𝐑𝐚đĸ𝐝𝐞𝐧𝐑đĸ𝐟đĒ𝐚𝐡 𝟏𝟖

Background color
Font
Font size
Line height

"KAU demam ke Raiden? Muka pucat tu?"soal Rifqah apabila melihat wajah Raiden. Raiden sedang bersiap untuk pergi kerja.

"Tak. Aku sihat je ni,"jawab Raiden dengan suara yang lemah. Dari semalam dia merasakan kepalanya berdenyut dan tak sedap badan.

Tiba-tiba apabila dia hendak mengambil beg kerjanya di atas katil, dia hampir tumbang namun Rifqah sempat memegang tangannya dengan kuat.

"Aku dah kata kau demam. Tak perlu pergi kerja hari ni,"kata Rifqah. Raiden terus dibaringkan di atas katil.

"Habis kau tak pergi kerja ke cinta? Nanti bos kau marah,"ujar Raiden yang memicit kepalanya.

"Bos aku tu memahami situasi orang. Takpe hari ni aku cuti aku jaga kau. Kau ni nak juga kerja kuat kan dah sakit. Bekerja tu jangan sampai jatuh sakit. Work hard sangat siapa suruh?"bebel Rifqah.

"Kau marah pun nampak comel. Aku suka,"balas Raiden dengan senyuman nakal. Rifqah bercekak pinggang.

Tengah sakit pun sempat lagi nak menggatal? Aku hanya mampu bersabar.

"Sekejap aku pergi ambil tuala kecil dan air. Kau rehat je jangan nak bangun,"ucap Rifqah lalu melangkah keluar dari bilik untuk mengambil besen dan tuala kecil.
Raiden hanya memerhati sahaja.

Seketika kemudian, Rifqah kembali bersama besen dan tuala. Dia memerah sedikit tuala kecil itu lalu diletakkan di dahi suaminya.

"Nanti aku masakkan kau bubur ayam lepas tu makan ubat. You need to rest, darling,"kata Rifqah dengan lembut.

"Alah tapi aku nak kau teman aku,"rengek Raiden seperti budak kecil. Haish lelaki ni kalau sakit memang mengalahkan perempuan ke? Sakit macam dah nak nazak.

"Kalau aku teman kau, siapa nak masak? Kita berdua je dalam rumah ni. Takpe tak lama pun aku masak. Campak-campak dah siap,"balas Rifqah sambil tersengih.

Akhirnya Raiden mengalah dan membiarkan sahaja isterinya pergi ke dapur untuk memasak.

Setelah siap memasak, Rifqah membawa bubur ayam dan air suam untuk Raiden.

"Raiden..."panggil Rifqah lembut.

"Hm?"gumam Raiden perlahan.

"Jom makan aku dah siap masak. Aku suapkan kau,"ujar Rifqah yang duduk bersebelahan suaminya. Rifqah mengambil sudu lalu mengambil sedikit bubur. Dia meniup perlahan.

Raiden menerima suapan itu. Bila dah sakit, memang selera makan takkan ada. Raiden hanya tersandar saja di katil.

"Jarang kau nak sakit Raiden sekali sakit memang badan kau akan lemah,"kata Raiden yang memberikan segelas air suam kepada si suami.

"Nak buat macam mana dah memang badan aku tak larat sekarang ni. Nasib aku ada isteri yang pandai jaga aku,"kata Raiden dengan gaya manja.

"Kau ni memang lelaki manja ke?"tanya Rifqah. Eh dah kenapa aku tanya soalan mengarut ni?

"Manja dengan kau. Tak nak aku manja dengan perempuan lain,"jawab Raiden selamba. Rifqah hanya ketawa.

"Cinta, aku nak tanya kau ni,"ujar Raiden dan kening Rifqah terangkat.

"Kau tak nak kerja kat syarikat aku? Lagi senang kita nak balik sama-sama,"kata Raiden yang memberikan cadangan. Rifqah memikirkan cadangan suaminya itu.

"Tapi aku sayanglah nak tinggalkan kerja yang sekarang. Sebab bos aku suka dengan cara aku bekerja,"balas Rifqah dengan muka sedih.

"Takpe aku tak paksa. Kau tahulah kat syarikat aku ramai perempuan pandang aku sumpah aku tak selesa. Aku memang tak layan. Aku dah ada kau dalam hidup aku,"kata Raiden.

Cewah tengah sakit pun sempat bagi ayat cinta, desis hati Rifqah.

"Meh aku cucuk mata diorang tu sibuk je nak pandang suami aku yang random ni,"ujar Rifqah lalu menayangkan muka menyampah.

