π‘π€π‰π€πˆπ„ 𝐅𝐀𝐐𝐄𝐄𝐇 : 3

Background color
Font
Font size
Line height

𝓑𝓲𝓼𝓢𝓲𝓡𝓡π“ͺ𝓱.....

hm entah kenapa harini aku rasa tak sedap hati padahal aku nak balik kampung

TING!

*UNKNOWN NUMBER*

" drive safe babygirl "

'lah siapa dia ni nombor sama mesej aku dia ada dekat sini ke ' getus hatinya takut juga sudah lah perjalanannya masih jauh

"Astagfirullah hal azim" Afeena Maisara beristighfar nak halau perasaan yang tak
elok ini dan meneruskan pemanduannya ke kampung

_KUALA TERENGGANU_


"Alhamdulillah lega , sampai pun akhirnya tapi kenapa rumah aku ini macam ada orang datang ? Umi takde cakap pun ada orang nak datang ?" soal Afeena Maisara tanpa membuang masa Afeena Maisara melangkah keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah

"Assalamualaikum Umi Abah" ucap Afeena Maisara lalu memeluk ibu bapanya yang sedang kearahnya

"Waalaikumussalam , bertuoh punya budok nok balik dok kabo dulu kalu dok boleh Umi masok sedap-sedap " ujar Puan Alyanah Medina geram dengan perangai anaknya yang suka datang mengejut

jangan terkejut dengan loghat tu sebab Puan Alyanah Medina berasal dari Terengganu Tuan Aafiyat Mustaqeem pula berasal dari Sepanyol

"Hehehe umi ini macam tak biasa , Sara kan sudah habis belajar jadi Sara balik la kampung sebelum mula bekerja dekat Kuala Lumpur " katanya dengan senyuman manis

malu sebenarnya sebab ada mata-mata yang menoleh ke arah mereka di depan pintu

"Iya tak mengapa , mari masuk babah dengan umi ada nak bincang sesuatu ini" ujar Tuan Aafiyat Mustaqeem dan menarik anaknya untuk duduk di sofa bersama tetamu

aih kenapa ini ada cincin bagai takkan la adik aku nak ....

"Sara , sara" Puan Alyanah Medina menepuk bahu anaknya nampak macam termenung jauh aje

"ha ye Umi kenapa " alah dia cuba menghalau perasaan yang tak elok daripada bertandang dalam kepalanya

"Umi dengan Babah sudah bincang dengan keluarga Dato Rajaie Fadlan nak satukan kamu berdua " kata Puan Alyanah Medina sambil menepuk perlahan tangan anaknya dia tahu mungkin anaknya sedikit terkejut

Dato Rajaie Fadlan nama seakan-akan familiar tapi siapa ya ? otaknya memproses kembali siapakah gerangan yang bernama Dato Rajaie Fadlan ?

melopong mulut sara mendengar pernyataan daripada Uminya

"Ss-satukan ? maksud umi macam mana ?" soal Afeena Maisara takkan lah dia akan berumah tangga sebelum dia bekerja TAKNAKK

"Sara babah tahu mungkin sara terkejut tapi ini untuk kebaikan sara juga kami akan tunangkan kamu dengan putera sulung keluarga Rajaie Fadlan " lembut sahaja suara babah seakan-akan memujuk Afeena Maisara supaya menerima lamaran itu

"Sara setuju ke untuk jadi menantu aunty ?" Soal Datin Faiqah bukan apa takutnya Afeena Maisara tolak pinangan ini menangis anak sulungnya nanti

'Ya Allah , berikan lah kekuatan kepadaku' getusnya dalam hati

sakit hatinya bagai terasa masa depannya tidak cerah mendengar hajat yang disampaikan tadi

"Sara aunty Faiqah tanya itu , Sara setuju dok kalu Sara setuju kira rasmi lah Sara akan bertunang dengan putera sulung Aunty Faiqah " Puan Alyanah Medina memberi keterangan apabila melihatnya anaknya yang diam aje macam orang yang dihimpit banyak persoalan

"S-Sara setuju aje Umi Babah , asalkan Umi Babah bahagia sara okey aje " Ya Allah sesungguhnya aku tak kuat tapi demi kebahagian kedua ibu bapanya Afeena Maisara sanggup bertunang dengan manusia yang datang dari cabang mana entah

