"WELL sekarang Raiden adalah musuh Adwa. Saya dapat video ni dari pemandu Raiden iaitu Yazid. Kita boleh jadikan video ni sebagai bukti,"kata seorang perempuan kepada Rifqah.
The Black Valeria, kumpulan yang dicipta oleh Rifqah sendiri. Raiden dan Adwa sudah menjadi ahli tersebut. Ketua kumpulan ini adalah seorang perempuan yang sangat tegas.
"Good. Saya masukkan Adwa dalam kumpulan ni pun saya nak tengok sejauh mana dia boleh pergi,"kata Rifqah yang menonton video perbualan Raiden dan Adwa.
"Jangan bocorkan rahsia kita berdua. Tunggu waktu yang sesuai. Tak sabar nak tengok reaksi Adwa nanti,"jawab perempuan itu sambil tersenyum jahat.
"Oh jangan risau saya memang simpan banyak rahsia orang. Nanti saya beritahu kita punya plan untuk jatuhkan Adwa. Dia guna cara kasar kita guna cara halus,"ujar Rifqah dan perempuan tersebut mengangguk perlahan. Dia meminta diri untuk beredar.
Rifqah pantas menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar. Dia pantas mengunci semula bilik rahsia itu. Dia terpandang ke arah Adwa yang baru sahaja pulang.
"Oh dah puas ke gaduh dengan Raiden. Hanis yang cerita pada aku. Dia nampak kau bergaduh dengan Raiden. Raiden bukan orang yang boleh kau lawan. Dia bukan saingan kau,"kata Rifqah sinis. Adwa mengawal perasaan marahnya.
"Sebab dia CEO? Memang suka pilih lelaki yang berharta ke? Oh tahulah saya ni mampu buka kafe je saya ni memang tak pandai akademik tapi jangan pandang rendah kat saya!"kata Adwa. Rifqah tergelak sinis.
"Bila masa aku cakap aku pilih dia? Dia kawan baik aku biarlah aku nak puji dia. Buat apa aku nak puji lelaki macam kau ni?"balas Rifqah.
"Apa guna awak bercinta dengan saya dulu sedangkan awak lebihkan Raiden tu?"tanya Adwa.
"Kau nak aku layan kau 24 jam ke gila? Eh payah cakap dengan orang yang tak faham bahasa ni,"jawab Rifqah.
"Saya atau awak yang tak faham bahasa? Sibuk sangat jumpa dengan Raiden. Buat suami macam tunggul,"kata Adwa.
"Kau ingat kau siapa? Kau tu suami sementara aku je,"kata Rifqah.
"Oh sementara? Terdesak sangat ke nak kahwin dengan Raiden tu?"balas Adwa.
"Kalau aku nak kahwin dengan Raiden lepas aku bercerai dengan kau, apa salahnya? Risau nanti kau yang meroyan tak tentu arah,"ujar Rifqah.
"Siapa cakap saya akan ceraikan awak? Saya tak jamin Raiden tu boleh bahagiakan awak,"ucap Adwa dengan yakin.
"Habis kau bahagiakan aku ke? Tidak pun kau bukan kebahagiaan aku,"kata Rifqah lagi.
"Susah sangat nak jatuh cinta dengan saya huh?"soal Adwa.
"Aku tak jatuh cinta dengan kau. Kau ingat aku akan cintakan kau untuk kali kedua?"Rifqah berkata kasar dengan suaminya sendiri.
"I don't care about you. Remember that?"ujar Rifqah lagi. Adwa menenangkan dirinya terlebih dahulu.
"I'm not the jealous type but what's mine, it's mine. Full stop,"balas Adwa dan Rifqah memberikan senyuman yang penuh bermakna. Makna yang dipenuhi dengan kejahatan dan kekejaman.
"My mother didn't raise a fool. A cold-hearted woman but not a fool,"ujar Rifqah yang menepuk perlahan bahu suaminya dan Adwa hampir terjatuh.
