ke arah tangga lalu dia masuk ke dalam bilik. Pandangannya jatuh ke arah Raiden yang sedang menyusun casing phone di dalam laci.

Dahi Rifqah berkerut. Kenapa dia simpan banyak casing phone?

Rifqah perlahan menghampiri Raiden yang khusyuk itu. Dia bercekak pinggang di hadapan suaminya.

"Ehem. Kumpul casing phone supaya senang nak tukar ke? Tak nak tukar isteri sekali?" Suara Rifqah itu menyebabkan Raiden terkejut. Dia mengurut dadanya.

"Kau ni suka buat aku terkejutlah cinta. Dah kenapa kau tanya soalan macak tu? Isteri aku hanya Nur Rifqah je. Setia aku hanya untuk kau," balas Raiden yang sudah siap mengemas casing phone miliknya.

Dia terus menarik Rifqah untuk duduk di atas katil.

"Buat apa aku nak tukar isteri? Cukup ada kau dalam hati aku. Datanglah beribu wanita, aku akan tetap pilih kau," ucap Raiden dan Rifqah tersenyum manis.

"Awal kau balik hari ini? Maaf tadi aku pergi jumpa Hanis maklumlah lama tak jumpa dia tu," jawab Rifqah.

"Takpe cinta aku faham. Aku saja balik awal. Pasal casing phone, kau jangan marah aku. Aku sejak dari universiti memang suka kumpul jadikan koleksi. Itu hobi aku," kata Raiden dan Rifqah hanya mengangguk perlahan.

"Suka hati kaulah Raiden asalkan kau bahagia dengan hobi kau tu," balas Rifqah yang merenggangkan sedikit badannya.

"Oh cinta aku ada hadiah untuk kau," kata Raiden lalu bangun mengambil sebuah beg kertas yang cantik itu. Terjongket kening Rifqah. Hadiah apa pula dia nak bagi kat aku?

"This is for you, cinta. I hope you like it," ucap Raiden lalu memberikan beg kertas itu kepada isterinya. Rifqah membuka beg kertas tersebut dan dia terkejut.

Raiden membelikan sebuah buku lakaran, sedikit alat tulis dan pensel warna. Walaupun kedengaran seperti budak kecil, tapi itulah hobi Rifqah. Dia amat gemar melukis sejak sekolah lagi.

"Raiden! Kau belikan benda ni untuk aku? Kau tahu aku suka melukis?" soal Rifqah. Matanya bersinar-sinar apabila mendapat hadiah tersebut.

"Aku memang dah lama tahu kau suka melukis. Dulu aku selalu nampak kau melukis masa kat universiti dulu. Aku belikan untuk kau sebab aku pernah cakap aku nak penuhi segala permintaan kau," kata Raiden lagi.

Benarlah Raiden berpegang teguh pada kata-katanya. Cara dia bercakap bukanlah sekadar omongan kosong.

Rifqah pantas memeluk Raiden dengan erat dan Raiden membalas pelukan itu.

"Thank you darling! I love you!" ujar Rifqah.

"I love you too, cinta," balas Raiden dengan nada lembut.

"Kau pergi mandi dulu kejap lagi nak masuk azan Maghrib. Kita solat berjemaah okey?" Kepala Rifqah diusap perlahan. Rifqah terus bangun meletakkan beg tangan di atas meja. Tuala diambil lalu melangkah ke arah bilik air.

Raiden dan Rifqah menunaikan solat Maghrib bersama. Selesai sahaja, Raiden memusingkan badannya menghadap Rifqah. Rifqah tersenyum dan menyalam tangan suaminya.

"Kau pernah terfikir ke kau ni jodoh aku?" soal Raiden secara tiba-tiba. Rifqah tergelak kecil mendengar soalan suaminya.

"Tak pernah fikir pun sebab sebelum ni aku anggap kau sebagai kawan baik aku. Kawan baik sendiri boleh jadi jodoh aku. Tak pelik kalau aku selalu tersedak mesti kau selalu sebut nama aku kan?" ujar Rifqah lalu jarinya menunding ke arau Raiden.

"Nama kau sentiasa ada dalam doa aku, cinta. Tak pernah sekali aku lupakan kau. Setiap detik bersama kau adalah anugerah yang tidak ternilai dan cinta aku pada kau takkan pernah layu," ucap Raiden lembut. Rifqah terbuai dengan ayat cinta Raiden.

"Nama kau sentiasa terukir di hati aku. Cinta kau adalah alunan yang membuatkan hidup aku lebih indah," kata Raiden lagi. Mulut Rifqah seakan terkunci. Dia terpaku mendengar ayat Raiden. Sejak bila Raiden pandai bagi ayat manis?

"Cinta, kau sama seperti bintang di langit malam. Cinta kau juga adalah cahaya yang membimbingku melalui kegelapan. Kau juga beri harapan dan kebahagiaan yang abadi," kata Raiden. Rifqah mengukirkan senyuman manis.