"Biar diorang syok sendiri,"kata Rifqah tanpa ada rasa bersalah. Ini suami aku bukan suami korang! Kau ada? Hmph lemah!

"Mereka silap sebab beria dengan suami orang,"kata Raiden selamba. Rifqah tersenyum bangga kerana dia adalah wanita bertuah yang memiliki Raiden.

Selepas saja makan ubat, Raiden akhirnya terlelap dan Rifqah membiarkan suaminya berehat. Dia melakukan kerja rumah yang masih belum dibuat.

Rifqah seakan merasakan dia diperhatikan oleh seseorang. Dia memandang ke arah tingkap dan tiada siapa yang berada di situ.
Namun Rifqah pantas menyiapkan kerja rumah lalu berlari naik masuk ke dalam bilik tidur.

Dia menyandar di belakang pintu bilik dan dia menarik nafas terlebih dahulu. Takkan Adwa masih ada lagi kat sini? Mintalah dia dah balik ke Langkawi.

Tanpa membuat sebarang bunyi, Rifqah melangkah perlahan ke arah meja yang ada di beranda. Dia lantas duduk.

"Tak mungkin Adwa ada lagi kat sini. Haish aku nak keluar rumah pun dah tak berani,"kata Rifqah perlahan. Dia melihat telefonnya terdapat banyak missed call dari Adwa.

"Jantan ni nak apa lagi? Serabut aku macam ni,"kata Rifqah dengan rasa geram. Telefonnya terus dimatikan.

"Ish rimaslah aku!"ujar Rifqah yang mengetuk meja dengan kuat menyebabkan Raiden terjaga dari tidurnya. Dia perlahan bangun menghampiri isterinya.

"Cinta? Kenapa marah ni? Marahkan aku?"soal Raiden lembut. Walaupun dia masih tidak sihat, tidak bermakna dia perlu mengabaikan Rifqah.

"Eh Raiden kenapa bangun ni? Perlukan sesuatu ke?"tanya Rifqah. Raiden duduk berhadapan dengan isterinya.

"Kau kenapa ni hm? Aku terdengar kau marah tak tentu pasal,"ujar Raiden.

"Entah aku tak rasa selamat kalau Adwa masih berada di sini,"luah Rifqah kepada Raiden. Raiden menggosok belakang isterinya.

"Jangan takut aku ada untuk kau. Aku takkan pernah tinggalkan kau walaupun sesaat,"balas Raiden.

"Janji?"tanya Rifqah.

"Apa yang aku cakap semuanya aku akan buat. Jangan percaya pada janji aku tapi percaya pada perbuatan aku,"kata Raiden lagi.

"Kau akan setia dengan aku sampai bila-bila?"soal Rifqah lagi. Kepala Rifqah digosok perlahan.

"Loyalty is like the heartbeat of true love. If I'm with you, I'm completely yours and my loyalty will never change, cinta,"ucap Raiden. Rifqah terkaku mendengar kata-kata Raiden yang cukup membuatkan hatinya cair.

"Kadang aku hairan juga kenapa aku juga jadi pilihan kau?"tanya Rifqah. Tangannya digenggam erat oleh Raiden seakan tidak mahu melepaskannya.

"Penat aku nak jawab soalan kau ni cinta. Bukan aku dah jawab banyak kali? Tapi kali ni aku bagi jawapan yang berbeza," kata Raiden. Rifqah hanya tersengih.

"Sebab takde perempuan lain seperti kau. Kau yang selalu ada dengan aku dan kau adalah cahaya hidup aku," balas Raiden lagi.

"Dah kau kena berehat. Kau tu demam," ujar Rifqah.

" Aku nak kau temankan aku tidur. I need your attention and love," ucap Raiden. Rifqah sempat mencubit lengan suaminya.

Nasib aku sayang kau ni, bisik hati Rifqah.

PEKERJA Raiden menyambut kedatangannya setelah dia kembali sihat sedia kala. Semua menghormati Raiden kecuali seorang wanita yang bernama Riyana. Riyana memang menyukai Raiden dari sejak hari pertama dia bekerja di situ.

"Kau ni memang takkan putus asa untuk pikat Raiden?"soal Khairin. Meja kerjanya bersebelahan Riyana.

"Eh dia lelaki idaman aku. Aku takkan lepaskan dia macam tu je. Dahlah hensem, kaya ada harta," balas Riyana. Khairin menggelengkan kepala perlahan.