"Dingin dengan saya tapi dengan Raiden tak dingin pula?"kata Adwa yang seakan ingin menyindir isterinya.
"I play dumb for smart reasons. Kau ingat aku ni tak cerdik ke? Hidup ni kita kena jadi orang bijak. Bijak dalam menilai orang,"jawab Rifqah.
"Awak pernah tuduh saya ada perempuan lain padahal saya ni cari rezeki!"kata Adwa.
"Don't raise your voice but improve your argument. Insulting a girl because you couldn't get her is the highest level of stupidity,"balas Rifqah lagi. Rifqah memang hebat dalam berkata-kata. Dia takkan tunjuk kesedihannya di hadapan Adwa.
"Nampak sangat tak faham perasaan lelaki,"ujar Adwa.
"Nampak sangat kau tak faham sifat seorang perempuan. Nak cakap aku tak faham lelaki? Cakap tu lain kali fikir dulu,"jawab Rifqah dan Adwa terdiam seribu bahasa sebelum menyambung bicaranya.
"Awak cakap takde pula nak fikir? Memang suka pentingkan diri sendiri ke?"balas Adwa.
"A true woman doesn't star a fight but sure to knows how to finish them,"ucap Rifqah.
Kau ingat kau je boleh speaking? Aku pun boleh!
"Aku ni macam dianggap orang jahat oleh mak kau tapi kau reka cerita kan? Eh cermin diri tu dulu!"kata Rifqah lagi sambil menunding jari ke arah suaminya.
"Memanglah Adwa semua orang akan bela sebab tu kau berdalih lagi kan? That's too much!"ujar Rifqah.
"Saya ni memang banyak kekurangan Raiden tu je yang sempurna di mata awak!"kata Adwa.
"Tapi dia tak pernah hina aku! Dia tolong aku masa aku putus dengan kau. Kau tahu apa aku rasa? Tak tahu kan yang kau tahu burukkan aku kat mak kau!"kata Rifqah.
"Jangan sampai saya tampar awak Rifqah! Awak makin melampau!"jawab Adwa.
"Tamparlah kalau kau rasa kau tu lelaki pengecut. Mak ayah aku pun tak pernah pukul aku kau nak naik tangan kat aku?"kata Rifqah.
"Saya tertanya juga kenapa awak buang saya dari hidup awak?"tanya Adwa.
"Kalau perangai tu pun tak nak ubah memang patut aku buang kau dari hidup aku. Aku penat lebih baik aku rehat,"kata Rifqah sambil masuk ke dalam biliknya.
Adwa melepaskan keluhan berat. Sudah genap dua bulan dia bergelar suami kepada Rifqah. Rifqah masih lagi tidak mahu menerimanya.
"AKU terima nikahnya Naura Hayfa dengan mas kahwinnya 8000 ringgit tunai,"kata Izham. Dua saksi mengangguk perlahan bermakna Naura sudah sah bergelar isteri kepada Izham.
Izham menuju ke arah Naura lalu menyarungkan cincin di jari. Perkenalan yang singkat telah membawa mereka ke alam perkahwinan.
Nurin yang berada di sebelah hanya tersenyum nipis sahaja. Pernikahan Izham dan Naura hanya dilakukan di rumah keluarga Naura sahaja.
Ketika Izham dan Naura sedang menjamu selera, Nurin ingin menyambut kedatangan tetamu namun dia terlanggar seorang lelaki yang amat tinggi.
"Maaf tak sengaja. Saya tak perasan awak jalan,"ujar Nurin yang pantas berjalan menuju ke arah pintu rumah. Lelaki yang tinggi itu hanya memerhati Nurin dari jauh.
"Muka dia macam pernah aku tengok,"kata lelaki itu. Malas untuk berfikir, dia mengeluarkan telefonnya dan mengambil gambar Izham. Izham merupakan kembar kepada Ikhwan.
