"BEKAS suami kau tu takde ganggu kau? Sembang kari cakap je nak ganggu kau tapi tahu pula takut,"kata Raiden.
"Buat apa dia nak ganggu aku lagi agaknya dia bahagia dengan crush dia tu,"ujar Rifqah. Mereka pergi ke shopping mall yang berdekatan.
Entah mengapa Rifqah merasakan masa berlalu dengan cepat. Seperti baru semalam dia sudah bercerai dengan Adwa.
"Dah bersedia nak kahwin dengan aku?"soal Raiden.
"Entah. Kaulah dah bersedia ke nak jadi suami aku?"balas Rifqah. Mesti nak mula gaduh dengan aku ni.
"Kau kena tahu satu benda...aku takkan terima kau sebagai kawan baik aku tapi aku terima kau sebagai isteri aku nanti,"ucap Raiden.
"Siapa ajar kau jadi sweet talker ni?"tanya Rifqah selamba. Raiden hanya mengabaikan kata-kata Rifqah.
"Ketipak ketipung sayang baju pengantin dah beli ke sayang? Kalau sudah marilah kita kahwin,"balas Raiden. Rifqah tercengang lalu menepuk dahinya.
Anak siapalah ni? Anak Dato Razif.
"Malas aku nak layan perangai kau ni. Setiap masa nak jadi random,"ujar Rifqah.
"Hidup kena sentiasa santai. Nak kahwin pun santai. Santai je,"jawab Raiden yang masih mengusik Rifqah.
"Kau ingat kahwin ni macam lepak kat mamak?"jawab Rifqah lalu menyilang tangannya.
"Jangan garang sangat wahai budak pendek,"kata Raiden. Rifqah pula sambung menghabiskan makanan. Raiden terpandang ada kesan comot di tepi mulut Rifqah.
Dia pantas mengambil tisu lalu mengelap mulut Rifqah. Rifqah terkejut dengan tindakan Raiden. Muka Raiden dipandang.
Rupanya dia memang romantik dalam diam walaupun dia seorang yang kasar, bisik hati Rifqah.
"Makan pun comot tapi kau nampak comel. Aku suka,"ucap Raiden dengan muka tenang. Rifqah cuba menahan rasa malu.
"Asal pandang aku macam tu? Aku hensem ke?"soal Raiden dan Rifqah tersentak.
"Ergh sejak bila kau hensem? Memang aku takkan puji kau hensem,"kata Rifqah yang cuba menafikan kata hatinya.
"Kau tak payah tipu aku. Kau memang suka lelaki hensem macam aku kan? Lupa nak cakap aku suka perempuan comel macam kau,"ujar Raiden.
"Aku pun tak faham kenapa kau boleh suka kat aku. Apa yang istimewa tentang aku?"tanya Rifqah.
"Banyak tapi aku tak boleh cakap. Aku nak pesan jangan kau nak dekat dengan lelaki lain,"kata Raiden lagi.
"Ish macamlah ada lelaki yang nak ngorat aku. Dah kau je yang boleh terima aku!"balas Rifqah.
Eh aku jujur pula! Dasar pisang goreng.
Kening Raiden terangkat apabila mendengar kata-kata Rifqah.
"Memang aku boleh terima segala kekurangan kau. A real man doesn't love thousand girl. He loves one girl in thousand ways,"ucap Raiden.
Alahai Raiden ni dah kenapa nak buat jantung aku berdebar? Ada aku tampar dia nanti!
"Aku teringat ayat kau masa kat universiti dulu,"kata Rifqah. Kini giliran dia pula mengenakan Raiden. Raiden mengerutkan dahinya.
"Apa je yang kau tak ingat pasal aku? Semua benda kau ingat. Kau ni memang ingatan kuat ke?"balas Raiden. Rifqah tersengih.
Flashback
Ketika mereka makan bersama di kafe, tiba-tiba Raiden bersuara menyebabkan Rifqah mengangkat mukanya.
"Aku nak cakap sesuatu ni,"kata Raiden.
"Kau nak cakap apa?"soal Rifqah ringkas.
"Kalau takde lelaki yang nak kat kau lepas kau dah takde hubungan dengan Adwa, kita kahwin,"ujar Raiden menyebabkan Rifqah tersedak. Dia pantas menyedut air sirap yang dibelinya.
Raiden kena sampuk dengan hantu ke? Tiba-tiba cakap macam ni.
