𝟬𝟱𝟬 β€£ 𝘼 π˜½π™€π™­ 𝙀𝙛 π™π™π™§π™šπ™–π™©

Background color
Font
Font size
Line height

PAGAR yang dilengkapi mangga perak itu ditenung oleh CA dan Ellia dengan mata yang terkelip-kelip. Baru sahaja Ellia berniat ingin menagih jawapan daripada CA, pandangannya bertemu pula dengan pandangan gadis itu. Tidak semena-mena, dia langsung mengeluh.

"CA, you don't know about this either?"

CA menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu menggeleng. "Tak. Err... Kalau sampai ada lock macam ni, maknanya diaorang tak ada dekat Crowner Palacelah, kan?"

"Kau tak ada call diaorang ke?"

Mentafsir makna di sebalik diamnya CA, Ellia lekas menepuk dahinya. Jadi, CA hanya merancang hendak berkumpul di Crowner Palace tanpa memberi khabar kepada Crowner?

"Aku fikir... Diaorang akan ada dekat sini. I mean... Diaorang tak ada join apa-apa gaming event sekarang ni, kan? Jadi, mengikut logik... Diaorang patutnya ada di sini."

"And that was the reason why you didn't call them?"

CA terdiam lagi. Kali ini, Ellia sudah tidak tahu apa yang patut dia katakan. CA... CA... Apalah agaknya yang gadis itu fikirkan? Takkanlah dia menyangka bahawa Crowner akan duduk bertapa di Crowner Palace sahaja selama ini?

"Let me call them first," putusnya selepas berfikir buat seketika.

Anggukan kecil diberikan oleh CA. Dia tertunduk sedikit, mungkin rasa malu atau bersalah terhadap Ellia.

Ellia mengeluarkan telefonnya dari dalam pouch lalu nombor Sun didail. Lima saat menunggu, barulah panggilannya berjawab.

"Hello sissy..." Sun menyapa.

"Hello sunny... Erm, Sun dekat mana sekarang ni? Dekat Crowner Palace ke? Atau dekat tempat lain?"

"Sun dengan yang lain... Kitorang sekarang ni dekat Gem Square. Ada program istimewa yang kitorang kena hadiri. Tapi, kenapa kakak tanya? Kakak nak jumpa kitorang ke?"

Ellia yang memikirkan tentang lokasi Gem Square tidak jadi berfikir panjang dek mendengar soalan daripada Sun itu.

"Haah, kakak memang nak jumpa korang... Tapi, korang selesaikan dululah hal korang. Kalau dah settle, nanti bagitahu aje kakak."

"Oh okay, kakak. Kakak, sekejap lagi program tu dah nak mula... Sun letak call dulu eh?"

"Ah, alright. Take care and send my regards to the rest."

"You too, sis. Chu chu, sis sweetie!"

Panggilan itu berakhir dalam kadar yang singkat sahaja, tetapi tetap mampu membuatkan Ellia tersenyum. Ada-ada sahajalah kerenah Sun! Chu chu? Seingatnya, itu panggilan ganti khas Sun untuk 'muah muah' yang juga melambangkan pemberian flying kiss. Namun, panggilan tersebut... Bukankah kali terakhir Sun menggunakannya sebelum ini adalah sewaktu adiknya itu masih berumur lima tahun? Jangan kata, selepas tahun demi tahun berganti, umur Sun reverse pula?

"Sun cakap apa tadi?" soal CA dengan alis yang terjongket.

"Dia kata Crowner tengah hadiri program istimewa dekat Gem Square. Tapi, dia tak bagitahu pula bila program tu akan habis."

"I see... Err, Ellia, aku minta maaf... Aku tak sangka pula yang diaorang takkan ada dekat sini."

