SETELAH hujan lebat selama hampir sejam, matahari kini terbit memancarkan sinarnya. Muka jam saat ini sudah tepat menunjukkan pukul 10.00 pagi. Selesai sahaja menjamu selera, Ellia, L dan Sun kemudiannya duduk berkumpul di ruang tamu rumah mereka.
"Ehem..."
Mendengar deheman Ellia, L dan Sun menoleh serentak ke arahnya. Mereka tahu benar sifat Ellia yang satu itu. Apabila dia berdehem sebegitu, maknanya dia ingin membincangkan sesuatu.
"Kakak nak cakap sesuatu ke?" soal L.
"Erm... Kakak cuma nak tanya aje. Actually, L dengan Sun pergi mana kelmarin?"
"Oh... Kitorang pergi ke Crowner Palace, tempat latihan sekali gus tempat tinggal kedua kitorang," beritahu Sun tanpa mengesyaki motif tersembunyi Ellia.
"I see... Wait up, so... Guy and girl members live together in that place?" Mata Ellia membulat. Cerlungan tajam dihantar ke arah kedua-dua adiknya itu.
L dan Sun meneguk air liur dengan payah. Death glare Ellia benar-benar menyeramkan! Secara automatik, kepala mereka berdua tergeleng-geleng laju.
"It's not like what you think, sister... Kitorang memang tinggal sama-sama dekat situ. Tapi, kitorang asingkan kawasan guys and girls," jelas L, enggan membiarkan Ellia mendapat idea yang bukan-bukan.
"I see. Ehem... Sebenarnya, kalau boleh... Kakak nak... Err..." Ellia mulai ragu-ragu untuk menyuarakan hal yang ingin dia utarakan.
"Kakak nak apa?"
L dan Sun kebingungan. Kedua-duanya tidak dapat menduga apa yang Ellia ingin sampaikan.
"Erm, macam ni... Before this, Crowner members yang lawat kakak dekat hospital. But this time, I want to be the one paying them a visit. Can I?"
Sunyi. Satu perkataan yang sempurna untuk menggambarkan suasana di ruang tamu rumah itu sebaik Ellia mengungkapkan hasratnya.
"Kakak... Kakak serius ke ni?" Sun seolah tidak dapat mempercayai apa yang baru sahaja kakaknya itu ungkapkan.
"I'm serious. So, boleh tak?"
"Mestilah boleh! Diaorang mesti gembira jumpa kakak nanti!"
Ellia yang sedari tadi menunduk perlahan-lahan mengangkat wajahnya, memandang ke arah kedua-dua adiknya itu. "Betul ni?"
"Yes, sister! L yakin, diaorang akan rasa lebih gembira kalau kakak datang," kata L. Nadanya kedengaran cukup teruja.
"Exactly, no doubt at all!" tambah Sun pula.
Senyuman nipis hadir menyerikan wajah Ellia. Step one, completed!
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
Lekas-lekas Ellia menutup mulutnya yang sempat ternganga dek terkejut melihat Crowner Palace. Sesuai betul nama yang Crowner berikan kepada rumah itu! Desain rumah tersebut sememangnya sama macam palace! Palace versi moden yang sesungguhnya di luar jangkaan Ellia.
"Kakak... Nak masuk ke tak nak ni?" L menjongketkan keningnya apabila melihat Ellia kekal statik di posisinya semenjak turun dari kereta beberapa minit yang lepas.
"Nak masuk... Tapi... Err, L dengan Sun ada bagitahu diaorang yang kakak nak datang ke?"
Sun tergelak kecil kala memandang kakaknya yang terlihat gementar saat itu. "Calm down, sister. L dengan Sun tak bagitahu diaorang apa-apa pun... Diaorang takkan expect langsung yang kakak datang melawat diaorang hari ni."
Ellia meramas-ramas tangannya, cuba menghilangkan rasa gugupnya. 'Semalam yakin sangat buat planning, dah kenapa pula kau nervous semacam sekarang ni?' ejek hatinya sendiri. Nafas lantas ditarik lalu dihembusnya perlahan. "Okey... Korang masuk dulu, I'll come in after you both."
