𝐑𝐚𝐢𝐝𝐞𝐧𝐑𝐢𝐟𝐪𝐚𝐡 𝟏𝟕

Background color
Font
Font size
Line height

RAIDEN menyediakan sarapan untuk isterinya. Rifqah masih lagi belum bangun dari tidur dan Raiden mengambil keputusan untuk bangun awal.

Raiden menyediakan sandwich telur beserta air susu coklat. Kemudian, dia mengemas dapur selepas menyiapkan sarapan untuknya dan Rifqah.

Rifqah turun sambil menggosok matanya. Raiden yang sedang berjalan itu menegur isterinya.

"Good morning, cinta. How's your sleep?"soal Raiden lalu tersenyum. Seperti biasa, dia menarik kerusi dan Rifqah melabuhkan punggung untuk duduk.

"Good morning too, darling. Aku tidur lena malam tadi terima kasih sebab pujuk aku semalam,"ucap Rifqah dan Raiden mengangguk sahaja.

"Wah kau buat semua ni?"tanya Rifqah teruja.

"Untuk isteri aku, aku sanggup buat apa saja. Kau cinta kesayangan aku,"ujar Raiden lalu mencuit dagu Rifqah. Rifqah menahan malu.

Rifqah duduk bersebelahan isterinya sambil meletakkan sandwich telur di pinggan. Mereka berdua membaca doa makan dan menjamu selera.

"Sedapnya. Kau memang pandai masak ke?"tanya Rifqah yang mengunyah roti tersebut.

"Sejak dari dulu lagi aku memang pandai masak. Kau ingat perempuan je kena pandai masak? Lelaki pun kena pandai masak. Sebab apa? Aku nak layan isteri aku macam seorang ratu,"balas Raiden lagi.

"Maksud kau?"soal Rifqah ringkas.

"Maksud aku, kalau kau penat bekerja aku yang akan masak untuk kau dan aku akan panaskan makanan kalau ada lebih. I don't care if my own wife don't like eat reheat food. I will cook for you every single days and every time you want to eat,"balas Raiden dengan romantik.

Rifqah terus mengukirkan senyuman manis untuk senyuman.

"You have a beautiful smile, cinta. I love it,"kata Raiden.

Akhirnya aku dapat merasai bahagia yang aku impikan! Raiden adalah lelaki tepat untuk aku, bisik hati Rifqah.

"Untungnya aku jadi isteri kau,"kata Rifqah lalu mengusap pipi suaminya. Raiden tersenyum bangga.

"Eh kau memang untung dapat lelaki macam aku. Bukan semua lelaki mampu buat. Kita kena belajar menghargai orang yang kita sayang,"kata Raiden. Dia sempat juga meneguk air susu coklat.

"Oh lupa aku ada belikan dessert untuk kau. Dalam tengah hari kejap lagi dia hantar. Aku harap kau suka,"kata Raiden.

Ish kenapalah suami aku ni romantik sangat? Dia boleh tahu apa yang aku mahu.

"Dessert?"tanya Rifqah. Raiden mengangguk perlahan.

"Thank you darling!"ucap Rifqah lalu memeluk erat suaminya. Raiden terkejut namun dia membalas pelukan tersebut.

RIFQAH cuba melarikan diri dari Adwa yang sering menganggunya. Entah mengapa dia memikirkan segala kesilapan dia terhadap Adwa. Namun dia masih teguh dengan egonya.

"Nak apa lagi? Boleh berambus balik Langkawi boleh tak?!"Rifqah menengking bekas suaminya.

"Ingat kau bahagia dengan Raiden, aku boleh lupa apa yang kau buat?"soal Adwa.

"Kalau aku boleh lupakan sekelip mata je, takkan kau tak boleh? Kau dah boleh bahagia dengan Aralyn!"ujar Rifqah dengan nada sinis.

"Murah sangat cinta kau sampai berpaling kat Raiden. Don't talk about Aralyn. She's innocent!"balas Adwa.

"Oh sayang pula kat Aralyn tu? Kenapa tak pergi je kat dia lepas kita berdua ni berpisah?"ujar Rifqah lalu menyilang tangannya.

Mata dijulingkan ke atas tanda Adwa tidak berpuas hati dengan jawapan Rifqah.

"Oh lupa kau takut rahsia kau terbongkar ke? Aralyn tu perempuan baik. Jangan sesekali sebut pasal aku depan dia. Aku nampak sangat kau ni tak boleh lupakan aku,"kata Rifqah lagi.

Apabila membicarakan tentang cinta, Adwa seakan sudah hilang arah. Kisahnya dan Rifqah hanya tinggal kenangan.

