π‘πšπ’ππžπ§π‘π’πŸπͺ𝐚𝐑 πŸ‘

Background color
Font
Font size
Line height

SEMINGGU sebelum perkahwinan Adwa dan Rifqah, persiapan sudah disiapkan awal. Datin Laila ingin perkahwinan dicepatkan supaya dia dapat meneruskan niat jahatnya terhadap Rifqah.

"Aku tak tahu kenapa kita kena kahwin. Sedangkan kita berdua ni takde rasa sayang,"kata Rifqah yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan keluarganya dan keluarga Adwa.

"Kalau saya cakap saya masih ada rasa sayang?"ujar Adwa dan Rifqah memandang ke arah lelaki itu.

"Nonsense. Aku dah tak percaya segala ayat cinta kau. Semua tu dusta!"kata Rifqah. Adwa melepaskan keluhan kecil.

"Aku tak pernah kacau hidup kau selepas kita putus. Kau harap aku akan cari kau? Memang aku tak cari sebab aku dah boleh lupakan kau! Tapi kau muncul semula dalam hidup aku,"ujar Rifqah lagi.

"Nama pun takdir siapa kita untuk menafikan? Nak tak nak awak tetap akan jadi isteri saya nanti,"balas Adwa dan Rifqah menayangkan muka bosan.

"Aku terima kau bukan sebab cinta tapi sebab keluarga je,"jawab Rifqah.

"Saya pun terima awak bukan sebab cinta. Saja tadi nak uji awak ingatkan awak percaya lagi ayat manis saya,"ujar Adwa selamba. Muka Rifqah tercengang.

"Ingat aku ni tak bijak ke? Kau fikir benda ni kelakar? Memang aku tak boleh paksa diri aku untuk cintakan kau semula,"ucap Rifqah.

"Nilai cinta kau terlalu murah Adwa. Lepas putus dengan aku, kau yang terdesak cari perempuan lain. Mana perempuan tu sekarang? Dia tinggalkan kau?"soal Rifqah bertubi-tubi.

"Kenapa nak ungkit kesilapan lama? Itu hak saya nak cari perempuan lain,"balas Adwa tanpa rasa bersalah.

"Lelaki sekarang memang takkan pernah cukup dengan satu perempuan,"kata Rifqah sambil menyilang tangannya.

"Selama ni buang masa je saya bagi segala benda kat awak. Awak langsung tak nampak perubahan saya,"kata Adwa.

"Aku pun rasa buang masa aku habiskan duit kat jantan macam kau,"jawab Rifqah pula. Ketika itu mereka berada di MyTown.

"Nak tengok juga nanti siapa yang akan meroyan kalau perkahwinan ni tak bertahan lama,"ujar Adwa dengan yakin.

"Takut kau yang tak boleh lupakan aku. Perempuan ni boleh berjaya tanpa ada lelaki di sisi dia,"balas Rifqah dan Adwa mengacau air yang dipesannya.

"Kau lupa ke Adwa dulu kau yang sumpah supaya aku ni takde pengganti sampai kau mati? Tapi kau tarik balik sumpah tu. Tapi aku takkan lupa segala hinaan kau terhadap aku,"jawab Rifqah lagi.

Adwa sudah tidak tahu untuk berkata apa. Dia terkedu kerana Rifqah masih mengingati segala kata-katanya.

"Kau anggap aku binatang yang pudar? Lagi teruk aku anggap kau ni tak wujud langsung dalam hidup aku. Kau dan Affif lebih kurang je. Tak payah rasa diri tu bagus sangat,"kata Rifqah dengan wajah yang tenang.

"Kau yang hancurkan aku. Kau fikir aku ni tak tahu nak jaga maruah? Kau gunakan mak kau untuk serang aku. Kau ingat mudah aku nak lupa?"ujar Rifqah. Adwa terdiam seribu bahasa.

"Jangan pernah ada rasa untuk jatuh cinta dengan aku. Sekali kau hancurkan hati aku, takkan ada peluang kedua untuk kau,"kata Rifqah lagi.

