𝐑𝐚𝐢𝐝𝐞𝐧𝐑𝐢𝐟𝐪𝐚𝐡 𝟏𝟔

Background color
Font
Font size
Line height

STOK tudung yang sudah dikira diletakkan di tempat yang telah disediakan. Hari ini butik Nurin tidak ramai pelanggan jadi Rifqah dan Hanis boleh menyiapkan kerja mereka dengan aman.

"Viral juga tudung yang kak Nurin design,"kata Hanis dan Rifqah mengangguk tanda setuju.

"Kak Nurin tu seorang yang kreatif. Dalam bidang penulisan pun dia kreatif juga. Cuma menulis tu hobi dia saja,"balas Rifqah. Kening Hanis terangkat.

"Tak sangka kak Nurin tu pandai menulis kan? Tapi sayang sebab dia ada bakat,"kata Hanis lagi yang sudah selesai mengira stok tudung.

"Hai cinta!!"ucap Raiden dan Rifqah terkejut dengan kehadiran suaminya. Rifqah mengurut dadanya.

"Masuk butik orang terus sergah macam tu. Nasib tak pengsan tadi,"jawab Rifqah lalu menggelengkan kepalanya. Raiden tersengih.

"Apa mimpi kau datang butik aku my prince? Kat syarikat kau tu dah takde kerja ke nak buat?"soal Rifqah bertubi-tubi. Raiden menarik kerusi lalu duduk di hadapan Rifqah.

Hanis pula pantas bangun meninggalkan Raiden dan Rifqah. Dia ada kerja lain yang ingin disiapkan.

"Eh aku nak jumpa isteri sendiri kena ada buat appointment ke? Aku rindu kaulah cinta,"kata Raiden dengan nada lembut.

Alahai ini yang aku lemah ni! Suka pula aku bila dia panggil aku cinta. Rasa berada di taman yang indah.

"Eleh apa gunanya ada telefon sendiri? Boleh je mesej atau call,"ujar Rifqah. Riak wajahnya langsung tiada perasaan.

"Ceh kau pun rindu aku kan? Muka kau tu dah merah,"ujar Raiden dan Rifqah menepuk pipinya beberapa kali.

"Panggilan my prince tu macam panjang sangat apa kata kau tukar panggilan tu?"kata Raiden.

"Nak tukar panggilan apa?"tanya Rifqah. Raiden tersenyum nakal. Mula dah perangai random dia ni, bisik hati Rifqah.

"Just call me D . Can you do that cinta?"tanya Raiden.

"D for Darling?"soal Rifqah dan Raiden tersenyum manis.

"Yes cinta. Start today, call me darling everyday. Ini kisah cinta kita abaikan apa orang nak cakap pasal kita,"jawab Raiden.

"Okay darling,"balas Rifqah. Raiden mencuit dagu isterinya. Mereka saling ketawa bersama.

"Ehem nak bermesra bukan kat tempat kerja akak,"tegur Nurin dan Rifqah memandang ke arah majikannya.

"Cinta, sekarang waktu lunch jom kita pergi makan? Kau nak makan apa aku belanja,"ucap Raiden. Nurin membenarkan Rifqah untuk keluar bersama Raiden.

"Eh aku boleh beli sendiri,"kata Rifqah yang menolak pelawaan suaminya.

"I'm your husband. Aku nak bagi apa yang kau nak. Takde istilah menyusahkan aku,"kata Raiden. Akhirnya Rifqah mengalah juga.

Namun Rifqah bersyukur dikurniakan seorang suami yang baik dan setia. Malah Raiden sudah membuktikan lelaki tulus itu masih ada di dunia ini.

Akhirnya mereka tiba di sebuah kafe. Raiden menarik kerusi untuk Rifqah. Seorang pelayan lelaki datang untuk mengambil pesanan mereka.

"Cinta, aku nak tanya boleh?"soal Raiden dan Rifqah yang sedang ralit dengan telefon pintarnya terus memandang Raiden.

"Mana kau jumpa bekas suami kau tu?"soal Raiden dengan selamba. Rifqah menahan ketawa mendengar soalan suaminya.

Apa punya soalan ni? Tiba-tiba tanya pasal Adwa.

"Jumpa dia masa kat sekolah dulu. Kenapa? Cemburu?"tanya Rifqah.

"Eh takde masa aku nak cemburu. Pelik macam mana boleh dapat lelaki macam tu? Dia tu suka kawal kau,"kata Raiden yang sekadar memberikan pendapatnya.

"Mana aku tahu. Masal awal kenal dia memang aku tak nampak perangai sebenar dia lagi. Sejak aku dah sambung belajar dulu, aku dah nampak. Nasib baik aku dapat kenal kau,"kata Rifqah.

