𝐑𝐚𝐢𝐝𝐞𝐧𝐑𝐢𝐟𝐪𝐚𝐡 𝟏

Background color
Font
Font size
Line height

RIFQAH mula termenung mengenangkan kisah pahitnya bersama seorang lelaki. Ya dia berpisah dengan lelaki itu ketika dia masih belajar di universiti. Entah apa yang terjadi pada lelaki tersebut. Dia terus menghilangkan diri sejak kejadian itu.

Dia memejamkan matanya sambil mengingat kembali kata-kata lelaki itu terhadapnya. Masing-masing tersakiti.

Mana kau letak kesetiaan kau? Mana pergi segala janji kau terhadap aku?!

Kau memang melampau! Ikut sangat kepala sendiri.

"Sampai bila-bila aku takkan lupa segala kata-kata kau Adwa,"kata Rifqah perlahan. Muhammad Adwa, lelaki yang pernah hadir dalam hidup Rifqah. Namun diakhiri dengan perpisahan.

Sejujurnya rasa sakit itu masih ada. Hatinya masih belum sembuh sepenuhnya. Kini, Rifqah bekerja sebagai personal assistant kepada seorang pereka fesyen muslimah yang terkenal.

Rifqah bangun dan membuka laci mejanya. Dia mengambil anak patung arnab yang pernah diberikan oleh Adwa. Patung arnab itu dijahit oleh ibu Adwa.

"Aku harap aku takkan berjumpa dengan kau lagi. Kau anggap aku ni seperti tiada harga diri,"kata Rifqah lalu mencampakkan patung arnab itu ke arah katilnya.

Dia terus melangkah keluar untuk pergi ke butik. Dia memesan Grab setiap hari jika ingin pergi ke kerja. Setelah sampai, dia terpandang nama butik tersebut.

NH'S BOUTIQUE

Ya Rifqah menjadi seorang pembantu peribadi kepad pereka fesyen muslimah yang digelar sebagai Rin atau nama sebenarnya adalah Nurin Husnina.

"Kenapa lambat?"soal Nurin yang kelihatan cantik memakai pakaian sopan dan bertudung labuh.

"Oh maaf kak tadi saya tunggu Grab lambat,"ujar Rifqah sambil tersenyum. Dia meletakkan begnya di bilik yang dibuat khas untuk meletakkan barang.

"Hari-hari naik Grab tak penat? Akak boleh suruh driver akak ambil. Atau adik lelaki akak pun boleh,"kata Nurin dan kening Rifqah terangkat.

Adik lelaki? Kak Rin ada adik lelaki. Aku tak pernah tahu. Ish buat apa aku nak sibuk hal orang?

"Takpe kak lagi pun saya dah biasa. Saya pergi buat kerja dulu,"kata Rifqah dan Nurin sekadar mengangguk sahaja. Dia terus mengira stok baju dan tudung yang masih ada.

Waktu menginjak ke tengah hari, Rifqah khusyuk melakukan kerja di butik Nurin. Seseorang melangkah masuk ke dalam butik Nurin.

"Ya selamat datang. Boleh saya.."Baju yang dipegang oleh Rifqah terjatuh ke lantai. Lelaki yang tinggi lampai itu berdiri di hadapannya.

"Laaa adik akak ni datang mengejut suka sangat muncul secara tiba-tiba,"kata Nurin. Adwa hanya tersenyum tanpa memandang ke arah Rifqah yang masih terkaku.

"Angkat baju tu,"Suara garau Adwa menyebabkan Rifqah tersentak. Dia pantas mengambil baju yang terjatuh itu lalu digantungkan semula.

"Oh akak ni Adwa bawa makanan dan minuman dari kafe Adwa. Nanti akak jangan lupa makan. Sedap Adwa masak ni,"kata Adwa lagi dan Nurin tersenyum manis.

Rifqah memandang Adwa dengan rasa tidak puas hati. Kenapa dia muncul semula dalam hidup aku? Rupanya dia adik kepada Nurin Husnina? Selama ini aku tak pernah tahu.

"Wah spaghetti carbonara. Tahu saja akak suka makan ni. Oh ini akak kenalkan personal assistant akak Nur Rifqah,"kata Nurin lagi sambil menunjukkan jarinya kepada Rifqah.