"Aku tahu kau pernah upah dia untuk buat aku terserempak dengan dia kan. Jangan ingat aku ni bodoh,"ujar Adwa yang menunding jari ke arah Rifqah.

"Dia terpaksa. Bukan dia nak jumpa kau pun kan? Dia memang tahu kau suka dia,"jawab Rifqah lagi.

"Yang bodoh tu kau pergi layan perempuan lain dulu. Berapa banyak peluang yang aku bagi kat kau? Tak terkira Adwa!"kata Rifqah lagi.

Rifqah mengerling jam di tangannya. Dia sudah lambat untuk pergi ke butik Nurin.

"Aku dah lambat. Buang masa kau jumpa aku. Pergi dari sini,"kata Rifqah lalu melangkah pergi dan dengan sengaja dia melanggar bahu Adwa. Adwa tergamam dengan tindakan bekas isterinya.

Adwa yang kelihatan segak memakai kemeja terus melangkah pergi dari situ.

"Kau ada tak kawan yang belum kahwin?"soal Aakif secara tiba-tiba menyebabkan Raiden tersedak.

"Kau dah kenapa tanya? Aku takde kawan perempuan. Aku tak gilakan perempuan,"kata Raiden dengan yakin. Muka bosan ditayangkan oleh Aakif.

"Aku dah kata kau ni memang sendu takde pasangan. Dari dulu aku suruh kahwin kau yang tak nak,"jawab Raiden lagi.

"Siapa kawan baik Rifqah tu? Hanis kan? Dah berpunya ke?"soal Aakif bertubi-tubi.

"Tunang orang kau jangan nak masuk line pula! Dia tunang Arsyad, adik Adwa,"kata Raiden. Aakif mengeluh perlahan.

"Alahai macam mana aku nak jawab kat mak aku? Dia suruh cari calon isteri,"ujar Aakif yang kelihatan buntu dengan permintaan ibunya, Puan Dahlia.

Seketika kemudian, muncul seorang pelayan wanita yang sangat cantik bertudung bawal.

"Ni makanan yang encik pesan,"kata Fayra dan dia tanpa sengaja menolak air minuman milik Aakif. Aakif terkejut lalu dia mengambil sapu tangannya dan mengelap bajunya yang basah itu.

"Eh! Maaf encik saya tak sengaja! Saya pergi buat air baru untuk encik,"kata Fayra.

"Takpe bukan tumpah banyak pun. Nama awak siapa?"tanya Aakif. Raiden sekadar memerhatikan Aakif dan Fayra.

"Fayra Neliya,"jawab Fayra ringkas.

"By the way I'm Aakif Fareeq just call me Aakif. This is my card,"kata Aakif dengan senyuman manis. Tangan Fayra perlahan mengambil kad daripada Aakif.

"Terima kasih, encik Aakif. Pasal baju encik yang basah tu, nanti saya ganti. Saya minta diri dulu,"jawab Fayra. Dia sedang menahan malu. Aakif tersenyum penuh bermakna.

Misi sudah berjaya!

"Nampaknya Aakif si bala ni dah jumpa jodoh dia,"kata Raiden selamba.

"Jangan panggil aku bala!"balas Aakif dan Raiden ketawa kecil.

"Dah memang kau bala. Suka menceriakan suasana yang sepi,"kata Raiden lagi.

"Nanti kalau jadi, jangan lupa jemput aku,"kata Raiden. Aakif menayangkan penumbuk.

"Belum sempat kau tumbuk aku, muka kau dah lebam dulu,"kata Raiden selamba. Dia memandang jam tangannya. Alamak! Aku kena ambil bini aku!

"Asal?"tanya Aakif tanpa rasa bersalah.

"Kau tanya aku kenapa?! Kau ajak aku lepak sampai aku lupa isteri aku. Aku dah sidai dia tiga jam!"kata Raiden cemas.

"Aku lagi yang kena. Manalah aku tahu kau kena ambil bini kau,"jawab Aakif yang sedang menikmati makanannya. Raiden terus bangun dan meninggalkan Aakif.

"Lantaklah asalkan aku dapat makan,"kata Aakif perlahan.

HUJAN lebat telah menyebabkan Rifqah terpaksa masuk semula ke dalam butik. Dia melihat jam dan Raiden masih lagi belum muncul. Haish suami aku ni tak tepati masa!

Mulutnya sempat mengunyah coklat yang dibeli sebentar tadi. Rifqah ternampak kereta Raiden sudah sampai. Raiden terus berlari masuk ke dalam butik tanpa membawa payung.

"Kenapa kau lambat?"soal Rifqah seakan mahu merajuk dengan suaminya.

"Sorry cinta. Aku lepak dengan Aakif sampai terlupa aku kena ambil kau kat butik,"kata Raiden. Suit yang dipakai sedikit basah akibat terkena hujan.