"Eleh sekali dah terkahwin dengan aku. Memang sejak kau masuk kolej dulu aku dah suka dengan kau. Kau unik dan aku suka perempuan kasar,"balas Raiden lalu tersengih.

Seketika kemudian, pelayan menghantar minuman untuk mereka.

"Habis kau tak suka perempuan lembut? Nampak ayu,"ujar Rifqah. Raiden menayangkan muka bosan.

"Aku tak suka perempuan jadi lemah sepanjang masa,"jawab Raiden selamba. Rifqah mencubit lengan suaminya.

"Aku salah cakap ke cinta? By the way, can you promise me something?"ucap Raiden.

"What is it darling?"balas Rifqah dengan senyuman manis.

"Jangan tinggalkan aku,"kata Raiden. Rifqah mengangguk perlahan.

"Kita bukan tengah berlakon dalam drama orang tengok pun pelik,"kata Rifqah dan Raiden ketawa.

"Kau ni aku baru nak berangan kau dah spoil,"jawab Raiden. Rifqah malas untuk membalas, dia ingin menyedut fresh orange yang dipesan namun Raiden sengaja mengambil air itu.

"What the duck? Air aku! Ish tu jus tembikai kau siapa nak minum?"tanya Rifqah.

"Kau minum. Air kau ni nampak sedap,"jawab Raiden selamba. Dia pantas menyedut air milik isterinya.

"Dunia dah terbalik ke? Selalunya perempuan ini kau pula nampak air aku sedap. Aku tak suka air tembikai!"kata Rifqah yang memijak kasut Raiden.

"Nak goda aku pun bukan kat sini, cinta!"balas Raiden dengan yakin. Rifqah menepuk dahinya. Ish suami aku ni cepat perasan ke?

"Bila masa aku nak goda kau? Eh nanti ada yang masuk lokap sebab air punya pasal!"ujar Rifqah.

"Polis pun tak nak layan kau,"kata Raiden yang tidak mahu mengalah.

Alahai dah kenapa aku dapat suami macam Raiden ni?

"Aku pesan lagi satu fresh orange,"ujar Rifqah. Dia memanggil pelayan perempuan yang sedang mengelap meja.

"Eh dah kenapa kau ni cinta?"tanya Raiden.

"Kau kaya kan kata nak penuhi permintaan aku. Am I right darling?"balas Rifqah. Akhirnya Raiden mengalah dengan isterinya.

Lemah longlai aku kalau dia panggil aku macam tu. Demi isteri tercinta, aku sanggup buat apa saja!

RIFQAH ingin membuka plastik tepung namun sukar untuk dibuka. Apabila dia menarik plastik itu dengan kuat, tepung itu terkena pada mukanya.

Raiden yang masih lagi mengantuk mengambil cawan untuk meneguk air kosong sejuk. Air itu tertumpah secara tiba-tiba apabila dia memandang wajah Rifqah yang dipenuhi dengan tepung.

"Aku ingat puntianak mana masuk rumah aku. What are you doing, cinta?"tanya Raiden.

"Nak buat cucur ikan bilis. Aku nak buka plastik tepung ni sekali terkena muka aku. Asal nampak macam tepung gomak ke?"balas Rifqah yang sedang membuat adunan cucur tersebut.

"Memang macam tepung gomak. Kau ni pun bersihkan dulu muka tu dengan air. Aku ingat hantu tadi,"jawab Raiden.

Raiden mengambil tuala kecil lalu mengelap muka isterinya. Rifqah terkejut dengan tindakan Raiden.

"Dah habis tenung muka aku ke? Jangan risau suamimu yang hensem ni tak pergi mana-mana,"ucap Raiden.

"Aku tenung kau je bukan tenung Adwa,"ujar Rifqah selamba. Raiden melakukan gaya ingin muntah.

"Dilarang sebut nama jantan tu. Kau jangan kata kau masih sayang kat dia,"kata Raiden yang seakan cemburu.

"Otak kau takde masa aku nak sayang dia,"jawab Rifqah selamba.

Jawapan paling berani, desis hati Raiden.

"Setepek kau jawab macam tu kat aku? Ini sudah terbalik. Memang isteri aku ni rare ke?"kata Raiden.

"Sebelum aku tarik rambut kau, baik kau tolong aku buat cucur ikan bilis ni,"kata Rifqah. Raiden tersengih lalu dia membantu Rifqah menggoreng cucur ikan bilis itu.

"Assalamualaikum!!"kata Aakif dengan kuat. Adik perempuan Aakif, Naufaa menepuk dahi dengan sikap abangnya.

Raiden yang baru selesai terkejut mendengar suara Aakif.

