๐Ÿฌ๐Ÿณ๐Ÿต โ€ฃ ๐™๐™๐™š ๐™Ž๐™ช๐™™๐™™๐™š๐™ฃ ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฉ๐™ž๐™ค๐™ฃ ๐™ค๐™› ๐™‡๐™ž๐™ก๐™ฎ

Background color
Font
Font size
Line height

SATU demi satu bouquet bunga yang mengiringi langkahnya menuju ke ruang makan yang ditempah khas oleh CA itu Ellia sambut dengan senyuman. Untung sahaja ada bakul yang diberikan kepadanya sebagai tempat dia menyimpan semua bouquet tersebut. Kalau tidak, sah dia tidak akan dapat nampak jalan di hadapannya gara-gara terhalang oleh bouquet bunga yang berjumlah 14 kesemuanya itu!

Saat tirai yang menutupi ruang makan itu dibuka oleh dua orang gadis pelayan restoran, Ellia takjub menyaksikan sebuah pemandangan yang agak luar biasa pada pandangannya. Luar biasa kerana inilah julung kalinya dia melihat pemandangan sedemikian.

CA, Crowner dan Empire masing-masing lengkap dengan alat muzik mereka sendiri. Ellia jadi penasaran dibuatnya. Apa semua ini? Mereka menyediakan orkestra pula untuk dirinya kali ini ke?

Tappp!

Bagaikan isyarat mula, sedetik setelah bunyi kastanet itu kedengaran, alunan bunyi alat-alat muzik yang bergabung dalam satu irama indah mulai kedengaran. Mata Ellia menangkap kehadiran seorang lelaki separuh baya yang berdiri di atas podium yang sedikit dinaikkan dengan tangan yang terawang-awang ke kiri dan kanan. Tidak perlu dipersoalkan, dia langsung tahu bahawa lelaki itu merupakan konduktor dalam persembahan orkestra ini.

Meletakkan bakul berisi bouquet bunga di tangannya itu ke atas satu meja kaca, Ellia lalu mengambil tempat di sekaki kerusi yang seolah disediakan khas untuknya. Kedudukan kerusi tersebut tidak terlalu hampir, dan tidak juga terlalu jauh daripada rakan-rakannya, malah memberikan dia peluang untuk menghayati persembahan orkestra tersebut dengan lebih baik.

Alex melarikan jari-jemarinya dengan lembut di atas tali hap kepunyaannya. Dan bersama Hope menampilkan kemesraan mereka dengan bahasa indah melalui paduan mata serta gabungan persembahan biola dan selo mereka. CA terlihat asyik membiarkan jari-jemarinya menari dengan penuh gemalai di atas papan kekunci piano manakala Eli yang berdiri hampir dengan gadis itu ralit memainkan violinnya bersama mata yang terkatup rapat.

Kedua-dua adiknya, L dan Sun, tidak kalah menikmati persembahan yang mereka lakukan itu. L memainkan akordion, Sun pula membunyikan klarinetnya. Sesekali mata L tertuju ke arah Sun, terpancar jelas rasa bangga dalam sorotannya itu, membuatkan Ellia berasa hangat hati melihat mereka. Dahulu L adalah orang yang paling kerap mengutuk kebolehan Sun dalam bermain klarinet, tetapi lihatlah kini... L tampak sangat mengagumi Sun. Masa sememangnya berjalan begitu cepat...

Di satu sisi lain, kelihatan Ingrid, Hoshi, Yuki dan Zaire sekelompok memainkan saksofon dengan pergerakan tubuh yang segerak. Bersebelahan mereka, pasangan Airika dan Claude pula mewujudkan suasana harmoni dengan gabungan serasi alat muzik celesta dan seruling.

Jika Ellia harus berkata jujur, maka persembahan orkestra yang dia saksikan ini sememangnya bukan persembahan orkestra pertama yang dia saksikan. Akan tetapi, persembahan orkestra oleh semua rakannya ini secara jelas adalah persembahan orkestra yang dia tidak akan dapat lupakan seumur hidupnya.

Emosi yang semua orang curahkan, ekspresi mereka saat sedang menghayati keindahan alunan bunyi daripada alat muzik masing-masing, dan cara mereka mempersembahkan persembahan orkestra itu sangat memukau bagi Ellia. Hatinya cukup tersentuh atas usaha mereka yang begitu gigih sehingga berjaya menjalankan persembahan orkestra itu dengan lancar dan sempurna.