"Kalau lelaki kaya kau laju ke kan? Cubalah sedar diri Raiden tu tak pandang kau langsung. Bos kita tu tak suka berurusan dengan perempuan kecuali hal penting sahaja. Jangan nak buat hal," bebel Khairin namun Riyana acuh tak acuh sahaja.

"Aku kisah apa janji aku dapat lelaki idaman aku tu," ujar Riyana dengan gaya berlagak. Dia siap membetulkan rambutnya yang panjang itu.

"Riyana, masuk bilik saya," panggil Raiden. Mukanya sedikit dingin. Riyana berjalan dengan gaya gedik dan Khairin menepuk dahi. Memang cari masalah betul, desis hati Khairin.

"Ada apa yang boleh Riyana bantu?" soal Riyana dengan senyuman manis.

"Semua fail ni awak semak semula pastikan tiada kesalahan. Saya tak suka pekerja saya buat kerja sambil lewa," kata Raiden tanpa ada senyuman di bibirnya.

"Baiklah. Riyana akan semak semula. Raiden awak boleh free ke lepas kerja ni? Apa kata kita pergi makan? Saya..." Belum sempat Riyana menghabiskam ayatnya.

"Saya sibuk saya ada hal. Pergi keluar dengan orang lain," balas Raiden. Riyana berasa tidak puas hati apabila Raiden menolak pelawaannya namun dia cuba bertenang.

"Oh takpe. Riyana keluar dulu ya," jawab Riyana dan Raiden hanya membiarkan Riyana keluar dari bilik kerjanya.

Riyana menghempaskan fail di atas meja telah menyebabkan Khairin terkejut. Dah apahal minah ni?

"Berjaya ke tidak mengorat Raiden kesayangan kau tu?" Khairin sengaja memerli Riyana. Riyana sempat menjeling ke arah Khairin.

"Kau tak perlu nak perli aku," ucap Riyana. Khairin mengangkat bahunya sahaja.

"Benda betul aku cakap kan? Raiden tu jual mahal dia tak mudah nak jatuh cinta, balas Khairin yang fokus menaip sesuatu di laptop.

"Tak kira aku nak Raiden. Aku akan pastikan dia jatuh cinta dengan aku," ujar Riyana.

Selesai sahaja waktu bekerja, Riyana terlihat Raiden pergi ke seorang perempuan. Raiden merangkul tangan Rifqah dan berjalan menuju ke arah kereta.

"Selamba je Raiden pegang tangan perempuan tu? Ish siapa pula perempuan tu? Gedik dengan lelaki idaman aku," kata Riyana dengan rasa tidak puas hati.

"Kau bising apa ni Riyana?" tanya Khairin yang baru keluar dari syarikat. Riyana menghentak kakinya dengan kuat.

"Raiden keluar dengan perempuan lain bukan main perempuan tu gedik dengan dia. Tak malu ke?" ujar Riyana.

"Kau yang tak malu nak pikat Raiden tu. Biarlah Raiden nak keluar dengan perempuan tu lagi pun tak salah," kata Khairin selamba. Dalam diam, Khairin mengetahui Raiden sudah berkahwin dengan Rifqah cuma dia nak tengok sejauh mana Riyana boleh memikat Raiden.

"Kau patut sokong aku kenapa kau sokong perempuan tu pula? Kawan baik selalu sokong apa saja," balas Riyana.

"Cakaplah apa kau nak cakap aku malas nak layan drama kau. Baik aku balik dan berehat," ujar Khairin lalu melangkah ke arah kereta. Riyana dengan kasut tingginya terus mengejar Khairin.

"Kau kenapa Raiden dari tadi macam takde mood je?" soal Rifqah yang memecahkan kesunyian antara mereka. Ketika itu mereka berada di sebuah restoran tomyam.

"Kau betul ke tak nak kerja kat syarikat aku? Aku ada sebab kenapa aku suruh kau kerja sekali dengan aku," jawab Raiden sambil mengeluh perlahan.

"Kenapa?" tanya Rifqah lagi.

"Ada seorang perempuan ni dia asyik dekat je dengan aku. Aku jadi rimas tapi kau tahulah aku tak nak lepaskan apa yang aku rasa. Risau sentap sampai bagi surat berhenti kerja nanti. Sebab itu aku nak kau kerja dengan aku," kata Raiden dengan jelas. Rifqah menggumam sendirian.

"Hmm aku kena bincang dengan bos aku dulu sebab aku dah lama bekerja dengan dia. Kenapa kau risau sangat pasal perempuan tu?" kata Rifqah.