"Alhamdulillah Qah dengar dok tu , Sara setuju " gembira Puan Alyanah Medina memberitahu Datin Faiqah pinangannya diterima

"Alhamdulillah Alya boleh la aku sarung kan cincin yea " Datin Faiqah bangun dari tempat duduknya dan menyarungkan cincin silver lalu disarungkan ke jari Afeena Maisara

CINCIN MERISIK :


"Cantik bakal menantu mummy ni" puji Datin Faiqah dia sudah lama berkenan dengan Afeena Maisara tunggu masa aje nak masuk meminang


Afeena Maisara hanya mampu ukirkan senyuman yang manis dimata orang tetapi palsu dimatanya

"Baiklah Yat sudah selesai merisik ini , mari lah kita bincang hari pertunangnya " ujar Dato Rajaie Fadlan tak sabar nak tengok anaknya bahagia semula

"Kita tanya tuan punya badan lah nak tunang bila , diorang yang bertunang bukan kita , Lan " percakapan Tuan Aafiyat Mustaqeem mengundang tawa tetamu yang datang

"Ha sara nak bertunang bila ?" Soal Puan Alyanah Medina kepada anaknya

"Pasal tunang itu Sara tak kisah bila , tapi sara nak letakkan syarat boleh" soal Afeena Maisara dia taknak membebankan fikirannya

berkerut dahi tetamu yang datang syarat apa ya ?

"Boleh sara syarat apa itu ?" Soal Datin Faiqah dia sanggup lakukan apa sahaja demi kebahagiaan anak terunanya itu

Afeena Maisara menarik nafas lega mendengar Puan Faiqah seakan bersetuju jika dia menyatakan syarat nya

"emm macam ini Sara akan bertunang tetapi Sara nak minta izin untuk ke Kuala Lumpur nak cari kerja sementara menunggu hari perkahwinan sara " perit juga baginya untuk sebut perkataan 'perkahwinan' yang baru wujud dalam kamus hidupnya

"Ouh macam itu baiklah kami okey aje kalau itu syaratnya "kata Dato Rajaie Fadlan dengan senyuman manis

"Alhamdulillah , Sara balik kuala lumpur bila? boleh lah kita buat majlis pertunangan itu dalam masa terdekat " cadang Datin Faiqah

"Hm macam ini aunty , saya cadang nak balik lagi 2 minggu sebab saya ada interview kerja dekat Kuala Lumpur " kata Afeena Maisara saja mencadang itu bermakna dia akan bertunang minggu ini yea

"Tak payah beraunty , uncle yea panggil mummy dengan daddy aje " ramah sekali Dato Rajaie Fadlan berbicara

'Semoga apa yang aku buat ini betul' getus hati Afeena Maisara

"Baiklah kalau macam itu , apa kata kita tunangkan Sara dengan Faqeeh minggu depan " cadang Datin Faiqah sebab kalau buat majlis minggu ini tak sempat nak tempah pelamin baju bagai nanti

"A- aunty.... eh em..mummy boleh tak Sara bertunang minggu ini hari khamis ini ke ?" Soal Afeena Maisara teragak-agak moga diterima la niatnya ini sebab nak balik Kuala Lumpur awal ada hal nak diuruskan

"Ehh tak boleh Sara baju tunang tak tempah lagi , pelamin semua tu ha nanti tak meriah " bantah Datin Faiqah

Afeena Maisara merenung kedua ibu bapanya yang diam dari tadi macam ada sorokkan sesuatu

"maaf menyampuk ,bakpe sara nak tunang cepat sangat ni ada masalah ke?" Soal Puan Alyanah Medina pelik anaknya tiba-tiba aje perangai macam ini

"Eh tak adalah umi , Sara rancang nak tunang awal supaya nanti tak adalah sara kalut nak fikir pasal tunang dengan kerja'" ujar Afeena Maisara jujur ya settle je majlis tunang ni dia nak lari ke Kuala Lumpur

"Ouh kalau macam itu boleh aje majlis pertunangan itu kita adakan 3 hari dari sekarang boleh ya " cadang Dato Rajaie Fadlan

"Saya okey aje kalau macam itu saya minta diri ke bilik dululah ya " pamit Afeena Maisara dengan sopan tak nak dia duduk lama-lama nanti lain pulak jadi

"Baiklah hati-hati" jawap semua serentak dan menghantar Afeena Maisara dengan mata mereka serta meneruskan perbincangan tentang majlis pertunangan Sara

Afeena Maisara menolak dedaun pintu yang terkatup itu untuk memboloskan diri ke dalam bilik
Penat ya dia penat memikirkan nasibnya dan statusnya yang akan berubah

HYEK!