Selesai sahaja klimaks persembahan orkestra oleh mereka, mereka semua menunduk mengikut aturan, bermula daripada konduktor sehinggalah mereka yang berada di barisan hujung.

Ellia bertepuk tangan dengan penuh semangat. Bibirnya menguntumkan senyuman yang amat manis. Satu-persatu wajah di hadapannya ditatap dengan hati yang kembang setaman. Sebelum akhirnya, pandangannya dijatuhkan pada wajah konduktor yang melicinkan persembahan orkestra itu. Wajah tua tersebut diamatinya sebelum dia refleks berdiri.

"Mister Cameron?"

"Oh, kamu masih ingat saya lagi rupanya..."

Cameron mengukir senyuman nipis buat Ellia apabila namanya diseru oleh gadis itu. Sangkanya, Ellia tidak lagi mengingati rupanya. Yalah, sudah lebih satu dekad mereka tidak bertemu. Kali terakhir mereka bersua, Ellia baru berusia tujuh tahun sementara umurnya pula ketika itu sudah mencecah awal 40-an. Jadi, wajarlah jika Ellia melupakan dirinya.

"Of course. Mister adalah orang yang menginspirasikan saya untuk bergiat dalam dunia seni, jadi tak mungkin saya lupakan mister."

Ucapan Ellia yang tulus itu menyentuh hati tua Cameron. Bahu Ellia ditepuk-tepuk perlahan.

"Kamu dah dewasa sekarang ni... Dah lama sangat sejak kali terakhir kita berjumpa. Tapi rasanya, lama macam mana sekalipun, hutang tetap dikira hutang, kan?"

Ellia tersengih malu dengan ucapan penuh makna Cameron itu. "Sorry, mister... Saya tak sempat nak persembahkan hasil latihan saya dekat mister masa tu sebab saya kena ikut pertandingan melukis."

"Tak apa... Tapi, sekarang ni boleh, kan?"

Terkaku Ellia jadinya. Sekarang ni boleh? Ertinya, Cameron ingin dia mempersembahkan hasil latihan yang sepatutnya dia tunjukkan kepada lelaki itu lebih satu dekad yang lalu sekarang?

"Ya, Ellia. That's exactly what I'm thinking about."

"Kalau tak perfectโ”€"

"Perfect, again? Ellia, seni tu tak perlukan kesempurnaan. Seni cuma perlu emosi dan jiwa. Lagipun, tak ada seorang pun manusia di dunia ni yang boleh capai standard sempurna sepenuhnya."

Merasa tertampar dengan omongan Cameron yang layaknya dipanggil nasihat keras itu, Ellia menundukkan kepala. Cuma sejenak sahaja sebelum dia mengangkat kepalanya kembali. Dia mengangguk kepada Cameron.

"Saya faham. Then, mister... Saya harap mister nikmati persembahan saya."

Menggantikan tempat CA untuk memainkan piano, Ellia lalu menghela nafas perlahan. Jari-jemarinya kemudian dibawa berdansa perlahan di atas papan kekunci piano itu.

Daripada tempo perlahan yang mengandungi emosi melankolia dan sedikit terselit kesedihan, tarian jarinya pada papan kekunci piano tersebut bertukar ke tempo laju. Menggambarkan selautan emosi yang terpendam, dan akhirnya dilepaskan.

Buat beberapa ketika, dia mengekalkan tempo laju itu seakan orang gila yang sedang melampiaskan perasaannya.

Usai dia mencapai not pantas terakhir, tempo perlahan kembali dibunyikan. Kali ini, apa yang cuba dia ekspresikan adalah perasaan lelah sesudah melepaskan segala isi hatinya dalam tempo laju tadi.

Sebaik menutup persembahannya dengan not rendah yang lembut tetapi punya aura pilu, Ellia lantas berdiri dan tunduk kepada Cameron sebagai tanda hormat. Raut Cameron yang tidak berubah membuatkan dia sedikit resah. Mungkinkah emosi dan jiwa yang dia taruh ke dalam persembahannya tadi tidak mencukupi?

Mula ditimpa rasa kecewa, Ellia menundukkan kepalanya. Walau bagaimanapun, dia segera mendongak semula tatkala bunyi tepukan gemuruh kedengaran di sekelilingnya.

