π‘πšπ’ππžπ§π‘π’πŸπͺ𝐚𝐑 πŸπŸ“

Background color
Font
Font size
Line height

RIFQAH bangun awal berbanding Raiden. Raiden masih lagi tidur. Rifqah mengemas apa yang patut. Tiba-tiba dia mendengar bunyi dentuman yang kuat.

Dia berpaling dan terkejut Raiden terjatuh dari katil. Raiden masih lagi nyenyak tidur. Lah dia ni jatuh katil memang tak sedar ke?

"Raiden! Bangunlah kau ni dah kenapa tidur kat lantai?"kata Rifqah lalu menggoncangkan sedikit badan suaminya.

"Ya cinta aku bangunlah ni. Patutlah aku rasa sejuk rupanya aku tidur kat lantai,"ujar Raiden lalu terus bangun. Dia bersila sambil menggosok rambutnya yang serabai itu.

"Tak muak ke panggil aku cinta?"tanya Rifqah. Raiden tersenyum kecil.

"Kenapa aku perlu muak nak panggil kau cinta? Kau kan cinta hati dan wanita kesayangan aku,"jawab Raiden. Tangannya sengaja mencubit hidung Rifqah.

"Eh kenapa cubit hidung aku? Sakitlah!"ujar Rifqah. Dia mencebik geram dan Raiden tertawa kecil.

"Selalunya orang akan cubit pipi kan kali ni aku cubit hidung kau. Dari aku cubit hidung perempuan lain, baik aku cubit hidung isteri sendiri,"balas Raiden selamba. Rifqah memukul perlahan lengan suaminya.

"Berani buat aku tumbuk muka kau,"jawab Rifqah lalu menunding jari ke arah Raiden. Raiden mengangkat tangannya tanda dia takut dengan Rifqah.

"Uish takutnya kita dengan dia. Berani betul nak lawan cakap suami,"kata Raiden lagi. Rifqah mencampakkan tuala di muka Raiden.

"Pergi mandi! Busuk tahu tak? Bangun sendiri tak payah nak suruh aku tolong,"kata Rifqah.

"Busuk pun kau tetap sayang kan? Eleh mengaku je!"kata Raiden sambil dia mengelakkan dirinya dari dicubit oleh isterinya. Rifqah menggelengkan kepala.

Rifqah menuruni tangga untuk menuju ke arah Dato Razif dan Datin Tiara. Dia tersenyum manis ke arah keluarga mentuanya.

"Eh Rifqah mana Raiden? Budak bertuah ni,"kata Datin Tiara lalu bercekak pinggang. Dato Razif pula fokus membaca surat khabar.

"Dia baru mandi maklumlah tadi anak umi tu jatuh dari katil pun tak sedar,"kata Rifqah yang menarik kerusi untuk duduk. Dia mencedok nasi goreng untuk Dato Razif dan Datin Tiara.

"Raiden tu memang kalau dah tidur, memang tidur mati! Agaknya selalu mimpi indah,"jawab Datin Tiara dan Rifqah hanya ketawa sahaja.

"Kalau Raiden tu buat hal, cakap kat abah. Tahulah abah nak bagi ceramah free of charge kat dia,"kata Dato Razif pula.

"Amboi abah sejak dah ada menantu, dah lupa anak sendiri ke? Mesti lepas ni nak menangkan Rifqah je,"kata Raiden yang muncul secara tiba-tiba. Dia duduk bersebelahan Rifqah.

"Takkan dengan isteri sendiri pun nak cemburu? Biarlah umi dan abah nak menangkan dia. Raiden buat hal, Raiden kena denda nanti,"ujar Datin Tiara. Raiden memuncungkan bibirnya.

"Jom kita sarapan dulu. Kau nak nasi goreng ke atau nasi lemak?"soal Rifqah selamba. Dato Razif dan Datin Tiara saling berpandangan.

"Kenapa masih guna panggilan kau aku?"tegur Datin Tiara. Raiden menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Errr abang nak makan apa?"kata Rifqah kekok. Raiden cuba menenangkan dirinya. Datin Tiara tersenyum nipis.

"Abang nak nasi goreng je,"kata Raiden. Dalam hatinya dia cuba menahan diri dari ketawa. Abang? Nak termuntah. Ada baldi tak?