Ellia menggelengkan kepalanya, tanda bahawa dia tidak marah akan CA. "Tak apalah. Tapi, learn your lesson... Lain kali, tak kiralah siapa sekalipun, always make sure you inform them first before coming to their place. Tak adalah kau menyusahkan diri sendiri macam ni... Tengoklah keadaan kau sekarang. Kan buat penat aje kau jemput aku dan drive ke sini... Alih-alih, tak tercapai juga niat kau nak berkumpul dengan diaorang."

"Aku tak rasa susah pun... Tapi, aku risau kau pula yang susah," bidas CA.

"Apa pasal pula aku yang susah? Bukan aku yang drive ke sini... Anyway, sekarang ni... Kita nak buat apa? Kau akan hantar aku pulang terus ke?"

"Erm, since it's already like this... Aku nak ajak kau ikut aku ke satu tempat."

Ellia terpinga-pinga melihat riak penuh rahsia CA. Tempat apa pula?

Tika CA membukakan pintu kereta untuknya dengan senyuman senget, Ellia segera memutarkan bola matanya. Just wait for her cheeky sentence...

"The door is open, please get inside, your majesty. This humble servant will definitely treat you well."

"Then, I'll get inside." Ellia membalas dengan ton suara dan karisma seorang kerabat diraja.

Meletus tawa dua gadis itu jadinya. Apalah yang mahu jadi dengan mereka ini? Sempat lagi berdrama menggunakan kereta!

β€’β—¦βœ¦β”€β”€β”€β”€β€’β—¦α˜‘α˜žβ€’β—¦β”€β”€β”€β”€βœ¦β—¦β€’

Ralit Ellia memerhatikan dekorasi dalaman CafΓ© MissInk dengan mata yang bersinar-sinar. Dinding yang bertemakan warna coklat kayu dan dilapisi wallpaper surat khabar itu benar-benar merahmati matanya. Terdapat juga sticky notes berwarna pastel yang ditampalkan pada satu bahagian dinding kosong yang cuma diterangi oleh sebuah pelita ala-ala pelita daripada filem Beauty and The Beast. Padanya, CafΓ© MissInk itu benar-benar estetik!

CafΓ© tersebut, menurut CA, dinamakan sebagai MissInk kerana pemiliknya ingin mengabdikan cafΓ© itu sebagai tanda memperingati kekasihnya yang telah lama meninggalkan dunia. MissInk, apabila disebut, berbunyi seperti perkataan 'missing' yang bererti merindui... Apabila dilihat daripada ejaannya pula, ianya gabungan perkataan 'miss' dan 'ink', iaitu rindu dan dakwat. Ini adalah disebabkan 'ink' merujuk kepada profesion kekasih pemilik cafΓ© itu. Kekasihnya, sewaktu masih hidup dahulu, merupakan seorang journalist ternama yang sangat suka menulis menggunakan berus dakwat. Memberikan nama yang berkaitan dengan kegemaran terbesar orang yang dicintai pada sesuatu, bukankah ianya suatu kisah yang cukup menyentuh hati?

"Ellia..." CA memanggil lembut nama gadis yang duduk di hadapannya itu.

"Hmm?" Ellia menyahut perlahan sambil matanya masih sibuk mengapresiasi keindahan dekorasi cafΓ© tersebut.

"Do you think they'll be fine?"

Pertanyaan itu membuatkan Ellia segera teringat semula akan situasi mereka kala ini. Melihat CA yang seperti agak khuatir memikirkan Crowner, dia menghela nafas perlahan.

"CA, they aren't going on a mission to catch some criminals. Diaorang cuma hadiri program istimewa dekat Gem Square aje kut... You realised that, don't you?"

CA melepaskan keluhan kecil. "I do. Tapi... Haih... Hati aku tak boleh nak tenang selagi tak cakap dengan diaorang pasal apa yang aku dah dapat tahu sekarang ni."

