"NAMPAK bahagia kau dan dia sekarang hm?" Suara Adwa menyebabkan Rifqah berpaling ke arah lelaki itu. Macam mana dia tahu aku dan Raiden ada kat sini?
"What are you doing here, dude? Macam mana kau tahu aku kat sini?" tanya Rifqah.
"Tempat ni ada nama kau ke? Aku ni pergi kat banyak tempat tak sangka pula jumpa kau kat sini," balas Adwa sinis.
"Masalah aku ke kalau kau ada kat sini? Aku tak ingin langsung nak tengok muka kau," jawab Rifqah. Raiden yang baru selesai membeli air terhenti langkahnya apabila dia melihat Adwa bersama dengan Rifqah.
Jantan takde otak ni buat apa kat bini aku?
"Kau fikir aku datang sini nak tengok muka kau? Apa reaksi suami kau bila dia tahu kau ni sengaja nak jatuhkan aku?" balas Adwa.
"Nampak sangat kau ni meroyan. Tak boleh lupakan aku. Pergi cari Aralyn kau tu!" bidas Rifqah. Dasar bekas suami tak guna!
"Excuse me? Kau ni memang perasan bagus ke? Sesuailah kau dan Raiden perangai tu lebih kurang je," kata Adwa lagi.
"Kalau sama pun perangai aku dan dia, kau ada masalah? Masih tak berpuas hati lagi dengan bekas isteri kau ni? Dia dah sah jadi isteri aku," kata Raiden yang muncul di hadapan Adwa.
"Memang aku tak puas hati dengan perbuatan dia terhadap aku," kata Adwa.
"Habis tu kau nak anggap Rifqah pun boleh lupa apa yang kau buat pada dia?" ujar Raiden lagi.
"Aku simbah air mangga ni kat kau baru tahu. Pergilah sibuk nak kacau aku date dengan isteri aku. Dia bekas isteri kau. Takkan nak jilat balik apa yang kau dah buang?" kata Raiden lagi.
"Aku tak hadap bekas isteri macam dia ni. Bekas murah siapa je nak?" balas Adwa.
Raiden memberikan air mangga kepada Rifqah lalu Raiden menarik kedua lengan bajunya ingin menumbuk Adwa.
"Kau memang suka menyalak ke gila?" Raiden ingin menumbuk wajah Adwa namun Adwa pantas lari meninggalkan Raiden dan Rifqah.
"Cis dia ingat dia siapa? Aku CEO terkenal. Dasar pengecut," kata Raiden dan dia memandang pelik ke arah isterinya yang sedang menahan ketawa.
"Kenapa kau gelak cinta?" tanya Raiden.
"Entah rasa kelakar pula bila kau nak tumbuk bekas suami aku tu. Kau marah nampak lawak," kata Rifqah lalu menyedut air mangga.
"Habis kalau aku gatal pun nampak kelakar juga? Bengang aku sebab dia cakap kau macam tu," ujar Raiden.
"Minum air mangga ni dulu. Sejukkan hati kau yang panas tu," balas Rifqah. Raiden menyedut minuman itu sehingga dia tersedak.
"Aku bukan suruh sedut bagi habis! Sedutlah sikit je dulu. Nak pergi lepak awal kat alam lain?" Selamba Rifqah berkata.
"Hoi mulut tu jaga sikit! Aku tengah marah kat bekas suami kau yang takde otak tu," balas Raiden dan Rifqah hanya ketawa.
"Jom lumba lari," kata Raiden dan Rifqah tercengang. Lumba lari kat pantai?
"Kat pantai ni?" tanya Rifqah.
"Habis tu takkan kat highway?" balas Raiden. Dia pantas menarik tangan sang isteri. Mereka bersedia untuk berlari.
Apabila sudah mula berlari, Raiden lari dengan laju dan meninggalkan isterinya yang berada di belakang. Rifqah mendengus geram. Kurang ajar punya suami !