Wajah Cameron dihiasi selengkung senyuman manis yang membuktikan kepuasan hatinya atas persembahan piano Ellia itu. Kepalanya dianggukkan, mengiktiraf persembahan tersebut sebagai persembahan yang sangat sukses.

"Inilah apa yang saya nakkan daripada kamu, Ellia. Satu persembahan yang penuh dengan emosi dan jiwa, bukannya satu persembahan yang cuma ada kebolehan tapi kosong. You are a very talented musician, Sofie Gracellia. Saya tahu kamu memang berbakat dalam bidang seni. Just remember the fact that you need to put your emotions and soul into your art, always. Hanya dengan cara ni, barulah kamu boleh hasilkan sebuah masterpiece."

"Thank you, mister."

Hanya itu yang mampu terluah daripada mulut Ellia meski secara terus terang, isi sukmanya bukanlah seringkas tiga kata tersebut.

Cameron menghulurkan tangan kanannya yang terus disambut mesra oleh Ellia. Tangan kirinya menepuk-nepuk puncak tangan Ellia yang menjabat tangan kanannya itu.

"I guess, tugas saya sebagai konduktor di sini dah selesai. Jadi, saya pergi dulu."

"Thank you, Mister Cameron." CA dan yang lain membongkokkan badan mereka sedikit apabila Cameron memandang mereka.

Selepas berbalas sepatah dua kata dengan mereka, Cameron kembali memandang Ellia. "Ingat, Ellia... Tak kira apapun benda yang kamu nak buat, sentiasa bawa hati kamu sekali. Jangan pernah lupa diri, dan jangan juga "

"I get it, mister. Safe journey." Lembut Ellia berbicara.

Setelah berpamitan pergi, Cameron menghilang daripada pandangan mereka semua yang berada di ruang makan itu.

"Congratulations, Ellia!"

Boooommm!

'Meriam' confetti yang entah dari mana munculnya dilepaskan secara mengejut. Ellia yang baru mahu menghela nafasnya langsung terkebil-kebil dengan confetti yang berterbangan jatuh menimpa dirinya.

Dan dengan itu, bermulalah satu lagi episod keraian edisi kanak-kanak riang buat dirinya yang sangat memeningkan kepala Ellia.

โ€ขโ—ฆโœฆโ”€โ”€โ”€โ”€โ€ขโ—ฆแ˜กแ˜žโ€ขโ—ฆโ”€โ”€โ”€โ”€โœฆโ—ฆโ€ข

"Ellia, kau ingat tak semua data Siea yang dikirim kepada grandpa sebelum ni?"

Ellia mengerling sekilas ke arah Airika. Keningnya dinaikkan sedikit. "Mestilah aku ingat. Tapi, kenapa kau tanya?"

"You know... Semua data tu sebenarnya grandpa print daripada file yang dia terima secara online. And the sender... Was me."

Airika mengeluh panjang lantas menoleh menatap wajah Ellia. "But... I didnโ€™t send it. Memanglah aku ada terima fail tu dan diminta untuk hantar that file to grandpa kalau aku tak nak kau tahu pasal apa yang berlaku masa pertandingan melukis tu... However, I just couldn't bring myself to do it. Jujur, Ellia... Walaupun fail tu memang dihantar daripada alamat emel aku, tapi... Aku berani bersumpah, fail tu betul-betul bukan aku yang hantar."

"Well... Kenapa kau baru bagitahu aku benda ni sekarang?" Ellia menyilangkan tangannya ke dada.

"Sebab aku nak siasat pasal benda ni dulu in private..."

"So, kau dah dapat jawapan yang kau cari ke?"

Dengan yakin, Airika menganggukkan kepalanya. "Lepas kecilkan skop suspek, cuma ada seorang aje yang betul-betul menepati watak pelakunya. And... I believe that I don't need to tell you who the person is."

Menatap lurus pada wajah Airika, Ellia memasang riak datar. Airika kemudian dilihatnya perlahan-lahan menjatuhkan pandangan ke lantai. Kepalanya digeleng perlahan lalu tangannya naik ke bahu Airika, ditepuk-tepuk lembut bahu itu.

"Aira... Are you feeling guilty again?"

