Hani memulas tombol pintu bilik asramanya sebelum melangkah masuk. Setelah sekian lama mencari, akhirnya jumpa juga asramanya. Itupun dengan bantuan jejaki handsome, Ziyyad.
Baru sahaja Hani memberi salam. Tiba-tiba anak matanya tercacap sekujur tubuh perempuan yang sedang tidur nyenyak di atas katil belah kiri. Hani memerhati dari jauh. Mahu lihat empunya muka, tak nampak pulak. Sebab tertutup dengan bantal.
Hani hanya mengendahkan saja perempuan itu. Rasanya mungkin itu adalah roommatenya?. Seminit berfikir, Hani meletakkan barang dan beg pakaiannya di atas lantai. Kemudian, Hani merebahkan tubuhnya di atas katil single yang tersedia untuknya.
Hani memerhati segenap ruang bilik itu. Rasa macam bukan dekat bilik asrama, rasa macam dekat bilik istana milik Puteri puteri diraja. Sumpah cantik gila. Kalah bilik aku dekat kampung tu. Tilam pun empuk dan tak ber'spring'. Patutlah orang sebelah aku ni tidur nyenyak.
Puas Hani mengelamun. Akhirnya Hani terlelap tanpa sedar.
_______
"Hello? Hani"
Hani menggerak-gerakkan tubuhnya apabila lenanya terganggu. Tanpa sedar kakinya dibentak kuat.
"jangan kacau lah abang Hariz. Orang ngantuk lah!!" kata Hani separa menjerit. Geram apabila abangnya kacau.
Ariana mengerut dahi. Abang Hariz?. Bila masa pulak aku tukar jantina?.
Ariana menggoncangkan lagi tubuh Hani supaya gadis itu terjaga.
Hani mendengus kasar. Badannya dihentak-hentak tanda geram. Mata masih lagi terpejam rapat.
"abang please lah!. Orang mengantuk tau. Penat tahu tak?. Pergilah kacau orang lain!" kata Hani kuat.
Ariana semakin pelik. Teruk betul perempuan mengigau. Botol air mineral dicapai lalu dituangkan keatas tapak tangannya.
Wajah berkerut Hani dipandang lama. Kemudian Ariana merenjis air itu pada muka Hani.
"Abang!!!" jerit Hani. Spontan Hani duduk tegak dari baringan.
Matanya membulat beberapa saat.
"Hani?" panggil Ariana.
Hani tersentak. Kepala ditoleh ketepi memandang Ariana.
"awak?. Awak buat ape dekat sini?" soal Hani hairan. Pasal mengigau tadi terus dia lupa.
Ariana tersenyum kecil. "sepatutnya I yang tanya you ape you buat dekat sini" kata Ariana dengan senyuman yang tidak lekang.
Hani mengerut kening. Sekarang baru dia faham kenapa Ariana ada dekat sini.
"oh maksudnya kita roommate lah. Tak sangka betul. So awak lah yang tengah tidur tadi?"
Ariana mengangguk perlahan.
"sorry I tak perasan you masuk. Nyenyak sangat I tidur sebab takde gangguan hehe" kata Ariana ketawa kecil.
________
Selepas menunaikan solat zohor, Hani dan Ariana berkenalan dengan lebih mendalam. Hani menceritakan tentang hidupnya yang berasal dari kampung sehinggalah dia ke KL. Entah mengapa baru sehari dia kenal Ariana terus rasa selasa. Rasa awkward tu dah berkurang dalam diri.
"...and then sampai sekarang pun saya masih rindukan keluarga saya. Saya tak pernah berpisah jauh sebelum ni" cerita Hani dengan nada sedih.
"untungnya you ada family yang kecil tapi bahagia. Lepastu ada abang yang over protective pada you. Mesti hidup you always happy kan?. Bukan macam I" kata Ariana dengan perlahan dan sayu. Terharu hatinya mendengar cerita tentang keluarga Hani. Walaupun tidak kaya mana, tapi selalu bahagia.
Lagi-lagi bila Hani cerita part abang dia yang over protective terhadap adik perempuannya. Makin terusik hati Ariana.
Hani mengerut dahi mendengar kata Ariana. Apesal macam sedih je bunyi?.
"kenapa awak cakap macam tu? keluarga awak ada masalah ke?" soal Hani pelik.
Serta merta wajah Ariana berubah keruh. Kepalanya ditundukkan kebawah.
