2

Background color
Font
Font size
Line height

Tepat pukul 10 pagi, Hani sudah terpacak dihadapan pagar Limkokwing University. Untuk hari pertamanya, Hani mengenakan outfit (seperti di atas). Baginya itu sudah cukup sempurna dan menutup aurat.

Dengan lafaz bismillah, Hani melangkah masuk kedalam Universiti itu. Dadanya mula berdetak laju. Ini kali pertama dia menjejakkan kaki ditempat yang mewah seperti ini. Walaupun sekadar universiti, tapi keadaan sekeliling dah macam hotel antarabangsa.

Mulut Hani sedikit ternganga melihat seluruh bangunan bertingkat-tingkat tinggi. Macam tak percaya dia boleh dapat tawaran sambung belajar kat tempat orang kaya belajar ni. Kalau nak dikatakan, Hani dengan pelajar yang lain dekat sini bagaikan langit dan bumi. 

Yelah.. Hani ni cuma gadis kampung sahaja. Lainlah dengan mereka semua kan?. Entah-entah dekat sini semua anak anak dato, tan sri, tengku, sultan. Hm manalah tahu kan?.

Puas mata Hani menelajah universiti itu, tiba-tiba seorang perempuan melanggar bahunya dari arah depan.

"eh.. sorry. I tak perasan" kata perempuan itu lalu menunduk sedikit.

"takpe. Saya maafkan"

Perempuan itu mendongak memandang Hani. Terbit senyuman manis dibibir pinknya.

"Ariana" kata perempuan itu dengan tangan dihulur kedepan.

Hani tersenyum kekok. Teragak-agak dia ingin membalas huluran gadis itu.

"Hani" Hani tersenyum kekok.

Gadis bernama Ariana tersenyum manis.

"new student?" soalnya dengan senyuman. Rambutnya yang menutupi mata diselit ke telinga.

Hani mengangguk perlahan.

"oh so kita sama lah. Jomlah kita pergi dewan registration sama-sama" kata Ariana lalu menarik tangan Hani.

Hani hanya akur. Sebenarnya dia pun nak tanya dewan pendaftaran dekat mana. Tapi si Ariana ni dah ajak terus. So tak jadilah nak tanya.

---------

Selesai sesi pendaftaran dan orintasi, Hani berjalan menuju ke asrama perempuan. Ariana pula sudah hilang tah kemana. Maka, sorang-sorang lah Hani berjalan.

"ish mana lah asrama perempuan ni" kata Hani geram. Rasanya dah 10 minit dia berjalan. Tapi 1 bayang bangunan asrama perempuan pun dia tak nampak. Naik lenguh kakinya berjalan.

Setelah 10 minit Hani berjalan, dia membuat keputusan untuk duduk sekejap di kerusi batu pondok ilmu. Nasib baik ada kerusi ni. Bolehlah duduk sekejap. Tangannya rasa nak patah ke seret beg roda ni. Dahlah besar gedabak!

Hani termenung seketika. Air mineral di tepi begnya diambil lalu diteguk beberapa kali.

"hai" sapa satu suara garau.

Hani terperanjat. Nak tersedak dibuatnya. Kepalanya mendongak memandang lelaki yang tinggi lampai dihadapannya.

"ha- hai" balas Hani gagap. Macam mana tak gagap? dah manusia depan aku ni punya lah kacak.

Lelaki itu tersenyum manis. Ruang kosong disebelah Hani diduduknya tanpa perlawaan Hani.

Membuntang biji mata Hani. Selamba makbapak dia je duduk sebelah aku.

Dengan perasaan segan, Hani berganjak ketepi sedikit. Tak elok duduk rapat-rapat. Haram!

"kenapa duduk sini sorang sorang?" soal lelaki tu.

Hani menggaru kepalanya yang berlapik tudung. Bibir bawahnya digigit.

"erk.. saya nak cari asrama perempuan. Tapi tak jumpa" kata Hani tanpa memandang wajah lelaki itu.

"oh awak pelajar baru la ni?. Patutlah tak pernah nampak" kata lelaki itu lalu ketawa kecil.

Hani tergamam sejenak. Gelak pun hensem. Cuba tengok aku gelak, boleh retak bangunan dekat sini.

"iyes, saya new student kat sini. Awak tahu asrama perempuan dekat mana?" tersekat-sekat Hani menyoal.

Lelaki itu memandang wajah cantik Hani sebelum dia tersenyum nipis.

"asrama perempuan dekat depan sana. Awak straight je, selang dua bangunan. Awak belok kiri. Situlah asrama perempuan. Jangan gatal nak belok kanan, sebab situ asrama lelaki" kata lelaki sebelum bangun dari duduknya.

Hani mengangguk laju. Senyuman manis dihadiahkan buat lelaki itu.

"terima kasih. By the way nama awak ape?" tanya Hani. Gatal pulak mulut ni nak bertanya. 

"Ziyyad. Awak?"

"Hani"

Ziyyad tersenyum manis memandang Hani.

"kalau takde ape, saya pergi dulu ye" kata Ziyyad sebelum pergi meninggalkan Hani.

Hani tersenyum sendiri. Tak sangka baru hari pertama aku dah dapat 2 kawan baru. Betul cakap abang Haraz. Baru hari pertama masuk, dah ada orang nak kawan dengan aku.

Tiba-tiba Hani teringatkan keluarganya dikampung. Agaknya diorang tengah buat ape? yang aku tahu. Abang Hariz tengah terbongkang lagi waktu macam ni. Hmm.. rindunya lah.

************************************

vote 🌠😉




You are reading the story above: TeenFic.Net