"Oh,"jawab Adwa sepatah. Muka Rifqah sudah tercengang. Oh je dia jawab?

"Akak pergi makan dulu. Both of you bolehlah berbual,"balas Nurin lalu melangkah ke arah bilik rehat.

Adwa hanya fokus bermain telefon pintarnya tanpa memikirkan Rifqah yang berada di hadapannya. Rifqah berdehem seketika.

"Datang sini untuk apa? Nak tuntut kata maaf dari aku?"Sinis sahaja pertanyaan Rifqah kepada Adwa. Adwa hanya berlagak tenang.

"Sejak bila jadi orang yang tak beradab? Dah lupa salah sendiri kat saya?"bidas Adwa tanpa memandang wajah Rifqah.

"Bercakap tu memang tak pandang orang ke?"soal Rifqah.

"Buat apa nak kisah pasal itu? Buat apa saya nak pandang perempuan macam awak?"ujar Adwa. Dia cuba untuk menjaga percakapannya.

"Lupa apa yang awak kata kat saya beberapa tahun yang lalu? Setakat kawan lelaki aku pun kau nak cemburu?"Rifqah sengaja ingin memanaskan keadaan.

"Saya ada kawan perempuan pun takde nak heboh kat semua orang. Saya jaga hati awak sepenuhnya tapi awak? Nothing,"jawab Adwa.

"Nak salahkan aku? Cakap macam tak pernah buat salah je dalam hidup kau,"kata Rifqah yang menunding jari ke arah Adwa.

"Jangan fikir lelaki ni tiada perasaan. Bukan kata awak dah tak tahan dengan saya hm? Be careful with your words,"kata Adwa lagi. Rifqah terdiam seketika.

"Saya harap sangat aku takkan kahwin dengan kau,"kata Rifqah lagi dengan yakin.

"Jangan termakan dengan kata-kata sendiri. Kita tak boleh jangka apa yang akan jadi,"ucap Adwa. Dia terus keluar dari butik milik kakaknya.

Rifqah menahan geram dengan sikap Adwa. Dulu dia mudah mesra dengan semua orang kini dia menjadi seorang yang dingin?

"Memang sampai mati pun aku takkan cintakan dia untuk kali kedua,"kata Rifqah perlahan. Dia sambung menyiapkan kerja.

ADWA pulang ke rumah pada pukul sembilan malam. Kafenya akan ditutup oleh pekerjanya pada pukul sepuluh nanti. Dia terpandang kakak kembarnya, Naura Hayfa sedang leka menonton televisyen.

Naura Hayfa dan Nurin Husnina adalah kembar tidak seiras. Sikap mereka mampu membezakan antara Naura dan Nurin. Adik bongsu Adwa adalah bernama Muhammad Arsyad.

"Baru balik ya?"kata Naura dan Adwa hanya mengangguk sahaja. Adwa duduk bersebelahan Naura.

"Ni akak nak tanya Adwa takde rasa nak kahwin ke?"kata Naura yang memusingkan badan ke arah Adwa. Adwa tertawa kecil.

"Apa akak ni Adwa dah tawar hati untuk bab kahwin ni,"jawab Adwa. Naura menayangkan muka menyampah.

"Dari kau masuk universiti sampai sekarang itulah jawapan kau. Muak akak dengar tahu tak? Ergh carilah calon isteri itu pun akak nak kena ajar ke?"ujar Naura.

"Akaklah kahwin dulu kenapa Adwa pula? Kak Naura dan Kak Rin kahwin dulu,"kata Adwa selamba. Naura memukul Adwa beberapa kali menggunakan bantal kusyen.

"Siapa sebut nama akak? Patutlah tadi akak drive kereta akak tersedak,"kata Nurin yang menutup pintu rumah.

"Akak memang sepanjang masa nak serious ke? Muka beku sangat cuba senyum sikit. Senyum tu kan satu sedekah,"usik Adwa dan Nurin bercekak pinggang.

"Malas,"jawab Nurin. Adwa hanya tertawa kecil.