Melihat wajah keruh Ariana. Pantas Hani mencapai Ariana.
"maafkan saya. Saya takde niat nak tanya soalan macamtu. Saya terlepas cakap je tadi. Sorry" kata Hani laju.
Ariana tergelak kecil melihat muka Hani yang agak gelabah.
"it's okay lah. Awak tak salah. Saya je yang terlebih feeling" kata Ariana lalu ketawa kecil.
Hani tersentak. Terus dia melepaskan tangan Ariana. Wajahnya mula memerah menahan malu. Macam manalah aku boleh tergelabah tenok tadi? buat malu betol!.
"so awak memang taknak cerita dekat saya lah pasal keluarga awak?" tanya Hani perlahan.
Ariana tersenyum kecil. "ofcouse lah I cerita. Dah you share cerita pasal family you dekat I. Takkan I taknak story pasal family I dekat you pulak. Mana fair macam tu"
Hani tersenyum manis. Sedia untuk mendengar tentang kisah kehidupan Ariana. Hei.. dah macam makcik bawang pulak dah.
"Actually, nama penuh I Nik Ariana William. I ada kembar, tapi kembar I dah mati sebab excident. Nama dia Nik Arina William" kata Ariana tenang.
Hani tergamam. Mulutnya sedikit tenganga memandang Ariana.
"awak ada kembar?" soal Hani tak percaya. Ariana mengangguk dengan senyuman manis.
"ye, dia mati masa umur dia 18 tahun" jawab Ariana seraya menunduk memandang lantai.
Hani memandang sayu ke arah Ariana. Airmata mula bergenang. Tersentuh hatinya.
"sebelum kejadian Arina mati. Dia ada ajak I teman dia keluar. Tapi I taknak sebab I ada banyak homework. And then dia decide untuk keluar seorang. Lepas 30 minit dia keluar, mama I dapat panggilan dari polis yang Arina excident. And sejak dari tu..." airmata Ariana menitis ke pipi.
"Family I salahkan I atas kematian Arina. Diorang salahkan I sebab I tak teman dia keluar" lirih Ariana dalam tangisnya.
Hani terbungkam. Keluarga Ariana salahkan Ariana atas kematian Arina? sedangkan Ariana langsung tak bersalah?.
Hani hanya memerhati Ariana yang sedang menangis itu. Sungguh dia sayu melihat airmata gadis itu. Hani bangun lalu duduk disisi Ariana. Bahu Ariana ditepuk perlahan bagi menenangkan gadis itu.
"sabar ye awak.." kata Hani perlahan. Itu saja yang mampu dia katakan pada Ariana.
"sampai sekarang mama papa I tak dapat terima kenyataan" rintih Ariana.
"Arina pergi sebab ajal. Bukan sebab awak" kata Hani lembut.
"betul jugak kata mama papa, kalaulah I teman Arina masa tu.."
"No. Ibu saya kata tak elok tau kalau kita berkalau kalau dekat orang yang dah takde. Nanti dia tak tenang dekat sana. So stop salahkan diri awak. Pasal keluarga awak tu, awak berdoalah banyak banyak. Minta Allah lembut hati mereka untuk maafkan awak" laju Hani mencantas.
Ariana tersenyum kelat. Airmata diseka pada hujung kemejanya.
"thanks Hani. I tak sangka dalam dunia ni ada orang yang lebih faham I" kata Ariana perlahan.
"saya cuma bantu mana yang mampu. Saya dah anggap awak bff saya tau. Saya tahu awak baik. Awak pandai sorokkan kesedihan dengan senyuman yang manis. Saya kagum dengan awak" kata Hani lalu memeluk tubuh Ariana.
Ariana tersentak. Perlahan-lahan dia membalas pelukan Hani.
"start from now, we'll be best friend" kata Ariana lembut. Airmatanya menitis sekali lagi.
Hani tersenyum kecil. "okay! so sekarang kita dah jadi bff" kata Hani kuat lalu memeluk semula tubuh Ariana.
Ariana tergelak kecil melihat telatah Hani.
Tiba-tiba kedengaran suara dari bilik sebelah.
"woi!! diam sikit lah!, orang nak tido lah bodoh!!" jerit seorang perempuan dari bilik sebelah.
Hani dan Ariana memandang sesama sendiri sebelum mereka menghamburkan tawa mereka.
You are reading the story above: TeenFic.Net