"Do you think you can hurt me, Rifqah? Ingat senang ke saya nak lupa segala sikap awak dulu terhadap saya?"soal Adwa. Rifqah menghela nafas berat.

"Sikap sendiri tak nak pula pandang. Sebelum nak nilai orang, nilai diri sendiri tu dulu. Aku pun tak faham kenapa aku kena kahwin dengan kau!"balas Rifqah.

Rifqah terus bangun meninggalkan Adwa yang masih duduk itu. Dia berjalan laju tanpa dia sedari dia terlanggar lelaki yang sama.

"Miss Rifqah? Sekali lagi kita berjumpa,"kata lelaki itu dan Rifqah seakan mengenali pemilik suara jejaka itu. Ini bukan ke...Raiden?

Rifqah memandang ke arah wajah lelaki itu. Ya benar dia adalah Raiden !

"Raiden. Ingat lagi tak? Your Mr.Darkness sejak universiti lagi,"kata Raiden yang nampak segak memakai kemeja berwarna hitam.

"Raiden? What are you doing here?"soal Rifqah lagi. Raiden hanya tertawa kecil.

"Nak selamatkan kau dari Adwa,"kata Raiden selamba dan Rifqah memijak kasut yang dipakai oleh Raiden.

"Kau ni dari dulu tak pernah berubah langsung. Aku kena paksa kahwin dengan Adwa,"kata Rifqah.

"Eh biar betul kahwin dengan bekas kekasih kau yang tak betul tu? Nasib kaulah Rifqah aku doakan kau bahagia dengan dia,"ujar Raiden pula.

"Kau punya pasal kau ambil telefon aku lepas tu pergi hantar kat gambar kat status whatsapp. Memang aku dan Adwa perang dunia,"kata Rifqah.

"Kau ingat aku suka tengok kau dan dia? Dari awal kau cerita pasal dia, jantan tu elok aku campak dalam gaung,"balas Raiden dan Rifqah hanya ketawa.

"Ah kau jangan sampai aku yang campak kau dalam gaung. Ish aku nak baliklah nanti datanglah majlis kahwin aku minggu depan,"ujar Rifqah.

"Oh tak sabarnya aku nak tengok kawan baik sendiri naik pelamin. Jangan risau aku tak rosakkan majlis kahwin kau,"kata Raiden.

"Ambil kad aku ni. Tu ada nombor telefon aku. Anything just call or message me,"ucap Raiden dan lalu melangkah pergi. Rifqah membelek kad tersebut.

"Megah Holdings.."kata Rifqah perlahan. Raiden ni kerja apa? Tengok gaya macam dah kaya je, bisik hati Rifqah. Rifqah melangkah untuk pulang ke rumah.

Tanpa sedar, Adwa menahan geram melihat kemesraan Rifqah dan Raiden.

"Kau memang saja Rifqah nak buat aku sakit hati? Kau tunggu,"ujar Adwa. Dia sambung menyedut minuman yang dipesannya.

"RIFQAH..kau makin comel sekarang ni. Tapi aku terlepas sebab kau akan kahwin dengan Adwa,"kata Raiden sambil bersandar di kerusi kerjanya. Dia masih menyimpan gambar Rifqah bersama keluarganya.

"Hoi! Kau bercakap seorang diri dah kenapa?"tegur Yazid, pemandu peribadi Raiden. Raiden terkejut dengan kehadiran Yazid.

"Harap je driver aku tapi kalau bab main sergah orang, kaulah champion,"ujar Raiden sambil mengurut dadanya. Gambar yang dipegang tadi terus disimpan di dalam laci.

"Kau macam tak kenal aku. Kau dah kenapa bercakap macam orang tak betul? Tengah angau ke wahai tuan Raiden?"usik Yazid. Raiden menayangkan wajah bosan.

"Takde masa aku nak angau kau ingat aku nak sangat bercinta? Aku dari sekolah menengah mana ada bercinta dengan mana-mana perempuan. Jual mahal bro,"balas Raiden.