Datang sudah si bala ni. Nasib baik isteri aku dalam bilik, desis hati Raiden.

"Oi Raiden buka pintu ni!"kata Aakif dan pintu rumah dibuka luas.

"Lama sangat nak buka pintu asal takut bini ke?"soal Aakif selamba.

"Stupid tu simpan sikit jangan nak tunjuk sangat bang. Kau ni dari dulu suka jadi bala dalam setiap perkara. Tak pernah nak serious!"ujar Naufaa.

"Hah kau kan dah kena dengan adik sendiri! Aku masaklah tadi kat dapur,"jawab Raiden selamba.

"Eh takkan aku nak berdiri kat depan pintu rumah kau ni? Tak nak jemput aku duduk ke pelawa minum air ke,"balas Aakif.

"Eh memang aku nak bentangkan karpet merah untuk kau ke? Otak senget ke?"kata Raiden lalu mengunci pintu rumahnya. Aakif dan Naufaa duduk di sofa.

"Darling, siapa datang?"tanya Rifqah yang nampak manis memakai tudung sarung. Aakif yang mendengar Rifqah memanggil Raiden, dia sengaja ingin mengenakan Raiden.

"Darling? Pergh dia mari dengan darling! Patutlah kau pilih Rifqah. Eh kau panggil Rifqah apa?"tanya Aakif. Naufaa menepuk dahi.

"Cinta,"jawab Raiden sepatah.

"Cinta dan darling. A rare combination,"balas Aakif. Rifqah memandang ke arah Raiden.

Aku tengah malu ni! Bisik hati Rifqah.

"Kau ni kalau aku patahkan kaki, tak berjalan kau nanti. Patutlah aku panggil kau bala sebab sendu sangat hidup kau takde pasangan,"kata Raiden.

"Eh biarlah aku nak single pun! Rifqah tolong ketuk kepala suami kau ni,"Aakif sengaja mengadu pada Rifqah. Rifqah tercengang seketika.

"Bukan Rifqah ketuk kepala kau aku yang ketuk kau pakai frying pan,"jawab Raiden. Dia menyuruh isterinya untuk membancuh air.

Seketika kemudian, Rifqah membawa dulang air dan dihidangkan kepada tetamu. Air teh panas dan cucur ikan bilis yang disediakan olehnya.

"Uish cucur ikan bilis! Dah lama tak makan,"kata Aakif dengan nada teruja.

"Sabarlah gila! Kau ingat ni kat rumah sendiri ke?"kata Naufaa lalu menampar lengan abangnya.

"Eh takpe Naufaa mungkin Aakif tu lapar sangat agaknya,"Rifqah cuba berfikiran positif.

"Tengok Rifqah pun backup aku. Ada adik macam takde adik langsung!"balas Aakif.

"Bro ini bini aku jangan nak gatal,"kata Raiden dengan muka dingin.

"Kau nak aku tambah ais batu mana tahu tak cukup dingin lagi,"ujar Aakif lagi. Raiden memicit dahinya. Rifqah cuba menahan ketawa.

"Sebelum air teh panas ni kena kat muka kau baik kau diam,"kata Raiden. Rifqah menggosok belakang suaminya.

"Cucur ikan bilis yang enak,"kata Aakif sambil mengunyah cucur itu. Rifqah dan Raiden saling menyuap.

"Kalau macam ni aku lepat bumi. Penat tengok orang dah kahwin,"kata Aakif.

Lepat bumi? Lepat pisang je pernah aku dengar!

"Tahap 'cerdik' kau tu obvious sangat. Lipat bukan lepat!"kata Raiden lalu menggelengkan kepala.

"Raiden, abang saya ni memang tahap cerdik dia teruk sikit,"kata Naufaa.

"Ewah kau ni kalau bercakap pasal orang memang tak ingat dunia!"kata Aakif.

"Tu sebab kau single bang,"jawab Naufaa selamba. Akhirnya mereka berdua berperang mulut.

Raiden dan Rifqah saling berpandangan. Mungkin nak gaduh manja agaknya.

HANIS sudah sah bergelar tunang kepada adik Adwa iaitu Muhammad Arsyad. Rifqah tumpang gembira dengan kebahagiaan Hanis.

Ketika Rifqah sedang menikmati makanannya, tiba-tiba seseorang berdehem.

"Hello,"sapa Adwa. Rifqah terkejut dengan kehadiran Adwa. Bila pula dia balik dari Langkawi?

Rifqah tidak membalas sapaan Adwa. Adwa hanya tersenyum sahaja melihat wajah beku bekas isterinya.

"Sihat?"tanya Adwa mesra.

"Tak mati lagi sihat je ni,"jawab Rifqah dengan nada kasar.