"Oh kawan sendiri ingat isteri boleh lupa? Eh kau tahu tak aku tunggu kau dah tiga jam! Dahlah hujan lepas tu kena tahan sejuk dalam butik ni,"bebel Rifqah.

Matilah aku macam ni. Mesti tidur luar, desis hati Raiden. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Kau sanggup sidai aku sebab si Aakif tu? Eh aku yang menunggu ni penat tahu tak? Kalau ada orang culik aku tadi macam mana?"kata Rifqah lagi

Raiden mengerutkan dahi mendengar ayat isterinya. Kemudiannya dia terus menghamburkan ketawanya.

"Asal kau gelak? Aku tengah bebel kau boleh gelak!"ujar Rifqah.

"Siapa pula nak culik kau cinta? Adwa?"soal Raiden selamba. Rifqah terdiam. Hah kau kan dah terdiam seribu bahasa!

"Kau kan ganas setakat Adwa tu kau boleh bantai kan? Takkan Adwa nak culik wanita kesayangan aku ni? Dia tak sempat culik sebab ada aku. Aku kan suami idaman kau,"balas Raiden.

Rifqah ketawa. Benda macam ni pun aku cepat terhibur.

"Nasib kau tak sebut suami idaman para wanita. Dengan kau sekali aku bantai!"balas Rifqah.

"Aku tak pandang perempuan lain. Aku hanya milik kau saja cinta,"ucap Raiden lalu tersenyum manis.

"Jom balik nanti Hanis nampak kita bermesra, mahu dia sendu kejap lagi,"kata Rifqah namun tanpa sedar, Hanis mendengar perbualan Rifqah dan Raiden.

"Hoi nak mengata aku tu jauh sikit aku boleh dengar,"kata Hanis dengan suara yang kuat.

"Maaf tak bawa ruler. Okey jom suamiku yang hensem,"kata Rifqah selamba. Raiden cuba menahan ketawa. Ruler? Pembaris pun boleh jadi bahan lawak.

"Penat betul tengok mereka ni. Bilalah aku dapat kahwin dengan Arsyad!"ujar Hanis yang menghentak kakinya beberapa kali.

"Hanis? Dah kenapa bebel seorang diri ni?"tanya Nurin. Hanis menghela nafas berat.

"Rifqah tu sejak dah kahwin dah pandai nak sweet depan saya,"kata Hanis lalu memuncungkan bibirnya.

"Nanti akak pergi bising kat Arsyad supaya cepat sikit kahwin. Nak bertunang pun nak lama-lama. Akak ni takde rasa nak kahwin,"balas Nurin. Riak mukanya seakan tiada perasaan.

"Suatu hari nanti akak perlukan seorang lelaki untuk jaga akak. Takkan selamanya akak nak bersendirian?"balas Hanis pula. Nurin hanya mengangkat bahu sahaja.

"Entah buat masa sekarang, kahwin bukan perkara utama untuk akak. Akak lebih fokus kat kerjaya akak sekarang,"kata Nurin. Hanis mengangguk perlahan.

Hanis mengerti kenapa Nurin tidak bersedia untuk berkahwin. Hanya kerana kejadian pahit yang berlaku menyebabkan Nurin menutup pintu hatinya sehingga sekarang.

Sampai sahaj di rumah, tiba-tiba Rifqah terpandang satu kertas yang terselit di pagar rumah. Belum sempat Rifqah mengambilnya, tangan Raiden pantas memegang kertas tersebut.

Raiden membuka lipatan kertas itu dan dia terkejut membaca satu baris ayat ini.

"AKU TAKKAN LEPASKAN KAU RIFQAH! PERBUATAN KAU KAT AKU SAMPAI MATI PUN AKU TAK BOLEH LUPA!"

"Ni mesti kerja Adwa!"Raiden mengoyak kertas tersebut lalu dibuang ke dalam tong sampah. Rifqah juga terkedu membaca ugutan itu.

"Hey look at me, cinta. Aku takkan biarkan dia sentuh kau. Aku ada dengan kau. Aku akan lindungi kau,"kata Raiden yang memegang bahu Rifqah. Rifqah masih lagi membatu.

Apa lagi yang Adwa nak dari dia? Memang takde keinsafan dalam diri dia tu. Semakin lama aku buat tak tahu, semakin melampau sikap dia.

"Jangan risau pasal Adwa. Sekarang ni kita masuk dan berehat. Jangan fikir sangat,"ucap Raiden dengan nada lembut. Pagar dan pintu rumah terus dikunci.

Apabila Rifqah sudah tidur, Raiden pergi ke satu bilik yang hanya khas untuk kerjanya sahaja. Dia mendail nombor telefon Yazid.

