𝟬𝟬𝟳 β€£ π˜Ύπ™§π™€π™¨π™¨π™§π™€π™–π™™π™¨ 𝙖𝙣𝙙 π˜Ύπ™€π™£π™›π™šπ™¨π™¨π™žπ™€π™£

Background color
Font
Font size
Line height

LANGKAH diatur dengan begitu teliti oleh Ellia, sangat berhati-hati agar tidak tersadung. Hari ini, dia dipinta untuk melakukan terapi buat kakinya. Meskipun kakinya tidak mengalami kecederaan yang parah, tetapi Vierra mewajibkan dirinya supaya menjalankan sesi terapi ini jua. Dan akhirnya, di sinilah dia berada. Di taman rekreasi hospital yang menjadi kawasan para pesakit meredakan tekanan. Tempat yang cukup sesuai untuk dia menenangkan fikiran selepas mindanya dilanda badai selama beberapa hari ini.

Ellia menebarkan pandangannya ke segenap arah. Di bahagian kiri taman itu, kelihatan beberapa pasangan kekasih dan keluarga yang sedang mengadakan piknik di kawasan teduh berdekatan tasik. Terdapat juga sejumlah pesakit kanak-kanak yang sedang bermain belon dengan satu sama lain. Tanpa sedar, senyuman nipis mula terbit pada wajah Ellia.

Sedang dia leka memerhatikan mereka, tiba-tiba sahaja...

Kring! Kring! Kring!

"Mak cik, ke tepilah!"

Ellia terpaku di tempatnya, blank apabila melihat seorang budak yang mengayuh basikal sedang menuju ke arahnya. Buat sesaat, dia mengira bahawa dirinya akan dilanggar. Namun kemudian, lengannya dipaut oleh seseorang. Tergamam Ellia dibuatnya.

"Dasar mak cik tua! Dah suruh ke tepi pun, tak reti nak dengar. Memang kalau dah namanya mak cik, mak ciklah juga gayanya!" cemuh budak yang mengayuh basikal tadi.

"What a child... Tak ada adab betul," gumam lelaki yang memaut lengan Ellia sebelum ini. "Dan kau pula... Kau buta ke? Dah nampak budak tu nak langgar kau dengan basikal dia, buat apa kau jadi tiang dekat tengah jalan ni? Nak pergi bunuh diri dengan terlibat dalam kemalangan basikal ke?"

Ellia yang kala itu sibuk menyusun ucapan terima kasih dalam benaknya langsung kehilangan rasa bersyukurnya. Pengajaran untuk semua, prince charming tidak wujud dalam realiti. Selain itu, mohon buang angan-angan drama Korea anda kerana drama dan realiti itu jauh bezanya.

"Why aren't you talking? Kau bisu ke?"

Tidak pasal-pasal, marak api kegeraman dalam hati Ellia. "Ya, memang saya nak bunuh diri dengan cara dilanggar basikal! So, what? Kenapa awak nak datang tolong saya? Kenapa tak biar aje saya kena langgar tadi? Lain kali, tak payahlah buat-buat baik hati kalau akhirnya nak mengutuk. Hesy, buat hilang mood orang aje!"

Usai berkata sedemikian, Ellia segera berlalu dari situ. Ditinggalkan sahaja lelaki yang tidak dikenalinya itu tanpa sebarang ucapan terima kasih. Bukannya dia tidak tahu bersyukur, tetapi tingkah lelaki itu yang menyebabkan niatnya mati untuk mengucapkan terima kasih. Mengapalah lelaki sebegitu wujud dalam dunia ini? Dasar perosak mood!

β€’β—¦βœ¦β”€β”€β”€β”€β€’β—¦α˜‘α˜žβ€’β—¦β”€β”€β”€β”€βœ¦β—¦β€’

Vierra berusaha menahan tawanya apabila melihat riak cemberut Ellia. "Masih marah lagi ke? Sudah-sudahlah tu, even if his words aren't kind, but his action can still be counted as an act of kindness, right?"