Afeena Maisara melompat ke atas katilnya nak pejam mata kejap dia membuka pin tudungnya sebelum dia diulit mimpi

KTUK!
KTUK!

"Emmm" Afeena Maisara mengeram siapa la kacau dia tidur ni


"Kak adik masuk ye" ujar Afiyah disebalik pintu

Afeena Maisara mengagahkan matanya daripada tertutup

"Hmm Afiyah nak apa" soal Afeena Maisara yang lagi mamai

"Betul ke akak , akan bertunang ? Dengan keluarga Dato Rajaie Fadlan?" Soal Afiyah Mikayla gembira hatinya mendengar Puan Alyana Medina memberitahu kakaknya bakal bertunang

heh budak ni soalan dibalas soalan pulak

"Hm betul la tu " jawap Afeena Maisara acuh tak acuh

Dia bangun menuju ke belakang pintu mengambil tualanya nak mandi dari tadi lagi tidur sedar-sedar sudah nak masuk waktu asar

"Wow akak tahu dok adik dengar..." belum sempat habis ayat Afiyah tiba-tiba mulutnya ditekup oleh Afeena Maisara memberi isyarat untuk Afiyah Mikayla diam. dia malas nak dengar

"Ya afiyah nanti cerita akak nak mandi siap-siap sudah la nak masuk waktu asar ni " katanya dan ke bilik air

Usai mandi dia ke arah meja solek yang kelihatan bersepah seperti meminta untuk dibersihkan

hah finally bersih pun
dia mengambil tempat duduk menghadap cermin dan mula berfikir semula

'Aku bertunang ? Bertunang aku ? Aku ? Bertunang ? aaaaaa gila lah macam ini ' getusnya seorang diri

berkaca matanya teringat akan kata-kata tadi

TING!

*UNKNOWN NUMBER

" i promise , i'll take care of you until my last breath "

siapa owner number ni dia ni psiko la

Sara : excuse me , awak salah orang ni saya sudah ada tunang.


butang send ditekan
HAHAHAHAHA padan muka mung jangan ganggu aku serabut tau tak aku nak fikir pasal tunang lagi kerja lagi

TING!

*UNKNOWN NUMBER*

" ouh really ? i don't think i message the wrong person ,babygirl "

lhaa mamat ni apahal tiba-tiba je babe , babe bab* dia geram pulak aku malas aku balas


KTUK!
KTUK!


"Akak umi panggil suruh makan same cepat sikit" ujar Afiyah Mikayla di sebalik pintu

"Ya akak nak turun la ni" kata Afeena Maisara lalu turun ke bawah laparr nak makan

"ha kakak meh makan dulu , umi tahu kakak mesti lapar kan dari tadi agi duk dalam bilik itu " ajak Puan Alyanah Medina kepada anaknya yang baru turun

Afeena Maisara mengukir senyuman nipis lalu duduk di meja makan

mmm kecur liur Afeena Maisara melihat makanan di depannya lauk lain dia tak kisah yang dia kesah sekarang ini favourite dia ayam buttermilk

"mmmm sedapnya umi , ayam buttermilk ni " kata Afeena Maisara yang sedang mengunyah ayam

"makan biar abis dulu baru bercakap " tegur Afiyah Mikayla kepada kakaknya tahu lah sedap nak cakap tunggu la habis makanan dulu

Usai makan mereka sekeluarga berehat di depan tv menonton rancangan berita TV3

hmm bosan sangat Afeena Maisara mengeluarkan telefon pintarnya scroll tiktok la wei

"hmm akak , babah ada hal sikit nak cakap tapi janji jangan terkejut ya " kata babah dia ingin jujur kenapa Afeena Maisara disuruh bertunang dengan anak kepada Dato Rajaie Fadlan

"ha apa dia tu babah ?" tanya Afeena Maisara matanya masih ralit memerhati telefon pintar

"sara focus sikit babah nak cakap sekali aje dok ulang doh ekgi!!" marah Puan Alyanah Medina apabila melihat anaknya yang khusyuk sangat main telefon

Afeena Maisara mematikan telefonnya dan memandnag ke arah Umi dan babah nak fokus la ni

