AKIBAT rasa seriau dengan tingkah Ellia yang sedikit pelik pada pagi itu, Vierra terus berdehem kuat. "What's wrong with you, Ellia? Kamu... Bukannya kena rasuk, kan?"
Sebaik sahaja soalan itu meluncur keluar dari mulut Vierra, Ellia yang tadinya bersandar pada kepala katil wadnya lekas-lekas duduk tegak. Pandangannya difokuskan kepada wanita tersebut. "Doc... You know many things about CL, right?"
Terkelip-kelip mata Vierra kala gadis itu memandangnya dengan ekspresi wajah yang serius. "Hah? Err, I think so... Kenapa kamu tanya?"
"Then, what's his best record in VRS?"
"Err, pasal tu... Saya rasa saya kena tanya adik saya dulu."
"Adik? You have a younger sibling? Why didn't you tell me before? Dia lelaki ke perempuan? Macam mana dia boleh kenal dengan CL? Apa hubungan diaorang? Diaorang rapat ke? Diaโ"
"Okey, sudah." Tangan Vierra naik tepat di hadapan wajah Ellia, isyarat supaya dia berhenti bertanya. "Saya ada satu mulut aje, bukannya seribu. Let me answer your questions, one by one."
"Err, sorry..." Ellia tersenyum kekok. Melihat Vierra yang sudah bersiap sedia untuk memberikan jawapan kepada persoalan-persoalannya, dia terus mendiamkan diri.
"Okey, pertama sekali... Saya memang ada adik. Dan kenapa saya tak bagitahu? Sebab kamu tak pernah tanya," ujar Vierra.
Tidak tahu mahu menunjukkan reaksi seperti apa, Ellia mengembungkan pipinya. Tindakan tersebut merupakan salah satu tabiat yang dia amalkan apabila dia berasa serba salah dalam suatu situasi.
"Dia lelaki atau perempuan? Unfortunately, that kid is a he. Macam mana dia boleh kenal dengan CL? Well, they used to be schoolmates. Dan diaorang rapat ataupun tak? Yes, they are really close. Hubungan diaorang? Diaorang kawan baik, a senior and a junior, brothers... And a pair of gamers. Adik saya tu VRS player juga, tapi dia tak tinggal dekat negara ni. He currently lives in France, attending VIS that's located in Bordeaux. Nak tanya apa-apa lagi pasal adik saya tu?"
"Erm... Dia solo player ke?"
"Mmm, ya. Dia kata, nak enjoy dulu hidup dia sebagai solo player sebelum join mana-mana team."
"I see."
"Now, biar saya tanya kamu. Kenapa tiba-tiba tertarik nak tahu pasal adik saya? Or actually, you are just interested to know about CL's relationship with him?" Vierra memicingkan matanya, memaparkan riak yang penuh kecurigaan.
"Err..." Ellia segera membuang pandang ke arah lain. "Just curious. Salah ke nak tahu? Erm... By the way, doc betul-betul boleh tanya dia pasal rekod terbaik CL ke? And bila doc boleh dapat jawapannya?"
"Well, tak salah. Of course tak salah kalau kamu nak tahu..." Satu senyuman mekar pada wajah Vierra, terisi dengan makna yang hanya dia fahami. "Sure I can ask him. But, benda ni kategori penting yang macam mana bagi kamu eh? Penting yang segera atau penting yang boleh ditunda?"
"Penting yang segera."
"Oh, alright. Tunggu sekejap, biar saya contact budak tu."
Langsung sahaja wajah Ellia bertukar teruja. 'Tengoklah, aku mesti akan dapat tahu rekod terbaik dia! Nak berahsia dengan aku? No way!' getusnya di dalam hati.
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
FRENCH POYO KID
Bro, tadi kakak aku tanya
pasal rekod terbaik kau
dalam VRS... So, I told
her. Kau tak marah, kan?
โโ 08:10
CL mengerling wad Ellia sebelum tersenyum singkat. "Makin pandai eh? Guna bantuan orang dalam untuk dapat jawapan... I shouldn't have underestimated you."
Kau bagitahu rekod aku
dengan tepat ke?
โโ 08:15
Well, yes. So, shoot, bro...
Are you going to kill me?
Better give me a warning
before anything.
