𝟬𝟬𝟴 β€£ 𝙏𝙀 𝙅π™ͺπ™™π™œπ™š 𝙖𝙣𝙙 𝙏𝙀 π™π™£π™™π™šπ™§π™¨π™©π™–π™£π™™

Background color
Font
Font size
Line height

SETIAP message daripada CL yang diterimanya Ellia baca dengan perlahan dan penuh tertib. Dia cuba memahami apa yang berlaku ketika itu melalui sudut pandangan CL. Selesai membaca semua messages tersebut, akhirnya Ellia menyimpulkan satu kenyataan berdasarkan analisis yang dia lakukan.

CL telah dianiayai.

Pendapat Ellia adalah meskipun CL mabuk pada malam itu, tidak ada sebarang kepastian sama ada dia benar-benar membocorkan strategi team Crowner kepada pihak lawan. Ya, memang biasanya orang mabuk akan mengatakan apa-apa sahaja kepada orang lain. Akan tetapi, perkataan-perkataan yang keluar daripada mulut mereka cenderung kedengaran berbelit atau tidak jelas. Lagi pula, jika mengikut logik, bagaimana mungkin seseorang yang mabuk boleh menjelaskan strategi yang panjang berjela dengan begitu teratur?

Masuk akal jika seseorang itu mempunyai alcohol tolerance yang tinggi atau masih memiliki kesedaran untuk menjelaskan suatu strategi kepada orang lain. Namun berdasarkan penjelasan CL, Ellia percaya CL sudah mabuk sepenuhnya sehinggakan dia tidak dapat mengingati apa-apa yang berlaku sewaktu dia mabuk saat itu. Dan gambar yang menunjukkan dia duduk berdua dengan Leader Platinum ketika itu pula... Sungguhpun bukan gambar edit, tetapi apa sahaja yang boleh dibuktikan melalui gambar itu?

"It's just a picture. Sekeping gambar yang langsung tak dapat keluarkan suara. Macam mana diaorang boleh jatuhkan kesalahan ke atas CL bilamana diaorang tak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam gambar tu?" gumam Ellia dengan nada kesal.

Setiap andaian yang Ellia buat saat ini adalah berasaskan 90 peratus logik dan 10 peratus teori. Disebabkan dia juga tiada bukti yang mampu mengesahkan kesahihan teorinya, dia hanya dapat bergantung kepada pemikiran secara logik sahaja. Jika menurut intuisinya pula, Ellia merasakan bahawa terdapat suatu komplot tersembunyi yang tenggelam di bawah permukaan dasar isu CL dengan team Crowner itu.

"If only ada saksi mata yang boleh bagi keterangan, then apa yang berlaku masa tu dapat dijelaskan."

Berkenaan soalan CL yang mempersoalkan sama ada Ellia merasakan dirinya mementingkan diri sendiri atau tidak, dia cuba mewajarkan keputusan CL berdasarkan rasionalisasi. "Mungkin agak selfish sebab dia tinggalkan team Crowner. Tapi, kalau aku pun... Aku rasa, aku akan buat benda yang sama. A real team symbolizes unity. Itulah faktanya... Begitu juga dengan family. Family is also a team. Dan aku... Aku pun berundur setiap kali ada perbincangan keluarga. So, am I also selfish?"

You know, we all can connect to each other because in fact, we do have a lot of similarities. But, we tend to miss this and think others don't know what we feel. Say, what if we open our eyes and see how the dots connected between us, creating an unbreakable line?

Tidak pasti bagaimana harus dia menjawab pertanyaan itu, akhirnya Ellia tidak mengirim sebarang balasan kepada CL. "It's funny how his question ended up questioning me too," tuturnya rendah.

See the relationship? Most of the time, to judge and to understand others is to judge and to understand ourselves, too.

β€’β—¦βœ¦β”€β”€β”€β”€β€’β—¦α˜‘α˜žβ€’β—¦β”€β”€β”€β”€βœ¦β—¦β€’

Vierra yang melintasi wad CL dan Ellia pantas mengerutkan dahinya saat melihat mereka berdua larut dalam dunia masing-masing. "Kenapa dengan diaorang berdua ni? Ada krisis ke?"

Kepalanya digaru perlahan. Leka dia memerhatikan kedua-dua manusia itu. Secara mengejut, bahunya ditepuk dan...

"Bah!"

"Mak kau!" latah Vierra sebelum secepat mungkin menekup mulutnya. Kepalanya diteleng laju ke kanan dan ke kiri. Fuh, nasib baik tiada kakitangan hospital lain di laluan itu selain mereka berdua! Bahu sahabatnya, Briana, langsung ditampar kuat.

Briana yang tadinya tergelak besar langsung meringis kesakitan. "Tangan ke pemukul lalat ni? Macam nak cramp aje bahu aku kau pukul..."

Vierra menjegilkan matanya. "Padan muka kau! Kenapa tak patah aje tulang bahu kau tu?"