Raiden sudah sampai di hadapan dan menunggu Rifqah. Akhirnya Rifqah sampai juga. Dia menampar lengan Raiden dan Raiden memandang pelik ke arah isterinya.
"Asal kau yang menang?" soal Rifqah dan muka bosan ditayangkan oleh Raiden. Eh itu pun nak marah ke?
"Ada nanti aku rosakkan awning tudung kau, cinta. Aku menang. Siapa suruh jadi pendek?" kata Raiden selamba. Ewah sesedap cucur ikan bilis dia panggil aku pendek?
"Jangan cabar perempuan pendek macam aku! Aku tendang kau baru tahu. Nasib kau ni suami aku," jawab Rifqah.
"Berani nak tendang suami? Aku dukung kau depan orang ramai nanti," Raiden sengaja ugut Rifqah. Rifqah tayang penumbuk.
"Agaknya kalau aku sepak kau ni boleh melayang?" tanya Rifqah.
"Agaknya kalau aku tutup mulut kau tu pakai tape kau boleh diam?" bidas Raiden. Ish benci aku kalau gaduh dengan dia!
"Tak penat ke nak gaduh dengan aku?" tanya Rifqah lagi. Dia menyilangkan tangannya.
"Sebab aku sayang aku suka gaduh dengan kau, cinta. Hebat tak aku? Tunggu kau sejak dulu lagi cuma kau je yang lalai," jawab Raiden.
"Berlagak. Mana aku nak tahu kau suka aku? Suka sangat nak cari pasal," kata Rifqah. Raiden ketawa kecil.
"Habis aku nak suka siapa lagi? Riyana gedik tu? Minta maaf awal-awal aku reject dia," kata Raiden dan Rifqah tersengih. Ternyata kata-kata Raiden bukan sekadar omongan kosong dan dia betul-betul cintakan aku, bisik hati Rifqah.
"Tersedak dia nanti kau sebut nama dia," kata Rifqah.
"Kau ingat aku nak sebut nama dia? Muak aku dengar. Aku cuma nak sebut nama kau je sepanjang masa," ucap Raiden lembut. Tanpa sedar, Rifqah tersenyum bahagia.
Tanpa Rifqah sedari, kehadiran Raiden telah mengajar erti cinta yang sebenar. Raiden tidak pernah meninggalkan Rifqah ketika Rifqah memerlukan seseorang di sisinya. Ya benarlah Rifqah diratukan oleh lelaki yang tepat.
"Kau tak sakit hati dengan Riyana tu? Dia tu suka kacau isteri aku yang comel ni," ujar Raiden lalu mencuit dagu sang isteri.
"Buat apa nak sakit hati? Setakat Nurul Riyana tu, aku boleh selesaikan," kata Rifqah.
"Percayalah nanti dia akan putus asa juga," tambah Rifqah. Raiden merangkul tangan Rifqah sambil memandang ke arah ombak pantai yang sudah membasahi kaki mereka.
Ranting kayu diambil lalu Raiden menulis namanya dan Rifqah. Dia sempat mengambil gambar untuk dijadikan sebagai kenangan manis.
"KAU dah buat apa yang aku suruh?" tanya Riyana kepada seorang lelaki. Lelaki itu mengangguk perlahan.
"Mereka sekarang berada kat Port Dickson," kata lelaki yang bernama Zafran. Riyana tersenyum sinis.
"Kau nak aku buat apa? Kalau nak suruh culik, bila-bila masa aku boleh buat. Cuma kau kena bayar aku triple," kata Zafran.
"Buat masa sekarang, kau perhatikan je mereka tu. Jangan sampai kantoi. Selagi aku tak dapat Raiden, aku akan sanggup buat apa saja," kata Riyana.
"Kacang je kalau nak aku ikut mereka, aku boleh buat. Kalau ada kerja lagi, kau telefon je aku," balas Zafran. Senyuman jahat terukir di bibir Riyana.
