โ Bordeaux, France โ
RAHANG CL menegang sebaik selesai menyaksikan video Private Solo Battle yang Ellia sertai semalam. Tangannya pula erat mengepal penumbuk. "Those dark players..."
"CL, kau bawa bertenang dulu, okey? Aku takut ni," ujar Rel yang duduk bersebelahan lelaki itu. Dia pula yang rasa seriau memerhatikan reaksi CL.
Selama dia mengenali CL, dia tahu CL amat jarang mencapai tahap di mana dia benar-benar hilang sabar sepenuhnya. CL memang mudah geram, tetapi amukannya sukar dipancing. Dan sesiapa yang berjaya memancing amukan lelaki itu... Rel berani bertaruh, orang itu pasti akan menyesali perbuatannya seumur hidup.
Ada sebab mengapa CL memilih nama Cullen sebagai character IDnya... Benar, memang salah satu sebabnya adalah kerana CL seperti Edward Cullen, sang puntianak dalam cerita Twilight. Dia berkelakuan seperti puntianak, sentiasa menjadi player pertama mendapatkan First Blood dalam setiap battle yang dia sertai sebelumnya. Bahkan, dia sememangnya pakar membuat Fast Killing. Pun begitu, terdapat sebab lain yang membuatkan dia memutuskan untuk menggunakan character ID Cullen. Ianya disebabkan keperibadiannya yang persis keperibadian Edward. Edward begitu protective terhadap orang yang dia sayangi. Samalah juga halnya dengan CL.
Pernah sekali CL menyaksikan beberapa orang players mengatakan hal-hal yang buruk berkenaan pasangan bekas PK dan PQ of VRS dalam video-video di VRS Timeline beberapa tahun lepas... Hal yang terjadi selepas itu adalah mereka semua diburu oleh CL.
All that they said, he made them ate it all up. Mercilessly.
Sewaktu itu, CL memainkan setiap battle untuk meng'hadiah'kan mereka killing yang mampu membawa trauma dengan menggunakan akaun Guest User bagi mengelakkan identiti sebenarnya diketahui ramai. Kehadirannya sebagai penyerang tiada belas kasihan sempat menggemparkan komuniti VRS, sehinggakan seorang pengguna VRS Timeline membuat suatu kajian menyeluruh berkenaan dirinya. Pengguna itu mengatakan bahawa serangan tanpa belas kasihan Guest User tersebut yang mana ialah CL, cuma dikenakan ke atas para players yang menghina bekas PK dan PQ of VRS. Ramai yang menyokong serta mempercayai kajiannya, dan semenjak itu, tiada sesiapa lagi berani mencemuh dua figura terkenal dalam VRS tersebut.
Kekejaman CL hanya berhenti selepas berhasil membuat killing tanpa belas kasihan terhadap semua players yang mengundang amarahnya itu. Masih segar dalam ingatan Rel bagaimana CL sentiasa menyertai banyak battles demi melahap 'mangsa-mangsa'nya. CL sangat gigih mencari character ID players tersebut dalam setiap battle's participants list. Jika tidak ditemui, dia akan keluar dari battle itu. Namun jika dia melihat character ID sesiapa dalam kalangan mereka, awal-awal lagi dia akan mengesan kedudukan mereka. Malah ada yang tidak sampai sesaat memasuki arena battle, sudah diheadshot oleh CL. Fuh, kalau Rel yang kena... Sumpah dia trauma untuk bermain VRS lagi!
Mengapa CL berbuat sedemikian? Alasannya mudah. Kerana dia merupakan anak lelaki kepada pasangan bekas PK dan PQ of VRS itu... Disebabkan hal inilah, CL tidak pernah duduk diam apabila mengetahui nama mereka berdua diburuk-burukkan dalam VRS.
Chae atau nama sebenarnya, Chaela dahulunya PQ of VRS sekali gus ratu dalam hidup CL. She is irreplaceable in his heart. Wanita itulah yang memperkenalkan VRS kepadanya.
Pasangannya Lu, sang bekas PK of VRS. He... The iconic king who gave his crown to CL. Nama sebenarnya ialah Luth. Dia merupakan mentor CL yang mengajar CL dalam memahami selok-belok dunia VRS pada mulanya.