"Macam aku nak percaya ayat kau yang manis ni,"balas Rifqah selamba.
"Manis yang berbaloi,"ucap Raiden dengan yakin.
Berbaloi apanya? Penat aku dengan Raiden ni, desis hati Rifqah.
End flashback.
"Eh ayat manis aku tu berbaloi. Bukan ayat manis yang cokia,"kata Raiden lalu menyilang tangannya.
Cokia apanya? Cekodok pisang je aku pernah dengar, bisik hati Rifqah.
"Cokia? Lebih baik aku buat cekodok pisang lagi sedap,"jawab Rifqah lagi yang tidak mahu mengalah.
"Aku makan cekodok pisang umi aku dan kau je. Orang lain buat tak sedap,"ujar Raiden. Rifqah menggelengkan kepala.
"Mulut kau tu takde insurans nak aku belikan untuk kau? Cuba mulut tu cakap benda baik,"bebel Rifqah. Raiden tertawa kecil.
"Sebut nama kaulah. Kau kan bakal isteri aku. Adwa pula bekas suami kau yang....tak nak cakap nanti dia tersedak pula,"kata Raiden. Rifqah cuba menahan ketawa
"Dari mengata dia baik kita fikir masa depan,"ujar Rifqah.
"Masa depan bersama?"tanya Raiden. Rifqah menepuk dahi. Ke situ pula dia fikir!
"Otak kau masa depan aku dan kau? Kalau kahwin dengan kau, boleh gaduh kita setiap hari. Lepas tu wrestling,"kata Rifqah.
"Love language kita kan memang suka wrestling,"balas Raiden acuh tak acuh.
"Ada aku tarik rambut kau nasib kau bukan bakal suami aku,"jawab Rifqah.
"Salah cakap ke? Sepatutnya kau cakap aku ni bakal suami kau,"ujar Raiden. Rifqah menjulingkan mata ke atas kerana dia menyampah dengan sikap Raiden.
Kenapalah wujud lelaki sengal macam Raiden ni? Nak je aku pijak jadi lempeng kelapa.
"Eh siapa yang confess dulu kat aku? Kau dulu jangan nak hilang ingatan,"soal Rifqah yang tidak mahu mengalah.
"Comel je kamu berdua gaduh dah macam adik dan abang,"tegur seorang lelaki tua yang bernama Azman. Lelaki itu terus meminta diri untuk pergi dari situ.
Rifqah dan Raiden saling berpandangan. Eh sejak bila aku jadi adik Raiden? Minta dijauhkan! Tak ingin aku jadi adik dia.
"Muka aku ni dah macam abang kau ke? Ish tak nak aku jadi abang kau!"kata Raiden selamba.
"Kini ku sadar sekok sekok. Cinta ku ini,"Secara tiba-tiba Raiden menyanyi dan Rifqah mengerutkan dahinya.
Tiba-tiba energy random dia keluar ni dah kenapa? Mereng anak Dato Razif ni.
"Kau nak sekok apa gila?"tanya Rifqah.
"Sekok cinta kau,"jawab Raiden selamba. Mata Rifqah membuntang. Sekok cinta aku? Aku sekok dia dengan kuali rumah nanti, bisik hati Rifqah.
"Otakmu nak sekok cinta aku! Eh belum kahwin dengan aku dah pandai nak gatal. Aku cakap kat umi kau,"Rifqah sengaja memberi amaran kepada Raiden.
"Ada nampak aku kisah ke? Eh tolong sikit tu umi aku jangan nak rampas kasih sayang dia dari aku,"balas Raiden.
"Eh aku bakal menantu dia. Mesti dia akan backup aku,"ujar Rifqah sambil tersenyum bangga.
"Eh aku bakal menantu Puan Haura dan Encik Shahrul,"ujar Raiden. Rifqah memijak kasut Raiden dengan kuat.
"Woi kasut aku mahal kau pijak dah kenapa?"soal Raiden.
"Mahal sangat ke? Kasut kau harga satu juta ke?"Sengaja Rifqah mencari topik untuk bergaduh.
"Kalau bukan satu juta pun mungkin seratus lebih. Kau apa tahu? Aku ambil balik patung Doraemon kau tu baru tahu,"jawab Raiden.
"Kau bagi lepas tu nak ambil balik? Banyak cantik muka kau? Jangan nak buruk siku,"kata Rifqah lagi. Raiden tertawa sahaja.