"ya umi babah nak cakap apa tadi ? sorry Afeena Maisara khusyuk sangat layan tiktok " kata sara lalu tersengih sumbing

Tuan Aafiyat Mustaqeem narik nafas dalam dan menghembusnya perlahan dia takut apa yang akan disampaikan akan buat anaknya tak selesa

"babah sebenarnya ada hutang dengan keluarga Dato Rajaie Fadlan , babah berhutang dengan dia sebab nak bayar yuran kakak belajar . Satu lagi babah ada janji dengan keluarga Dato tu kalau babah dokleh nok bayo semula Afeena Maisara kena kahwin dengan anak sulungnya " jelas Tuan Aafiyat Mustaqeem

terpempan wajah Afeena Maisara
astagfirullah apa yang aku dengar ni ?
apa bende semua ni ?

"b-babah , k-kenapa sampai berhutang " dia masih menahan air matanya daripada mengalir di pipinya

"kenapa sampai berhutang babah ? kot ye pun tak cukup duit babah boleh bagitahu kakak , kakak boleh cari kerja sementara " sendu suaranya menjawap

"Babah terdesak sangat time itu pejabat Babah ada masalah hampir bangkrut ada kes seleweng duit . Babah buntu masa tu tapi time tu juga family Dato Rajaie Fadlan sudi nak bantu babah jadi babah terima bantuan diorang demi kehidupan keluarga kita juga" kata Tuan Aafiyat Mustaqeem dia tahu anaknya pasti terkesima dengan apa yang dia sudah lakukan

"Babah dah kenapa agak-agak lah kalau terdesak sangat jangan la sampai kena jual anak sendiri!!" bentak Afeena Maisara dadanya berombak turun dan naik menahan amarah di dada

Tuan Aafiyat Mustaqeem terdiam saat dijerkah oleh anaknya dia sedar apa yang dia buat telah membuat anaknya terasa hati

"Babah minta maaf , ini aje yang babah mampu buat" Tuan Aafiyat Mustaqeem sedar akan silapnya

'Ya Allah babah , babah buat semua ini untuk keselesaan keluarga jugak apa aku boleh buat ada lagi 3 hari aje lagi majlis pertunangan aku' getus hati Afeena Maisara

Afeena Maisara mengeluh kecil
"takpe lah babah sara maafkan lagi pun sara sudah setuju untuk bertunang , sara redha aje kalau umi dengan babah bahagia sara pun bahagia , sara minta maaf sebab terkasar bahasa babah " ujar Afeena Maisara dia mampu mengukirkan senyum pahit

"Babah maafkan sara bawa bertenang ye , kenal-kenal lah dulu dengan anak Dato Fadlan tu babah tahu anaknya tu baik orangnya " kata babah dia tidak mahu anaknya menerima sesorang kerana terpaksa

"hm okey babah , nanti sara cuba kenal dengan anak Dato Fadlan ,kalau macam tu sara masuk tidur dulu la umi babah esok nak keluar cari barang sikit " kemudian dia pun berlalu pergi sebaik sahaja minta diri

Tuan Aafiyat Mustaqeem dan Puan Alyanah Madina menghantar sara dengan anak mata mereka

"Abang beso doh anok kita , semoga sara boleh jadi anok yang solehah" kata Puan Alyanah Medina kepada suaminya

"insha allah , sara tu baik budaknya tak pernah melawan cakap kita abang yakin dia akan buat yang terbaik untuk kebahagiaan kita dan juga dia " balas Tuan Aafiyat Mustaqeem lalu memeluk isterinya yang berada disisi

"Ehem adik ada kat sini lagi babah , kalu rasa nak bagi adik dekat adik rasa tak payah la susah-susah aje " kata Afiyah Mikayla lantas dia bangun dan naik ke bilik nak rehat tak nak layan orang bersweet-sweet

Afeena Maisara masuk ke bilik dan duduk di birai katil

haih macam mana la aku nak hadap orang baharu dalam hidup aku

sara mengeluh dia penat , dia nak luahkan perasaan dia tapi dek


*UNKNOWN NUMBER*

" are you okay , baby girl ?"

" hey don't worry i always be here for you "

" jangan pendam perasaan , nanti sakit luahkan saja dekat aku , anggap aku ni tempat kau meluah sebab kita sama-sama tak kenal "


TBC.....

vote la guyss..πŸ™πŸ»
nanti saya update lagi yer...


You are reading the story above: TeenFic.Net