"Tengok muka tu macam angau je rindu kat kawan lama kau tu?"tanya Yazid selamba.

"Kawan lama pun dah kena kebas balik dengan bekas kekasih dia. Oh aku menyampah gila dengan Adwa tu. Harap je muka hensem tapi perangai macam syaitan,"kata Raiden.

"Aku suruh kau kebas awal-awal kau tak nak kan dah melepas. Padan muka kau. Single je sampai tua,"ujar Yazid lagi.

"Kau cakap orang tapi kau pun sama,"balas Raiden dan Yazid hanya tersengih. Seketika kemudian, ada seorang wanita yang berusia melangkah masuk ke dalam bilik kerja Raiden.

"Ni tuan Raiden ada fail yang perlu disemak lepas tu kena sign,"kata Maizatul. Raiden mengambil fail tersebut.

"Ui Kak Mai tahulah jadi personal assistant tuan Raiden. Makin lawa ya,"kata Yazid.

"Kau Yazid jangan asyik nak mengusik akak. Akak ni dah ada suami dan dah ada anak. Suami akak tu nasib dia jenis tak cepat marah kalau tidak penyepak sampai kat muka kau,"kata Maizatul dan Yazid hanya tertawa kecil.

"Halah kak saya saja nak bergurau dengan akak. Jangan garang sangat nanti cepat tua,"balas Yazid lagi. Raiden menyerahkan semula fail kepada Maizatul.

"Kau ni takde kerja ke Yazid? Pergilah mana-mana nanti aku dah habis kerja, aku telefon kau,"kata Raiden dan Yazid akur dengan arahan majikannya.

Maizatul pula meminta diri untuk sambung melakukan kerja. Raiden fokus menaip sesuatu di laptop miliknya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada yang menghantar mesej kepadanya.

Unknown

Err hi Raiden? Ni saya Rifqah.
Jangan lupa save nombor saya.
Kalau ada urusan penting, baru mesej saya.

Have a nice day, Raiden.

Raiden tersenyum membaca mesej daripada wanita kesayangannya itu. Walaupun sebagai seorang sahabat, dia tetap mengambil berat tentang Rifqah.

"Aku memang tak harap Adwa tu boleh bahagiakan kau. Sikap dia takkan berubah,"kata Raiden.

Walaupun Raiden sudah menjadi seorang CEO yang berjaya, tiada satu perempuan yang memenuhi kriteria yang dia inginkan. Dia akan tetap menunggu Rifqah tanpa menganggu kebahagiaan wanita itu.

Dia hanya tidak suka perasaan Rifqah dipermainkan oleh Adwa. Baginya apabila dia melihat Adwa menyakiti Rifqah ibarat seperti melukai hati seorang ibu.

"Kau dah bersedia ke nak kahwin dengan Adwa?"soal Hanis. Ketika itu Hanis berada di rumah keluarga Rifqah.

"Entah aku takde rasa apa-apa. Aku benci bila dengar nama Adwa. Aku kena dengar arahan keluarga,"ujar Rifqah sambil menyilang tangannya.

"Kak Rin tu baik dengan kau jangan kau nak buat perangai tak elok,"balas Hanis.

"Ish takde maknanya aku benci adik dia je. Mak Adwa tu nampak sangat dia ada niat tak baik kat aku. Aku bukan perempuan yang mudah dipijak,"kata Rifqah lagi.

"Aku tak boleh lupa Adwa cakap kau ni acah pandai bila sambung belajar,"balas Hanis yang masih tidak berpuas hati dengan Adwa.

"Habis dia tu pandai sangat ke? Aku lagi tak puas hati bila dia cakap orang bandar aku ni tak penat cari duit. Bila aku nasihatkan dia, dia tahu nak marah je!"kata Rifqah.

"Jantan macam Adwa tu memang aku dislike. Lepas tu cemburu tak kena tempat. Geramnya aku dengan jantan tu. Sesedap dia je panggil kau betina?"jawab Hanis yang sedang menahan geram.