"Calm down, alright? CA, listen... Walaupun kita berjaya talk dengan diaorang pasal semua ni sekarang, itu tak bermakna yang diaorang akan terus decide on what they would do. Diaorang mesti akan ambil masa untuk cari tahu dulu sama ada kecurigaan yang kau ada sekarang ni betul ataupun tak."

CA menatap lekat wajah Ellia dengan pelipis yang berkerut nipis. Tidak risaukah Ellia akan Crowner? Walaupun belum ada bukti lagi, tetapi berdasarkan logik, musuh dalam selimut Crowner sudah cukup jelas siapa gerangannya.

Maklum dengan apa yang tersirat di akal gadis itu, kepala Ellia langsung tergeleng-geleng. "CA... Aku bukannya tak risau. Aku dah lama risau pasal diaorang... Sejak dari waktu aku sedar ada something yang tak kena dengan isu CL mengkhianati Crowner tu lagi. Tapi, CA... Daripada asyik risau and get nothing, why not kita cuba fikirkan apa sebenarnya rancangan musuh dalam selimut Crowner tu? At least, we could perhaps make some rough guesses... And well, gain something."

"Mmm... Then, biar aku mula dulu. Bagi akulah, kan... Aku rasa musuh Crowner tu bukan setakat tak puas hati dengan CL aje, but with all of the members. You know, Ellia... Semua ahli Crowner ada sejarah tersendiri dalam VRS. Even if CL wasn't in the team, they're still not a team that one can say easy to be defeated. Let me tell you some interesting facts about them... Yuki, dia player pemanah pertama yang dapat memenangi Okinawa Versus Official Tournament or OVOT. Masa tu, Versus dapat banyak sambutan hangat daripada Japanese pro gamers. However, it's only the Japanese guy gamers, not the Japanese girl gamers. So, bila Yuki who only used bows as her weapons jadi the last player standing, plus her gender, ramai yang shocked."

CA tersenyum melihat Ellia yang tampak terkejut mendengar pemberitahuannya itu. Yalah, info yang dia berikan ini mana ada tersedia dalam VRS Timeline...

"Next, the lovebirds... Dan dengan Hope, diaorang lakar sejarah bersama-sama. As duo players, diaorang menjadi pemenang paling muda dalam Grand Versus Duo Battle 2011 yang dianjurkan di Rusia. At the age of 11 and 10, diaorang berjaya kalahkan all the senior duo players yang dah bergelar pro gamers. And what makes them irreplaceable is their unique skills... Dan boleh set bombs anywhere, anytime tanpa mengira jarak dan dapat buat bom tu tersusun as matrixes yang akan terus membunuh musuh dia dalam VRS. While Hope, dia tinggalkan jejak bunga setiap kali dia muncul, menyerang dan selepas membunuh musuh. No one knew how did she do it, but her delicate moves though it turned more delicate with flowers, were still fatal. Untuk Eli pula, he's an expert at shooting. Almost the same as Alex, tapi gaya tembakan diaorang berbeza. Kalau Alex tembak secara sembarangan, but still boleh kena musuh... Eli pula tembak secara teratur, dan tak pernah gagal buat killing. Apa yang membezakan diaorang adalah benda ni... Alex tak pernah missed her shots, but Eli tak pernah missed to make headshots. Seorang repetitive shooter, seorang lagi sharp shooter. Macam tu lah gayanya..."

"My goodness, they're all must be another species of humans..." Itu sahaja respons yang mampu Ellia berikan.