Rifqah pantas mencedok nasi goreng untuk Raiden. Dato Razif membaca doa makan lalu semuanya menjamu selera.

Tanpa disedari, Rifqah memijak Raiden dengan kuat menyebabkan Raiden terkejut. Rifqah memberi isyarat kepada suaminya.

"Nak apa?"tanya Raiden perlahan.

"Aku nak termuntah panggil kau abang,"kata Rifqah. Dia bercakap dengan nada perlahan.

"Kau ingat aku tak geli panggil kau abang? Aku boleh demam kalau panggil kau macam tu,"balas Rifqah pula. Dato Razif berdehem menyebabkan dahi Raiden dan Rifqah terhantuk sesama sendiri.

Aduhai! Kan dah malu depan bapa mentua sendiri!

"Bisik apa tu? Nak bermesra pun pergi honeymoon,"kata Dato Razif. Rifqah dan Raiden menggosok dahi mereka.

"Takde apa abah. Abah nak sponsor kami pergi berbulan madu ke?"tanya Raiden tanpa ada rasa bersalah. Rifqah terkebil-kebil memandang ke arah Raiden.

"Amboi Raiden tu CEO D'Impian Holdings. Banyak duit pergilah mana yang Raiden nak,"ujar Dato Razif dan Raiden tersengih.

"Ingat nak bawa Rifqah ni pergi Terengganu. Pasal itu kami akan bincang kejap lagi,"kata Raiden. Datin Tiara dan Dato Razif mengangguk serentak.

Selepas bersarapan, Rifqah pantas menarik tangan Raiden masuk ke dalam kamar tidur.

"Tak habis lagi pasal panggilan abang tu? Ish tolonglah jangan panggil aku abang. Boleh penuh baldi tu kalau aku muntah,"kata Raiden selamba.

"Kau ingat aku ingin nak panggil kau abang? Ish tolong jangan perasan!"ujar Rifqah.

"Panggil aku ni my prince je tak payah panggil abang. Faham tak cinta?"ujar Raiden.

"Faham my prince. Jadi kita akan berbulan madu kat Terengganu?"soal Rifqah dan Raiden mengangguk sahaja.

"Kita akan pergi lusa nanti. Harap tak terserempak dengan bekas suami kau yang takde otak tu,"kata Raiden.

"Ah takde maknanya dia ada kat Langkawi. Kakak dia beritahu kat aku. Eh kau jangan nak fikir negatif aku takde rasa nak kasihan kat Adwa tu,"ujar Rifqah kepada suaminya.

"Kau dah kenapa gelabah? Aku tak cakap apa-apa pun. Aku tak tahu macam mana kau boleh kenal dia tu,"kata Raiden. Rifqah menayangkan muka bosan.

"Jangan cakap pasal dia tersedak dia kat Langkawi tu,"ujar Rifqah dan terhambur ketawa Raiden mendengar jawapan isterinya.

SEPERTI yang dirancang, Raiden dan Rifqah pun bergerak untuk menuju ke Terengganu.

Raiden memandu kereta dengan berhemah. Hanya radio sahaja yang menjadi peneman mereka berdua. Kadang Raiden dan Rifqah menyanyi bersama di dalam kereta.

Setelah beberapa jam memandu, akhirnya mereka sudah tiba di Terengganu. Raiden memilih Paya Bunga Hotel.

"Cinta, close your eyes,"kata Raiden dan kening Rifqah terangkat. Mereka sudah berada di hadapan pintu bilik hotel.

"Tutup je mata tu bukannya aku nak prank kau,"jawab Raiden selamba dan Rifqah hanya ketawa. Rifqah menutup matanya.

Raiden membuka pintu bilik untuk Rifqah dan dia memimpin tangan isterinya masuk ke dalam bilik itu.

"Now open your eyes,"kata Raiden dengan nada lembut. Rifqah membuka matanya dengan perlahan. Dia terkedu melihat bilik hotel tersebut. Sangat ekslusif.

"Raiden..."tutur Rifqah.

"Ya cinta. Ada apa?"ucap Raiden lalu tersenyum manis. Argh kenapa senyuman dia buat aku cair?

"Terima kasih untuk semua ni,"kata Rifqah dan dia melihat ada taburan bunga ros di atas katil.