"Grace... Aku tahu, kau tak salahkan aku. Tapi, tak kira macam mana aku fikirkan... Aku tetap nampak di mana salah aku sebelum ni. Kalaulah aku tak buat andaian sendiri... Kalaulah aku jujur aje dengan kau masa tu... Dan kalaulahโ”€"

"Hear yourself, Aira. Perkataan 'kalau' tu tak bagi apa-apa jaminan kepada masa lalu, okey? Just because you think things might be better if only you did all the ifs, it doesn't mean things will really be better for us back then... Semuanya dah berlaku, Aira. Dwelling on the past, aku tanya kau... Apa gunanya? Kita tak boleh putarbalikkan masa. Kita tak boleh kembali ke masa lalu. Dan walaupun kita boleh, siapa dapat jamin yang kita takkan buat apa-apa kesilapan? Mungkin berbanding mengulangi kesilapan yang lalu, kita malah buat kesilapan lain pula. In the end, there'll still be errors here and there. Aira, memang betul... Kita patut belajar daripada kesilapan kita. Tapi, itu tak bermakna yang kau patut hukum diri sendiri dengan biarkan rasa bersalah tu menghantui kau... We can never change the past, alright? Belajar terima kesilapan-kesilapan lalu kau, Aira... Dan belajar bebaskan diri daripada rasa bersalah tu."

Airika menolak lembut tangan Ellia daripada bahunya. "Kenapa kau terlalu baik, Ellia? Why are you so positive? Orang buat silap dekat kau, kau dengan mudah boleh maafkan diaorang... Seolah kau tak pernah sakit atau kecewa sebab kesilapan yang diaorang buat pada kau. Don't you ever think about how their mistakes make your life hard? Don't you ever despise others for doing something wrong to you?"

"Tak mudah, Aira. Tak mudah nak maafkan, tapi... Aku sentiasa fikir macam ni... Kalau aku pilih untuk tak maafkan orang lain atas kesalahan diaorang, apa kebaikan yang aku dapat? Nak marah lama-lama dan bahkan berdendam, semua tu untuk apa sebenarnya? Boleh ke aku ubah masa lalu? Tak, kan? Jadi, buat apa aku nak berkeras untuk tak maafkan orang yang buat silap pada aku? Holding on to the piece of anger, I won't ever find peace then... Sebab tu, walaupun tak mudah, aku tetap pilih untuk memaafkan. I'm no angel, but at least, I want to be good enough as a human."

Melihatkan tiada lagi balasan yang diterimanya, Ellia lantas berdehem membetulkan suaranya. "Erm... Tak naklah cakap pasal topik ni. What matters to me is that kau boleh hadam apa yang aku cuba sampaikan... So, back to the main topic, suspek yang kau maksudkan tu Eva, betul tak?"

Angguk tidak, geleng pun tidak. Mematung sahaja Airika di depan matanya. Tetapi Ellia tidak ingin menegur, mungkin fikiran gadis itu masih diliputi kabut dek apa yang dia katakan sebentar tadi. Atau mungkin juga, Airika cuma mahu menyepi seketika.

"Macam ni lah... Semua info yang kau kumpul tu, apa kata kau simpan aje dulu? Tunggu sampai PQ Match habis..."

Sesudah mendengar usulnya, kepala Airika terus terdongak. Ada bayangan rasa tidak puas hati yang tergambar ketara pada wajahnya.

"Kenapa pula?"

"It's like this..." Airika menggaru kecil pipinya. "Aku rasa kesilapan dia ni bukannya besar mana pun... Setakat dedahkan identiti aku sebagai Siea kepada grandma and grandpa, tak berbaloilah nak bahas pasal hal ni sekarang. Moreover, aku belum pun masuk pusingan rasmi IGCC tu kut... Takkan aku nak buat drama sekarang ni cuma sebab dia dah dedahkan identiti aku kepada grandma and grandpa? Agak-agaklah, Aira... Apa aje nilai aku dalam VRS sekarang? Grandpa for sure takkan pandang serius pasal benda ni..."

"Erm... Betul juga, kan? Hmm... Tadinya aku fikir benda ni boleh jadi senjata untuk kita jatuhkan Eva, tapi tak sangka pula it's of no use."

Bertaut alis Ellia. Seraut wajah Airika disapu matanya. "Bunyi macam lain aje nada kau ni... Sejak bila kau pun jadi anti-Eva?"