"And your siblings... Fade dan Cream. L, dia salah seorang daripada the greatest pro gamers yang dapat kuasai sepenuhnya teknik Teleport dalam VRS. He can teleport himself to anywhere in the game and kill without making any sound. His weapon is a type of thin sword. Pedang dia tu jarang kelihatan dan susah nak nampak sebab it only took him one sec to kill and one sec to teleport right away after getting his kills. Jadi, biasanya pedang dia takkan dapat dilihat sepenuhnya. Untuk Sun pula, dia ada speciality in creating a 'cream web'. Sama macam sarang seekor spider, sarang yang dia hasilkan takkan dapat dilepasi. Once an enemy get trapped inside her web, Sun akan bunuh musuh dia tu dengan membelit diaorang using her yo-yo. They also held the title 'Unreadable Duo' sebab setiap kali diaorang join Duo Battle, L dan Sun akan guna teknik Teleport and just make some killings at any places. Tak ada sesiapa yang boleh jangka di mana diaorang akan menyerang dan tak ada seorang pun pernah berjaya elak serangan mengejut diaorang selama ni."

Hilang sudah segala kosa kata Ellia. Mendapat tahu tentang semua fakta menakjubkan ahli-ahli Crowner itu yang tidak pernah diketahuinya sebelum ini, sekarang hatinya semakin meminati mereka.

"I'm really speechless right now. Patutlah diaorang sentiasa ada spotlight masing-masing in their previous battles."

Muk yang berisi caramel macchiato dibawa ke bibir sebelum CA mencicip perlahan minuman itu. Rasa hangat melewati tekaknya buat seketika. Puas rasanya dapat menikmati minuman kegemarannya itu selepas menguntai bicara panjang lebar!

"By the way, kau tahu tak yang IGCC akan bermula secara rasmi minggu depan?"

Terkelip-kelip mata Ellia menatap CA. Otaknya terasa beku, tidak mampu berfikir. IGCC akan bermula secara rasmi pada minggu depan? Apa yang─

"Oh... Tahu," balasnya usai gear otaknya kembali berpusing dengan lancar.

CA mengangguk-anggukkan kepalanya. "I see... Aku ingatkan kau tak tahu. Oh ya, aku dah upah beberapa orang untuk jejaki Si Matteo tu... But, itulah... Sampai sekarang, masih belum ada apa-apa khabar lagi."

"It might take a while to find him if he's not in this country anymore. Lagi parah kalau dia dah tukar identiti... Atau kalau dia hidup sebagai citizen tak berdaftar."

"Hmm, apa-apa sekalipun... Aku takkan hentikan pencarian. Tak kesahlah berapa lama pun masa yang aku kena habiskan untuk cari dia, I still won't give up. Eh, by the way... Adik-adik kau dah lama tak balik rumah ke?"

"I know you won't give up on finding him no matter what... Erm, memang pun. Normally, diaorang cuma akan singgah aje, but they won't be spending even a night at home. Waktu training diaorang makin padat, and diaorang betul-betul bersemangat nak bangkitkan Crowner semula. Jadi, diaorang lebih banyak habiskan masa dekat Crowner Palace."

"Tak sepi ke?"

Ellia melorek senyum segaris. "Tak sepi pun... Lagipun, aku selalu aje duduk alone dekat rumah. Parents aku, kan jenis yang workaholics... Pekerja-pekerja dekat rumah yang rapat dengan aku pun ada kerja sendiri. Kalau diaorang ada masa lapang aje, barulah aku akan berbual dengan diaorang."

CA meneliti seraut wajah itu, cuba mengesan sebarang kesedihan jika ada. Namun, ekspresi gadis itu neutral. Seakan tidak merasakan apa-apa ketika dia menuturkan ayatnya itu. Timbul pertanyaan dalam benaknya; Ellia tidak ada kawan-kawan ke?

"You know, CA... Aku tak pernah betul-betul ada kawan sampailah aku kenal CL, Crowner dan kau... Orang-orang di sekeliling aku kebanyakannya toxic or hypocrite. Appearing saints in front of me, but doing devils spitting behind my back. It's kind of funny how diaorang fikir aku tak tahu, dan still put on their acts... L dan Sun, as much as I value them in my life, aku tak boleh nak betul-betul anggap diaorang friends. I mean, they're friends... But... Gosh, how do I say this?"