ADWA termenung sambil melihat ombak pantai. Sejak berpisah dengan Rifqah, dia masih cuba untuk melupakan bekas isterinya namun memori tidak pernah hilang di hatinya.
Dia mengambil ranting kayu lalu menulis namanya di pasir pantai. Dia sempat mengambil gambar untuk dijadikan sebagai kenangan.
"Mesti kau dah bahagia dengan Raiden kan?"ucap Adwa perlahan sambil berjalan di tepi pantai. Tiba-tiba cermin mata hitamnya terjatuh namun ada tangan seorang wanita yang mengambilnya.
"Aralyn?"Adwa terkejut dengan Aralyn yang berdiri di hadapannya lalu membelek cermin mata hitamnya.
"Baru tahu awak suka pakai cermin mata hitam,"ujar Aralyn dan Adwa hanya menggaru kepalanya.
"Kenapa? Saya nampak hensem ke?"soal Adwa.
"Awak akan nampak hensem di mata orang yang tepat,"balas Aralyn. Mukanya sangat tenang.
"Kenapa awak tak kahwin lagi?"tanya Adwa. Aralyn tersenyum nipis mendengar pertanyaan Adwa.
"Saya sedang menunggu seseorang,"balas Aralyn. Adwa terus terdiam apabila mendengar jawapan Aralyn. Siapakah lelaki yang bertuah itu?
"Untungnya lelaki tu kalau dapat awak. Saya ni langsung tak dihargai oleh bekas isteri saya,"kata Adwa yang berdiri di sebelah Aralyn.
"Mencintai tak selalunya akan memiliki. Mungkin sekarang Rifqah bahagia dengan Raiden. Masa lalu tetap pemenangnya kan?"balas Aralyn.
"Setiap insan ada kekurangan pada diri dia, Aralyn. Mungkin saya terlalu banyak kekurangan di mata Rifqah,"ujar Adwa.
"Kekurangan itu boleh diubah. Saya tak salahkan Rifqah atau awak. Sebab masing-masing tersakiti,"kata Aralyn lagi. Adwa hanya mampu tersenyum nipis.
Beberapa bulan kemudian...
Tanpa disangka, hari yang dinantikan oleh Rifqah sudah tiba. Dia bakal disatukan dengan kawan baiknya sendiri iaitu Raiden.
"Dah bersedia untuk jadi isteri Raiden?"kata Hanis yang menepuk bahu Rifqah.
"Bersedia je tapi agak takut sebab kahwin dengan best friend sendiri! Ish macam mana nak biasakan diri?"balas Rifqah yang mengawal perasaan gemuruh.
"Ish takkan itu pun aku nak kena ajar? Jom cepat ibu kau dah panggil tadi,"kata Hanis.
Mata Raiden terus terpandang ke arah Rifqah dan terukir senyumannya di bibirnya. Semua tetamu senyap saat majlis akad nikah bermula.
"Muhammad Raiden bin Dato Razif,"kata Encik Shahrul.
"Ya saya,"balas Raiden ringkas.
"Aku nikahkan kau dengan anak perempuanku Nur Rifqah binti Shahrul dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai,"ujar Encik Shahrul.
Tangan digoncangkan.
"Aku terima nikahnya Nur Rifqah binti Shahrul dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai,"kata Raiden dengan lancar.
"Sah?"soal Encik Shahrul kepada dua orang saksi.
"Sah!"jawab dua orang saksi itu. Dengan hanya sekali lafaz, Rifqah sudah bergelar isteri kepada Raiden. Semua menadah tangan untuk membaca doa.
Kemudian, Raiden bangun untuk menyarungkan cincin di jari Rifqah. Rifqah dengan perlahan menghulurkan tangannnya.
"Sekarang dah percaya cakap aku,cinta?"kata Raiden apabila sudah menyarungkan cincin di jari Rifqah. Rifqah menelan air liurnya lalu menyalam tangan suaminya.
Raiden mencium dahi Rifqah. Setelah selesai, mereka dan semua tetamu menjamu selera.
"Kenapa kau panggil aku cinta? Dah takde panggilan lain ke?"soal Rifqah kepada Raiden.
"Sebab panggilan cinta tu memang sesuai untuk kau. Kau nak panggil aku apa? Abang?"seloroh Raiden.
"Eeee abang? Nak muntah aku kalau panggil kau abang. Apa kata aku panggil kau my prince?"ujar Rifqah lalu tersengih.