"Sejak dah kahwin dengan Raiden, dah jadi kasar,"balas Adwa dengan sinis.

"Aku bini dia bukan bini kau. Blah tak payah ganggu aku,"kata Rifqah. Raiden yang sedang berborak dengan Arsyad terus menghampiri isterinya.

"What's wrong cinta? Are you okay?"soal Raiden lembut. Rifqah menarik nafas lega apabila Raiden datang kepadanya.

"I'm okay. Cuma ada mangkuk ayun kacau aku,"kata Rifqah yang sengaja memerli Adwa.

Bagaikan terkena renjatan elektrik, Adwa terkejut mendengar ayat Rifqah.

"Oh mangkuk ayun? Mana dia? Meh aku tumbuk muka dia cinta,"kata Raiden yang pura-pura tidak nampak Adwa.

"Mangkuk ayun yang kau sebut ni ada depan mata kau. Buta ke? Jangan risau aku akan berambus balik Langkawi esok,"kata Adwa lagi.

"Baguslah tu jangan nak rampas Rifqah dari aku,"kata Raiden selamba.

"Malas aku nak kutip benda murah. Buang masa,"kata Adwa tanpa ada rasa bersalah. Rifqah terus menampar kuat pipi bekas suaminya. Adwa hampir terjatuh.

"Watch your mouth! Jangan cakap aku perempuan murah. Kau ingat aku nak diam bila kau hina aku?"kata Rifqah. Raiden memegang bahu isterinya.

"Stop it, Adwa! Kalau sekadar balik nak cari pasal, pergi balik Langkawi!"kata Nurin yang muncul secara tiba-tiba. Datin Laila gerun melihat wajah marah anaknya.

"Akak halau Adwa? Disebabkan oleh perempuan ni?"kata Adwa lalu menyilang tangan.

"Look at yourself. If your ego speaks with me then my attidude replies you,"kata Nurin. Rifqah tersenyum bangga saat Nurin mempertahankan dirinya.

"Kenapa takde siapa nak bela Adwa? Masih tak boleh lupa apa yang jadi?"balas Adwa. Raiden berdecit sinis.

"Luka yang kau bagi kat Rifqah sangat dalam Adwa. Siapa yang ada untuk dia? Aku je yang memahami dia. Inilah Muhammad Adwa, seorang lelaki yang menyalahkan orang lain demi kepuasan hati,"jawab Raiden.

Semua terkedu mendengar ayat Raiden itu.

"Raiden..."panggil Rifqah perlahan.

"Don't worry, cinta. I will take care of you,"ucap Raiden dengan nada lembut. Dia tidak mahu melepaskan kemarahan terhadap isterinya.

"Kau tak kenal aku siapa! Aku tak tahu apa perempuan tu cakap kat kau sampai kau boleh percaya segala kata-kata dia,"ujar Adwa. Dia tidak mahu mengalah.

"Perempuan yang kau cakap tu adalah isteri aku sekarang. Aku takkan berdiam diri kalau dia dihina. Kau boleh hina aku tapi bukan isteri aku,"jawab Raiden.

"I trust my wife. She's my everything,"kata Raiden lagi yang terus membawa keluar Rifqah dari rumah keluarga Adwa.

"Puas hati? Kau dah hancurkan semuanya Adwa!"Bahu Adwa ditolak kasar oleh Nurin lalu Nurin terus naik ke arah tangga. Dato Aidi hanya diam kerana dia sangat kecewa dengan Adwa.

"JUST cry if you want, cinta. I'm here for you,"kata Raiden yang melihat Rifqah mendiamkan diri apabila mereka sudah berada di rumah.

Tanpa berkata apa-apa, Rifqah menghamburkan tangisannya. Raiden pantas memeluk isterinya dan mengusap lembut kepala Rifqah.

"Let it out everything. Jangan pendam,"ucap Raiden lagi. Dia sangat menjaga tutur katanya apabila Rifqah sedang bersedih.

"Sakit sangat Raiden..."rintih Rifqah perlahan.

"Aku tak boleh tengok kau sedih macam ni cinta,"kata Raiden yang masih lagi memeluk erat Rifqah. Pada akhirnya Rifqah terlelap dalam pelukan suaminya.

Raiden meletakkan kepala isterinya di atas bantal lalu dia menarik selimut menutupi badan Rifqah.

Dia sempat berbisik sesuatu pada telinga Rifqah.

"Aku takkan pernah tinggalkan kau. Aku mahu bersama kau selagi jantung aku bergetar. You have me, cinta,"ucap Raiden perlahan. Dia tidak mahu Rifqah tersedar dari tidurnya.

Bersambung...

"YOU OWN MY LOVE AND LOYALTY"




You are reading the story above: TeenFic.Net