"IQA nak pergi mana tu? Tetamu kita janganlah buat perangai,"tegur Puan Haura lembut apabila melihat Rifqah sudah masuk ke dalam rumah.
"Takpe ibu. Iqa penat Iqa nak berehat. Penat hadap manusia yang tak pernah sedar diri,"kata Rifqah dan dia sempat menjeling tajam ke arah Adwa.
Dia pantas melangkah naik ke arah tangga dan Adwa pula menghampiri Datin Laila.
"Anak saya memang macam tu. Jenis ikut kepala sendiri,"kata Puan Haura sambil tersenyum nipis.
Dah memang suka ikut kepala sendiri je, desis hati Adwa.
"Takpe Haura biasalah orang muda sekarang bukan macam kita dulu,"balas Datin Laila. Adwa cuba berlagak tenang sambil menghirup teh panas yang dibancuh oleh Puan Haura.
"Dah kenapa dia perlu datang rumah aku? Orang tua tu pun satu hal nak sindir aku dah kenapa?"kata Rifqah sambil duduk di atas katil.
Selepas kejadian Datin Laila dan Adwa datang ke rumahnya, dia kerap terserempak dengan Adwa. Pada kali ini, dia terpaksa menemani Adwa makan tengah hari bersama.
"Asal tenung makanan tu? Tak nak makan ke?"soal Adwa. Rifqah meletakkan sudu dengan kuat menyebabkan Adwa terkejut.
"Aku nak tenung ke tak nak makan bukan masalah kau. Tak penting untuk kau tahu,"jawab Rifqah sambil menyedut minuman.
"Memang dah benci sangat kat saya? Mana pergi jantan yang satu universiti dengan awak dulu? Mati ke?"soal Adwa sinis. Rifqah merenung Adwa.
"Alhamdulilah dia sihat lagi. Baguslah aku berkawan dengan dia. Walaupun dia masuk air, tapi dia tetap ambil berat pasal aku. Dari kau? Semua benda aku tak boleh buat,"bidas Rifqah. Kata-katanya berbaur sindiran.
"Setakat saya nak keluar dengan Hanis dan kawan-kawan universiti aku, kau nak cemburu. Macam aku ni hak kau seorang je. Eloklah dulu kena bantai dengan ayah sendiri,"kata Rifqah lagi menyebabkan Adwa terkedu.
"Tak perlu rasanya nak ungkit kisah lama. Saya yang overthinking dulu tak nak hilang awak tapi awak takde pula rasa macam tu,"jawab Adwa yang tidak mahu mengalah.
"Overthinking mengalahkan perempuan. Aku sibuk belajar kat universiti aku nak berkawan dengan sesiapa pun, itu hak aku. Aku bersyukur sebab aku dah bebas dari lelaki macam kau,"ucap Rifqah. Dia melemparkan senyuman jahat.
"Aku tahu yang kau ni perempuan terakhir dalam hidup aku dan takkan ada perempuan lain yang akan dapatkan aku,"ujar Adwa dengan yakin.
"Percayalah kata-kata kau ni takkan kekal lama. Sebab aku tak percaya kau. Kau ingat sepanjang masa aku nak kena dengar cakap kau?"kata Rifqah lagi. Dia ketawa sinis.
"Memang awak takkan pernah percaya cakap saya,"ujar Adwa.
"Tahu pun. Kau fikir aku hadap sangat jantan macam kau? Loser!"balas Rifqah lalu bangun meninggalkan Adwa. Namun dia terlanggar seorang lelaki yang amat dia kenali.
"Are you okay, miss Rifqah?"tanya lelaki tersebut yang kelihatan hensem memakai suit berwarna hitam. Rifqah hanya tersenyum dan mengangguk sahaja.
"Don't touch my woman,"kata Adwa yang berdiri di hadapan lelaki itu. Lelaki itu pantas meminta diri namun dia sempat berkata sesuatu kepada Rifqah.
"Just call me Mr.Darkness. Don't worry I'm a good person,"kata lelaki itu dan berlalu pergi. Rifqah masih keliru dengan kata-kata lelaki itu.
"Bukan main senyum kat jantan lain?"soal Adwa yang seakan cemburu Rifqah bersama lelaki lain.
"Aku nak senyum kat siapa pun masalah ke bagi kau? I'm not your woman!"kata Rifqah dengan suara yang sedikit kuat.
"Soon you will become my woman,"kata Adwa dan Rifqah terus berlari keluar dari restoran tersebut untuk pergi ke butik milik Nurin.
"Dah kenapa macam kena kejar hantu?"soal Nurin apabila melihat Rifqah baru masuk ke dalam butik. Rifqah mengelap peluh di dahinya.