"Gosh! Vie, kau ni... Macam mana Seth boleh tahan dengan perangai kasar kau eh?"

"Dah dia sayang aku, nak buat macam mana lagi, kan? Kenalah tahan aje." Selamba sahaja Vierra melontar bicara. "Okey, now hush... Aku nak perhati keadaan diaorang dulu."

"Huh? Who?" Briana menjongketkan sebelah keningnya sebelum turut memandang ke arah yang sama dengan Vierra. Kerutan terbentuk pada wajahnya selepas memerhatikan keadaan kedua-dua pesakit yang bertentangan wad itu. Seorang puteri millionaire dan seorang lagi gamer, tetapi gaya mereka nampak sama sahaja. Kedua-duanya ralit merenung ruang kosong atau dalam bahasa mudahnya, hanyut dalam lamunan. "Say, Vie... Apa kena dengan dua pesakit special kau ni?"

"Don't ask me, Brie. Aku sendiri pun tak tahu apa yang berlaku dengan diaorang berdua."

Semakin bingung Briana dibuatnya. "Three weirdos," ucapnya antara dengar dan tidak.

Vierra kemudian mengalihkan pandangannya ke arah sahabatnya itu. "Kau cakap apa tadi?"

Terkebil-kebil Briana buat seketika sebelum dia mengukir seulas senyuman yang kekok. "Mana ada cakap apa-apa... Eh, jomlah gerak! Nanti terlepas pula sesi perkenalan dengan doktor-doktor baru tu."

"Alamak, nasib baik kau ingatkan! Jom, jom... Marah Ketua Jabatan kita tu nanti kalau kita terlewat."

Melihat sahabatnya yang sudah menonong laju meninggalkan dirinya itu, Briana menghela nafas lega sebelum buru-buru mengejar langkah Vierra. Nasib baik Vierra tidak dengar apa yang dia cakap tadi... Kalau tidak, pasti bahunya sudah dihambat tamparan 'pemukul lalat' sebanyak tiga kali atau bahkan lebih!

β€’β—¦βœ¦β”€β”€β”€β”€β€’β—¦α˜‘α˜žβ€’β—¦β”€β”€β”€β”€βœ¦β—¦β€’

CL menatal skrin telefonnya, mengimbau kembali perjalanannya dalam VRS melalui foto-foto yang sempat diabadikan di akaun VRS Timelinenya. VRS Timeline, ianya sebuah aplikasi khas yang diwujudkan untuk players VRS dan para peminat game tersebut. Ciri-cirinya adalah lebih kurang sama dengan Instagram.

First Update, 1st January 2009.
─────────────────────
❝Just a 10 years old kiddo. Ain't no clown here.❞

Tersungging senyuman mengejek pada bibir lelaki itu. "Man... What a character I once had," ujarnya sambil tergeleng-geleng kepala.

Officially A Team Player, 5th February 2014.
─────────────────────
❝Officially owned by Crowner (CRWN).πŸ‘‘

Let's fly high and get crowned as champions!❞

Di luar sedar, jari-jemarinya bergerak mengusap skrin telefonnya kala melihat foto seragam team Crowner. Seolah-olah dia sedang menyentuh seragam yang terdapat dalam gambar tersebut.

From an individualist, they all turned to be each other's family.

Team Crowner, juara bertahan dalam IGCC selama empat tahun. Dari tahun 2015 sehinggalah tahun 2018, mereka merangkul gelaran juara. Pada tahun 2014, mereka belajar banyak hal setelah mengalami kejatuhan yang sangat memberi impak kepada diri mereka masing-masing. Sewaktu itu, belum sampai tempoh lima bulan team Crowner ditubuhkan, mereka kalah total kepada team Airglow dalam suatu Friendly Match. Puncanya? Kerana mereka tidak memiliki persefahaman yang baik. Mereka semua ingin bergerak sendirian, mengabaikan kepentingan team dan tiada kesedaran untuk menjalankan tanggungjawab mengikut posisi yang mereka pegang.

Hampir-hampir sahaja team Crowner membuat parti perpisahan selepas kekalahan itu. Akan tetapi, mereka memutuskan untuk mengadakan perjumpaan dan berbincang sebelum memberi kata putus sama ada ingin bubar ataupun tidak. Siapa sangka? Perjumpaan itu akhirnya membawa mereka kepada kata sepakat untuk mencuba semula dari awal. Menjadi team yang sebenar, bekerjasama dengan satu sama lain, tidak lagi bergerak secara solo dan mengutamakan kepentingan team.

Started from that moment, the eight of them gradually grew a stronger bond with each other.

Walau bagaimanapun, sebagai team junior yang masih belum punya banyak pengalaman, mereka tersingkir dalam pusingan quarter final. Sakit? Itu sudah pasti. Tetapi, mereka menelan segala keperitan dan bangkit semula daripada kegagalan itu. Sungguhpun tidak memasuki pusingan final, usaha mereka tetap setara dengan dua team yang sampai ke pusingan tersebut.

