๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿฎ โ€ฃ ๐™‚๐™ช๐™š๐™จ๐™จ ๐™ƒ๐™ž๐™จ (๐˜ฝ๐™š๐™จ๐™ฉ) ๐™๐™š๐™˜๐™ค๐™ง๐™™

Background color
Font
Font size
Line height

โ€ข AELICE
โWhy didn't you tell me?โž

RASA bingung melanda CL setelah membaca message itu. Apa yang dia tidak beritahukan kepada Ellia?

โ€ข CULLEN
โTell you what?โž

โ€ข AELICE
โThat you are the King of
VRS. Saya tak pernah
tahu pun yang PK tu
maksudnya Prodigy
King...โž

Dia tergelak kecil. Aduhai! Ellia... Ellia... Ternyata gadis itu baru mengetahui apa erti sebenar di sebalik panggilan PK of VRS. "Ingatkan dia dah tahu sebelum ni... Hmm, salah aku ke sebab aku tak bagitahu dia?"

โ€ข CULLEN
โAku ingatkan kau dah tahu
maksud PK of VRS sebelum
ni. Lagipun, kau tak pernah
tanya aku apa-apa pasal
gelaran tu. So, aku tak cakap
apa-apa. Kau marah ke?โž

โ€ข AELICE
โTak adalah marah, I'm just
shocked... Hmm, salah saya
juga kut... Saya tak pernah
nak ambil tahu maksud
sebenar gelaran PK of VRS
tu.โž

โ€ข CULLEN
โSo... Selama ni, kau ingat
maksud gelaran tu apa?โž

โ€ข AELICE
โI thought it's something like Pro
Killer... Sebab awak, kan mahir
buat killing.โž

โ€ข CULLEN
โMacam sama erti aje bagi
aku...โž

โ€ข AELICE
โMana ada sama! Ramai pro
players boleh jadi pro killers.
But, King? King is different...
In a country, a King is
someone yang memerintah.
That means, you rule over
the world of VRS.โž

โ€ข AELICE

โDan awak tahu tak how
shocked I was bila Sun
kata Siea diduga akan
jadi the new Queen for
VRS? Saya baru lagi
main game ni. Macam
mana pula boleh jadi
Queen? Tak logiklah! I
couldn't possibly be
the new Queen with
my current rank.
Pengalaman pun baru
berapa aje... Saya rasa
saya tak layak sandang
gelaran tu. I'm not
qualified, really. But, the
others... Haih... kenapa
diaorang boleh fikir
macam tu pula?โž

Senyuman nipis tidak lekang menghiasi wajah CL tatkala membaca message Ellia yang berbaur omelan kecil itu. Namun kemudian, dia mengeluh perlahan. Dia akui, gadis itu memang memiliki potensi yang besar untuk berkembang dalam dunia VRS. Tetapi secara zahirnya, Ellia masih lagi seseorang yang polos. Ditambah lagi dengan keadaan mentalnya yang belum cukup stabil, CL sangat khuatir andai kata VGC menghancurkan gadis itu sebelum sempat Ellia melebarkan sayapnya.

Her soft heart is so easy to be broken, and negativity gets to her head very quickly. She won't be able to take the bullets, all at once.

CL sudah tahu serba sedikit berkenaan hidup Ellia daripada Vierra. Apa yang dia boleh simpulkan ialah Ellia menerima terlalu banyak tekanan daripada persekitarannya sebagai puteri sulung Blair Lawrence dan Sienna Jennings Lawrence. Langkah gadis itu senantiasa diawasi oleh pihak media, privasinya terganggu dan dia acapkali diremehkan dalam keluarga besarnya dek pencapaian yang sekadar mencapai tahap biasa-biasa sahaja.

Ellia ditolak dan terus ditolak sehingga dirinya tiba di hujung gaung. Kuatnya dia bertahan untuk tidak terjatuh ke dalam gaung tersebut... Ianya membuatkan CL berasa bangga dan hormat terhadap gadis itu. Ellia seorang pejuang yang kuat. Ya, Ellia benar-benar seorang pejuang yang teguh!