L dan Sun mengangguk kecil. Mereka menekan loceng rumah, menanti pintu auto-lock itu dibuka dari dalam. Mendengar bunyi 'klik', barulah L membuka pintu tersebut. Dia masuk terlebih dahulu sebelum disusuli oleh Sun.
"Dah kenapa pula korang tercongok dekat depan pintu tu? Nak jadi hantu pintu ke?" soal Alex, hairan dengan tingkah mereka berdua yang seperti penjaga pintu.
Mendengar soalan yang keluar dari mulut Alex itu, Dan, Eli, Hope dan Yuki turut sama memusatkan perhatian kepada dua beradik tersebut. Kerutan terbentuk jelas pada wajah mereka.
"Mmm, hi?" sapa Ellia yang muncul secara mengejut dari belakang L dan Sun.
Mereka berlima ternganga. "OMG, Ellia!"
Pantas mereka menghampiri gadis itu walhal tadinya, mereka semua sibuk duduk bermalas-malasan. L dan Sun hanya menggeleng-gelengkan kepala sahaja.
"Kau dah okey ke?" soal Hope dengan nada prihatinnya.
Ellia tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. "Korang sihat ke?"
"Sihat!" Alex, Dan, Eli, Hope dan Yuki menjawab serentak. Jika diperhatikan, gaya mereka berlima macam kanak-kanak tadika pun ada!
"Eh, jomlah duduk..." Hope terus memimpin tangan Ellia, membawa gadis itu menuju ke sofa.
Mereka yang lain cuma menyusul sahaja langkah dua gadis tersebut. Setelah mereka berlapan mengambil tempat duduk, Ellia memerhatikan reka bentuk dalaman rumah itu. Cantik! "Dah lama ke korang tinggal sini?"
"Mmm, agak lama juga... Dah tiga tahun lebih kitorang tinggal sini." Alex memberitahu setelah selesai mencongak berapa lama team Crowner sudah tinggal di rumah agam itu.
"Err, sebelum tu... Kedatangan aku ni mengganggu ke? Yalah... Datang tak diundang, kan?" Ellia bersuara rendah.
"Mana ada mengganggu, kitorang semua happylah dapat jumpa kau hari ni! Kan, korang?"
Riang nada Yuki melempar kata, mengusir pergi segala perasaan tidak enak yang sempat hadir dalam hati Ellia.
"Betul tu!" Alex, Dan, Eli dan Hope sama sekali tidak menafikan apa yang Yuki perkatakan. Ketulusan mereka bahkan cukup terbukti melalui emosi yang terpeta jelas pada riak wajah masing-masing.
Perlahan-lahan Ellia mula tersenyum. "Kenapa korang ni baik sangat eh? Tak rasa macam orang yang baru kenal langsung..."
Tersengih sahaja ahli-ahli Crowner mendengar hal itu. L dan Sun pula berasa senang hati melihat interaksi antara Ellia dengan teammates mereka.
"Erm... So, siapa Leader Crowner?"
Senyuman semua ahli Crowner termasuklah L dan Sun memudar kala soalan itu terbit dari mulut Ellia. Mereka mulai bertukar pandangan antara satu sama lain.
Ellia yang merasakan dirinya sudah mempertanyakan soalan yang salah langsung menggigit bibirnya. Aduh! Takkan step two fail?
"Ellia," panggil Eli.
"Yes?" Wajah Eli dipandang dengan mata yang terkelip-kelip.
"Kau nak dengar cerita tentang Leader kitorang tak?"
Meskipun sedikit terkejut pada awalnya, namun Ellia segera memberikan respons dengan menganggukkan kepalanya. Nampaknya, step two completed!
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
"Back then... We used to be eight. But, aku pun tak tahu macam mana nak jelaskan. Semua benda tiba-tiba jadi bermasalah. Kitorang dapat tahu yang Leader kitorang ada berjumpa dengan Leader team lawan sebelum kitorang berlawan dengan team tu... Then masa pertandingan, kitorang kalah teruk. Team lawan dapat tahu tentang plan kitorang, and we got no chance to fight back. We suspected that it was our Leader who betrayed us." Eli sekadar menjelaskan secara ringkas.