Mereka berdua menjadi sebab mengapa CL pernah membenci VRS. Namun pada akhirnya, mereka jugalah yang menyebabkan dia terdorong untuk melibatkan diri dalam game itu.
CL pernah menceritakan kisahnya kepada Rel sebelum ini. Sebab itulah, Rel sangat mengenalinya. Perwatakan CL memang tidaklah sesempurna mana, tetapi dia acapkali berusaha melakukan yang terbaik untuk bermacam-macam hal. Janjinya kepada Chaela sebelum wanita itu meninggal dunia, iaitu menjaga posisi Lu sebagai king, sehabis daya cuba dia tunaikan dengan bekerja keras. Sungguhpun menerima tentangan keluarga, CL langsung tidak tergugat. Sebagai seseorang yang tidak suka ditahan oleh peraturan keluarga konglomerat, dia nekad melarikan diri daripada cengkaman grandfathernya. Sehingga kini, sudah bertahun-tahun CL menjadi 'pelarian' yang diburu oleh keluarga sendiri. Nasib baiklah ada CA, kakak CL, yang membantu menutup jejak CL di negara Cavville...
Namun sekarang, CL sanggup berundur dari dunia VRS yang sudah sebati dengan jiwanya. Janjinya kepada team Crowner bahawa 'Cullen' tidak akan muncul lagi di dalam VRS dipegang dengan taat. Rel sangat yakin, team Crowner amatlah berharga bagi lelaki itu sampaikan dia sanggup menyahaktifkan karakter Cullen dari VRS. Mod Character Deactivation atau Penyahaktifan Karakter membawa makna bahawa karakter itu langsung tidak akan dapat muncul dalam VRS kecuali pengguna karakter tersebut membatalkan mod itu. Tetapi, character ID Cullen tetap boleh digunakan dengan normal jika hanya perlu bermessage dengan player VRS yang lain.
Bagi Rel, kesanggupan CL memasang mod itu pada karakter Cullen sebenarnya hanya membawa kepada satu makna; CL berada pada tahap di mana dia sendiri melepaskan takhtanya sebagai PK of VRS. Tiada karakter Cullen, bermakna gelaran itu juga akan lenyap. Hari demi hari, nama CL kian lenyap dari VRS. Soon enough, there would come someone else to sit on his throne.
"Rel!" CL memetik jari di hadapan wajah sahabatnya itu. Boleh pula Rel mengelamun ketika dia sedang bercakap!
"Hah?" Rel tersentak sedikit sebelum tersengih-sengih. "Sorry... Kau cakap apa tadi?"
"Aku kata, aku nak pinjam weapon kau."
"Weapon apa?"
"That shotgun."
"Kau biar betul? Nak headshot diaorang semua ke?"
CL tersenyum sinis. "You know it, Rel. Aku sentiasa bagi the most memorable gifts untuk manusia-manusia yang layak dapat 'penghargaan' daripada aku."
Erk! Hampir tercekik air liur Rel dibuatnya. Habislah para dark players dari VGC itu! Hanya berdasarkan riak wajah CL, dia sudah mampu melihat betapa 'cerah'nya masa depan players yang berani merendah-rendahkan Siea sebelum ini. He's definitely making the headline once again!
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
"Ghoul4UGakuseiWd.19? Another character ID?" Rel memandang CL dengan mata yang terkelip-kelip. "And gakusei? You're self-proclaiming yourself as someone's sensei, aye?"
"Hmm... Kau guna character ID lain, kan?" soal CL, mengabaikan usikan Rel terhadap dirinya.
"Of course! Tak naklah Violetta kesayangan aku tu kena kecam sebagai karakter pengganas dalam VRS!"
Mendengar kata-kata Rel, CL hanya tersenyum senget. Rel memang tidak pernah berubah... Dia masih begitu menyayangi character ID Violetta! "Kau guna character ID apa pula?"
"Aku guna character ID Crusher... Anyway, kau rasa diaorang akan join battle lagi ke sekarang? Kalau diaorang join pun, kau boleh agak ke diaorang join stage mana?"