"Cara kau nak rindu aku mudah je, Raiden. Jadikan aku sebagai alasan terindah di sebalik senyuman kau," ucap Rifqah pula dan Raiden mengusap pipi isterinya.

"Untungnya aku dapat isteri macam kau. Aku rasa akulah lelaki paling bahagia berada di samping seorang wanita yang hebat seperti kau," kata Raiden. Rifqah ketawa kecil. Comel je suami aku ni, desis hati Rifqah.

RAIDEN dan Rifqah berjalan seiringan melangkah ke arah dewan kahwin. Hari ini adalah hari bahagia Aakif dan Fayra. Rifqah dan Raiden mengenakan pakaian berwarna biru gelap.

Ketika pengantin sudah masuk, Raiden mengeluarkan telefonnya dan merakam Aakif berjalan bersama dengan Fayra. Aakif sempat melambai ke arah Raiden.

Selepas menjamu selera, kini tiba masanya untuk mengambil gambar. Raiden dan Rifqah menghormati keluarga Aakif dan Fayra terlebih dahulu kerana keluarga perlu diutamakan.

"Tahniah Aakif dan Fayra. Semoga sentiasa bahagia. Aakif kau jangan nak jadi bala kau tu dah jadi suami orang," kata Raiden lalu menepuk perlahan bahu Aakif.

"Dengan kau je aku jadi bala sebab kita kan kawan sejak dulu lagi. Dengan Fayra, aku akan jadi lelaki paling romantik. Lagi romanti dari kau," ujar Aakif dan Fayra sudah menahan malu.

"Nak bersaing dengan aku?" tanya Raiden dan Aakif menayangkan muka berlagak.

"Mestilah nak bersaing dengan kau. Kau tu nak pujuk perempuan pun tanya aku," jawab Aakif selamba. Dahi Rifqah berkerut.
Biar betul?

"Cinta kau tak payah dengar cakap dia ni. Dah kahwin pun perangai tak berubah. Fayra, kau kena bersabar dengan Aakif. Dia dari dulu suka buat hal," kata Raiden kepada Fayra.

"Bini aku ni kau jangan nak hasut dia. Aku tumbuk muka kau ada yang masuk hospital nanti," kata Aakif. Rifqah hanya ketawa sahaja. Lantas dia mengambil gambar bersama Aakif dan Fayra.

Mereka duduk semula di meja yang disediakan. Leka berbual, tiba-tiba Riyana muncul di hadapan Raiden dan Rifqah. Eh sejak bila Riyana ni dijemput?

"Sejak bila Aakif jemput kau? Kau ni tak tahu malu ke? Kau kan tetamu yang tak diundang," kata Rifqah sinis. Dia sengaja merangkul lengan Raiden untuk menyakitkan hati Riyana.

"Kau tu yang tak tahu malu sibuk rampas Raiden dari aku," jawab Riyana lalu menyilang tangannya. Raiden berdecit sinis.

"Tak perlu nak putar belit cerita. Kau sendiri yang cari masalah, lepas tu nak salahkan orang lain. Eloklah aku buang kau dari syarikat aku," kata Raiden. Rifqah tersenyum bangga.

"Tak boleh bagi saya peluang kedua? Saya akan jadi pekerja yang baik," kata Riyana seakan merayu pada Raiden. Rifqah ingin muntah melihat muka gedik Riyana. Fikir cantik sangat kau gedik dengan suami aku?

"Pekerja yang baik hm? Aku tahu niat kau nak hancurkan rumah tangga aku. Jangan buang masa kau untuk goda aku. Aku takkan mudah jatuh cinta. Aku hanya jatuh cinta dengan Rifqah sahaja. Kau perlu sedar dan kau kena terima hakikat yang aku bukan jodoh kau," balas Raiden lagi.

"Lelaki kan boleh kahwin empat," kata Riyana. Mata Rifqah merenung tajam wajah penyondol yang bernama Nurul Riyana ini.

"Memang boleh kahwin empat tetapi tak bermakna aku nak menduakan cinta Rifqah. Aku tunggu dia dari dulu lagi kau je yang tak tahu. Aku rasa aku tak perlu cerita sebab takut kau meroyan," Raiden membidas ayat Riyana semula.

Riyana sudah mati akal. Kata-kata Raiden cukup tajam.

"Kau dengar kan Riyana? Jadi tak perlu nak merayu dengan suami aku. Suami aku takkan berpatah balik," kata Rifqah dan Riyana tayang muka menyampah.

Riyana terus melangkah keluar dari dewan.

"Dengan takde rasa malu boleh pula datang majlis kahwin Aakif? Siapa jemput dia? Aku tak rasa Aakif jemput dia," ujar Raiden.