"Aku takde cakap kasar dengan dia masa putus tapi jantan tu apa yang dia fikir aku pun tak tahu. Dia rasa diri dia je betul,"ujar Rifqah.

"Kurang kasih sayang,"balas Hanis selamba dan Rifqah hanya ketawa sahaja.

"Wah kau kita punya sembang tapi kau lupa nak buatkan aku air. Cuaca tengah panas sedap kalau minum air oren,"kata Hanis sambil tersengih.

"Kau tak payah cakap memang aku tahu kau nak suruh aku buat air,"kata Rifqah lagi. Dia bangun dari sofa untuk melangkah ke arah dapur. Hanis mengambil majalah yang ada di atas meja.

"MUHAMMAD Adwa bin Dato Aidi,"kata Encik Shahrul. Hari yang mereka bakal disatukan sudah tiba.

"Ya saya,"balas Adwa.

"Aku nikahkan kau dengan anakku Nur Rifqah binti Shahrul dengan mas kahwinnya 7000 ribu ringgit tunai,"ujar Encik Shahrul.

Tangan digoncangkan.

"Aku terima nikahnya Nur Rifqah binti Shahrul dengan mas kahwinnya 7000 ribu ringgit tunai,"balas Adwa. Dua saksi yang berada di sebelah Encik Shahrul mengangguk serentak.

Maka dengan sekali lafaz, Rifqah sudah bergelar isteri kepada Adwa. Adwa bangun untuk menyarungkan cincin di jari Rifqah.

Rifqah tersenyum kelat di hadapan semua tetamu. Dia menghulurkan jari dan cincin itu disarungkan oleh Adwa. Dia menyalam tangan lelaki yang sudah bergelar suaminya.

Adwa pula mencium dahi Rifqah. Rifqah cuba mengawal perasaan gemuruh. Majlis nikah itu diadakan di dewan yang mahal.

Ketika semua tetamu sedang menjamu selera, Adwa berkata sesuatu kepada Rifqah.

"Dah jadi isteri tak payah nak gedik dengan jantan lain,"kata Adwa dan Rifqah sempat menjeling ke arah suaminya.

"Kau ingat aku ni perempuan murah ke? Muka kau ni aku memang tak boleh nak percaya,"ujar Rifqah. Dia terpaksa menayangkan senyuman di hadapan tetamu demi menjaga perasaan keluarga.

"Whatever. You're mine,"kata Adwa dan Rifqah menjulingkan mata ke atas. Tiba-tiba Raiden sedang melangkah untuk menghampiri Rifqah dan Adwa.

"Oh my! Hensemnya dia!"kata Rifqah. Adwa yang berdiri di sebelahnya rasa tercabar apabila Rifqah memuji lelaki lain.

"Sengaja nak cabar saya?"soal Adwa ringkas.

"Haah memang nak cabar sebab lelaki tu lagi hensem dari kau,"balas Rifqah.

"Selamat pengantin baru, Rifqah. Maaflah aku datang lambat maklumlah aku ni kerja,"balas Raiden.

"Aku tak kisah janji kau datang! Aku rasa aku tak perlu kenalkan kau dengan Adwa. Kau dah kenal dia,"kata Rifqah dan Raiden memandang Adwa dengan senyuman sinis.

Dia menyalam tangan Adwa dan memeluk lelaki itu. Dia sempat berkata sesuatu kepada Adwa.

"Kau sakitkan Rifqah, kau tak selamat Adwa,"bisik Raiden kepada Adwa. Kemudian pelukan terus dileraikan.

Setelah selesai majlis perkahwinan, Rifqah melangkah masuk ke dalam bilik tidur utama. Tanpa bercakap dengan suaminya, Rifqah terus mengambil tuala dan membersihkan diri. Kemudian dia berehat di atas katil.

"Oh terus tak layan saya?"tanya Adwa dan Rifqah berpaling ke arah Adwa dengan wajah marah.

