๐‘๐€๐‰๐€๐ˆ๐„ ๐…๐€๐๐„๐„๐‡ : 4

Background color
Font
Font size
Line height


๐“‘๐“ฒ๐“ผ๐“ถ๐“ฒ๐“ต๐“ต๐“ช๐“ฑ...

_RF'S HOLDING_

Rajaie Faqeeh berjalan ke bilik pejabatnya untuk memeriksa fail kerja yang tertunggak siang tadi

Dia mengerling kearah jam tangannya yang menunjukkan pukul 10:30 malam masih ada yang bekerja biasa lah OT

pekerja di syarikat RF'S Holding menunduk kepala apabila Rajaie Faqeeh lalu didepan mereka tanda mereka hormat

tipu la kalau nak kata tiada sorang pun yang takut dengan Rajaie Faqeeh tu

semua pekerja Rajaie Faqeeh tahu bahawa bos mereka tu seorang yang tegas dalam bekerja dia paling tak suka pekerja yang bermain-main

Rajaie Faqeeh masuk ke dalam biliknya lalu melabuhkan punggung nya ke atas kerusi empuk di pejabatnya lalu interkom di atas meja ditekan

"Fendy , masuk jap aku ada hal nak tanya kau " kata Rajaie Faqeeh melalui interkom yang menghubungkan dia dan Fendy


KTUK!


" Rajaie boleh aku masuk ?" tanya Fendy a.k.a PA kepada Rajaie Faqeeh serta merupakan sahabat kepada Rajaie Faqeeh

"Masuk" laung Rajaie Faqeeh dari dalam bilik

Masuk sahaja dalam bilik kerja Fendy disajikan dengan wajah Rajaie Faqeeh yang cemberut

'apa hal pula cemberut aje orang tua ni ?" soal Fendy dalam hati daripada aku menyoal dalam hati baik aku tanya terus

"kenapa ni bro cemberut aje muka kau ? ada masalah ke ?" soal Fendy lalu melabuhkan punggung duduk di kerusi depan Rajaie Faqeeh

fyi Fendy ni berani sebab dia paling rapat dengan Rajaie Faqeeh dari tadika sampai sekarang

Rajaie Faqeeh berdehem membaiki suara sebelum bertanya kepada Fendy

"aku nak tanya ni , kau rasa aku ni jenis macam mana ? kau takyah nak tapis sangat bercakap macam la aku baru kenal sehari dua . Sekarang aku nak kau jujur dengan aku " kata Rajaie Faqeeh dia nak tahu juga apa pandangan orang sekeliling pada dia

"Kenapa dengan kau ni bro ? Ni mesti cik tunang mengata kau kan ?" Tanya Fendy dia tahu punca sahabat dia ni muka cemberut

mesej Afeena Maisara senyap-senyap konon nak acah stranger padahal dia nak bertaa'ruf dengan bakal tunang dia tu

"hmm betul la tu " balas Rajaie Faqeeh acuh tak acuh

terepas tawa Fendy alahai kesian tunang sendiri mengata tentang dia

Rajaie Faqeeh hanya memandang dengan mata yang tajam geram dengan Fendy ni kerja dia ni asyik gelak aje

"HAHAHAHA , sorry bro okay kalini aku serius " Fendy mematikan ketawa lalu menayangkan riak wajah biasa

tangan Fendy mengetuk dagu seolah-olah sedang berfikir...

"hmm aku rasa kau okay aje , baik . peramah . cukup semua cuma kau jenis tak suka selfie tu je " balas Fendy sebab tak ada yang nak di kritik tentang Rajaie Faqeeh sebab sahabat dia ni memang dah perfect

"ye erk , kau tahu Sara bagitahu dia dengar orang cakap aku ni jenis payah senyum , busy selalu , jarang post gambar . Dia tak tahu ke aku sanggup ni buat apa sahaja demi dia" haih sendu suaranya bercakap seperti kecewa. Kecewa kah dia ?



โ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ข||||||||||โ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ข


BUZZ!
BUZZ!

bunyi penggera membangun kan Afeena Maisara dari tidur

"aa alhamdulillah , penat nya pukul berapa dah ni ?"