Akan tetapi, sedangkan tentera perang yang memiliki kelengkapan senjata terbaik pun boleh terbunuh dalam medan perang, inikan pula Ellia? Sekuat mana seseorang itu sekalipun, pasti ada masanya dia menjadi lemah. Dan bila waktu itu tiba, kebiasaannya itulah detik yang membawa kepada kehancuran seseorang. Memikirkan hal tersebut, CL benar-benar diasak rasa bimbang. Jika itu terjadi, dialah orang yang patut dipersalahkan. Kerana dia yang telah memperkenalkan VRS kepada Ellia dengan harapan dapat memberikan nafas baharu buat gadis itu untuk terus hidup dan tidak kalah kepada hal yang dipanggil kemurungan.

Sejujurnya, CL amat takut menjadi penyebab kehancuran Ellia. Niat awalnya memang atas dasar ingin membantu, tetapi bagaimana sekiranya niat itu suatu kesilapan sedari awal? Dan bagaimana andainya VRS yang dikira dapat memberi nafas baharu kepada Ellia justeru meragut jiwa gadis itu?

"What should I do? Aku tak sepatutnya suruh dia join battles, kan? Oh God, what have I done? I made a terrible mistake..."

โ€ข AELICE
โCL, are you still there?โž

โ€ข CULLEN
โSofie... Aku buat silap ke?
Aku tak patut minta kau
join battles dan buatkan
kau jadi sasaran VGC. Aku
betul-betul dah datangkan
masalah kepada kau.โž

Ellia terpaku membaca message tersebut. CL... Mengapa lelaki itu masih memikirkan soal VGC? Dan mengapa CL menyalahkan dirinya sendiri sedangkan semua yang berlaku saat ini datangnya daripada keputusan Ellia? Dia yang telah memutuskan untuk menyertai kedua-dua battle itu. CL tidak pernah memaksa dirinya supaya bersetuju. Jadi, mengapa kesalahan terletak di bahu lelaki itu? Dia mula terfikir. Adakah CL menyesal kerana memperkenalkan VRS kepadanya? Hanya kerana dia kini disasarkan oleh VGC?

Entah mengapa air jernih mula memenuhi ruangan mata Ellia... Ada suatu perasaan hangat yang menyelubungi jiwanya. Rasa seperti dirinya dilindungi dan dijaga sepenuh hati... Seolah-olah dia merupakan sebutir permata yang cukup berharga. Saat ini, dia sebenarnya sangat berterima kasih kepada CL. Disebabkan lelaki itu, dia mampu mengenali VRS dengan lebih dalam dan kini memperolehi 'peace' yang dimaksudkan oleh CL ketika awal perkenalan mereka dahulu. CL telah mengajar dirinya semua hal tentang VRS serta memarakkan semula api semangat untuk terus hidup yang hampir padam dalam dirinya sebelum ini.

He saves her from more pain. Why would he be sorry for doing that?

โ€ข AELICE
โWhy are you saying all this
nonsense? Saya bersyukur
sebab awak kenalkan VRS
kepada saya. Awak tak
pernah paksa saya join
battles tu, CL... I was the
one willing to do it. So,
apa yang tengah berlaku

sekarang ni... It happened
because of me.โž

โ€ข AELICE
โDatangkan masalah kepada saya?
Awak cakap pasal apa ni? Masalah
apa? Awak tahu tak saya rasa lebih
tenang dan happy lepas kenal
awak? Selain my lil family and
Doctor Vierra, nobody ever cares
about me the way you do. You
make me feel so special. By your
words, treatments, guidance and
protections.โž

โ€ข AELICE
โSo, please... Jangan salahkan diri
awak. Kalau awak risau pasal VGC
yang sasarkan saya... Saya nak
awak ingat siapa diri awak dalam
dunia VRS. CL, you are the PK of
VRS. If they hurt me, then you
should take revenge on them.
Beat them up for me... Sebab
saya ni anak murid awak.โž

โ€ข CULLEN
โKau tak nangis masa tulis
semua messages ni, kan?โž

โ€ข AELICE
โMana ada nangis. Kenapa
pula nak nangis?โž

"Liar," sebut CL bilamana dia melihat dengan jelas Ellia sedang mengesat air matanya. "Nangis pun still nampak comel... Haih!"