"They are from VGC, Rel... Aku yakin, diaorang akan join battle lagi sekarang. Kau tahu, kan? Diaorang semua suka menunjuk-nunjuk lepas dah hancurkan mana-mana player. Pasal stage pula... Aku berani bertaruh, diaorang takkan masuk stage bawahan. So, surely they would be in Merciless stage."
"I see. So, kita masuk stage tu?"
"Kau berani, kan?"
"I'm ranked third in VRS world, brother... Kalau tak berani, I'd be ashamed to hold my rank."
"Nice, jadi mari masuk stage tu."
Kedua-dua CL dan Rel langsung sahaja memilih Merciless stage. Walau bagaimanapun, mereka menyembunyikan rank masing-masing yang mana adalah rank terakhir, iaitu Deity. Demi mengelakkan identiti mereka terdedah, maka mereka berbuat sedemikian. Tika ini, cuma CL sahaja yang berada pada rank Deity Lvl. 990K. Begitu juga dengan Rel yang memegang rank Deity Lvl. 805K. Jadi, jika rank mereka diperlihatkan, sudah tentulah identiti mereka berdua akan terdedah.
Sebenarnya, mereka kini menggunakan akses Account Merger (Penyatuan Akaun). Dalam konteks yang lebih jelas, ini bermaksud karakter yang mereka gunakan sekarang akan dapat memperolehi rank dan aset-aset daripada karakter asal mereka, yakni Cullen dan Violetta.
"CL, kau ada lebih banyak shotguns daripada aku kut... Jadi, buat apa kau nak pinjam shotgun aku pula?" Rel menyoal dengan raut bingung pada wajahnya.
"Aku dah pernah guna semua shotguns yang aku ada. So, people who knows me akan dapat cam shotguns aku. Sebab tu lah, aku perlukan shotgun kau."
"Dulu pun shotgun aku ni juga yang kau pinjam... Aku rasa berdosa sebab jadi pemilik shotgun ni, tahu tak? Semua killings kejam kau tu... Melekat dekat shotgun ni."
CL memutarkan bola matanya. "Violetta, kau fikir kau tu tak kejam ke? You can get crueler than me at some points..."
"At least, aku bagi peluang lagi untuk musuh-musuh aku lari. Bukannya terus kill macam kau, Cullen."
"Pfft, peluang konon... It's just a fake hope. Kau seksa diaorang dengan bagi harapan palsu, Violetta."
Tersenyum sinis Rel di sisi CL. Bercakap tentang kejam, dia sememangnya tidak jauh beza daripada CL. Pendekatan mereka berlainan, namun gambaran bagi pendekatan kedua-duanya sama sahaja. Kejam!
Mereka kemudiannya senyap selepas masuk ke bahagian Character Designing. CL mengambil karakter posisi Ace, Akira sementara Rel pula menggunakan karakter posisi Detector, Hiroto.
Karakter Akira menyerupai sosok Dewa Maut. Pada tangannya, terdapat weapon tongkat hitam yang mempunyai bentuk kepala ular. Rambut dan seluruh pakaiannya berwarna hitam. CL menukarkan keseluruhan penampilan Akira menjadi kombinasi hitam dan merah. Pakaian, rambut dan tongkat, kesemuanya memiliki warna kemerah-merahan. Bentuk pada tongkatnya pula ditetapkan menjadi kepala tengkorak.
Karakter Rel, iaitu Hiroto, berpenampilan seperti Detective Conan. Hiroto mempunyai weapon kanta pembesar yang berfungsi untuk mengamati musuh dari jarak jauh, membuat pantulan serangan dan menyerang musuh seperti weapon boomerang. Selain mengubah warna kot Hiroto daripada warna perang kepada biru gelap, Rel juga menukarkan gaya rambut karakter itu. Rambut Hiroto yang awalnya digayakan sedikit skema kini menjadi messy ala-ala gaya rambut bad boy.
"Kita guna Private Mic aje, kan?" soal Rel, sekadar mahu mendapatkan kepastian.
"Mmm... Kecualilah kalau kau nak orang ramai tahu identiti kau," balas CL dengan bersahaja.
"Eh, tak naklah aku! By the way, kau berkomunikasi dengan Si Siea tu... Selama ni, kau tak guna real voice, kan?"
Disebabkan Solo Battle yang mereka sertai belum dimulakan, Rel masih lagi sibuk menyoal CL.