Afeena Maisara menggosok matanya lalu melihat jam di sisi lha baru pukul 5 pagi kalau lelap sekejap ni takpe kan

Afeena Maisara menyambung tidurnya sampai la....

KTUK!

"kak bangun subuh pukul 6 doh ni bangun la " jerit Afiyah Mikayla dari luar bilik

senyap .... tiada respon

geram Afiyah Mikayla bila dapat silent teeatment macam ni dia pun masuk ke dalam bilik Afeena Maisara

"kak bangun la , mareng kakak kabo nok cari barang , adik nak ikut nak cari barang juga cepat la mandi , siap-siap solat subuh nu pastu breakfast dekat bawah " kata Afiyah Mikayla kepada sara

Afeena Maisara hanya diam dia masih diulit mimpi


Afiyah Mikayla menggoncang tubuh Afeena Maisara sehingga dia sedar

"hmm nak apa afiyah " tanya Afeena Maisara yang masih mamai tangannya menggosok mata terasa pedih

"Ya Allah kak , punya la panjang adik cakap tadi akak dok dengo " marah Afiyah Mikayla geram pula kita cakap tadi dia tak dengar

"hm akak dengar dah la adik turun la dulu akak nak mandi siap-siap nak keluar cari barang "
ujar Afeena Maisara lalu dia bangun dan terus ke bilik air membersihkan diri dan bersiap untuk solat subuh

usai solat subuh Afeena Maisara cuba mengingati apa yang berlaku semalam

air matanya mula bertakung di balik nak happy-happy rehat tapi lain pula jadi

TING!

bunyi notifikasi itu membuatkan Afeena Maisara berhenti mengelamun dia bangun mengemas sejadah dan ke katil dan membuka telefon pintarnya lalu butang whatsapp ditekan


*UNKNOWN NUMBER*


" selamat pagi , mulakan pagi yang baru ni dengan bismillah pastu pakej dengan senyuman ya sara "

ya allah , terima kasih hadirkan hambamu yang masih mengambil berat tentangku

sungguh dia terharu dengan ayat mamat ni tapi dia kena berhati-hati juga takut mamat ni ada niat tak baik

'tapi aku rasa kalau dia tak bagi cadangan semalam mesti aku ni masih nangis-nangis sebab pendam perasaan sorang-sorang ' getus hati Afeena Maisara

typing....

Sara : selamat pagi , thanks untuk nasihat tu  saya akan buat apa yang awak cadangkan semalam


butang send ditekan

sementara menunggu mamat ni balas Afeena Maisara ke walk-in closet mencari pakaian yang ingin dipakai ke mall nak cari barang bertunang la

Afeena Maisara mengenakan pakaian simple harini iaitu baju t-shirt brown lengan panjang , seluar track biasa , bawal printed berwarna cream dan tak lupa dengan handsock dan stoking aurat kena jaga yer

usai memilih pakaian dia ke katil semula untuk memeriksa mesej yang masuk

*UNKNOWN NUMBER*

" ha kan bagus kau dengar cakap aku ,  that my girl its okay kenal-kenal dulu , Bak kata orang tua-tua tak kenal maka tak cinta gituw "

Afeena Maisara menghamburkan ketawa . Bahagia rasanya ada kawan macam ni

Eh ? Kawan ?

dia membalas mesej dengan mereaksikan emoji gelak

kalau chat lama-lama dengan mamat ni boleh lupa dia dengan rancangan dia hari ni

dia bingkas bangun dari katil dan turun ke bawah untuk breakfast

" Sara meh makan dulu , umi ade masok nasi goreng ni " ajak Puan Alyanah Medina ketika melihat anaknya yang sedang turun dari tangga kebetulan dia sedang menyedukkan nasi alang-alang dia boleh hidangkan nasi sepinggan untuk Afeena Maisara

Afeena Maisara hanya membalas dengan senyuman lalu ke meja makan kerusi di tarik untuk berlabuh punggung

" bismillah" ucap Afeena Maisara lalu menyuakan nasi ke dalam mulut

mmmm masakan umi memang tak pernah mengecewakan habis licin Afeena Maisara makan nasi goreng

pinggan yang licin di bawa ke dapur untuk di cuci lepas makan takkan nak tinggal je kan , selepas itu dia kembali ke meja makan untuk menghirup air tea o kegemarannya