"Oh takde apa kak saja nak exercise,"jawab Rifqah lalu tersengih. Setahunya, Nurin tidak pernah mengetahui rahsianya tentang percintaan dia dan Adwa dulu.
Nurin malas untuk bertanya lagi, dia pantas masuk ke dalam bilik kerjanya. Dia harus menyiapkan lakaran.
"Nasib tak kantoi kalau tidak habislah aku!"kata Rifqah sambil mengurut dadanya.
"Hoi minah ganas!"tegur Hanis dari belakang menyebabkan Rifqah terkejut.
"Eh minah kecoh ni memang tak tahu nak bagi salam kat aku ke? Nasib aku takde sakit jantung!"balas Rifqah. Hanis menayangkan muka bosan.
"Kau ni macam tak biasa dengan aku. Saya kan minah kecoh sejak sekolah menengah lagi,"ujar Hanis dan Rifqah menggelengkan kepala.
"Tadi kau jumpa ex boyfriend kau yang gila kan?"tanya Hanis dengan suara yang kuat. Rifqah pantas menekup mulut sahabat baiknya.
"Kau ni cakaplah perlahan sikit nanti kak Rin dengar, naya pak karim. Kau tahulah bos kita dengan Adwa tu adik beradik. Selama ni mana aku tahu Adwa tu ada kakak,"ujar Rifqah. Hanis menepis tangan Rifqah.
"Kenapa kau pergi jumpa mamat gila tu? Patutnya kau ajak aku boleh aku tumbuk muka dia sampai lebam,"balas Hanis.
"Aku bawa kau memang tak function nanti. Masalahnya aku asyik terserempak je dengan Adwa tu. Kau tahulah dia tu macam mana,"balas Rifqah lalu melepaskan keluhan kecil.
"Mesti dia ada niat tak baik kat kau. Kau jangan layan sangat dia tu. Dia kurang kasih sayang,"ucap Hanis selamba. Terhambur ketawa Rifqah apabila Hanis berkata begitu.
"Kasih sayang mak ayah dia kan ada? Buat apa dia jumpa aku? Sah tak boleh lupakan aku,"kata Rifqah yang sedang menahan diri dari ketawa.
"Sudahlah tu wei cakap pasal dia tersedak dia nanti,"jawab Hanis. Mereka terus melakukan kerja masing-masing.
NAURA berjalan untuk menuju ke arah kereta namun dia berdiri di tengah jalan untuk mencari kunci kereta di dalam beg tangan.
Tiba-tiba ada kereta yang sedang menuju ke arah Naura. Ada seorang lelaki yang berjalan di situ dan dia pantas menarik lengan Naura.
"Eh maafkan saya! Encik ada cedera kat mana-mana?"soal Naura yang gelabah melihat seorang jejaka yang terjatuh itu.
"Never mind I'm okay. Cik tu kena hati-hati. Cik ada sakit kat mana-mana? Need my help?"soal lelaki yang bernama Izham itu. Dia seakan terpaku melihat wajah Naura yang menawan itu.
Eh Izham jaga pandangan! Izham dan Naura terus bangun.
"Oh takpe! Saya tak apa-apa terima kasih encik.."Kata-kata Naura terhenti. Dia berasa gementar memandang wajah lelaki tersebut.
"Nama saya Izham Nazrul. Panggil Izham je,"kata Izham tanpa memandang ke arah Naura. Naura sekadar mengangguk sahaja.
"Ambil kad ni. Ini kafe adik saya. Kalau nak cari saya, cari saya kat MA'S CAFE. Nama saya pula Naura Hayfa binti Dato Aidi. Nice to meet you, Izham,"kata Naura dan dia meminta diri untuk pergi.
Naura Hayfa..cantik macam orangnya. Anak dato? Oh biar betul takkan ini cinta pandang pertama?
"Akak pergi mana? Adwa tunggu akak dari tadi. Tak menang tangan Adwa layan pelanggan,"kata Adwa apabila melihat Naura baru sahaja sampai.
"Maaflah akak lambat sebab tadi akak hampir kena langgar dengan kereta. Nasib ada lelaki ni yang selamatkan akak,"balas Naura.
"Itulah akak cuai sangat. Lain kali pandang kiri kanan,"ujar Adwa.
"Ish kau ni macam radio rosak asyik nak membebel je. Dah biar akak jaga cashier. Adwa pergi sambung buat kerja kat dapur,"kata Naura pula. Adwa terus melangkah ke arah dapur.
Pada sebelah petang, Rifqah dan Hanis melangkah masuk ke dalam MA'S CAFE. Rifqah menghampiri kaunter.
"Yes miss! Welcome to MA'S CAFE. Cik nak pesan apa?"soal Naura dengan ramah. Rifqah dan Hanis memandang pelbagai jenis kek dan kek cawan yang ada di situ.