"Yazid, aku ada hal nak bincang,"kata Raiden.

"Hal apa yang mustahak tu?"soal Yazid. Kedengaran Raiden melepaskan keluhan kecil.

"Isteri aku dapat ugutan daripada bekas suami dia. Aku fikir dia dah balik Langkawi. Kau boleh track dia kat mana-mana kan?"tanya Raiden.

"Boleh takde masalah. Nanti apa-apa aku update kat kau,"ujar Yazid. Panggilan terus dimatikan. Raiden meraup kasar rambutnya.

"Kau nak apa lagi Adwa? Aku takkan biarkan kau sentuh isteri aku..."kata Raiden perlahan. Dia melangkah keluar dari bilik kerja lalu masuk ke bilik tidur.

"KITA pergi Putrajaya Secret Garden nak tak?"soal Raiden dan Rifqah yang sedang ralit melihat telefon pintar terus berpaling ke arah suami.

"Kenapa kau nak bawa aku pergi sana?"soal Rifqah dengan muka polos.
Alahai comel betul, bisik hati Raiden.

"Saja nak bawa isteri aku ni jalan-jalan. Aku nak kau sentiasa gembira apabila bersama dengan aku,"kata Raiden lalu mencuit hidung Rifqah.

"Eh kau ni suka sangat cubit hidung aku,"kata Rifqah pula.

"Dah hidung kau tu comel sangat,"balas Raiden selamba.

"Jangan bagi alasan malam ni kita pergi Putrajaya. Aku tahu kau masih risau pasal kejadian hari tu kan. Tak perlu ingat aku suruh Yazid selesaikan,"balas Raiden dan Rifqah tergamam seketika.

Aku bersyukur dikurniakan suami yang baik seperti Raiden. Aku sudah bertemu dengan lelaki yang tepat.

Seperti yang dijanjikan, mereka bersiap untuk keluar bersama. Kereta dipandu cermat oleh Raiden dan Rifqah hanya melihat di luar tingkap.

Setelah sampai, Raiden menghulurkan tangan kepada Rifqah dan Rifqah memegang erat tangan suaminya.

Di situ terdapat banyak hiasan lampu yang cantik dan Rifqah sempat merakam video suasana di situ. Raiden tersenyum apabila isterinya sudah mula tersenyum.

"Seronok?"soal Raiden.

"Mestilah seronok. Aku tak pernah lagi pergi tempat macam ni,"ujar Rifqah dengan rasa teruja.

"Seperti yang aku cakap, aku akan penuhi permintaan kau walaupun benda tu susah atau senang. Aku tak boleh berjanji tapi aku boleh buktikan pada kau, cinta,"jawab Raiden.

"Entah aku pernah terfikir aku menyesal sebab pilih lelaki macam Adwa. Menyesal kenal dia,"kata Rifqah. Dia meluahkan segala isi hatinya kepada Raiden.

"Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Perkenalan kau dan Adwa tu kau anggap sebagai pengajaran untuk kau,"Raiden memberikan nasihat kepada Rifqah.

"Kalau dulu Adwa tak beri kebahagiaan pada kau, biar aku yang beri kebahagiaan untuk kau sampai bila-bila. Tolong percaya aku walaupun kita perlu hadap banyak dugaan,"balas Raiden. Tangan Rifqah masih digenggam erat.

Rifqah tersenyum dan terharu mendengar kata-kata suaminya.

"Hati aku memang dah jadi milik kau walaupun kau tak minta. Hari aku takkan sempurna tanpa kau, cinta,"ucap Raiden lagi.

"Kenapa pilih aku?"tanya Rifqah.

"Bukan aku yang pilih kau tapi hati aku sendiri yang memang nak pilih kau jadi cinta hati aku selamanya,"ujar Raiden.

Sejujurnya Rifqah tidak pernah kesal mengenali Raiden. Dia sesekali tidak akan kembali pada Adwa. Bahagianya hanya ada pada Raiden. Benarlah derita dan bahagia hanya sementara sahaja.

"Kenapa kau senyum cinta? Muka aku hensem sangat ke sampai kau terpaku?"soal Raiden dan Rifqah hanya ketawa.

"Aku senyum untuk kau je. Kau dari dulu perasan yang kau ni hensem,"balas Rifqah.

"Eh mestilah! Siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri. Kita kena hargai diri kita,"jawab Raiden. Muka comel ditayangkan oleh Rifqah.

Kemudian, mereka sambung berjalan di sekitar Putrajaya Secret Garden itu.

Bersambung...

"YOU OWN MY LOVE AND LOYALTY"






You are reading the story above: TeenFic.Net