"You can call me anything, cinta,"kata Raiden dengan nada lembut. Muka Rifqah sudah merah membahang. Dia terus sambung menjamu selera. Tiba-tiba Raiden ingin menyuap nasi kepada isterinya.
"Suap! Suap!"kata kawan Raiden yang bernama Airiel dan Raiden menunjukkan jari bagus dengan selamba.
Rifqah menerima suapan daripada Raiden. Keluarga Raiden dan Rifqah hanya tersenyum melihat mereka.
"Aku mampu buat kau bahagia. Lupakan tentang Adwa dan terima aku sebagai seorang suami bukannya kawan baik,"ujar Raiden.
"My heart only belongs to you, cinta. You're mine only,"ucap Raiden lagi. Ramai mengambil gambar mereka berdua yang sedang bermesra itu.
Apabila sudah selesai, Raiden dan Rifqah akhirnya boleh berehat di bilik tidur utama.
"Besar juga bilik kau Raiden? Maksud aku my prince,"kata Rifqah sambil memandang sekeliling bilik tidur Raiden.
"Wahai cintaku, ingat kita berdua ni dah jadi suami isteri. Terpulang pada kau nak panggil aku apa. Tapi lebih baik kau panggil aku my prince,"ujar Raiden yang sedang membetulkan rambutnya.
Aduhai...kenapa aku berdebar ni? Kenapa dia nampak hensem bila betulkan rambut? Eh Rifqah kau dah jatuh cinta ke?
"Kenapa tenung aku macam tu?"soal Raiden dan Rifqah tersentak. Aduhai kan dah kantoi!
"Err takde apa. Aku pergi bersihkan diri dulu,"jawab Rifqah yang cuba mengelak. Kening Raiden terangkat.
"Aku hensem sangat ke?"gumam Raiden perlahan. Dia pantas menyandarkan dirinya di kepala katil untuk membaca buku.
Rifqah menghampiri Raiden yang sudah memejamkan mata. Dia merenung wajah suaminya. Kawan baik sendiri boleh jadi suami?
"Kantoi kau pandang aku!"kata Raiden yang bersuara secara tiba-tiba telah menyebabkan Rifqah terjatuh dari katil.
Mata Rifqah sempat menjeling tajam ke arah Raiden yang sedang menahan ketawa.
"Apa khabar wahai jiranku yang tercinta? Seronok duduk kat bawah tu?"ucap Raiden selamba.
"Kau fikir kelakar ke? Kau memang suka sergah aku macam tu. Aku tarik rambut kau tu baru tahu!"kata Rifqah. Dia sudah berdiri tegak di hadapan Raiden.
"Amboi kasarnya bahasa kau dengan aku. Hello I'm your husband okay!"balas Raiden. Rifqah menjulingkan mata ke atas.
"Eh excuse me I'm your wife!"jawab Rifqah. Selalunya perempuan yang menang. Aku tak pernah dengar lagi lelaki selalu menang.
"Apa yang gaduh dalam bilik tu?"Suara Datin Tiara menyebabkan mereka saling berpandangan. Ah sudah.
"Takde apa umi anak umi ni yang buat perangai!"kata Rifqah. Raiden membuntangkan matanya. What the duck?
"Muhammad Raiden! Jaga perangai tu dah jadi suami pun nak buat hal,"kata Datin Tiara. Rifqah menahan ketawa apabila Raiden menepuk dahinya.
Pantas tangan Raiden mencubit pipi Rifqah yang gebu itu.
"Hoi sakitlah gila!"kata Rifqah lalu mengusap pipinya.
"Ha tahu sakit melawan cakap suami lagi. Eh tahulah menantu kesayangan umi,"ujar Raiden.
"Eleh cemburu ke? Cakap je cemburu. Muka kau tu dah tak boleh nak cover,"balas Rifqah.
"Kau ni kan nasib aku sayang kalau tidak aku cubit lengan kau sampai lebam!"kata Raiden lagi.
"Cubitlah aku cakap kat umi setiap benda yang kau buat,"kata Rifqah pula.
Eh capek aku macam ni, desis hati Raiden.
"Jom tidur aku dah letih ni,"kata Raiden yang sudah menguap beberapa kali. Rifqah sekadar mengangguk sahaja.
Mereka berdua terus baring di katil dan melelapkan mata. Lampu sudah ditutup.
Bersambung...
"YOU OWN MY LOVE AND LOYALTY"
You are reading the story above: TeenFic.Net