"Untuk apa kau nak berterima kasih dengan aku? Kau isteri aku dan ini memang tugas aku untuk buat kau bahagia,"balas Raiden.

"I promise I will stand with you even if the whole world against you,"ucap Raiden. Rifqah terpaku mendengar ayat manis suaminya.

"Everything is fine if you're mine forever,"kata Raiden lagi lalu memegang tangan Rifqah dan menciumnya. Rifqah tersenyum.

Detik indah bermula apabila dia bersama Raiden yang dulunya sebagai kawan baik kini sudah bergelar suaminya.

"Kau ni romantik juga walaupun kasar. I appreciate that,"balas Rifqah dan Raiden mengusap tangan isterinya.

"Aku romantik untuk kau sahaja. Tak semua orang tahu aku ni romantik,"ujar Raiden. Seketika kemudian, mereka menunaikan solat berjemaah dan berehat.

"Eh kau nak makan apa? Aku akan penuhi setiap permintaan kau. Do you need anything cinta?"soal Raiden kepada Rifqah.

Belum sempat Rifqah menjawabnya, Raiden menyampuk percakapannya.

"Eh tapi aku ada kejutan lagi untuk kau malam ni. Mesti kau suka,"ujar Raiden.

"Kejutan apa? Kau ni memang unexpected. Nasib kau ni my prince aku untuk hari ini dan selamanya,"kata Rifqah.

Eh sempat pula bagi pickupline.

"Eceh tapi memang kau suka kan aku buat kejutan untuk kau? Kau, keluarga aku dan kau je boleh dapat layanan istimewa dari aku,"jawab Raiden.

"Kau ni memang lelaki limited edition plus ultra ke?"soal Rifqah.

"Aku tak cakap tapi kau yang cakap,"balas Raiden. Rifqah memukul Raiden menggunakan bantal.

"Nak bergurau kasar ke? Eh ada aku tarik tudung kau nanti!"ujar Raiden.

Ramai yang menganggap Raiden terlalu kasar dengan Rifqah namun itu adalah love language mereka berdua. Setiap orang ada cara untuk menghargai pasangan mereka.

"Oh benda lain kau boleh bergurau tapi kalau tudung jangan berani nak sentuh. Kau ingat senang nak bentuk awning tudung ni?"bebel Rifqah.

"Sebab tu perempuan selalu bersiap lambat,"kata Raiden.

"Eh aku pakai cantik untuk kau je Raiden. Kau tu suami aku,"kata Rifqah. Raiden tersenyum nakal.

"Aku hensem untuk kau je,"jawab Raiden. Rifqah menjulingkan mata ke atas.

"Kau buat muka annoying pun nampak comel, cinta,"kata Raiden yang sengaja mengusik isterinya. Muka Rifqah terus membahang.

NURIN fokus menyiapkan kerjanya di dalam bilik tidurnya. Dia berasa malas untuk keluar bilik. Dia sudah menyediakan air coklat panas untuk dirinya.

Lakaran yang sudah siap dilukis disimpan rapi di dalam fail. Pintu biliknya diketuk perlahan oleh ibunya, Datin Laila.

"Masuk je,"kata Nurin yang masih fokus menyiapkan lakaran. Datin Laila duduk di katil anaknya.

"Anak mama tengah buat apa?"soal Datin Laila. Lidahnya kelu kerana dia tidak tahu untuk berbual dengan Nurin.

"Siapkan lakaran untuk design baju baru,"ujar Nurin yang tidak berpaling ke arah Datin Laila.

"Masih marahkan mama pasal hal Adwa dan Rifqah tu?"soal Datin Laila. Nurin berhenti melakar dan pensel diletakkan di mejanya.

"Marah tu dah lama hilang cuma susah nak lupa apa yang mama buat pada Rifqah. Jangan terlalu bela Adwa,"kata Nurin. Nurin masih menjaga percakapannya.

Datin Laila terdiam seketika.

"Mama minta maaf. Kalau mama tahu perkara sebenar, mama takkan tuduh Rifqah,"ujar Datin Laila. Kekesalan memang terpancar di wajahnya.

"Minta maaf dengan Rifqah bukannya Nurin. Manusia takde yang sempurna,"kata Nurin. Ego yang membuatkan Nurin menjadi seorang yang pendiam dan dingin.