Ellia menjongketkan keningnya. "Jadi, korang tak percayakan dia sebab dia jumpa Leader team lawan korang masa tu ke? I don't mean anything, but... Aku cuma nak tahu. Apa yang buatkan korang curiga dengan ex-Leader korang tu? Ada apa-apa rakaman yang buktikan dia khianati korang ke?"
"Tak ada rakaman, only pictures. Gambar last yang kitorang terima merupakan gambar masa they were in a bar. Jadi, kitorang ketepikan gambar tu because we can see that he was quite drunk. Tak mungkin dia dapat explain strategi kitorang dekat Leader team lawan tu masa mabuk. But the other pictures... They were having a talk in a cafรฉ. Leader kitorang tak mabuk masa tu... Kitorang tak pasti apa yang diaorang cakapkan. But that incident happened a few days before the battle," terang Dan.
Ada gambar lain? Ellia agak terkejut mengetahui hal itu. "Then, korang ada bercakap dengan ex-Leader korang tak pasal perjumpaan dia dengan Leader team lawan tu?"
Alex mengangguk. "Kitorang tanya dia... Sama ada dia nak jelaskan apa-apa dekat kitorang ataupun tak. He said and I quoted, what else do I have to say? Korang boleh nampak segalanya dekat gambar tu."
"Kitorang ada minta dia bagitahu kebenarannya. Kenapa dia berjumpa dengan Leader team lawan tu tanpa bagitahu apa-apa dengan kitorang? Dia bertegas yang dia tak ada berjumpa dengan Leader team lawan tu, but the pictures showed the other way around. Kitorang dah periksa dan gambar-gambar tu bukannya edited. We just wanted him to be honest, but he didn't tell us anything and just kept on saying that he didn't betray us." Sun pula yang bersuara kali ini. Nadanya kedengaran cukup kecewa.
"Then, he told us that he was leaving," kata Yuki dengan riak yang kosong.
"Padahal awalnya, dia yang kata dia akan pastikan Crowner kekal bersatu tak kira apapun. And yet, he was the one who left," sambung Hope.
Detik ini, Ellia bingung mendengar semua ucapan mereka. Rasa-rasanya, bukan CL sahaja yang dianiayai... Sebaliknya, seluruh team Crowner!
"Hold on. Dia tahu tak pasal gambar-gambar yang korang dapat selain daripada gambar masa dia mabuk tu? I mean, like... Korang ada sebut tak pasal gambar-gambar tu?"
"We didn't but he was supposed to know why we demanded an explanation from him, right? Dia memang ada pergi berjumpa dengan Leader team lawan kitorang masa tu, so why on earth he said he didn't?" Keras kedengaran nada L sewaktu itu.
Belum sempat Ellia mahu berbicara lagi, pintu rumah tiba-tiba sahaja terbuka. Seorang lelaki yang kelihatannya sudah dalam lingkungan 40-an dan seorang lelaki yang hampir sebaya dengan dirinya muncul.
"Manager! J!"
Semua ahli Crowner terus berdiri dengan riak terkejut sedangkan Ellia pula terpinga-pinga sendirian. Manager? J? Siapa pula mereka berdua ini?
Dalam hati, Ellia melepaskan keluhannya. Dia sudah begitu hampir mendapatkan informasi penuh berkenaan konflik yang Crowner alami... Tapi, haih! Plan interrupted!
ใโจพใโจพใ
โโโโโโ
Kenapa Yna pun rasa nervous masa diaorang berbincang tadi? ๐๐๐ฌ OMG... Dahsyatnya lahai~ Yna pula yang tension, LOL๐ค
And this is Crowner Palace.๐
Apa-apa sekalipun, sorry untuk chapter yang agak berterabur ni... And thanks for reading! ๐๐๐ฅบ
You are reading the story above: TeenFic.Net