"Auch!"kata Nurin apabila tangannya terkena air panas dan Ikhwan mendengar Nurin sudah mengaduh kesakitan.
"Are you okay miss? Do you need anything from me?"tanya Ikhwan dan Nurin mengangkat kepalanya.
Dia pantas menggelengkan kepala.
"My name is Ikhwan Nazril. And you?"tanya Ikhwan.
"Tak perlu tahu nama saya. Anyway thanks for helping me,"balas Nurin dengan wajah dingin lalu dia pantas masuk ke dalam rumah.
"Tak pernah lagi aku jumpa perempuan macam dia. Aku percaya suatu hari nanti aku akan berjumpa dengan dia lagi,"kata Ikhwan perlahan.
"Jantan tu buat apa datang sini?"soal Adwa kepada Rifqah.
"Aku jemput dia datang majlis kakak kau. Salah ke? Kau ni asyik nak cemburu dah kenapa?"soal Rifqah bertubi-tubi.
"Bukan cemburu. Tapi dia memang sengaja datang sini untuk jumpa awak kan? Awak suka dia datang kan?"balas Adwa.
"Kau nak siasat macam polis dah kenapa? Lantak dia nak jumpa aku pun. Aku kawan baik dia,"ujar Rifqah. Adwa sempat memandang ke arah Hanis yang sedang berbual dengan beberapa orang tetamu.
Ini masanya aku nak sakitkan hati Rifqah, bisik hati Adwa.
"Cantik juga Hanis tu,"kata Adwa secara tiba-tiba.
"Asal nak try ke? Jangan harap aku nak bagi Hanis kat lelaki macam kau. Hanis pun tak nak kat kau,"ujar Rifqah selamba.
"Asal macam cemburu?"soal Adwa.
"Cemburu apanya? Kau nak pikat kawan baik aku, hadap aku dulu,"jawab Rifqah. Tiba-tiba Raiden menghampiri Rifqah dan Adwa.
"Hai Rifqah,"sapa Raiden dan Rifqah tersenyum manis. Adwa yang berada di sebelahnya cuba menahan geram.
"Kau tak payahlah nak bermesra dengan isteri aku. Dia ni perempuan yang takde maruah,"kata Adwa dan Raiden tertawa.
"Takde maruah? Kau ni tak layak digelar sebagai lelaki sebab kau anggap perempuan ni macam mainan,"kata Raiden.
"Kau nak tahu sesuatu? Rifqah ni sebenarnya attention seeker,"kata Adwa lalu tersenyum jahat Rifqah memandang ke arah suaminya.
Jantan ni memang saja nak gaduh dengan aku?
"Kau yang nak attention bukan wanita kesayangan aku. Kesian aku tengok kau ni memang memerlukan kasih sayang sepenuhnya,"ucap Raiden. Kata-katanya berbaur sindiran.
Rifqah tersenyum ke arah Raiden.
"He's my Mr.Darkness,"ujar Rifqah perlahan namun dapat didengari oleh Raiden.
"Remember I'm your Mr.Darkness forever,"ucap Raiden.
"Sengaja nak sakitkan hati aku?"kata Adwa kepada Raiden. Rifqah hanya berlagak selamba.
"Oh aku hampir terlupa Rifqah ni isteri kau. Tahniah sebab kau dapat abang ipar. Aku balik dulu,"ujar Raiden. Dia sempat memberikan lambaian kepada Rifqah.
"Aku tak dapat Raiden pun aku harap aku akan dilayan seperti permaisuri suatu hari nanti tapi bukan dengan kau,"kata Rifqah dan muka Adwa sudah tercengang.
Rifqah terus melangkah ke arah Hanis dan meninggalkan Adwa yang masih berdiri.
Setelah selesai majlis, Adwa menarik kasar tangan Rifqah. Datin Laila hanya merenung tajam ke arah menantunya.