"Siapa nak jemput penyondol macam dia? Dahlah nak rampas kau jangan harap aku nak izinkan. Berdepan dengan aku dulu," kata Rifqah.

"Ini yang aku suka tentang kau, cinta. Kau berani bela diri kau. Lembut tapi ganas," kata Raiden dan Rifqah tersengih.

Sebagai perempuan, kita seharusnya jadi seorang yang kuat dan tidak lemah di mata lelaki.

Majlis perkahwinan Aakif dan Fayra berjalan lancar. Mereka menerima banyak hadiah dari tetamu.

Raiden dan Rifqah pulang ke rumah dan mereka sungguh penat. Tanpa membuang masa, mereka terus masuk ke dalam bilik tidur.

Selepas membersihkan diri, Raiden membuka lagu Pulang oleh Insomniacks.

"Dancing in our bedroom?" Raiden menghulurkan tangan kepada Rifqah. Rifqah tersenyum dan menerima huluran tersebut.

Mereka mula menari bersama. Raiden memegang tangan Rifqah dan mendekatkan diri dengan isterinya.
Mata mereka saling bertaut. Jantung Rifqah terasa berdebar.

"Pulang sekarang...ku rindu wajahmu senyuman manismu sayang," Raiden menyanyikan lirik lagu tersebut. Kemudian, Raiden memusingkan badan Rifqah tapi tangan masih dipegang. Mereka menari ibarat mereka berada di sebuah taman yang indah.

Raiden menurunkan sedikit badan isterinya lalu pinggang Rifqah dipegang kuat oleh Raiden. Dan mereka bertentang mata dengan lama.

Mereka menegakkan diri semula dan kepala Raiden dan Rifqah dirapatkan.

"Jika aku diberikan banyak pilihan, aku memilih untuk mencintai kau kerana kau pelengkap hidup aku, cinta," ucap Raiden dan Rifqah memejamkan matanya saat Raiden berbicara.

"Kau adalah teman sejati yang mengerti segalanya tentang aku. Aku nak kau hayati segala ayat aku ni," kata Raiden perlahan namun dapat didengari oleh Rifqah.

Rifqah fokus pada suara serak basah Raiden. Sungguh ini adalah memori paling bahagia dalam hidupnya.

"Aku mungkin bukan lelaki sempurna tapi cinta aku pada kau sempurna untuk selamanya. Kau ibarat seperti syair yang buat aku jatuh cinta berkali-kali. Aku tak pernah jemu dengan kau," kata Raiden dan muka Rifqah sudah membahang.

"Aku pun takkan pernah penat untuk bersama dengan kau, Raiden. You're my darling," ucap Rifqah. Tanpa membalas ayat Rifqah, Raiden pantas mendukung Rifqah ala-ala bridal style.

Raiden meletakkan Rifqah di atas katil dan Raiden terus baring di sebelah isterinya. Belum sempat mereka melelapkan mata, tiba-tiba Raiden mendengar ada orang mengetuk pintu rumah dengan kuat.

"Kau duduk sini, cinta. Aku pergi tengok siapa yang ketuk pintu," kata Raiden perlahan.

Raiden melangkah perlahan dan matanya mula menangkap seorang lelaki memakai hoodie.

"Apa kau buat dalam rumah aku?!" Badan Zafran terus ditarik kuat oleh Raiden.

"Aku cuma nak sampaikan satu amaran pada kau. Kalau kau tak berpisah dengan Rifqah, nyawa kau dan dia dalam bahaya," kata Zafran. Raiden menumbuk wajah Zafran beberapa kali.

"Cakap dengan aku! Siapa yang upah kau buat semua kerja tak masuk akal ni?!" ujar Raiden kasar. Zafran tersenyum sinis.

"Buat apa aku nak cakap? Yang penting aku cuma nak cakap kau lepaskan Rifqah maka hidup kau akan selamat," balas Zafran. Dada Raiden naik turun menahan rasa marah.

"Aku takkan lepaskan isteri aku! Sekali lagi kau kacau Rifqah, kau tahulah nasib kau nanti!" ujar Raiden.

"Aku akan tetap ganggu hidup korang berdua. Bersedialah untuk kehancuran rumah tangga korang," kata Zafran. Raiden pantas menolak kasar badan Zafran keluar dari rumah lalu mengunci pintu.

Dia berlari naik dan menuju ke arah Rifqah yang sudah nyenyak tidur. Dia perlahan menghampiri isterinya itu.

"Rifqah, aku janji dengan kau aku akan sentiasa lindungi kau. Aku takkan biarkan kau dalam bahaya," balas Raiden. Dia mencium dahi Rifqah lalu tangannya mengusap kepala Rifqah.

Raiden menyandarkan dirinya di katil. Siapa yang upah lelaki itu untuk hancurkan perkahwinannya dengan Rifqah?

Bersambung...

"YOU OWN MY LOVE AND LOYALTY"












You are reading the story above: TeenFic.Net