Hani meneliti pemakaiannya dari pantulan cermin. Terbit senyuman lebar dibibinya. Untuk hari pertama sesi pembelajarannya Hani mengenakan outfit (seperti di atas).
Tiba-tiba bahu Hani dicuit seseorang dari belakang.
"jom Hani" ajak Ariana. Hani mengangguk dengan senyuman.
"kejap saya ambil beg"
Outfit Ariana (tanpa mask)
Sesudah mengambil beg galasnya. Hani dan Ariana pun berjalan keluar dari asrama mereka.
"macam tak percaya kan kita sama bidang" kata Hani tiba-tiba.
Ariana tergelak kecil. Tangan kanannya naik menongkat di bahu Hani.
"itulahkan, macam tak percaya haha" kata Ariana lalu tergelak kecil.
Hani hanya tersenyum nipis. Setelah 5 minit mereka berjalan, akhirnya tiba juga di dewan kuliah. Terdapat ramai pelajar lelaki dan perempuan disitu. Kesemuanya Hani tak kenal kecuali seorang lelaki yang sedang berborak dengan sekumpulan lelaki kacak. Hani mengecilkan mata untuk mengecam wajah lelaki itu. Serta merta matanya membulat.
"you ni dah kenapa Hani?" tegur Ariana hairan.
"Zi.. Ziyyad?" kata Hani sepatah. Matanya tertumpu Ziyyad yang sedang berborak itu.
Tanpa sedar Ziyyad sudah perasan akan kehadiran Hani dan Ariana. Satu kenyitan mata dihadiahkan pada Hani sebelum dia kembali berborak.
Hani tergamam. Hensemnya ciptaan tuhan.
"Hani!"
Hani tersentak. Kepalanya ditoleh pada Ariana yang berada disebelahnya. Keningnya diangkat sebelah.
"you taknak masuk ke?. Nak belajar dekat depan pintu ni?" tanya Ariana mendatar.
"eh, jom lah masuk" kata Hani seraya menarik tangan Ariana.
Hani dan Ariana mengambil tempat duduk di bahagian tengah-tengah dewan kuliah itu. Tidak terlalu depan dan tidak terlalu belakang. Disebelah Hani pula ada seorang pelajar perempuan sedang memdengar lagu menggunakan earphone.
Hani hanya memandang gadis disebelahnya dengan ekor mata. Nampak khusyuk betul gadis sebelah aku ni dengar lagu. Sampai hiraukan keadaan sekeliling.
Tiba-tiba dewan kuliah yang bising seperti pasar malam itu senyap sekelip mata apabila kehadiran seorang Lecture lelaki.
"Hye for all student of Business and Accountant. Saya Hanif Mikail Bin Ahmad Daud. Awak semua boleh panggil saya Sir Hanif. Untuk pelajar lama, ofcouse dah kenal saya kan?. Untuk pelajar baru, saya merupakan Chief Lecture of field Business and Accountant. So I hope you guys boleh beri kerjasama dan focus masa saya tengah mengajar. And one more thing, saya taknak dengar dalam class saya ada sweet couple or sweet anything. Sebab saya single. So jangan nak ber 'sweet sweet' dalam ni eh" terang Sir Hanif serius tapi kedengaran kelakar.
Kesemua pelajar dalam dewan itu melepaskan tawa, begitu juga Hani dan Ariana. Kelakar jugak eh Sir Hanif ni, muka pun hensem. Alahaii cair..
"okay guys! so before we go to subtopic, kita kene ambil attendance dulu. Bila saya sebut nama, korang kene angkat tangan okay? clear?"
Semua pelajar mengangguk faham.
"Arif?!"
"saya!"
"Danish?!"
"saya!"
"Ziyyad?!"
"saya!"
Dengar saja nama 'Ziyyad', terus Hani berpaling kearah Ziyyad. Ziyyad hanya tersenyum manis memandang Hani. Hani tergamam beberapa saat. Terus kepalanya memandang kedepan.
"last!, Zariff?!"
"saya!"
Hani memandang kearah lelaki yang bernama 'Zariff'. Nampaknya lelaki itu hanya duduk disebelah Ziyyad. Nampak seperti kawan rapat saja mereka berdua.
Zariff yang perasan akan pandangan Hani, terus dia merenung dalam anak mata bundar Hani. Hani terkedu. Jantungnya mula berdegup kencang.