"Bagi saya kek red velvet dua dan dua air coklat ais. Saya makan sini ya,"balas Rifqah dan Naura mengangguk perlahan. Rifqah memberikan duit kepada wanita itu.
Setelah membayar, Rifqah dan Hanis duduk di meja yang ada di kafe tersebut.
"Nampak aesthetic kafe ni! Siapalah owner kafe ni. Ambil gambar pun nampak cantik,"kata Hanis yang merakam sekeliling kafe tersebut.
"Itulah aku nak tahu juga siapa sebenarnya owner MA'S CAFE ni,"kata Rifqah. Seketika kemudian, Nazim menghantar pesanan yang telah dibuat oleh Rifqah.
"Dik..akak nak tanya boleh?"soal Rifqah kepada Nazim.
"Oh boleh je akak nak tanya apa?"kata Nazim ringkas.
"MA'S CAFE ni siapa punya? Akak sukalah kafe dia ni nampak aesthetic,"kata Rifqah lagi.
"Oh kafe ni milik abang Muhammad Adwa. Dia memang dah lama buka kafe ni. Segala makanan kat sini semua dia masak. Ramai yang suka datang sini,"balas Nazim. Rifqah terkedu seketika.
M..Muhammad Adwa? Jadi kafe ni kepunyaan Adwa? No wonder Adwa memang pandai memasak, bisik hati Rifqah.
"Oh terima kasih dik. Bolehlah sambung buat kerja,"kata Rifqah dan Nazim terus melangkah pergi.
"Kafe ni Adwa punya. Tak sangka pula dia boleh berjaya lepas putus dengan aku,"kata Rifqah yang seakan tidak percaya.
"Oh mamat gila tu ke? Agaknya dia sakit hati dengan kau sebab tu dia mampu buka kafe ni sendiri,"kata Hanis sambil menyuap kek ke dalam mulut.
"Dia sakit hati dengan aku? Aku lagi sakit hati dengan dia sebab perbuatan dia tu bagi aku tak matang langsung,"balas Rifqah sambil menyedut air coklat ais.
"Jangan fikir aku akan terpikat semula dengan dia bila dia dah berjaya ada kafe sendiri. Dia datang minta maaf banyak kali kat aku bila dia buat salah. Semua tu dah takde guna,"kata Rifqah lagi.
Hanis hanya mampu mendengar segala isi hati sahabat baiknya. Dia berharap akan ada lelaki lain yang boleh menjaga Rifqah.
Tanpa sedar, Adwa terdengar segala kata-kata Rifqah. Dia ni memang nekad bencikan aku, desis hati Adwa.
"Adwa tu yang buta, Rifqah. You deserve someone better,"kata Hanis yang memberikan nasihat kepada Rifqah.
"Aku tahu, Hanis. Cuma aku tak boleh buka hati aku untuk mana-mana lelaki,"kata Rifqah lalu dia menikmati kek red velvet.
Setelah selesai makan, Hanis ingin pergi ke tandas. Nasib baik kafe Adwa ni ada tandas.
Rifqah menunggu Hanis sambil tangannya bermain dengan telefon pintar. Adwa duduk di hadapan Rifqah secara tiba-tiba.
"Semak. boleh tak kau bangun pergi buat kerja kau?"kata Rifqah kasar. Wajahnya sangat dingin dan dia sempat menjeling ke arah Adwa.
"Dah puas kutuk saya? Ingat awak tu bagus sangat ke?"soal Adwa dan Rifqah berdecit sinis sambil menyilang tangannya.
"Bukan mengutuk tapi fakta. Tapi eloklah anak dan mak sama je. Kalau tak suka saya pun, tak perlu sindir saya,"balas Rifqah yang tidak berpuas hati dengan ibu Adwa.
"Kau yang patut nasihat mak kau bukannya aku. Itu hak aku nak benci kau pun. Aku tak perlukan lelaki tak berguna macam kau,"kata Rifqah lagi.
Hanis yang ingin melangkah ke arah Rifqah terhenti apabila dia melihat sahabatnya sedang berbual dengan Adwa.
"Tak berguna ni yang pernah bahagiakan awak,"kata Adwa lagi. Rifqah ketawa sinis.
"Dulu aku takut dengan kau tapi sekarang aku tak takut. Entah berapa kali aku nangis sebab kau? Tak terkira. Betapa tak cerdiknya aku sebab terlalu sayangkan kau. Tapi kau? Kau rasa kau je tersakiti. Ada otak boleh berfikir kan?"balas Rifqah.
"Malangnya lelaki yang akan kahwin dengan awak suatu hari nanti,"ujar Adwa selamba.
Air coklat yang hanya tinggal separuh itu disimbah ke arah muka Adwa. Adwa tergamam dengan tindakan Rifqah.