Tuan Aafiyat Mustaqeem hanya memerhati anaknya senyap dari tadi jadi dia memulakan bicara

" Sara nanti pergi nak cari barang apa ? afiyah ikut sekali kan ?" soal Tuan Aafiyat Mustaqeem kepada Afeena Maisara

"nak cari barang tunang babah , pastu teman afiyah ni dia kata nak cari barang katanya " jawap Afeena Maisara lalu menghirup airnya sehingga habis

"sara pergi dulu la umi babah takut lewat nanti " kata Afeena Maisara lalu dia bangun dari kerusinya bersalaman dengan umi dan babah meminta izin untuk keluar

"afiyah jom lambat akak tinggal " ujar Afeena Maisara melihat Afiyah Mikayla yang makan lambat

takde masa dia nak menunggu Afiyah Mikayla ni sudah la makan lambat nasib baik Afiyah Mikayla sudah bersiap kalau tak 2 jam la menunggu budak ni bersiap

"ha akak gi start kereta dulu , afiyah nok ambik beg duit jap dalam bilik " jawap Afiyah Mikayla lalu ke biliknya di tingkat dua

Afiyah Mikayla bersalaman dengan Tuan Aafiyat Mustaqeem dan Puan Alyanah Medina meminta diri untuk keluar

dia mengeluarkan kasut adidas nya dari dalam rak kasut

semasa dia sedang mengikat tali kasut umi tiba-tiba Puan Alyanah Medina muncul dibelakangnya

"adik tengok kit kakak or umi takut ye wak bende bukan-bukan , lepas kejadian mareng kakak lebih suka diam diri " pesan Puan Alyanah Medina kepada Afiyah Mikayla jujur hatinya tidak tenang selepas melihat sara yang diam tidak seceria dulu mungkin emosi anaknya tidak stabil

PIN!!


bunyi hon ditekan sebelum kereta Afeena Maisara keluar dari halaman rumah

sejurus itu Afeena Maisara memulakan perjalanannya ke mall yang mengambil masa setengah jam

_DI MALL_


"Akak afiyah nok cari barang kat WMO Books jap takpe kan ? " Soal Afiyah Mikayla takut kakaknya tak selesa cari barang sorang-sorang

"hm takpe cari ajelah barang adik tu , nanti lepas dapat barang tu adik call kakak pastu kita jumpa balik " jawap Afeena Maisara memberi kebenaran kepada adiknya untuk ke kedai buku

hilang sahaja kelibat Afiyah Mikayla , Afeena Mikayla berasa sunyi dia masih berfikir nak cari barang apa untuk bertunang ? keluarganya mana ada orang lelaki kecuali babah

hm Afeena Maisara mengambil tempat duduk di dalam mall kepalanya mula memproses memikirkan mungkin ada seseorang yang boleh bantu dia cari barang untuk bertunang

dan ya rasanya dia tahu siapa yang mungkin boleh bantu

telefon pintar dikeluarkan dari beg tangannya tangan mengetik password lalu ikon whatsapp ditekan mencari gerangan yang akan membantunya

ha jumpa nama MH ditekan nasib baik dia masih online .

info baru sara dah tukarkan nama unknown number kepada MH yang bermaksud ' Mr Helper ' sebab bantu dia selalu

tanpa membuang masa Afeena Maisara terus memberitahu apa yang dia ingin tanyakan

* MH *


Sara : maaf ganggu awak busy ke ?

typing...

MH : eh tak menganggu pun . Kenapa ?

tersenyum lebar Rajaie Faqeeh mendapat mesej daripada Cik Tunang

'yes peluang aku ni boleh la aku tanya di barang apa lelaki suka ' getus hati Afeena Maisara

Sara : erm macam ni sara nak tanya biasa nya lelaki suka barang apa ? Saya tak tahu nak cari barang apa untuk majlis tunang saya

send!

typing....