"What kindness? Eii, geramlah! Baru aje nak berterima kasih, dia dah shoot orang dengan mulut peluru dia tu. Baik tak payah tolong orang tadi!" tutur Ellia dengan rasa geram yang masih pada aras tinggi.

"Kalau dia tak tolong... Agak-agaknya, berapa lama lagi kamu akan duduk hospital lepas ni eh?"

Terdiam Ellia mendengar soalan itu. Keluhan kecil dilepaskan. "Fine, I know I should be thankful. Tapi, kenapa perangai dia macam tu?"

"Lain orang, lain ragamnya. Namanya pun manusia, perlu ke persoalkan kenapa perangai dia macam tu?"

"Doc, kenapa saya rasa macam doc tengah sokong dia?"

Nada jengkel Ellia itu membuatkan Vierra tersenyum nipis. "Sebab saya rasa walaupun cara cakap dia kasar, tapi apa yang dia cakap tu betul. Dah tahu orang nak langgar kamu, buat apa kamu jadi tiang dekat tengah jalan? Dan lepas dia bercakap, kamu diamkan diri. Memang padanlah dia tanya sama ada kamu bisu ataupun tak. Lagi satu, rasanya budak yang hampir langgar kamu tu kutuk kamu lebih dahsyat daripada dia. Kenapa kamu tak marah dengan budak tu pula? Dia panggil kamu mak cik dan bercakap biadab dengan kamu, tak apa eh?"

"Budak tu tak penting dalam hidup saya, buat apa nak peduli?"

"Lelaki tu pun tak penting dalam hidup kamu, kan? Jadi, kenapa kamu peduli dengan perkataan yang keluar dari mulut dia?"

Lagi sekali, Ellia terdiam. Nampaknya, kata-kata makan tuan. Memang benar apa yang Vierra katakan ketika itu. Lelaki tersebut sememangnya bukan seseorang yang penting dalam hidup dia, jadi buat apa dia peduli dengan kata-kata lelaki itu pula? "Ah, sudahlah! The point is he's just annoying. Period."

Tergeleng-geleng kepala Vierra apabila mendengar bicara Ellia itu. "Biasanya orang yang kamu tak suka masa first meeting tu, dialah orang yang akan jadi jodoh kamu nanti."

"Dah kenapa pula masuk topik jodoh ni? Apa sekalipun, kenapa doc tak datang jumpa saya dekat taman tadi sedangkan doc nampak apa yang berlaku?"

"Saja aje masuk topik tu. Well, I sensed a sweet aura between you both. Saya tak naklah mengganggu kamu dengan lelaki tu... That's why saya tak datang jumpa kamu."

Hampir ternganga Ellia jadinya. Sweet aura? Sweet aura dari celah mana pula yang Vierra maksudkan? Dia dengan lelaki tadi? Heh, mereka berdua tidak mungkin akan ada apa-apa! Bukan sekarang dan bukan nanti. Dia yakin! "Uh, sudahlah... Saya balik wad dulu."

Melihat Ellia berlalu keluar dari ruangannya dengan raut wajah yang masam, dia tersenyum penuh makna. "I seriously think the two would make a great pair."

β€’β—¦βœ¦β”€β”€β”€β”€β€’β—¦α˜‘α˜žβ€’β—¦β”€β”€β”€β”€βœ¦β—¦β€’

Buat kesekian kalinya, CL membatalkan kiriman messagenya kepada Ellia. Sumpah, dia bingung bagaimana caranya untuk dia membalas message Ellia sebelum ini! Maklumlah, dia mana reti menjadi Romeo yang puitis mahupun manis. Sudahnya, dia memutuskan untuk berterus terang sahaja tanpa menghantar message yang penuh kiasan.