Tanpa sedar, Khairin memerhati dari jauh dan dia berasa curiga dengan Riyana yang bersama dengan seorang lelaki. Siapa lelaki tu? Apa kaitan Riyana dengan lelaki tu? Terlalu banyak persoalan di minda Khairin.
Dia mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan bukti. Nak tak nak dia perlu memberitahu hal ini kepada Raiden.
"Awak buat apa kat sini Khairin?" soal Nadim dan Khairin mengurut dadanya.
"Tu saya tengah tengok Riyana dengan lelaki lain. Saya rasa macam curious dengan mereka tu. Naluri saya kuat mengatakan Riyana ada niat tak baik kat Raiden dan Rifqah," ujar Khairin.
"Awak jangan terus nak buat kesimpulan macam tu. Mana tahu lelaki tu orang istimewa dalam hidup Riyana," kata Nadim dan dia berfikiran positif sahaja.
"Agaklah pun saya kenal Riyana tu macam mana. Dia akan buat apa saja supaya Raidej tu jadi hak dia," balas Khairin. Khairin mengenali Riyana sejak dari universiti dulu.
"Ikut awaklah tapi jangan sampai Riyana tahu yang awak ikut dia. Awak tahulah dia akan mengamuk tak tentu pasal," kata Nadim memberi peringatan kepada bakal isterinya.
Khairin mengangguk sahaja. Dia dan Nadim terus melangkah pergi dari situ.
"Kau nak aku bayar berapa?" soal Riyana.
"Sepuluh ribu. Boleh? Aku dah buat kerja mestilah kena ada upah lebih sikit," kata Zafran.
"Sepuluh ribu tu mudah je aku nak bagi," kata Riyana. Zafran tersenyum sinis. Dia suka dengan cara Riyana. Buat kerja, dapat upah banyak.
Raiden menghempaskan dirinya di sofa selepas pulang dari Port Dickson. Rifqah pantas duduk di sebelah suaminya.
"Bercuti pun penat..." kata Raiden.
"Nama pun bercuti memang boleh sakit satu badan kita ni," kata Rifqah pula. Raiden melentokkan kepalanya di bahu sang isteri dan tangan Raiden memegang erat tangan Rifqah.
"Rifqah," panggil Raiden
"Ya?" balas Rifqah lembut.
"Cinta aku ada cara untuk kau permanent
dalam hati aku," kata Raiden.
"Macam mana tu?" soal Rifqah lagi. Dia mengusap perlahan kepala Raiden.
"Jadi ibu kepada bakal anak-anak kita nanti," balas Raiden. Muka Rifqah membahang merah.
Bahagianya aku apabila bersama Raiden. Lelaki tepat akan hadir cuma cepat atau lambat.
"Raiden, kau ada semua benda yang kau nak dalam hidup kau?" soal Rifqah pula. Kening Raiden terjongket mendengar pertanyaan Rifqah.
"Ya aku ada semua tu, cinta? Why?" ujar Raiden. Rifqah tersenyum kecil.
"Kau tahu semua benda yang kau ada tu hanya sementara tapi ada satu benda je yang akan kekal dalam hidup kau," kata Rifqah.
"Apa yang kekal tu cinta?" soal Raiden, tidak sabar untuk mendengar jawapan Rifqah.
"Aku. Aku yang akan kekal dalam hidup kau untuk selamanya," balas Rifqah dengan senyuman manis di bibir. Hati Raiden tersentuh mendengar sebaris ayat itu.
Kehadiran Rifqah telah mengubah segalanya dalam hidup Raiden. Kehadiran isterinya ibarat seperti cahaya yang menyinari rasa kesunyian dalam dirinya.
Sepi. Hanya bunyi kipas yang berpusing. Masing-masing melayani perasaan.
"Kau penat? Jom kita rehat kat bilik," kata Rifqah perlahan. Raiden mengangguk dan mengikuti isterinya naik ke arah tangga.