Kemajuan team Crowner cukup jelas terserlah pada tahun 2015. Semua team yang pernah meremehkan mereka kalah akibat kesombongan yang mereka tunjukkan. Tahun itu merupakan kali pertama mereka meraih trofi kejuaraan IGCC. Dan bermula sejak tahun itu, team Crowner semakin kuat dari semasa ke semasa. Kadangkala terdapat jua konflik yang timbul akibat perbezaan pendapat, namun tidaklah serius sehinggakan berlaku aksi boxing.

Perubahan berlaku selepas sesi pengambilan ahli baharu untuk team Crowner dilaksanakan. Entah bermula daripada siapa, dari mana atau apa... CL sendiri juga bingung memikirkannya. Apa yang dia tahu... The team just slowly changed after the recruitment session began.

Satu demi satu konflik menjelma, menyebabkan kepercayaan mereka terhadap satu sama lain mulai goyah atas sebab-musabab yang tidak dapat dijelaskan. CL sebagai Leader juga tidak mampu menemui punca masalah yang menjejaskan team itu. Keakraban yang pernah ada sedikit demi sedikit menjadi renggang.

Menyaksikan sendiri keruntuhan team Crowner yang terjadi mengikut peredaran waktu, CL pergi ke sebuah bar dengan hati yang dimamah kekecewaan. Niat awalnya, dia sekadar mahu menghilangkan tekanan dengan menikmati wain. Tetapi, entah bagaimana, lain pula hal yang berlaku selepas itu.

Helaan nafas berat dilepaskan. Sampai ke detik ini, CL masih tidak ada kekuatan untuk berhenti mengenang masa lalu.

After all, Crowner wasn't just a team to him. He has long considered his teammates as his family, though they weren't related by blood. Because honestly, some strong bonds don't ever need blood relationships to exist.

β€’β—¦βœ¦β”€β”€β”€β”€β€’β—¦α˜‘α˜žβ€’β—¦β”€β”€β”€β”€βœ¦β—¦β€’

Ellia bersandar pada kerusi empuknya seraya mengamati langit malam yang tampak cukup terang dengan wujudnya gugusan bintang cerah. Dia membiarkan fikirannya dibuai keindahan alam tersebut.

"Sifat pentingkan diri sendiri... Di mata orang lain, sifat ni suatu amalan yang buruk. Yes, it is. Tapi... There are those times when being selfish can be assumed as a form of self-love. It's when you give, and people taking too much from you. Or when you've been asking people to trust you, but nobody does. At that point, if you aren't selfish enough to leave, you'll get hurt." Dia berbisik kepada dirinya sendiri.

Taking your leave in order to save yourself from more pain, you will be judged as a selfish character. But, people don't even know the pain you're experiencing. Still, you're the bad person in their point of view. Sickening, isn't it?

Well, needless to say, we are all that bad somebody in someone's story.

"Untuk menilai dan memahami orang lain... You must first learn how to judge and to understand yourself. Kalau kau tak boleh buat macam tu, don't even try to judge nor understand others. Sebab penilaian dan pemahaman kau sepatutnya bermula daripada diri sendiri sebelum kau teruskan kepada penilaian dan pemahaman tentang orang lain." Keras Ellia memperingatkan dirinya sendiri.

Before you judge and understand other people, judge and understand yourself in the first place. Because how can you be judging and understanding to others while turning a blind eye on yourself? Just a reminder, examine yourself before examining anybody else.

〄⨾〄⨾〄

β–’β–’β–’β–’β–’β–’

Kenapa Yna rasa chapter ni agak deep?

LOL, is this a gaming crime story? πŸ˜‚πŸ˜³
Just an info: Latar masa story ni sekarang 2019, on the way nak ke 2020. Sebab nak suaikan dengan isu COVID-19 yang melanda secara globally pada tahun 2020, jadi cerita ni Yna mulakan daripada latar masa 2019.

Casts yang dah muncul setakat ni:
1) Ellia = 18 tahun
2) Allen (L) = 17 tahun
3) Susan (Sun) = 16 tahun
4) CL = 20 tahun

Parents Ellia, L dengan Sun... And what about Vierra? Mmm, perlu ke letak umur diaorang? πŸ˜‚πŸ˜‚

Lagi satu, tolong bagi pendapat, please.
PATUT TAK YNA HASILKAN NEGARA BARU UNTUK CERITA NI? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Comment for this,πŸ‘†πŸ» boleh? And kalau ada sesiapa yang rasa patut, boleh juga kalau nak sumbangkan idea nama negara baru tu... Hehehe~

Okeylah... Apa-apa sekalipun, kalau ada apa-apa yang tak sesuai... Yna harap korang sudi bagi teguran. 😊


You are reading the story above: TeenFic.Net