HM : oh i see , in confusion right its okay let me suggest you some stuff that maybe can help you


HM : kau boleh cuba belikan dia baju melayu ke perfume ke anything la yang kau rasa kalau dia pakai nampak segak

"amboi mamat ni tadi kata nak suggest pastu suggest kan aku 2 bende je pastu anything lak dia ingat aku tahu ek " gumam Afeena Maisara sendiri

Sara : awak ni jangan la sebut anything tu saya tak tahu nak beli barang apa ni , saya mana pernah ada hubungan dengan lelaki

typing...

MH : aih to cute to handle la kau ni . Macam ni lah cuba kau cari barang lepas tu kau bayangkan barang yang kau beli tu tunang kau guna ha kau rasa okay tak kalau guna guna ?

ketawa kecil Rajaie Faqeeh dengan telatah Afeena Maisara ni

Sara : macam mana saya nak bayangkan gambar pun saya takde

Sara : kalau awak ada gambar dia share la saya nak tahu juga macam mana rupa dia

'aku harap mamat ni boleh bantu aku kenal dengan bakal tunang aku ni ' getus hatinya

typing...

MH :  haih kau ni geram pula aku dengan kau ni . mamat tu kan bakal tunang kau takkan la kau tak ambil tahu langsung pasal dia  mam mana nak sehidup semati kalau tak tahu langsung pasal pasangan

geram pulak Rajaie Faqeeh dengan perangai Sara macam tak ambil tahu langsung pasal dia

Afeena Maisara terdiam selepas membaca mesej tersebut ayat tu dia cuba untuk faham

" jahat sangat ke aku ?" gumam Afeena Maisara sendiri

aku bukan tak ambil tahu langsung cuba tak ambil kisah salah ke ? soal Afeena Maisara kepada dirinya

MH : nevermind , just forget it nanti aku send gambar Rajaie Faqeeh kalau kau rasa susah juga nak cari barang call je aku

PHOTO RAJAIE FAQEEH :


wah boleh tahan juga bakal tunang aku ni ada rupa walau takde muka ditenung gambar yang dihantar oleh MH

hensem sangat ni aku tak tahu barang apa yang sesuai sudah dia ni anak Dato takkan la aku nak beli barang murah ' getus hati Afeena Maisara

Afeena Maisara bangun dari tempat duduknya punggung terasa kebas akibat lama sangat duduk

Afeena Maisara mencari kenalan di whatsapp nama Afiyah Mikayla ditekan

Sara : adik ade dekat mana ? Beli buku ke buat buku?

soal Afeena Maisara kepada Afiyah Mikayla lama dia tunggu budak ni sudah la dia tak beli satu pun lagi barang

kalau balik dengan tangan kosong nanti Puan Alyanah Medina meleter keluar lama-lama tak beli barang

typing....

afiyah : sorry kak tengoh cari buku agi ni nok wak research sikit akak  gi jelah cari barang tunang nanti akak
siap cari bqrang call la adik


Sara : hmm okeh jaga diri

Afeena Maisara mengeluh dia tak tahu nak cari barang apa untuk majlis dia mata masih tak lagi menatap skrin telefon sambil berjalan tiba-tiba....


gedebuk!

" a-aduh " Afeena Maisara terjatuh terlanggar dengan manusia siapa tu ?

Afeena Maisara mendongak kepala ke atas sakit kepala dia terlanggar bende keras

melopong mulut Afeena Maisara dia kira dia terlanggar tiang rupa-rupanya...

"Ee-eh sara sorry aku tak sengaja " cemas Rajaie Faqeeh melihat Afeena Maisara yang jatuh akibat terlanggarnya

"Faqeeh ?" soal Afeena Maisara kalau tak silap dia sebab dia macam pernah tengok wajah yang pernah dia tilik dulu

"ha yela tu aku la faqeeh , kau okay tak nak ke klinik ?" soal Rajaie Faqeeh kepada Afeena Maisara

"hm tak payah saya nak cari barang tepi sikit "kata Afeena Maisara lalu bangun dari duduknya sudah la jatuh dalam mall buat malu aje

"hah , cari barang ?" soal Rajaie Faqeeh sengaja buat tanya padahal dari tadi lagi dia duk stalk bakal tunang dia ni