Setelah puas berbual, Adwa naik ke arah tangga untuk menuju ke arah bilik tidur. Pintu dikuak perlahan dan dia membuka suis kipas lalu dia menutup pintu dengan rapat.

Gambar yang disimpan di dalam laci terus diambil. Gambarnya bersama Rifqah beberapa tahun yang lalu.

"Saya memang takde perempuan lain selain awak Rifqah. Tapi awak sendiri hancurkan kepercayaan saya terhadap awak,"kata Adwa sambil melepaskan keluhan.

Malas untuk berfikir, Adwa mengambil tuala untuk membersihkan diri. Setelah selesai, Adwa menunaikan solat Isyak.

Selepas solat Isyak, Adwa duduk di atas sejadah sambil termenung. Dia teringat segala kenangan manis bersama Rifqah. Lagi-lagi ketika mereka masih sekolah menengah.

Flashback.

"Awak janji untuk setia dengan saya?"soal Adwa ketika mereka berdua sedang berehat di hadapan koperasi sekolah.

"Janji! Kan saya nak kahwin dengan awak!"jawab Rifqah sambil tersenyum manis.

"Nanti awak sambung belajar, saya kat sini kerja je. Saya tak minat belajar sangat. Saya harap sangat masa berlalu dengan cepat,"ujar Adwa.

"Jangan risaulah saya akan setia dengan awak walaupun saya dah sambung belajar,"balas Rifqah dan tangannya memegang air kotak soya. Adwa mengukirkan senyuman.

Mereka meluangkan masa bersama sehingga waktu rehat tamat.

End flashback.

"Saya jaga hati awak tapi awak? Sibuk dengan kawan-kawan kat kolej tu. Saya takde nak heboh pasal kawan perempuan saya kat orang lain,"kata Adwa sambil memejamkan matanya. Seketika kemudian, Adwa membuka matanya semula.

Rifqah tersedak ketika dia sedang meneguk air sirap. Puan Haura dan Encik Shahrul memerhati gelagat anak tunggalnya.

Rifqah mengambil tisu lalu mengelap mulutnya.

"Ini mesti ada orang sebut nama anak ibu,"kata Puan Haura dan Rifqah mengerutkan dahi.

"Maksud ibu, Adwa ke? Kalau dia memang orang paling last Iqa pilih. Ibu tahu kan apa yang dia buat kat Iqa sebelum ni?"kata Rifqah.

"Yes I know. Mana tahu dia dah berubah?"kata Puan Haura lembut. Rifqah melepaskan keluhan kecil.

Berubah? Adwa tak pernah berubah.
Hanya aku sahaja yang tahu sikap sebenar dia terhadap aku.

"Berubah? Itu Iqa tak tahu. Yang penting Iqa memang dah takde hati kat dia. Rela single dulu,"jawab Rifqah. Encik Shahrul dan Puan Haura hanya akur sahaja dengan kata-kata anak tunggalnya.

Setelah selesai membantu Puan Haura di dapur, Rifqah melangkah untuk masuk ke dalam bilik tidurnya.

Rifqah menghempaskan diri di atas katil dan dia memandang siling. Entah mengapa perasaan benci terhadap Adwa semakin membara.

"Aku memang susah nak lupakan segala hinaan kau terhadap aku. Kau anggap aku macam takde harga diri,"kata Rifqah yang cuba menahan geram.

PADA hujung minggu, Rifqah ingin menuju ke arah butik Nurin namun tiba-tiba dia terserempak dengan Adwa. Rifqah menayangkan muka menyampah.

Takde orang lain ke kat dunia ni? Asyik terjumpa dia je, desis hati Rifqah.

"Boleh ke sana sikit? Aku nak jalan aku dah lambat nak pergi kerja,"kata Rifqah dengan nada tegas. Tiada langsung senyuman di wajahnya.

"Saya nak selesaikan hutang kita dulu. Jangan ingat awak boleh lari macam tu je,"balas Adwa sambil menyilang tangannya.

"Hutang? Saya takde hutang dengan awak. Kita dah takde apa-apa hubungan. Move on and focus on yourself,"jawab Rifqah dingin. Adwa berdecit sinis.