โโ 08:16
"Pfft, kalau budak ni ada dekat depan aku sekarang... Dah lama kena luku!" CL memutarkan bola matanya setelah membaca chat daripada adik Vierra itu atau namanya, Viorel. Viorel lebih sering dikenali dengan nama panggilan Rel. Dalam dunia VRS, dia menduduki tempat ketiga di antara berjuta guy players. Malangnya, disebabkan dia tidak pernah mendedahkan diri di mata umum sebagai pemilik profile name Viol dan character ID Violetta, ramai yang beranggapan bahawa dia seorang perempuan. Namun demikian, seorang manusia yang bernama Viorel sama sekali tidak peduli akan hal itu. Maklumlah, dia sangat berpegang teguh kepada moto hidupnya, iaitu, "YOLO, so care about yourself, not about others".
Why should I tell you?
Kalau aku nak bunuh
kau, aku patut buat
senyap-senyap. Am I
right?
Sejurus selepas chat itu dihantarnya, Rel terus offline. CL yakin, Rel saat ini pasti sedang merenung kembali masa-masa kehidupannya yang baru berjumlah 19 tahun.
Komputer mininya kemudian dihidupkan. Satu pemberitahuan terpapar pada skrin komputer tersebut. Pemberitahuan yang sama sekali tidak mengejutkan CL memandangkan hal itu sudah berada dalam jangkaannya.
"You have received a new message!"
โข AELICE
โYour best record was 4780
kills. Right? Oh, I'm 100
percent sure that I'm
right... So, where's my
gift?โ
โข CULLEN
โConfident kau ni macam
tak boleh bawa bincang...
Tell me, where's my Sofie?
Aku rasa kau bukan Sofie
aku... Sofie yang aku kenal
tu biasanya seseorang
yang ragu-ragu nak
menjawab atau buat
keputusan.โ
Ellia yang sememangnya menanti-nantikan CL membalas messagenya pantas mencebik kecil dengan message yang berbaur perlian itu. Dia syak, sudah tentu adik Vierra telah membuat laporan kepada CL. Kata Vierra, adiknya seringkali melaporkan apa yang dia telah lakukan kepada CL, terutama sekali jika apa yang diperbuatnya ada sangkut-paut dengan lelaki itu. "Sengaja nak perli akulah ni..."
โข AELICE
โข CULLEN
โHmm, you cheated. Itu
memang betul... Tapi,
kenapa pula aku akan
cancel hadiah tu? Aku
dah cakap, kalau kau
betul, aku akan bagi
kau sesuatu sebagai
ganjarannya. Aku tak
pernah cakap yang
kau tak boleh tanya
orang lain untuk teka
rekod aku, kan? So, the
gift would still be given
to you.โ
Tidak pasal-pasal, Ellia menjerit dek rasa gembira bercampur teruja. Sebagai kesannya, sepasukan doktor pakar dan beberapa orang jururawat muncul di dalam wadnya beberapa minit selepas itu. Mereka semua menayang riak bimbang, apatah lagi Vierra. "Are you okay?" soal mereka dengan nada cemas.
"Erm, I... I'm okay. Sorry, saya tak sengaja terjerit tadi... Ingatkan saya nampak lipas, rupanya tak ada pun." Dia mencipta alasan dengan raut wajah yang pucat lesi.
"Jadi, kamu okey aje, kan?" Vierra bertanya lagi, mahu mendapatkan kepastian.
"Ya... I'm okay. Maaf sekali lagi sebab jeritan saya tu kejutkan semua orang. Saya betul-betul tak sengaja..."
"Eh, tak apalah... Memang dah tanggungjawab kami untuk periksa keadaan semua pesakit. Walaupun pesakit tu sebenarnya seorang puteri jutawan yang tak sedar diri," balas seorang doktor wanita yang ketika itu sedang tersenyum hipokrit kepada Ellia.
"Doktor Gea," panggil Vierra dan beberapa orang doktor pakar lain dengan nada yang sedikit keras. Mereka berasa tidak puas hati dengan gaya bicara doktor wanita yang bernama Gea itu.
Tersentap, namun Ellia tidak mudah melatah. Dia sekadar diam walaupun dia sebenarnya berniat mahu membalas ucapan doktor wanita tersebut. Menyedari hakikat bahawa dia yang bersalah kerana menyusahkan kakitangan hospital itu untuk datang ke wadnya, dia berasa tidak patut sekiranya dia mewujudkan apa-apa senario baharu. Mendiamkan diri lebih baik, bukan?