Apabila sudah duduk di atas katil, Rifqah tidak dapat melelapkan mata. Dia terpandang Raiden mengambil gitarnya. Eh sejak bila suami aku ada gitar?
"Kau nak buat apa dengan gitar ni Raiden?" tanya Rifqah. Raiden duduk bersila di hadapan Rifqah sambil memegang gitar.
"Aku nak nyanyi satu lagu untuk kau. Kau sudi nak dengar, cinta?" tanya Raiden lembut.
"Aku sudi nak dengar," ujar Rifqah. Raiden memetik gitarnya.
"Sesungguhnya aku cintai hanya dirimu...kerna sesungguhnya ku sedari kau lengkapi diriku..." Raiden menyanyikan bahagian chorus lagu Sesungguhnya Aku oleh Alif Satar.
Rifqah terbuai dengan suara Raiden.
"Kaulah yang terbaik...yang pernah diriku miliki...kan ku berikan sepenuh jiwa hanya untuk dirimu," Nyanyian Raiden telah membuatkan Rifqah tersenyum. Senyuman yang penuh dengan keikhlasan.
"Kenapa kau pilih lagu ni?" soal Rifqah. Raiden tersenyum nipis. Gitar disandarkan di dinding.
"Sebab lagu ni sesuai untuk kau, cinta. Sejak kehadiran kau, hidup aku dah tak sunyi. Aku pernah cerita kat kau kan kisah silam aku," ujar Raiden. Bahu Raiden disentuh lembut oleh isterinya.
"Aku hargai segalanya tentang kau. Selama ni aku tak sedar kau mencintai aku dalam diam. Kau takkan pernah sunyi lagi Raiden sebab aku dah ada. Dah ada dalam hati kau," kata Rifqah.
"Dari hari pertama kita bertemu, aku dah jatuh cinta dengan kau. Bila aku tahu kau terluka sebab Adwa, aku nak lindungi kau. Itu janji aku sehingga sekarang dan janji aku tu tidak pernah pudar," ujar Raiden yang meluahkan isi hatinya.
"My true love is rare and it's worth everything for you cinta," bisik Raiden perlahan di telinga Rifqah.
"And I'm incomplete without you by my side," kata Rifqah pula. Mata mereka sudah mulai berat. Rifqah dan Raiden baring lalu melelapkan mata.
RIFQAH yang sedang menyiapkan kerja terkejut dengan suara Raiden yang tengah marah. Kalau aku masuk campur dengan aku sekali kena marah.
"Kak Mai, kenapa Raiden asyik marah tu seram saya dengar walaupun dia tu suami saya," kata Rifqah yang merapatkan kerusinya di meja Maizatul.
"Biasalah Riyana tu prestasi kerja dia semakin merosot. Sejak dia tahu Rifqah dah kahwin dengan Raiden, memang dia tu tak puas hati. Ikutkan sangat emosi tu," Maizatul menjelaskan kepada Rifqah.
"Tapi Rifqah, awak kena hati-hati dengan Riyana sebab dia tu agak pelik sikit," sampuk Khairin pula.
"Pelik? Pelik yang macam mana?" soal Rifqah.
"Dia tu boleh bertindak di luar jangkaan. Saya kenal dia macam mana. Saya pesan supaya awak boleh jaga diri awak dan Raiden," kata Khairin seakan berbisik kepada Rifqah.
Bunyi kasut Riyana keluar dari bilik kerja Raiden menyebabkan Khairin dan yang lain pura-pura siapkan kerja.
"Korang mengata aku?" ujar Riyana.
"Untuk apa?" balas Khairin. Paling malas aku nak bising kat Riyana ni, desis hati Khairin.
"Korang semua kan tak suka aku. Satu office ni tak suka aku," jawab Riyana.