"Lupa ke awak sendiri yang tinggalkan saya? Terdesak sangat ke nak cari lelaki lain?"kata Adwa tanpa rasa bersalah.

PANG ! Satu tamparan hinggap di pipi Adwa.

"Apa masalah kau sekarang ni? Aku terdesak cari lelaki lain? Memang patut aku buang kau dari hidup aku. Salah sendiri tak nampak pula?"soal Rifqah. Adwa merenung wajah gadis yang berada di hadapannya.

"Wah bercakap tu memang rasa diri tu hebat ke? Saya kenal awak bukan sehari dua. Terima kasih untuk empat tahun yang sia-sia je bagi aku selama ni!"ujar Adwa. Suaranya sudah naik seoktaf.

"Kau sendiri yang suka aku kan? Kau ingat aku tak penat hadap perangai kau selama ni? Aku pendam je aku fikir kau ni lelaki baik!"ucap Rifqah.

"Nak aku ingatkan balik segala kata-kata kau terhadap aku, Muhammad Adwa? Rasa sakit tu masih ada!"kata Rifqah lagi dan Adwa terdiam seketika.

"Saya tak pernah benci awak tapi awak sendiri yang nak buang saya kan?"ujar Adwa pula.

"Kau memang layak kena macam tu. Aku memang tak bijak sebab dulu aku bagi peluang kedua kat kau. Peluang yang kau tak hargai,"balas Rifqah. Dia menepis kasar badan Adwa lalu melangkah pergi dari situ.

Rifqah masuk ke dalam butik dalam keadaan marah dan menyebabkan Nurin terkejut melihat wajah Rifqah.

"Dah kenapa datang kerja muka masam ni?"soal Nurin tanda dia prihatin terhadap Rifqah.

"Ah takde apa kak biasalah ada masalah peribadi sikit. Ni Hanis mana?"tanya Rifqah yang mencari kelibat sahabat baiknya.

Hanis Adelia, dia adalah sahabat baik Rifqah sejak sekolah menengah lagi. Hanis sentiasa membantu Rifqah dalam apa jua keadaan yang berlaku.

Hanis bekerja juga di butik Nurin. Dia berada di bahagian marketing untuk mempromosikan tentang butiknya.

"Oh dia lambat sikit datang. Nanti dia sampailah tu,"balas Nurin dan Rifqah hanya mengangguk sahaja. Dia pantas melakukan kerja yang perlu disiapkan.

Sementara itu, Adwa menyusun kek cawan yang sudah dibuatnya. Dia harus memikirkan bagaimana dia ingin buat Rifqah jatuh cinta semula dengannya.

"Bos. Ni ada tempahan kek cawan untuk majlis hari jadi,"kata Nazim, pekerja yang sudah bekerja lama dengan Adwa. Adwa masih lagi termenung.

"Bos? Bos!"panggil Nazim sekali lagi menyebabkan Adwa tersentak lalu dia memandang ke arah pekerjanya.

"Apa bos ni mengelamun? Ni saya nak cakap ada tempahan kek cawan untuk majlis hari jadi. Dia nak minggu depan,"kata Nazim dengan jelas.

"Dia nak berapa?"tanya Adwa ringkas. Dia kelihatan segak memakai apron di pinggangnya.

"Katanya dalam 250 biji je. Yang buat pesanan ni perempuan bos. Cantik,"kata Nazim sambil tersengih. Adwa memukul lengan Nazim.

"Kau menyempat nak mengorat pelanggan aku? Dah pergi buat kerja,"kata Adwa dan Nazim hanya mengangguk perlahan.

"WHAT? Pergi makan malam dekat rumah Rifqah? Mama kan tak suka dia?"soal Adwa apabila Datin Laila berkata ingin berkunjung ke rumah keluarga Rifqah.

"Salah ke mama nak melawat ex girlfriend kesayangan Adwa tu?"ujar Datin Laila dengan senyuman sinis.

"Bukannya mama nak ada niat jahat dengan dia pun. Sekadar nak melawat tanya khabar,"jawab Datin Laila lagi. Kening Adwa terangkat.

