π‘π€π‰π€πˆπ„ 𝐅𝐀𝐐𝐄𝐄𝐇 : 2

Background color
Font
Font size
Line height


𝓑𝓲𝓼𝓢𝓲𝓡𝓡π“ͺ𝓱....

DI KAMPUS~


Afeena Maisara melirik kearah jam yang berganjak ke arah pukul 12 tengah hari menandakan kelasnya telah tamat

"Aah lega habis kelas boleh aku pergi mall cari barang" gumam Afeena Maisara sendiri

usai mengemas Afeena Maisara ke mall tiba-tiba

TING!
TING!

*UNKNOWN NUMBER*

" hye babe "
" i miss you "

berkerut kening Afeena Maisara membaca mesej tersebut siapa pula ni hmm dia memilih untuk mengabaikan sahaja mesej itu mungkin scammer

Dia meneruskan langkahnya ke FS cafe di dalam mall haih tekak teringin nak minum coffee pulak

"Welcome to FS CAFE " ujar seorang perempuan asing di kaunter dengan mengukir senyuman ke arahnya

'mungkin perempuan ni pelayan cafe' getus hatinya

"Hye , can i have a cup of coffee?" kataku ha bahasa omputih ni

"Sure which coffee?" soal pelayan itu

"Hmm... give me a cup of coffee mocha and... a crossaint , please" ujarku ha penat kepala aku fikir padahal fikir makanan je

"Alright Cik ada nak tambah apa-apa lagi?" soal wanita di kaunter itu

"Cik saya nak tanya sikit boleh ?" Soal Afeena Maisara kepada pelayan itu

"Ya Cik , tanya apa tu" pelayan itu hanya mampu tersenyum perasaan takut dalam hati di usir sudah la baru hari pertama kerja takut dia tidak cekap buat kerja

"hmm mana Natasya? biasanya dia ada dekat kaunter ni" Soalnya lagi bukan apa setahunya Natasya tu rajin orangnya la takkan kena pecat

"Ouh Natasya dia balik kampung , ada hal keluarga " jawap pelayan itu dengan sopan

"Ouhh i see " balas Afeena Maisara

"Alright the total will be RM15.90 , pay cash or card , Cik ?" kata wanita itu

"Ouh card please"

TIT!

usai membayar dia teringat akan mesej yang dia dapat tadi

siapa yang mesej aku tu , hm aku rasa aku takde cari masalah dengan sesiapa haih

dia mengeluh malas la aku pikir biar aje la

TING!

bunyi loceng di kaunter menyentak Afeena Maisara daripada lamunan dia terus mengambil pesanan di hadapannya malas nak fikir yang dia tahu dia nak rehatt

"cik.. cik" sayup bunyi orang memanggil

'gmhm ada orang panggil aku ke' hatinya mulai rasa tidak senang

"mana kunci kereta aku ni?" dia semakin cemas apabila terasa seperti bunyi derapan kaki ke arahnya

"Cik" jerit seorang lelaki dari belakang nya sedanv menahan Afeena Maisara daripada berjalan

tersentak Afeena Maisara tiba-tiba jalannya ditahan orang
"E-Ehhh lepas la awak nak ragut saya ke , lepass!!" jerit Afeena Maisara

Ehh kejap ,

'tubuh tegap , alis mata kemas , senyuman dia manis tapi pandangan matanya tajam macam nak bunuh orang , astagfirullah kenapa dengan aku ni mana tahu ni laki orang tak ke naya aku kena dengan wife dia' gumam Afeena Maisara dalam hati

ada ke patut si Afeena Maisara ni scan badan Rajaie Faqeeh ni tahu lah dia hensem . Eh?

"eh cik saya bukan nak meragut cik , ni saya nak bagi pesanan cik kita tertukar pesanan tadi dekat kaunter" ujar lelaki itu lalu menghulurkan makanan itu kepada Afeena Maisara

'damn this women look to cute to handle ' desis Rajaie Faqeeh apabila melihat Afeena Maisara yang kaku didepannya

"e-ehem cik ?" Rajaie Faqeeh berdehem untuk menjauhi kejanggalan sekarang

melopong mulut aku haih macam mana boleh tertukar pula ni
"oo-ouh ya maaf saya ingatkan awak nak ragut saya tadi" ujar Afeena Maisara alahai kau ni Afeena Maisara buat malu aje orang nak tolong tu


"tak mengapa saya mintak diri dulu btw nice to meet you ? " belum sempat ayat Rajaie Faqeeh , Afeena Maisara memotong ayatnya

"Saya Afeena Maisara" ujar Afeena Maisara entah dari mana datang keberanian nak berkenalan ni

"yeah i know your name , btw my name is Rajaie Faqeeh just call me Faqeeh " kata Rajaie Faqeeh lalu meninggalkan Afeena Maisara yang masih mempunyai soalan tu

"eehh pelik macam mana dia tahu nama aku , tacod la camni" niat ingin bertanya eh sosok figura tersebut dah hilang hm tak sempat nak kenal la dia mengangkat bahu tanda dia malas nak ambil tahu , tanpa membuang masa dia terus ke parkir dan menghidupkan kereta untuk pulang.