โ€ข CULLEN
โI'll pretend to believe that. So,
kembali ke topik sebelum ni...
Okay, fine. Kalau pihak VGC
sakiti kau, I'll take revenge
on them. Hmm, anak murid...
Then, kau betul-betul nak jadi
PQ of VRS ke? Be the Q to my K?โž

Ellia pantas menekup wajahnya dengan bantal. Hesy, CL buat hal lagi! "Be the Q to my K? Berani dia kata dia tak reti nak flirt dengan perempuan? Eiii, penipu!" sungutnya dengan nada tidak puas hati.

Sedetik kemudian, dia teringat akan pemberitahuan Sun mengenai sang PQ of VRS yang tidak dapat digantikan oleh mana-mana girl player dalam VRS. Agak-agaknya, kalau dia bertanya kepada CL... Adakah CL dapat memberikan info yang lebih jelas tentang Queen legenda itu?

โ€ข AELICE
โNo comment for that. Erm,
CL... Awak kenal tak dengan

PQ of VRS yang masih tak
dapat digantikan oleh
sesiapa tu?โž

โ€ข CULLEN
โYa, aku kenal. Kenapa
kau tanya pasal dia?โž

โ€ข AELICE
โI just want to know more about
her. Siapa dia sebenarnya? And
kenapa tak ada sesiapa yang
dapat pintas rekod dia?โž

Nafas dihela berat oleh CL. Jika menyangkut hal berkaitan PQ of VRS yang dianggap legenda dalam VRS itu, sudah tentulah dia arif tentangnya. Dan bukan hanya hal tentang Queen tersebut sahaja yang dia ketahui, tetapi juga mengenai PK of VRS yang menjadi pasangan Queen itu sebelum ini.

โ€ข CULLEN
โHer character ID was named
Chill. And she used 'Chae' as
her profile name. Alasan
kenapa ramai orang tak dapat
kalahkan dia is because of her
killing records in VRS Solo
Battle that was 4500 / 5000
kills (Merciless stage). Literally,
no girl player has ever reached
that amount of killing up till
today.โž

Terjawab sudah persoalan yang berlegar-legar di benak Ellia sebelumnya. Matanya terbuntang luas kala melihat angka killing yang dicatatkan oleh Queen legenda tersebut. Sekiranya killing yang dibuat oleh Queen itu adalah 4500 daripada 5000 players, bukankah itu bermakna dia menyingkirkan setidak-tidaknya 60 peratus daripada keseluruhan players? Tetapi... Frasa 'no girl player' yang terdapat dalam message CL membuatkan dahinya berkerut sedikit. Maknanya, dalam kalangan players berjantina lelaki, pasti terdapat rekod killing yang melebihi rekod Queen itu. Jadi, berapa ramai di antara mereka yang telah memecahkan rekod tersebut?

โ€ข AELICE
โThen, guy players... Berapa ramai
yang dah pecahkan rekod ni?โž

โ€ข CULLEN
โQuite a few, but not that
many. Antaranya, your
bro, 4600 kills. Claude,
4670 kills. Viorel, 4700
kills.โž

Ellia mengecilkan matanya. Nama yang tersenarai cumalah adiknya dan dua players yang tidak dia kenali. Bagaimana pula dengan rekod killing CL?

โ€ข AELICE
โWhat about your best record?โž

โ€ข CULLEN
โMake your guess, Sofie.
Kalau tekaan kau betul,
I'll give you something in
return. Alright, need to
go offline now. Bye-bye,
my student.โž

Dengusan kecil dilepaskan. Buat tekaan? Bagaimana mungkin dia mahu meneka dengan betul tanpa sebarang hint? Atau mungkinkah...

"It can't be Max-Kill, right?"

ใ€„โจพใ€„โจพใ€„

โ–’โ–’โ–’โ–’โ–’โ–’

Hmm... CL's character can't be so perfect, right? ๐Ÿ˜๐Ÿ˜ Agak-agak, berapa rekod killing dia eh?

Perbezaan All-Kill and Max-Kill:

โ€ข All-Kill - Semua players lain mati (tapi bukan seorang player / duo players tu yang buat semua killing)
โ€ข Max-Kill - Semua players lain mati (semua killing dibuat sepenuhnya oleh seorang player / duo players)

Okey, Yna tak tahu nak kata apa lagi. But, hope korang enjoy baca chapter ni. And sila tegur Yna kalau ada sebarang kesilapan... ๐Ÿฅบ Bye-bye. ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ


You are reading the story above: TeenFic.Net