"Mama yang ego...nak hancurkan rumah tangga Adwa dan Rifqah. Semua sudah berlalu mama nak menyesal pun takde guna,"jawab Datin Laila dengan suara bergetar.

"Nurin cuma terkilan dengan cara mama. Mama tak pernah jadi macam tu. It's fine I still need time and space,"kata Nurin. Datin Laila terus bangun dan keluar dari bilik anaknya.

Naura memerhati Datin Laila melangkah lemah ke arah bilik tidur. Naura tidak sangka keluarganya akan menjadi tegang.

"Haih apa nak jadi dengan keluarga aku ni..."keluh Naura perlahan. Izham menepuk bahu isterinya.

"Eh awak ni suka buat saya terkejut,"kata Naura. Izham tersengih sahaja. Dia mengajak isterinya untuk masuk ke dalam bilik tidur.

RIFQAH yang sedang mengemas ruang tamu tiba-tiba dia memandang ke arah kasut yang berbentuk ayam. Rifqah mengambilnya dan membelek kasut tersebut.

"Sejak bila pula ada ayam dalam rumah ni?"kata Rifqah perlahan. Raiden yang sedang berjalan terus menerpa ke arah isterinya.

"Oi kau apa sentuh kasut ayam kesayangan aku?"kata Raiden lalu mengambil kasut itu.

"Kau buat apa dengan kasut ayam ni? Ni nasib aku tak pijak tau,"jawab Rifqah.

"Ish cinta ni kalau kau pijak memang berbunyi. Bunyi ayam,"balas Raiden lalu memakai kasut yang berbentuk ayam itu. Rifqah tercengang.

Raiden berjalan perlahan lalu dia terus berlari laju satu rumah.

"Bisinglah Raiden! Nanti jiran dengar nanti mereka fikir kita bela ayam. Kaulah ayam tu. Ayam yang terlepas dari reban,"balas Rifqah selamba.
Ketawa Raiden terhambur.

"Eh aku memang teringin nak jadi ayam. Baru tahu ke?"soal Raiden dan Rifqah mengangkat penyapu ingin memukul suaminya.

"Kau nampak batang penyapu ni? Aku sebat kau baru tahu. Tak padan dengan CEO, perangai macam budak kecil,"bebel Rifqah.

"Perangai macam budak kecil ni juga kau pilih jadikan suami. Tolong belajar bersyukur ya wahai isteriku yang comel,"ujar Raiden yang mencubit hidung Rifqah.

"Hidung aku tak payahlah cubit!"jerit Rifqah. Dia menggosok hidungnya.

"Ada aku kisah ke cinta? Kejarlah aku kalau berani,"kata Raiden. Rifqah mencampakkan penyapu di lantai lalu mengejar suaminya.

Nasib rumah ni besar senang nak kejar dia, desis hati Rifqah.

Raiden terlihat ada botol semburan air lalu dia mengambil botol tersebut. Dia menyembur ke arah muka Rifqah. Langkah Rifqah terus terhenti.

"Raiden!! Habis basah muka aku!"ujar Rifqah yang memukul lengan suaminya beberapa kali. Raiden ketawa besar.

"Oh kau gelak kat aku ya? Meh sini aku balas kat kau!"ujar Rifqah lalu pantas mengambil botol semburan dari tangan Raiden. Dia menyembur di muka Raiden pula.

"Apa ni main sembur air? Fikir ini dalam drama melayu ke gila?"kata Raiden. Rifqah menayangkan muka comel.

Tanpa disedari, keluarga Raiden dan Rifqah melangkah masuk ke dalam rumah mereka.

"Astagfirullahaladzim dah kenapa kamu berdua ni?"tegur Puan Haura. Raiden dan Rifqah berpaling ke arah Puan Haura.

Botol semburan itu terus diletakkan di atas meja. Raiden dan Rifqah tersenyum kelat.

"Ni muka basah kamu berdua main air ke?"tanya Datin Tiara pula. Raiden menggaru kepalanya.

"Errr..."Raiden dan Rifqah tidak tahu untuk memberikan jawapan kepada keluarga mereka.

"Kaulah jawab,"kata Raiden yang menyiku tangan Rifqah.

"Asal aku pula? Kaulah jawab kau suami,"balas Rifqah yang menyiku semula tangan Raiden.