"Kenapa Raiden tu panggil awak ni wanita kesayangan dia? Memang ada apa-apa hubungan ke?"soal Adwa. Rifqah melepaskan cengkaman Adwa dari tangannya.
"Aku dan dia kawan baik! Suka hati dia nak panggil aku apa pun! Kau tak perlu nak cari pasal dengan aku,"kata Rifqah.
"Siapa yang cari pasal? Awak atau saya? Eh sedarlah diri tu dah jadi isteri saya,"kata Adwa.
"Dua bulan kahwin dah pandai lawan cakap anak aku? Apa yang hebat sangat Raiden tu?"sampuk Datin Laila.
"Tanya anak kesayangan mama ni kenapa dia perlu cari pasal dengan Iqa? Bela kesalahan anak ingat bagus ke?"balas Rifqah.
"Kau yang gatal nak dekat dengan Raiden. Nak nampakkan anak aku ni jahat ke?"ujar Datin Laila dan Rifqah ketawa sinis.
Nurin dan Arsyad yang sedang melangkah naik ke arah tangga terhenti apabila mereka melihat pergaduhan tersebut.
"Iqa tak curang anak mama dulu curang boleh pula? Siapa yang terdesak. Mestilah Adwa bukan Iqa,"kata Rifqah.
"Kau tu yang murah sangat layan semua lelaki,"jawab Datin Laila.
"Mama!"kata Nurin dengan kuat. Datin Laila berpaling ke arah anak sulungnya. Naura dan Izham pula berehat di dalam bilik tidur.
"Apa betul kan mama cakap? Kenapa perlu nak bela assistant kesayangan Nurin ni?"ucap Datin Laila.
"Tak perlu rasanya nak hina orang macam tu. Rifqah pun manusia yang ada hati dan perasaan!"balas Nurin.
"Adwa, jaga percakapan Adwa dengan Rifqah. Tuduh orang tanpa bukti. Tak tahu nak dengar penjelasan orang?"ujar Nurin dan Adwa tergamam.
"Akak nak menangkan dia pun takpe. Ingat Adwa kisah? Kenapa akak kena dingin dengan Adwa? Adwa buat salah besar ke?"soal Adwa.
"Salah besar tu kau sendiri yang akan sedar Adwa. Akak malas nak cakap,"jawab Nurin. Langsung tiada senyuman di bibirnya.
"Semua bertenang. Lebih baik pergi rehat Arsyad tahu semua orang penat. Tak elok bergaduh macam ni,"kata Arsyad. Nurin lantas menuju ke arah bilik tidurnya.
Rifqah dan Adwa juga masuk ke dalam bilik.
"WANITA kesayangan? Peminat misteri kau tu panggil kau wanita kesayangan? Pergh berani betul dia cakap depan Adwa,"kata Hanis.
"Berani memang berani. Tapi Adwa cemburu. Aku rasa tak perlu cemburu kalau memang tak cintakan aku,"kata Rifqah.
"Tapi hensem ke peminat misteri kau tu? Macam mana boleh tersuka kat kau?"tanya Hanis. Rifqah hanya mengangkat bahu.
"Awak yang sendiri percaya kat Adwa. Asyik lebihkan Adwa je dulu,"sampuk Waheeda. Rifqah menayangkan muka menyampah.
"Masa tu saya tak nampak perangai sebenar dia. Ish minah ketot ni asyik membebel je,"kata Rifqah. Rifqah memang berkawan dengan Waheeda sejak tadika lagi.
"Mana tak bisingnya? Kalau dapat jumpa Adwa, memang dia kena dengan saya,"balas Waheeda.
"Tak padan dengan pendek. Dasar kambing,"balas Rifqah selamba. Waheeda tergelak kecil. Mereka berdua memang sentiasa suka bergurau kasar.
"Eloklah Waheeda ni lepuk kepala kau. Percaya sangat kat Adwa dulu kan dah sakit hati,"ujar Hanis.