Dalam beberapa hitungan saat sahaja, satu bunyi kuat kedengaran pula dari wad yang bersebelahan dengannya. Ellia terkebil-kebil bilamana para doktor dan jururawat yang tadinya berada di dalam wadnya bersegera ke wad itu.
"Is there anything wrong?" Soalan tersebut diajukan secara serentak oleh para kakitangan hospital kepada CL.
CL tersenyum lebar. "Actually, nothing is wrong with me. So, sorry not sorry. Saya cuma ada terdengar seorang doktor tu cakap yang sebagai doktor, dah menjadi tanggungjawab dia untuk periksa keadaan semua pesakit. And I believe that is a must, walaupun dia seorang doktor yang tak tahu berbudi bahasa dengan pesakit dia. Since she said it's her responsibility to take care of patients, then I shall say... Adalah menjadi tugas seorang pesakit untuk menyusahkan doktor. Apa lagi, seorang doktor yang langsung tak beretika dalam pekerjaannya."
Semua kakitangan hospital yang mendengar ayat pedas CL itu berusaha menahan diri mereka daripada tertawa. Wajah merah padam Gea menambahkan perisa kelucuan situasi tersebut. Wanita itu menghentak-hentakkan kakinya dengan geram sebelum berlalu pergi dari situ.
"Doc, please watch your walk. Who knows? Mungkin heels 5 inci doktor patah pula lepas hentak-hentak kaki macam tu." Selamba CL melontar kata.
Dan...
"Arghhhhhhh! Heels tak guna!" Gea menjerit marah apabila heels yang dipakainya benar-benar patah selepas dia mengambil lebih kurang lima langkah dari wad CL.
"Bukan heels tu yang tak guna, tapi pemakainya. Dah tahu heels tu bukan high quality, hentak-hentak kaki macam monyet pula... Normal kut kalau heels tu patah. Hmm, manusia... Manusia... Tahu salahkan barang yang rosak aje, padahal diri sendiri yang tak reti nak jaga barang."
Usai menuturkan kata-kata itu, CL kemudiannya memandang satu-persatu kakitangan hospital yang masih berada di dalam wadnya dengan seulas senyuman suci pada bibirnya. "Err, maaf atas sikap kebudak-budakan saya ya? Korang pergilah bantu doktor tu..."
"It's okay, young man," balas beberapa orang doktor sementara kakitangan hospital yang lain hanya berdiam diri sahaja. Vierra pula secara diam-diam memberikan thumbs up kepada CL.
Ellia yang mendengar sepenuhnya skrip senario hospital terbaharu itu menghamburkan tawanya. Wah, puas hati sungguh tika karma menimpa Gea! Tetapi, ada satu tanda soal yang muncul dalam fikirannya. Siapa pesakit yang menetap di wad bersebelahan dengan wadnya itu?
Dia penasaran, namun pandangannya terhalang oleh sosok tubuh Vierra yang masih berada di muka pintu wad pesakit tersebut. Membiarkan sahaja tanda soal yang berbuah di benaknya tidak terjawab, Ellia akhirnya tidak lagi cuba melihat gerangan pesakit di dalam wad itu. Anehnya, dia terasa ada sesuatu yang meninggalkan jejak halus di dalam hatinya.
A familiar feeling of being protected... It makes her feel truly comfortable and safe.
ใโจพใโจพใ
โโโโโโ
Puas rasanya menulis scene CL yang just
tunjuk aksi bad boy dia, HAHAHAHAHA~ Serves that doctor right๐๐
Perbezaan "You just received a message" and "You have received a new message!"
-You just received a message: Player tu baru aje terima message masa dia tengah online.
- You have received a new message!: Player tu terima message masa dia tengah offline... Simbol (!) bermaksud peringatan yang message tu dah masuk sebelum dia online.
The time difference antara Perancis dengan negara yang menjadi latar tempat cerita ni... Is 0. Maknanya, negara diaorang ni ialah sebuah negara 4 musim yang terletak pada garisan yang sama dengan Perancis. Peringatan untuk semua, jangan tanya garisan apa๐๐ Yna tak tahu Perancis masuk garisan apa kalau ikut sistem Geografi, LOL...๐ณ๐๐
Okey, cukup pasal tu...
Urm... Don't know whether this chapter masuk akal ataupun tak... But, Yna harap chapter ni okey. Kalau ada yang tak okey, just feel free to tell me. ๐๐ป๐
Alright, bye-bye! โค๏ธ
You are reading the story above: TeenFic.Net