"okay girls listen!. Aifa Yuna?!"
"saya!"
"Nik Ariana?!"
"saya!"
"Hani Fatiha?!"
Hani terleka dengan renungan lelaki itu. Tanpa sedar namanya sudah dipanggil.
"Hani" bisik Ariana perlahan. Bahu Hani dicuit.
Hani tersentak. Kepalanya digeleng laju ingin menyedarkan diri dari lamunan.
"Hani Fatiha?! ada ke girls nama Hani Fatiha dekat sini?!" soal Sir Hanif.
"Sa.. saya!!" jawab Hani kuat. Mata-mata disitu semua memandang kearah Hani. Hani sudah menunduk malu.
Sir Hanif menggeleng kepala. Zariff pula tersenyum kecil melihat Hani dari jauh. Baru renung sikit dah gelabah macam ape, belum depan-depan lagi.
Ariana mengerut dahi memandang Hani.
"are you okay?" tanya Ariana lembut.
"ok.. okay" jawab Hani gugup. Entah mengapa tiba-tiba dia rasa macam ada mata yang memerhatinya.
Ariana mengangguk perlahan sebelum matanya beralih ke bawah. Maklumlah, dewan ni dah macam bilik makahmah. Semua student duduk mengunung dari bawah ke atas.
_________
Selesai sesi pembelajaran, Hani dan Ariana membuat keputusan untuk naik ke asrama. Masa untuk makan tengahari hanya ada lagi 20 minit. Jadi baik balik asrama. Boleh tidur dulu.
Hani merebahkan tubuhnya diatas katil. Tudungnya sudah dibuka sebelum dia baring.
Cause' I,I, I'm in the stars tonight.
So watch me bring the fire, and set the night light.
Shining through the city with a little funk and soul.
Ringtone telefon Hani berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Hani mencapai iPhone 7 nya yang berada disisi. Lantas dia menjawab.
"Hello! Assalamualaikum abang!" sapa Hani ceria.
"waalaikumussalam. Kau ape khabar dekat sana?" tanya Hariz.
"alhamdulillah sihat. Ibu ayah mana? abang Haraz?" soal Hani laju.
"ibu ayah sihat. Ibu ada ni dekat sebelah. Abang Haraz tolong ayah dekat kebun.. Ish kejap lah ibu"
Hani tergelak kecil. Ni mesti tengah berebut telefon hahahah.
"Hani! Hani apa khabar sayang?. Hani sihat tak?. Hani okay tak dekat sana?" Soal Puan Hana bertubi-tubi. Sungguh dia rindu dengan puteri bongsunya.
"Hani sihat bu. Hani seronok sangat duduk sini. Ibu jangan risau lah, lagipun Hani dah dapat kawan baru" kata Hani ceria. Matanya melirik pada Ariana yang sedang tidur.
"baguslah kalau Hani okay. Tenang sikit hati ibu ni"
Hani tersenyum manis.
"ibu jangan risau ye. Hani janji Hani akan balik dengan kejayaan yang Hani belajar sekarang ni" kata Hani semangat.
Air mata Puan Hana bergenang. Hariz pula mengerut dahi memandang ibunya. Dah apahal pulak menangis orang tua ni?.
"baiklah sayang, ibu sentiasa doakan Hani. Hani belajarlah rajin-rajin ye. Buktikan pada ibu dan ayah yang Hani akan berjaya. Yang penting solat jangan tinggal ye sayang"
Hani mengangguk laju dengan mata yang berkaca-kaca.
"ye ibu, Hani faham. Hani janji Hani akan buat ibu ayah bangga dengan Hani. Hani sayang ibu" kata Hani lembut.
Puan Hana mengangguk.
"okay lah, ibu nak siapkan makanan tengahari. Hani jangan lupa makan ye. Ibu letak dulu. Assalamualaikum"
"waalaikumusalam"
Tut!
Hani melekapkan telefonnya didada
Sungguh dia rindu keluarganya. Lagi-lagi masakan air tangan ibunya.
_________
Hani dan Ariana menjamah makanan tengahari dengan penuh selera. Meja mereka dihiasi dengan gelak tawa dan suara mereka. Riuh betul!