"Aku faham. Diaorang adik-adik kau, and even though kau selesa dengan diaorang... Walaupun kau percayakan diaorang, but you still saw that invisible line where you think it's necessary to keep them strangers to some of your personal matters. Sebagai kakak, kau nak tunjuk sisi kau yang kuat, yang boleh diaorang contohi... Aku faham. Sebab aku pun seorang kakak, Ellia. As much as I appreciate and love prince, aku pun tak mampu nak jujur pada dia tentang semua benda. But still, he's there for me. And that's enough."

CA dan Ellia berbalas senyuman, faham bahawa mereka berkongsi satu tanggungjawab yang sama, yakni menjadi seorang insan bergelar 'kakak'.

When you're older, though no one told you anything, but you still know that you should be a great example to the younger ones. That's just the one point you will always keep in your mind. It's simply because you're older.

β€’β—¦βœ¦β”€β”€β”€β”€β€’β—¦α˜‘α˜žβ€’β—¦β”€β”€β”€β”€βœ¦β—¦β€’

Kotak yang diserahkan oleh Vanessa kepadanya seusai pulang tadi Ellia lirik dengan dahi berkerut. Tiada nama pengirim mahupun sebarang nota yang disertakan pada bahagian atas kotak tersebut. Akan tetapi, mengapa hatinya tidak tenteram walaupun tiada apa-apa yang menakutkan tentang kotak itu?

Vanessa kata, kotak itu diberikan oleh seorang budak perempuan yang tidak dikenali kepada salah seorang pengawal keselamatan yang bertugas pagi tadi. Kononnya, dia sediakan khusus untuk Sofie Gracellia yang dia kagumi.

Bunyi macam suspicious, tetapi Ellia tidak menemui sebarang keanehan pada kotak itu. Jadi, dia cuba berfikiran positif dan tetap mengambil kotak tersebut tanpa tahu siapa gerangan pengirimnya mahupun mengetahui apa isinya.

Reben yang terikat kemas pada kotak itu dileraikan ikatannya lantas dia membuka kotak tersebut dengan perasaan was-was. Sedikit demi sedikit, penutup kotak itu diangkat sehinggalah isinya terlihat sepenuhnya.

Mata Ellia membulat kala mendapati apa yang berada di dalam kotak tersebut. Kepalanya terus dipegang menggunakan kedua-dua belah tangan dengan nafas yang tidak sekata.

Apa... Apa semua ini?

"Arrrrrrrrggggghhhhhhhhhhhhhhh!"

〄⨾〄⨾〄

β–’β–’β–’β–’β–’β–’

𝗀𝗒𝗧𝗗 ⦂ 𝖠𝗉𝖺 𝖺𝗀𝖺𝗄𝗇𝗒𝖺 π—‚π—Œπ—‚ π—„π—ˆπ—π–Ίπ—„ π—π—Ž 𝗒𝖺𝗇𝗀 π–»π—Žπ–Ίπ—
𝖀𝗅𝗅𝗂𝖺 𝗆𝖾𝗇𝗃𝖾𝗋𝗂𝗍?

Hmmm... Kalau story ni lari daripada plot, Yna pun tak tahu nak kata apaπŸ˜‚πŸ˜”

In this chapter, Yna nak jelaskan maksud 'citizen tak berdaftar'... Penduduk tak berdaftar maksudnya seseorang yang tinggal dalam sesebuah negeri / negara tu namanya tak direkodkan dalam sistem negeri / negara tu. Pergerakan dia adalah bebas, like if dia berlegar-legar dekat mana-mana kawasan di negeri / negara tu, dia tetap takkan dapat dikesan sebab dia tak direkodkan sebagai penduduk. Biasanya, status 'citizen tak berdaftar' ni cuma akan di'apply' untuk orang-orang yang dah sah muflis / miskin tegar.

Alright, I think that's it for now. Bye-bye! πŸ€—πŸ’•πŸ’•


You are reading the story above: TeenFic.Net