"Mmm... Aku set mic aku supaya jadikan suara aku kedengaran lebih serak." CL memberitahu dengan jujur. Kedudukan headphonenya dibetulkan di atas kepala.
"Geez, bro... Kenapa kau buat macam tu pula? Nanti kalau korang berjumpa, susahlah dia nak kenal kau!"
"Jadi?"
Ikutkan hati, mahu sahaja Rel menghempuk kepala CL! Sudahlah tidak pernah berjumpa, suara pun di'palsu'kan... Bagaimana Ellia mahu mengecam identiti CL seandainya mereka bertemu suatu hari nanti? "Susah betul nak cakap dengan kau ni... You're too hopeless for romance."
CL memutarkan bola matanya. Too hopeless for romance? Macamlah Si Rel itu lebih berpengalaman daripada dirinya!
"Solo Battle Begin!"
Mereka berdua segera memfokuskan pandangan pada skrin komputer masing-masing selepas pemberitahuan itu kedengaran.
"Kau tolong cover aku. Aku nak cari manusia-manusia tak guna tu," tutur CL.
"No worries, aku akan cover kau dengan sebaik mungkin." Rel membalas dengan yakin.
Crusher dan Ghoul4UGakuseiWd.19 kemudiannya mengambil jalan yang bertentangan di arena Snow Town. Ghoul4UGakuseiWd.19 bergerak pantas mencari para players dari VGC di arena tersebut. Dia tadinya sudah mengesan nama-nama character ID semua players yang membuli Ellia semalam dalam senarai peserta battle itu... Apa yang perlu dia lakukan sekarang cumalah mencari kedudukan mereka.
Sedang Ghoul4UGakuseiWd.19 tercari-cari, dia lantas melihat sekumpulan players dari VGC mengadakan suatu perjumpaan beberapa meter jauh daripadanya. Shotgun milik Rel terus dikeluarkan. Dalam sekelip mata, dia langsung menganugerahi mereka semua headshot yang bermutu tinggi.
"Saga Kill!"
Lebih 50 players berjaya dikill! Puas sungguh hati CL mengenangkan hal itu. Semakin lincah jari-jemarinya menggerakkan karakter Ghoul4UGakuseiWd.19. Rel yang sibuk mengawasi kawasan sekitarnya dan membuat killing bagi memastikan sahabatnya itu tidak terganggu sempat jua melihat-lihat prestasi CL. Kala ini, ada satu sahaja pertanyaan dalam benaknya. Benarkah CL sudah berhenti bermain VRS sebagai King?
Jika benar sudah, mengapa skillnya masih sama hebat seperti ketika dia menggunakan karakter Cullen? Sewaktu CL menggunakan karakter Vinci sebelum ini, mana pernah dia menunjukkan skill luar biasa. Dan sekarang... Skill cemerlang lelaki itu tampil sempurna tanpa ada cacat cela. Sesungguhnya, Rel tidak dapat mengukur kemampuan maksimum CL! Setelah beberapa bulan tidak bermain dengan unggul, bagaimana mungkin CL masih dapat mengekalkan keunggulannya? Kebanyakan players pasti memerlukan latihan, namun CL... 'He's the real definition for PK of VRS,' detik hati Rel.
Meskipun CL melepaskan takhtanya dan rekodnya dipecahkan oleh orang lain, Rel tidak rasa ada sesiapa yang dapat menyaingi kekuatannya. 'Kecualilah kalau dia ada anak yang mewarisi kehebatan dia,' ujarnya di dalam hati.
"Rel," panggil CL.
"Yes?"
"Aku dah habiskan diaorang semua kecuali dua orang... Kau nampak tak karakter Hades or Lily?"
Mendengar info yang meluncur keluar dengan tenang dari mulut CL itu, Rel langsung meneguk liur. Dengan penuh susah-payah, dia mengawal diri untuk tidak ternganga. Fellas, CL is not a human!
"Ehem... Kejap. Aku try detect diaorang..."
Crusher menggunakan kanta pembesarnya untuk mengesan lokasi Hades dan Lily, namun tidak ada jejak dua karakter itu di mana-mana.