Airika mendengus jengkel. "Dia dah makin tunjuk belang zebra dia tu lah... I can't stand her face whenever I'm at home, you know? Walaupun aku tak ada bukti, aku rasa yakin sangat yang dialah orangnya. The one yang berlakon sebagai daddy dan minta aku datang ke rumah lama kitorang dulu tu..."

Terdiam Ellia mencerna bicara Airika itu. Jika benar seperti firasat Airika, bukankah itu bermakna yang Evangeline mungkin bersekongkol dengan Kylie? Kylie mana mungkin akan tahu di mana lokasi rumah lama Airika jika tiada info yang dihantar kepadanya. Jadi, kalau betul Evangeline yang memancing Airika untuk datang ke situ sehingga menyebabkan dia diculik oleh Kylie, mustahil Evangeline tidak ada kaitan dengan Kylie.

Namun sekali lagi, seandainya tebakan ini benar, bererti ibu angkat Kylie ituโ”€

"Grace... Kenapa muka kau nampak pucat ni?"

Airika meletakkan tangannya ke dahi Ellia, merasai suhu sepupunya itu. Sejuk!

"Kau rasa sejuk ke? Kita masuk dalam baliklah kalau macam tu..."

Tidak berkata apa-apa, Ellia membiarkan cuma Airika memimpin dirinya kembali ke ruang makan. Dari sisi, wajah Airika terlihat khuatir sekali.

"Jangan risaulah... Aku bukannya sakit. Cuma... Aku banyak berfikir aje tadi. Kau tahu, kan aku ni macam mana bila terlampau banyak berfikir?"

"Kenapa kau terlampau banyak berfikir pula? Kau cuba nak dera otak kau semata-mata sebab nak fikirkan kesalahan Si Eva tu ke?"

"Hesy, bukan macam tu lah!" Ellia membidas garang. "Aku cumaโ”€"

Tercantas ucapannya bilamana telefon Airika berdering menandakan panggilan masuk. Ellia sekadar mengangguk saat Airika memberi isyarat untuk menyambung semula perbualan mereka nanti.

"Aku masuk dulu," ujar Ellia dan kemudiannya berlalu ke ruang makan di mana semua rakan mereka sedang berbual-bual santai.

Walau bagaimanapun, tidak sampai lima minit, Airika secara mengejut hadir di ruang makan itu dengan riak serius.

"You guys... Aku baru aje terima satu info yang penting. It's about Lily."

Bersilih ganti Alex, CA, Claude, Dan, Eli, Ellia, Ingrid, Hope, Hoshi, L, Sun, Yuki dan Zaire memandang sesama mereka.

Airika berusaha sehabis baik untuk mengawal diri daripada menepuk dahi bila melihat mereka cuba mengorek informasi daripada satu sama lain. Tidak perlu dia berfikir panjang pun, dia sudah tahu yang mereka ingin mengetahui mengapa dia mahu membahas soal Lily. Akan tetapi, gelagat mereka yang menjongket-jongketkan kening kepada sesama sendiri sebelum masing-masing mengangkat bahu tampak seperti meme yang bertemakan kedunguan agung di matanya. Entah mengapa dia pula yang rasa malu dek fiil mereka itu!

"Okay, just stop giving signals to each other... Biar aku yang bagitahu everything you need to know about."

ใ€„โจพใ€„โจพใ€„

โ–’โ–’โ–’โ–’โ–’โ–’

Hmm... Tak tahulah nak kata apa, so bye-bye and see you on the next chap~~๐Ÿ˜‚๐Ÿ’—

P/S: Lama Yna menghilang, ada tak yang merindui? JSJSHSHSHS, confirm tak ada~~๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ BTW, Yna susah nak aktif sangat since... Ehem, dah naik Form 5๐Ÿ‘€ Busy dia jadi lain aura daripada sebelum ni--๐Ÿ™‚๐Ÿ˜ญ

โฟปเฏ ๐—ง๐—›๐—”๐—ก๐—ž๐—ฆ ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—ง ๐™๐™Š๐™ ๐™๐™€๐˜ผ๐˜ฟ๐™€๐™๐™Ž เฏโฟป
i) ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ โง˜ โœ“

ii) ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ท๐˜ฐ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ โง˜ โœ“
iii) ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ โง˜ โœ“
iv) ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ฆ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ๐˜บ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ โง˜ โœ“


You are reading the story above: TeenFic.Net