"Selama ni kau perasan bagus ke yang takde orang mengata pasal kau?" sampuk Zaid. Terjegil mata Riyana mendengar ayat Zaid itu.
"Jangan ingat aku tak tahu apa kau buat kat Rifqah. Kau ugut dia kan? Aku ni belajar tinggi takde nak jadi tak cerdik macam kau," ujar Khairin pula.
Pang! Pipi Khairin ditampar kuat oleh Riyana. Rifqah dan yang lain tergamam dengan tindakan drastik Riyana.
"Kau tu sebenarnya dengki dengan aku kan? Cakap je tak payah nak acah baik depan semua orang!" balas Riyana. Dia menarik tudung bawal milik Khairin itu.
"Riyana jangan buat kecoh kat sini!" Zaid menegur sikap Riyana namun Riyana mengabaikan teguran Zaid itu. Rifqah bangun untuk meleraikan pergaduhan.
"Kau tak payah nak sibuk bela perempuan ni Rifqah!" kata Riyana lagi.
"Lepaskan Khairin! Dia tak salah tapi kau yang salah Nurul Riyana!" kata Rifqah pula. Khairin pula cuba memegang tudungnya dari tercabut.
Secara tiba-tiba, Riyana menolak kasar badan Rifqah sehingga Rifqah terjatuh.
"Riyana! Apa kau buat kat bini aku?!" tengking Raiden yang menghampiri isterinya. Badan Rifqah terasa sakit apabila ditolak kuat oleh Riyana.
"Isteri awak tu yang sibuk hal saya dan Khairin!" ujar Riyana lagi.
"Kau yang buat masalah lepas tu nak tunding jari kat orang lain? Kau ni gila ke apa Riyana?!" Suara Raiden naik seoktaf. Dia sudah tidak tahan lagi dengan sikap Riyana.
"Saya gilakan awak Raiden! Apa yang ada kat perempuan ni sampai awak langsung tak nampak usaha saya nak dapatkan awak?" tanya Riyana.
"Pergi mati dengan usaha kau tu! Yang kau tolak ni isteri aku! Kau takkan boleh jadi macam Rifqah," kata Raiden. Dia melihat Riyana ingin mendekati Rifqah.
"Jangan sentuh isteri aku. Riyana, kau boleh keluar dari syarikat aku ni! Kau bukan lagi pekerja kat sini!" kata Raiden dan tanpa sebarang bicara, Riyana terus keluar dari syarikat Raiden.
"Kau okey tak cinta? Ada cedera kat mana-mana? Nak aku bawa pergi klinik?" tanya Raiden.
"Aku okey kau ni risau sangatlah Raiden," balas Rifqah dan Raiden membantu isterinya untuk bangun.
"Kau tu isteri aku. Aku takkan biarkan sesiapa pun sakitkan kau. Nanti balik kau rehat biar aku siapkan semua kerja rumah," kata Raiden dan Rifqah tersenyum manis.
"Untung ada suami macam tuan ni. Suami saya pun tak macam tu," kata Intan, salah seorang pekerja Raiden.
"Eh korang semua ni aku yang bayar gaji korang. Sambung buat kerja jangan asyik nak bergosip," kata Raiden. Intan dan yang lain akur dengan arahan Raiden.
"Ingat pesanan aku, rehat bila dah balik rumah," kata Raiden sekali lagi. Ish dia ingat aku ni cepat lupa ke?
"Ya wahai Raidenku sayang," balas Rifqah.
Raiden tersenyum nakal.
"Cakap sekali lagi aku nak dengarlah cinta," kata Raiden yang ingin mengusik Rifqah. Rifqah mencubit lengan Raiden dan Raiden menggosok lengannya.
Asyik nak menggatal je dengan aku, mana aku tak marah? Nasib sayang kalau tidak dah kena smack dengan aku, bisik hati Rifqah.
Bersambung...
"YOU OWN MY LOVE AND LOYALTY"
You are reading the story above: TeenFic.Net