"Kau nak berharap apa daripada aku? Aku takkan layan kau macam anak raja. Kau kena ingat syarat aku kahwin dengan kau. Aku kahwin sebab keluarga,"ujar Rifqah.

"Saya ingat je syarat kita berdua tu. Saya pun kahwin dengan awak sebab keluarga. Tapi jangan fikir saya akan lepaskan awak untuk lelaki lain,"balas Adwa dan Rifqah berdecit sinis.

"Cemburu tengok aku dan Raiden? Aku memang saja nak sakitkan hati kau. Ingat syarat kita, takkan ada erti cinta dalam perkahwinan ni. Ini hanyalah kahwin paksa je,"ucap Rifqah.

"Jangan pernah cabar kesabaran saya Rifqah. Fikir elok ke layan saya macam ni sebagai suami awak? Nak benci pun tak payah kot nak layan macam sampah,"balas Adwa yang masih tidak mahu mengalah.

"Spesies lelaki macam kau ni banyak dah aku jumpa. Benda ni kau yang mulakan dulu bukannya aku. Kau ingat aku rela sangat nak ada suami macam kau?"kata Rifqah.

"Kau yang nak marah tak tentu pasal. Kau tak dengar penjelasan aku,"kata Rifqah lagi. Adwa meraup kasar rambutnya.

"Hari pertama kahwin patutnya gembira tapi kita ni? Bergaduh setiap masa,"balas Adwa. Dia pantas mengambil bantal dan tidur di sofa yang ada di biliknya itu.

"Apahal tidur kat sofa?"soal Rifqah tanpa ada rasa belas kasihan.

"Saya tak nak tidur dengan wanita yang memang dah benci saya,"jawab Adwa yang sudah baring di sofa.

"Aku pun tak nak tidur dengan lelaki yang pernah hina aku dulu. Ingat aku takkan sesekali cintakan kau,"kata Rifqah lalu dia menutup lampu bilik. Dia memejamkan matanya. Akhirnya mereka berdua terus lena dibuai mimpi.

KEESOKAN harinya, Adwa dan Rifqah hanya mendiamkan diri ketika bersarapan dengan keluarga Adwa.

"Memang korang bisu ke tak tahu nak bercakap?"tegur Naura dan mereka berdua tersentak lalu saling berpandangan.

"Masa makan tak elok bercakap sangat lagi pun kami nak borak apa?"kata Adwa yang sedang menyuap nasi goreng ke dalam mulut.

"Selalunya pasangan suami isteri bermesra ini korang muka masam. Dah macam buah mangga,"sampuk Arsyad.

"Bermesra pun nak kena tunjuk ke?"kata Rifqah yang cuba mengawal perasaannya. Arsyad gerun melihat sikap kakak iparnya.
Muka garang macam harimau, bisik hati Arsyad.

"Haah kami malas nak tunjuk kami bermesra,"balas Adwa pula. Datin Laila hanya merenung tajam ke arah Rifqah yang sedang makan itu.

Selepas sahaja bersarapan, Nurin sudah menunggu Rifqah di dalam kereta dan Rifqah sedang memakai kasut. Tiba-tiba Datin Laila menolak kasar bahu Rifqah.

"Mama dah kenapa nak tolak Iqa? Kalau rasa nak balas dendam kat Iqa, buang saja niat mama tu. Ini yang mama nak. Iqa dah kahwin dengan anak kesayangan mama tu,"kata Rifqah.

"Wah kau ingat aku nak jadikan kau sebagai menantu aku? Ini pun sebab aku fikir mak ayah kau tu yang baik dengan keluarga aku,"balas Datin Laila.

"I don't have time for this,"ujar Rifqah dan pantas memasuki kereta Nurin. Kereta Nurin mula keluar dari perkarangan rumah.

Datin Laila cuba menahan geram dengan sikap menantunya itu. Dia tidak kira dia tidak mahu Adwa itu terus disakiti oleh Rifqah.

Bersambung...

"YOU OWN MY LOVE AND LOYALTY"




You are reading the story above: TeenFic.Net