β€’ CULLEN
❝I can't say anything, Sofie.
Your trust on me, whether
it's right or not, that
depends on yourself. You
decide if it's right or wrong.
Now, I want to tell you
about myself. Lepas tu, kau
pilih sendiri sama ada kau
nak terus percayakan aku
atau tak.❞

β€’ CULLEN
❝Here's my formal intro. I
am CL, nicknamed the PK
of VRS. Formerly, I was the
leader of Crowner. Aku tak
boleh nak jelaskan
segalanya, jadi cukuplah
kau tahu yang aku dituduh
sebagai pembelot yang
menjadi punca Crowner
kalah dalam kejuaraan
esports di Itali enam bulan
yang lalu. Aku tak tahu

sama ada itu memang
salah aku ataupun tak.❞

β€’ CULLEN
❝I can't recall what actually
happened back then. That
one night, I got fully drunk.
Aku tak tahu apa yang
berlaku masa aku mabuk. I
seriously don't know. Dua
hari selepas tu, the final
match was held. Crowner
kalah kepada team
Platinum. Salah seorang
daripada gamer yang belum
confirmed jadi member in
Crowner, overheard the
conversation between team
Platinum's members. He
recorded apa yang diaorang
cakap. They said that I
revealed our team's strategy
to them.❞

β€’ CULLEN
❝In the recording, diaorang
cakap aku bocorkan

strategi team Crowner
masa aku tengah mabuk.
And so, kitorang cari bukti
sebab aku tak mengaku
bersalah. But at that time,
CCTV yang ada dekat bar
tempat aku minum malam
tu rosak. So, I can't defend
myself. Then, a picture
yang aku tak tahu muncul
dari mana went viral in VRS
Timeline. Orang yang ada
dalam gambar tu ialah aku
dan Platinum's Leader. We
sat together. And that's just
it.❞

β€’ CULLEN
❝Pengurus team Crowner panggil
seorang pakar untuk periksa
kesahihan gambar tu, and it's
really not edited. Everyone said,
orang yang mabuk akan cakap
apa-apa aje. Because their head's
on the cloud. Dan aku... Aku tak

boleh nak kata apa, Sofie. Apa
yang lebih teruk masa tu ialah...
Aku dengan teammates aku ada
perselisihan faham, so I've got no
one to support me. Every reason
that I had, all were only taken as
excuses. In the end, I was given
two choices; lepaskan posisi aku
sebagai Leader atau keluar dari
team.❞

β€’ CULLEN
❝Awalnya, aku memang nak
lepaskan posisi aku sebagai
Leader aje. But then... Aku
tersedar yang kalau team
aku tak nak aku lagi, buat
apa aku stay? I'll only be a
big burden to them. So, I
chose to leave. Sebab team
melambangkan kesatuan.
Tanpa kesatuan, how can a
team be called as a team?
They didn't unite with me
anymore... So, how can we
still be a team, right? Now,
let me ask you, Sofie. Kau
rasa aku selfish tak?❞

Nafas dihembus perlahan sebaik selesai menghantar semua message tersebut. Tidak kira bagaimana sekalipun pandangan Ellia terhadap dirinya selepas ini, dia pasti akan menerimanya.

"Dad, mom... I really wish you both are still here with me." Lemah ayat itu CL ucapkan.

Air mata yang sempat tumpah disekanya laju. CL kemudiannya meraup wajahnya beberapa kali. Kala ini, segunung rasa rindu datang berhimpun mengasak peti hatinya. Tetapi, dia tidak boleh menangis. Kerana dunia telah menitipkan pesan buat mereka yang bergelar lelaki, bahawa lelaki itu tidak sesuai untuk mengalirkan air mata.

You see, the entire world has been setting up their own rules for everyone. Crying is like a sin for boys, guys and men. So, how can they show their feelings clearly? And says who that they really can't cry? It's only the world's rule and standard. Now talk about the gender discrimination, shall we?

〄⨾〄⨾〄

β–’β–’β–’β–’β–’β–’

So, siapa rasa CL bersalah?πŸ˜…πŸ˜…

Sejujurnya, Yna tak pasti macam mana Yna patut namakan chapter ni. Anyway, chapter ni okey tak? πŸ₯ΊπŸ₯Ί

And just nak bagitahu yang Yna ada edit sikit chapter 3 | VRS. Other chapters pun, honestly, ada yang slightly edited. Tapi rasanya, tak baca pun tak apa... Sebab tak adalah penting sangat pun.

Alright, that's it. Bye-bye. πŸ’œβ˜ΊοΈ


You are reading the story above: TeenFic.Net