Cafeteria universiti penuh dengan pelajar, memandangkan sekarang sudah waktu makan. Sedang Hani dan Ariana berborak, tiba-tiba ada seorang gadis berdiri di tepi meja mereka.
"can I join you all?" pinta gadis itu lembut. Senyuman manis dilempar pada Hani dan Ariana.
Hani dan Ariana berpandangan semasa sendiri. Kemudian Hani menoleh kearah gadis itu.
"eh mestilah boleh! ha duduk-duduk" kata Hani dengan senyuman.
Gadis itu mengangguk laju. Punggungnya dilabuhkan di kerusi sebelah Hani. Ariana pula duduk berhadapan dengan Hani.
"nama you ape?" tanya Ariana.
Gadis itu tersenyum kecil.
"I'm Trisha." jawabnya lembut.
Ariana dan Hani mengangguk. Tiba-tiba Hani berfikir sejenak.
"eh? awak lah perempuan yang duduk sebelah saya masa dalam dewan kuliah tadi kan?" soal Hani.
Gadis itu mengangguk laju.
"yes, saya lah yang duduk sebelah awak tu. Sorry, saya bukan taknak tegur awak. Cuma saya taktahu nak start conversation" kata Trisha tersengih. Rambut ikatnya yang berada di bahu di bawa ke belakang.
"takpe. Sekarang kita boleh jadi kawan kan?"
Pantas Trisha mengangguk. Senyuman lebar terukir di bibir pinknya.
"okay now! we'll be a best friends!" kata Ariana kuat. Nampaknya tambah satu lagi ahli lah dalam gruop ni.
Hani mengangguk tanda setuju. Mereka bertiga berkenalan dengan lebih mendalam. Yelah, supaya kekal lama.
"ha Trisha, now your turn pulak bercerita" kata Ariana lalu menyedut air lemon yang dibeli.
"Nama penuh saya Daniella Trisha bt Daniel Robbins. Umur 20 tahun. Asal dari Francis. Saya takde kakak abang, saya anak tunggal. Mama saya orang Malaysia and papa saya orang Francis" terang Trisha.
Mata Hani membuntang. Dia asal Francis?.
"awak asal dari Francis?. Seriously?!" soal Hani tak percaya.
Trisha mengangguk tanda 'ya'.
"alah you ni Hani. Nak terkejut buat ape?. Yang I asal dari Amerika ni you tak terkejut pulak?" kening Ariana dijongket-jongketkan sambil memandang Hani.
Terbeliak biji mata Hani. Ariana asal dari Amerika?
"ko.. korang asal dari luar negara. Tapi kenapa korang nak berkawan dengan saya. Saya ni cuma asal dari kampung je. Tak menarik pun bagi awak berdua" kata Hani sekat-sekat.
Trisha dan Ariana saling berpandangan sebelum mereka menghamburkan tawa.
"you ni rilek lah. I suka kawan dengan you sebab you ni baik, kelakar and faham isi hati I. Semenjak Arina mati, takde sesiapa pun yang faham perasaan I. Tapi bila I cerita kisah hidup I dekat you, you faham I. I ingat bila I cerita dekat you, you akan beranggapan sama macam mama papa I. Tapi tidak! you beri I semangat. You baik sangat Hani" kata Ariana sayu. Bibirnya terukir senyuman manis.
Trisha menahan sebak dengan apa yang dicakapkan oleh Ariana. Hani pula terkedu. Airmata mula bergenang.
"Thank you so much Hani" ucap Ariana lembut.
Hani mengangguk laju. Mereka bertiga berpelukan beberapa minit.
"dah jom habiskan makanan. Lepasni kita dah nak masuk asrama, solat zohor" kata Hani lembut.
Ariana dan Trisha mengangguk.
Selesai menghabiskan makanan masing-masing, Hani, Ariana dan Trisha berjalan menuju ke asrama perempuan. Dari Cafe nak ke asrama boleh tahan jauh jugak. Sempatlah mereka berborak time jalan.
Akhirnya berpisah, Trisha menuju ke tingkat 3, memandangkan asramanya di situ. Hani dan Ariana pula menuju ke tingkat 5 kerana asrama mereka disitu.
_____________________________________
yeay!!! Hani dapat kawan baru!!
Vote eh jangan tak vote! I'm watching you
You are reading the story above: TeenFic.Net