"Oh, right... Speaking of this Hades, aku rasa aku pernah dengar beberapa khabar angin pasal dia. Ada yang bagitahu aku, dia dulu salah seorang pelajar elit di VGC, but now... Dia bukan setakat pelajar elit aje, dia merupakan pelajar terbaik yang VGC pernah hasilkan. While Lily, she's his best companion. Pelajar kedua terbaik dalam VGC."
"Pelajar-pelajar terbaik? So, they're the darkest among the darkest?"
Ton suara CL yang kedengaran sedikit berat, menjentik rasa kecut perut dalam sanubari Rel. Ha, apalah nasib... Niatnya cuma mahu bergosip seperti biasa, tetapi kenapa rasanya macam dia terpanggil karakter Dewa Maut CL dari dalam VRS itu ke alam realiti pula?
"Yeah, and diaorang jarang muncul occasions biasa yang tak menarik macam ni. Diaorang hanya akan datang kalau ada players yang VGC target... But, itu pun cuma Private Solo Battle aje."
"Really? Then, I bet they're coming."
"For?"
"Us."
Mata Rel bersabung pandang dengan mata CL. Kedua-duanya tersenyum sinis. Making them as targets? Dream on!
Tepat seperti dugaan CL, Crusher dan Ghoul4UGakuseiWd.19 diserang tidak berapa lama selepas itu. Crusher sengaja membiarkan dirinya terkena panahan Lily lalu berlakon melarikan diri. Selepas Lily mengejarnya, tinggallah Ghoul4UGakuseiWd.19 menentang Hades bersendirian.
Hades melontarkan boomerang ke arah Ghoul4UGakuseiWd.19. Kepantasan boomerang itu sedikit mengejutkan, tetapi Ghoul4UGakuseiWd.19 tetap berjaya mengelak daripada serangan tersebut. Karakter Hades melontarkan tatapan garang. Looking like he's ready to prey.
CL hanya membiarkan karakter Ghoul4UGakuseiWd.19 tidak bereaksi. Biarkan Hades memikirkan apa sahaja yang dia inginkan... Because the truth is that he's actually preying on another hunter. Apabila Hades menggunakan skill invisible untuk menyerang hendapnya, Ghoul4UGakuseiWd.19 yang sudah menebak di mana dia berada terus melemparkan weapon tongkatnya dan melepaskan tembakan. Headshot again!
"Mania Kill!"
Terdengar sahaja pemberitahuan itu, CL langsung menumpukan perhatiannya kepada perlawanan Crusher dengan Lily. "Gosh, you're going to lose? Biar betul kau ni, Rel?" Sengaja dia berbicara sedemikian, mahu mengapi-apikan Rel.
Rel mendengus kasar. "Piss off, bro! Piss offfff!"
Puas dikejar-kejar oleh Lily dan dihentam serangan tanpa henti, Crusher menukarkan weapon kanta pembesarnya kepada tombak milik CL. Berdasarkan pengetahuannya mengenai sudut, Crusher segera melontarkan tombak itu apabila Lily berada pada sudut 90 darjah daripada dirinya.
"Mania Kill!"
Rel mengalihkan pandangannya ke arah CL. Masam sahaja wajahnya ketika itu. "CL... Youโ"
"Okey, kita dah siap. So, let's get out of this arena," kata CL dengan selamba.
Sebelum memulakan battle, mereka berdua telah sama-sama bersepakat untuk exit arena selepas operasi membalas dendam itu berjalan dengan sempurna. Baik CL mahupun Rel, kedua-duanya tidak ingin menghabiskan battle itu. Tujuan mereka cuma untuk membalas dendam, bukannya menjadi pemenang dalam battle tersebut. Lagi pula, jika mereka bersaing pun, pemenangnya sudah dapat diketahui.
Seusai exit arena, Rel masih lagi menayang raut cemberut. CL mengerutkan dahinya, kehairanan. "Makan dalam sangat ke ayat aku tadi?"
"Bukanlah. Tapi... Aku rasa aku memang tak mahir guna karakter Hiroto."
Apabila Rel berlalu meninggalkannya, CL menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Karakter Hiroto paling sesuai berpasangan dengan karakter posisi Healer, Freesia. Bila dia fikirkan, Freesia merupakan karakter terbaik crush
You are reading the story above: TeenFic.Net