"Dia tu suka kat aku tapi aku tak layan. Dengan gaya gedik dia wei sumpah aku nak muntah, cinta," balas Raiden apabila dia memikirkan sikap Riyana itu.

"Nak baldi ke? Kata nak muntah," kata Rifqah selamba. Raiden menepuk dahi. Aduhai isteri aku ni sempat lagi nak bergurau.

"I'm serious, cinta. I need you by my side," ucap Raiden dan Rifqah menghela nafas berat.

"Bagi aku masa untuk berfikir," jawab Rifqah. Dia menyedut teo ais limau yang dipesannya.

HARI berganti hari, akhirnya Rifqah membuat keputusan untuk bekerja dengan Raiden walaupun dia berat hati untuk meninggalkan kerja lamanya. Terlalu banyak kenangan bersama Hanis dan Nurin.

Semua pekerja di syarikat Raiden mula berbisik sesama sendiri apabila mereka memandang ke arah Rifqah. Mata Riyana tajam melihat Rifqah dan Raiden berjalan bersama. Ish sakitnya hati aku!

"Baiklah semua. Kita ada pekerja baru dan nama dia adalah Rifqah. Rifqah ini adalah pekerja saya. Nanti kenal dengan mereka," ujar Raiden dan Rifqah mengangguk sahaja. Raiden merancang untuk mendedahkan status perkahwinan mereka kepada semua pekerjanya.

"Riyana, masuk bilik saya," kata Raiden tegas. Riyana bangun sambil membawa bekal makanan untuk Raiden. Sementara itu, pekerja lain berkenalan dengan Rifqah.

"Hai Rifqah nama saya Khairin Batrisya. Boleh panggil Khairin saja," kata Khairin mesra lalu menghulurkan tangan tanda perkenalan. Rifqah membalas huluran tersebut.

"Nama akak Nur Maizatul. Akak pembantu peribadi tuan Raiden jangan risau akak dah berkahwin," kata Maizatul pula. Rifqah mengangguk dan tersenyum manis.

"Ya ada apa panggil Riyana?" soal Riyana apabila sudah berada di dalam bilik kerja Raiden.

"Dah semak fail yang saya bagi tu? Dah semak nanti letak atas meja saya," kata Raiden dengan wajah serius. Riyana akur dengan arahan majikannya.

"Raiden, saya ada buat makanan kesukaan awak. Jangan lupa makan," kata Riyana lalu meletakkan bekas makanan di atas meja.

"Cik Riyana tak perlu nak try hard nampak sangat cik Riyana suka saya. Maaf saya dah berkahwin," jawab Raiden dengan tenang. Mata Riyana membuntang. Dia dah kahwin?

"Hah? Bila pula awak berkahwin? Saya tak tahu pun," ujar Riyana.

"Tak penting untuk cik Riyana tahu," ujar Raiden pula yang sempat membetulkan blazer yang dipakainya. Hati Riyana semakin terasa panas. Siapa pula isteri dia? Ish tak boleh jadi ni!

"Siapa isteri awak?"tanya Riyana dengan rasa beraninya.

"Aku isteri dia. Asal ada apa-apa masalah ke cik Riyana?" Suara Rifqah membuatkan Riyana berpaling. Rifqah menyilang tangannya sambil tersenyum sinis.

"Semua orang dalam syarikat ni memang dah tahu saya berkahwin. Mereka yang merahsiakan semua ni. Kalau awak tahu pun risau musnahkan majlis kahwin saya," kata Raiden lagi menyebabkan Riyana mati akal. Dia tidak tahu untuk berkata apa-apa.

"Lagi pun Raiden dari dulu dah suka aku cuma nak cakap jangan beria dengan suami orang. Nampak sangat cik Riyana ni kuat berangan kan?"bidas Rifqah. Riyana terus keluar dari bilik kerja Raiden tanda protes.

"Misi kita dah berjaya, cinta. Pandai kau berlakon," ucap Raiden dan Rifqah berasa bangga apabila dipuji oleh si suami.

"Eh mestilah aku kan isteri Muhammad Raiden,"jawab Rifqah selamba. Raiden hanya ketawa.

"Bekal dia ni kita sedekahlah kat sesiapa. Aku tak nak makan kecuali masakan umi dan isteri aku je," ujar Raiden lalu tersenyum manis.

"Ish kau ni memang miang ke? Perangai tu jaga sikit," tegur Rifqah dan Raiden hanya tersengih.

Bersambung...

"YOU OWN MY LOVE AND LOYALTY"




You are reading the story above: TeenFic.Net