"Kalau aku kahwin dengan kau pun, aku memang takkan bagi cinta aku kat kau. Lelaki lain lagi layak dapat cinta aku. Kau tu sebelum bercakap tu fikirlah!"kata Rifqah lalu mengambil beg galasnya di atas meja dan terus keluar dari kafe.
Hanis terus berlari mengejar Rifqah yang sudah berjalan laju. Adwa pula mengelap mukanya menggunakan sapu tangan yang ada di dalam poket seluarnya.
RIFQAH hanya duduk di dalam bilik sambil melukis sesuatu di buku lukisannya. Dia tidak mahu berfikir tentang Adwa. Dia melukis sambil menikmati kopi panas.
Puan Haura mengetuk perlahan bilik anak tunggalnya dan Rifqah terus berpaling ke arah ibunya.
"Iqa buat apa ni?"tanya Puan Haura dengan nada lembut.
"Melukis je. Bosan tak tahu nak buat apa,"jawab Rifqah. Puan Haura mengangguk perlahan.
"Kalau ibu nak cakap sikit boleh?"tanya Puan Haura yang inginkan kepastian. Rifqah memberi isyarat supaya Puan Haura meneruskan bicaranya.
"Kalau ibu jodohkan Iqa dengan Adwa, Iqa setuju?"kata Puan Haura. Pensel yang dipegang terus diletakkan di atas meja.
"What? Kahwin dengan Adwa? Iqa tak setuju. Iqa tak nak sakitkan hati Iqa untuk lelaki macam dia,"balas Rifqah dan Puan Haura menepuk bahu Rifqah.
"Tapi Datin Laila yang beria nak Iqa kahwin dengan Adwa. Ibu sendiri tak tahu tapi ibu yakin Adwa dah berubah. Jangan berdendam dengan orang,"ucap Puan Haura yang seakan berharap.
"Baiklah Iqa setuju tapi Iqa takkan cintakan Adwa macam dulu lagi. Iqa kahwin pun nak jaga nama keluarga,"balas Rifqah dan Puan Haura hanya tersenyum.
"Ibu hormat keputusan Iqa. Terima kasih Iqa. Ibu nak yang terbaik untuk anak tunggal ibu ni,"ujar Puan Haura sambil mengusap kepala Rifqah. Puan Haura terus keluar dari bilik tidur Rifqah.
Kalau ibu nak yang terbaik, kenapa ibu nak Iqa kahwin dengan lelaki yang anggap Iqa ni perempuan yang takde maruah? Rifqah hanya berbisik di dalam hati.
Keesokan harinya, Rifqah berjalan seorang diri untuk menuju ke arah butik Nurin. Dia diarahkan oleh Nurin untuk membuka butik kerana Nurin ada hal yang perlu diselesaikan.
Tiba-tiba ada beberapa orang lelaki yang mendekati Rifqah menyebabkan Rifqah mengundurkan diri ke belakang.
"Hello pretty. Nak pergi mana meh abang hantarkan,"kata lelaki itu sambil tersenyum jahat.
"Korang siapa?! Jangan ganggu akulah!"kata Rifqah dengan suara yang kuat.
"Jangan marah nanti tak cantik,"kata lelaki itu yang ingin menyentuh Rifqah namun Rifqah pantas mengelak dari disentuh.
"Hoi kau pahal kacau bakal isteri aku!"kata Adwa menarik baju lelaki itu lalu menumbuk wajah lelaki tersebut beberapa kali.
"Bla dari sini! Kalau tidak aku akan buat laporan polis,"kata Adwa dan kumpulan lelaki itu terus berlari meninggalkan Adwa dan Rifqah.
"Terima kasih,"kata Rifqah ringkas dan dia ingin pergi dari situ namun lengan bajunya dipegang kuat oleh Adwa.
"Keluarga kita suruh kita kahwin. Kita kahwin?"soal Adwa dan Rifqah menoleh ke arah Adwa dengan wajah yang tiada perasaan.
"Aku setuju kahwin dengan kau sebab keluarga je. Kalau ikutkan hati aku, aku tak nak kahwin!"kata Rifqah.
"Tak nampak tadi ada orang kacau awak nak sentuh awak. Awak perlukan pelindung. Saya boleh lindung awak dari bahaya,"kata Adwa.
"Kau tak payah nak buat drama sedih boleh tak? Aku boleh jaga diri sendiri. Aku takkan percaya ayat manis kau,"ujar Rifqah lalu melepaskan lengan bajunya dari dipegang oleh Adwa.
Rifqah melangkah pergi dan Adwa meraup kasar rambutnya. Kahwin atas sebab dendam atau cinta? Adwa sendiri tidak mengerti dengan takdir hidupnya.
Bersambung...
"YOU OWN MY LOVE AND LOYALTY"
You are reading the story above: TeenFic.Net