Afeena Maisara hanya mengangguk dan mengangkat kaki nak beredar dari situ sakit kepala dia terlanggar badan Rajaie Faqeeh

'keras betul badan dia sakit kepala aku ' getus Afeena Maisara dalam hati

"eh tunggu dulu , apa kata tanda aku minta maaf aku teman kau cari barang , boleh ?" Soal Rajaie Faqeeh alang-alang boleh spend time dengan Cik Tunang bukan selalu

Afeena Maisara merenung wajah Rajaie Faqeeh dengan pandangan mata yang tajam

'hm dia ni lelaki tak salahkan kalau aku ajak dia cari barang untuk aku bertunang ?' soal hati Afeena Maisara

"Sara ?" Rajaie Faqeeh mengetik jari sebab nak sedarkan Cik Tunang ni jauh sangat berfikir tu

Afeena Maisara seakan-akan baru tersedar dari apa yang dia fikir dia pun menggeleng kepala

apa aku fikir ni aih

"kenapa geleng kepala ?" soal Rajaie Faqeeh berkerut dahinya Cik Tunang tak sudi ke nak date dengan dia

"Eh bukan apa saya tak nak ganggu awak , kalau awak tak ada kerja saya nak awak tolong saya cari barang untuk bakal tunang saya " jelas Afeena Maisara kepada Rajaie Faqeeh

Rajaie Faqeeh mengangguk tanda dia faham cik tunang dia ni ada masalah nak pilihkan barang untuk dia

" tak menganggu pun , kebetulan saya pun nak cari barang untuk anak sedara saya boleh la saya tanya awak apa orang perempuan suka " kata Rajaie Faqeeh lalu menguntumkan senyum manis

'masha allah cantiknya senyuman dia , apasal jantung aku ni tak duduk diam ni' getus hatinya

Afeena Maisara terpana dengan senyuman Rajaie Faqeeh lalu dia menggeleng kepala sekali lagi

"astagfirullah jangan fikir Afeena Maisara kau sudah nak bertunang , jangan lah tiba-tiba terpikat dengan Faqeeh ni sebab senyuman dia naya uii " gumam sara perlahan namun tanpa dia sedar telinga Rajaie Faqeeh bertukar merah mendengar setiap bait kata Afeena Maisara tadi

'oh encik jantung jangan keluar weii Cik Tunang puji akuu' getus hati Rajaie Faqeeh bahagia hatinyaaa

Afeena Maisara memandang Rajaie Faqeeh dengan oandangan kosong tapi dia terperasan sesuatu dekat wajah Rajaie Faqeeh

Telinga Faqeeh merah

macam blushing.....

dia blushing ke ?

' dia dengar ke apa cakap tadi ' Afeena Maisara menekup mulutnya ha sudah naya dia

"Ehem jom lah cari barang cepat saya nak balik sebelum zohor , nanti umi saya marah pula balik lambat " kata Afeena Maisara dia mengangkat kaki dari situ

Rajaie Faqeeh hanya menggeleng kepala dengan telatah Afeena Maisara ni comellll

dia berjalan mengiringi Afeena Maisara dan masuk ke beberapa buah kedai di dalam mall mencari barang tunang mereka

usai mencari barang Afeena Maisara melabuhkan punggung di sebuah kerusi panjang di dalam mall

Rajaie Faqeeh memerhati wajah Afeena Maisara kelihatan penat cari barang kesian Cik Tunang

"Kau duduk sini sekejap , aku nak ke sana beli barang sikit " ujar Rajaie Faqeeh lalu meletakkan beg shopping nya dia atas kerusi sebelah Afeena Maisara lalu ke arah kedai yang ingin dituju

Afeena Maisara hanya mengangguk perlahan dia penat mencari barang longgar lutut pusing mall ni dia rasa lebih baik beli barang online aje

"Nah" terkejut Afeena Maisara tiba-tiba ada orang menghulurkan air kepadanya

dia memaling kepala ke sebelah

lah Faqeeh rupanya bila masa dia muncul ?
pelik dia ni hantu ke ?

"Thanks" Afeena Maisara menerima huluran air

You are reading the story above: TeenFic.Net