----------


DI RUMAH SEWA~

"Asalamualaikum Pia , aku sudah balik ni" ujar Afeena Maisara lalu memulas tombol pintu

"Waalaikumussalam ha balik pon , mana cadbury aku?" soal Sofiea sebab dia tengok Sara terlalu berlenggang balik dari kampus mesti Afeena Maisara lupa ni

Oh Nooooo
What should i do

"Ee-eh sorry...Pia aku terlupa nak beli kau punya cadbury" macam mana la aku boleh lupa ni mesti sebab orang yang tegur aku tadi haih tak sempat aku nak berhenti kedai beli cadbury

"okey...tak apa lah kalau lupa hm" ucap Sofiea dengan nada sayu tapi lebih kepada merajuk sebab tak dapat cadbury kesayangan

"sorry Pia sebenarnya aku ada story ni kejadian sebelum aku balik , kau nak dengar tak ?" soal Afeena Maisara sengaja sebenarnya nak mengalih topik

"Hm aku nak dengar cerita la" balas Sofiea acuh tak acuh

Afeena Maisara mengajak Sofiea duduk lalu memulakan cerita yang berlaku di mall tadi

β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’

"Wahhh mesti hensem kan mamat tu" itulah Sofiea bab lelaki laju aje

"hmm not bad la" ujar Afeena Maisara memang tak dinafikan memang mamat tadi tu hensem . Eh?

Sofiea hanya mengangguk kepala
hm yela kalau cakap pasal lelaki dengan makhluk bernama Afeena Maisara itu aje la jawapannya

"Sara kau dah habis belajar kan apa plan lepas ini?" soal Sofiea

"Hmm tak tau lagi mungkin aku nak balik kampung esok atau lusa nak rehat pastu balik sini semula nak cari kerja '' balas Afeena Maisara ya itulah rancangannya sebelum dia memulakan kehidupan sebagai seorang pekerja

Sofiea hanya mengangguk kepala tanda dia faham


"kau kenapa diam aje ni" soal Afeena Maisara dia perasaan sahabatnya ni dari tadi duk angguk aje

sebenarnya Sofiea ingin memberitahu sesuatu kepada Afeena Maisara tapi dia takut

Afeena Maisara menjongket kening tanda dia masih menunggu Sofiea untuk memulakan bicara

"aku nak bertunang" kata Sofiea lalu memejam matanya ntah kenapa dia rasa takut mungkin sebab dia tak bagitahu Afeena Maisara awal-awal

"WHATT!!" terjerit Afeena Maisara dek kerana terkejut terhinjut bahu Sofiea mendengar hanya yang berubah intonasi suara tu

"so-sorry mak aku suruh aku bertunang awal , katanya masa depan aku cerah tak perlu susah-susah cari kerja suami aku boleh tanggung aku" ujar Sofiea dia taknak sahabatnya merasa dia ni jahat sebab tak bagitahu awal-awal

"hmm takpe la Pia nak buat macam mana jodoh kau sudah sampai redha jela" ujar Afeena Maisara lalu memeluk sahabatnya yang sudah berkaca itu

dia tahu mesti perit kena terima kenyataan tiba-tiba bertunang dengan siapa pun tak tahu kesian Sofiea

macam mana la kalau aku kena macam ni haih

"Shh dah jangan nangis nanti aku belikan Cadbury" pujuk Afeena Maisara

keesokan harinya...

"Sara , ini ada lagi dua beg muat tak nak letak dekat bonet?" Soal Sofiea

"Ha muat aje meh bagi aku beg itu nak letak ni "

Sofiea menghulurkan beg Afeena Maisara untuk diletakkan dalam kereta al maklum lah orang nak balik kampung

"Alhamdulillah siap, aku pergi dulu yea Pia takut jalan sesak nanti . Jaga diri tau Pia, kalau masalah share je dengan aku " kata Afeena Maisara lalu memeluk Sofiea 

"yeaa kau tu drive safe , sampai kampung nanti kirim salam dekat umi dengan babah yea " ujar Sofiea selepas pelukan mereka terurai

"baiklah bye Pia i love you" ucap Afeena Maisara lalu menghidupkan keretanya untuk balik ke kampung halaman

"Bye Sara , drive safe , i love you too" Pia melambai-lambai kearah Afeena Maisara dari luar kereta

Afeena Maisara membunyikan hon tanda dia sudah bergerak ke kampung


TBC...

VOTE LA NANTI SAYA UPDATE LAGI.. πŸ™πŸ»
Agak cringe tapi saya usaha la buat tak cringe ye


You are reading the story above: TeenFic.Net