"Ish kamu berdua ni takde benda lain nak buat ke? Pergi tukar baju kami semua tunggu kat ruang tamu,"kata Encik Shahrul.

Tangan Rifqah ditarik untuk menuju ke arah bilik tidur utama. Pintu bilik pantas dikunci.

"Aku dah kata jangan cari pasal kan dah kantoi dengan ibu dan ayah aku,"kata Rifqah.

"Cari pasal dengan isteri sendiri je bukannya dengan perempuan lain,"jawab Raiden tanpa rasa bersalah. Rifqah menarik telinga si suami.

"Berani nak buat? Lebih baik kita cepat takkan nak biar keluarga kita tertunggu,"ujar Rifqah lalu melangkah ke arah almari untuk mengambil pakaian.

Usai sahaja menukar pakaian, mereka berdua menuruni tangga untuk pergi ke arah ruang tamu. Keluarga Raiden dan Rifqah sedang rancak berbual.

"Kamu berdua sibuk ke hari ini?"soal Dato Razif. Raiden dan Rifqah saling berpandangan.

"Tak sibuk pun,"jawab Rifqah dengan senyuman manis di bibir.

"Kami nak rasa masakan Rifqah. Takde masalah kan?"tanya Datin Tiara. Rifqah mengangguk perlahan.

Puan Haura dan Datin Tiara membantu Rifqah memasak di dapur manakala Raiden berborak bersama Encik Shahrul dan Dato Razif.

Mata Rifqah sempat menjeling ke arah Raiden dan Raiden terpandang isterinya. Dia tersenyum sahaja.

Rifqah menghidangkan makanan di atas meja. Hidangan yang disediakan adalah ayam masak merah, sambal sotong dan tomyam campur. Pencuci mulut pula Rifqah membuat kek coklat.

"Sedapnya masakan Rifqah ni untung Raiden dapat isteri yang pandai masak,"kata Dato Razif. Rifqah tersipu malu apabila dipuji.

"Rifqah ni memang pandai masak. Yang paling penting dia pandai buat kopi,"jawab Raiden.

"Anak ibu ini memang coffee lover dari dulu lagi sebab itu dia pandai buat kopi,"ujar Puan Haura. Dia meneguk sedikit air sirap yang dibancuhnya.

"Macam mana bila dah berkahwin? Rasa kekok lagi ke?"soal Datin Tiara pula.

"Kekok sikit je tapi kami dah biasakan diri. Jangan risau walaupun kami ni dulu kawan baik tapi kami saling menyayangi,"balas Raiden.

"Mama asyik perhati rumah kamu berdua ni satu pun takde gambar kahwin,"kata Datin Tiara lagi. Rifqah menelan air liurnya.

"Ada je cuma kami berdua kan sibuk tak sempat nak letak gambar kahwin,"balas Raiden dengan wajah yang tenang. Rifqah menarik nafas lega Raiden menjawab soalan cepumas daripada keluarga mentuanya.

"Nanti bila nak bagi kami semua ni cucu?"soal Puan Haura dan Rifqah tersedak. Dia pantas meneguk air sirap. Raiden masih lagi tenang.

"Awak pun tanya soalan mereka masih baru lagi. Rasa honeymoon pun tak hilang dah tanya pasal anak. Bagilah mereka ruang dan masa,"tegur Encik Shahrul dan Puan Haura hanya tersenyum nipis.

"Nanti ada rezeki kami berdua,"jawab Raiden pula.

Setelah keluarga mereka pulang, Rifqah meletakkan kepalanya di bahu Raiden.

"Letihnya..."rungut Rifqah lalu memicit bahunya. Raiden mengusap perlahan kepala si isteri.

"My prince,"panggil Rifqah lembut.

"Yes cinta?"ucap Raiden ringkas.

"Terima kasih sebab tolong jawab soalan cepumas dari keluarga aku,"ujar Rifqah lalu memegang erat tangan suaminya.

"Small matter, cinta. I will do anything for my woman,"balas Raiden. Suaranya yang serak basah itu menyebabkan Rifqah berasa tenang.

"Jom kita tidur,"kata Rifqah dan Raiden mengangguk kepalanya. Mereka berdua bangun dari sofa dan naik ke arah tangga.

Bersambung...

"YOU OWN MY LOVE AND LOYALTY."









You are reading the story above: TeenFic.Net