"Tapi Adwa kena ingat mama tak boleh lupa apa yang dia buat kat Adwa dulu. Terdesak sangat sampai suruh lelaki lain bercakap dengan Adwa? Tu kalau jadi menantu, jangan harap mama nak layan dia macam anak raja!"kata Datin Laila.

"Adwa sendiri yang takde hati kat dia. Kalau kahwin sebab terpaksa je, nak tak nak kena terima juga,"ujar Adwa.

"Dia tak suka Adwa sebab Adwa ni manja sangat dengan mama,"balas Adwa lagi. Datin Laila menepuk perlahan bahu anak lelakinya.

"Apa salahnya manja dengan mama? Adwa boleh luahkan apa saja. Mama sentiasa ada untuk anak-anak mama,"kata Datin Laila sambil tersenyum manis.

Seperti yang dirancang, keluarga Adwa datang ke rumah Rifqah. Rifqah membuka pintu rumah dan alangkah terkejutnya dia melihat Adwa bersama dengan keluarganya.

"Datin ni datang tak beritahu boleh tadi saya masak,"kata Puan Haura dengan nada lembut.

"Eh takpe saya datang ni untuk melawat Haura je. Nak tanya khabar anak tunggal kesayangan Haura ni. Sihat ke?"soal Datin Laila. Nadanya seakan sinis.

"Sihat. Hidup lagi ni makcik tak mati lagi. Kenapa ya?"kata Rifqah selamba. Puan Haura dan Encik Shahrul saling berpandangan.

"Amboi kasarnya bahasa kamu Iqa. Tak tahu nak cakap elok-elok ke?"kata Datin Laila pula. Rifqah berdecit sinis.

Puan Haura meminta diri untuk pergi ke dapur. Encik Shahrul pula mengikuti isterinya.

"Kau bersyukurlah aku datang melawat. Kalau ikutkan hati aku, aku masih tak boleh lupa apa yang kau buat kat anak aku,"kata Datin Laila yang menunding jari ke arah Rifqah.

Rifqah menyilang tangannya.

"Saya tak minta pun makcik datang melawat. Makcik jangan rasa anak makcik tak bersalah langsung. Apa yang dia buat kat saya lagi teruk. Kenapa kau tak jujur je Adwa?"kata Rifqah sambil merenung tajam ke arah Adwa.

"Jujur? Tanya kat diri sendiri ke? Sepatutnya awak yang jujur. Bukannya saya,"kata Adwa. Dia pantas menarik lengan baju Rifqah.

"Kau dah kenapa nak tarik aku? Kau ni memang anak mak kan? Kau kan sentiasa nak betul aku je salah,"ujar Rifqah.

"Memang awak yang salah. Masih tak sedar salah sendiri ke? Menyesal dulu aku lawan cakap mak ayah aku disebabkan oleh kau!"kata Adwa dan Rifqah tertawa kecil seakan ingin menyindir lelaki tersebut.

"Aku tak suruh kau melawan cakap mak ayah kau. Aku lagi menyesal dulu aku menipu mak ayah aku cakap kau ni baik. Kau rasa kau baik ke?"balas Rifqah.

"Nak cakap saya ni jahat?"tanya Adwa.

"Sibuk nak tahu dah kenapa? Ini hidup aku suka hatilah aku nak buat apa pun,"jawab Rifqah yang tidak mahu mengalah.

"Kenapa Iqa dengan Adwa borak kat luar tu?"soal Puan Haura kepada Datin Laila.

"Oh mereka berbual kosong biasalah orang muda kan,"kata Datin Laila dan Puan Haura mengangguk sahaja.

"Kau patut sedar aku yang banyak berkorban untuk kau. Tapi kau? Kau langsung tak hargai apa yang aku buat kat kau dulu,"ujar Rifqah lagi.

"Gaduh dengan awak tak dapat apa pun. Dapat sakit hati je!"kata Adwa.

"Padanlah muka kalau dah sakit hati dengan aku. Aku memang tak suka kau sejak kau pijak maruah aku!"kata Rifqah lalu melangkah masuk semula ke dalam rumah.

Adwa meraup kasar wajahnya. Kau tunggu Rifqah!

Bersambung...

"YOU OWN MY LOVE AND LOYALTY"


You are reading the story above: TeenFic.Net