"Sakit hati pun sekali terkahwin dengan jantan gila tu. Penat aku hadap muka dia hari-hari,"jawab Rifqah sambil mengacau air sirap yang dikacau menggunakan straw.
"Takde siapa suruh kau kahwin. Kau yang kahwin kau hadaplah sendiri,"kata Hanis.
"Kau ni memang tak membantu langsung. Patutlah single sampai sekarang,"kata Rifqah selamba. Hanis memukul perlahan lengan Rifqah.
"Orang single macam aku dan Waheeda ni memang pakar cinta,"ucap Hanis. Rifqah menjulingkan mata ke atas.
"Nonsense. Kau nak suruh aku jauhkan diri dari Rifqah? Aku tak jamin aku akan ikut cakap kau,"kata Raiden yang terus menutup laptop miliknya apabila Adwa berkata begitu.
"Dia isteri aku. Kau tu cuma orang luar je,"balas Adwa. Raiden berdecit sinis.
"Orang luar ni juga akan selamatkan dia suatu hari nanti,"jawab Raiden.
"Lupakan saja niat kau tu. Rifqah tetap hak aku,"balas Adwa.
"I'm a good person but don't give me a reason to show you my evil side,"kata Raiden. Tangannya asyik bermain dengan pen.
"Aku nak tengok siapa yang akan jatuh nanti. Jangan sebab kau kaya, kau boleh buat apa saja! Aku nak tengok siapa yang akan pikat hati Rifqah. Aku suami dia aku boleh buat dia jatuh cinta dengan aku,"ujar Adwa lalu menepuk meja kerja Raiden.
"Before you judge me, make sure you're perfect. Kalau dia pun tak sayang kau, kau jangan nak mimpi untuk dapatkan cinta dia semula,"kata Raiden.
"Rahsia kau ada dalam tangan aku. Kesian keluarga kau tak tahu apa-apa kan? Kau boleh tipu sesiapa pun tapi bukan aku dan Rifqah. Kau maki dia aku yang halang kau dari maki dia,"jawab Raiden.
"Sebab dia lebihkan kau berbanding aku!"kata Adwa. Raiden ketawa sinis sambil menyilang tangan.
"Jadi? Benda remeh macam tu kau nak marah? Memang patut dia lebihkan aku sebab dia tak tahan dengan perangai kau,"kata Raiden.
"Kau buat apa kat sini?"tanya Rifqah apabila melangkah masuk ke dalam bilik kerja Raiden.
"Nak selesaikan hutang dengan kawan kesayangan awak ni. Dah tahu awak tu isteri saya kenapa dia masih nak pikat awak?"kata Adwa.
"Jadi kau fikir dia jumpa aku untuk dating ke? Kau dari dulu sampai sekarang asyik nak tuduh aku,"ujar Rifqah.
"Saya setia dengan awak tapi awak? Sibuk dengan jantan ni!"balas Adwa.
"Nak cakap pasal setia? If you don't know the value of loyalty, you will never understand the damage of betrayal,"jawab Rifqah. Dia cuba menahan diri dari menangis.
"Khalisa Izzati. Kau curang dengan dia dulu. Sekarang memang patut aku sokong apa Izzati buat kat kau dulu. Aku je tahu perkara sebenar kau sendiri yang tak nak percaya segala kata-kata aku,"kata Rifqah. Raiden bangun dan mendekati Rifqah.
"Macam mana saya nak percaya kalau perempuan yang saya cinta dulu curang dengan lelaki lain!"kata Adwa.
Pang! Satu tamparan di pipi Adwa. Adwa terkejut Raiden yang menampar pipinya.
"Watch your mouth! Aku yang ada dengan dia masa dia sedih! Kalau suatu hari nanti dia minta cerai dengan kau, kau jangan tanya kenapa,"kata Raiden. Rifqah terkejut kerana Raiden sedang melindunginya.
"Remember Adwa. I love to listening to lies when I know the truth,"kata Raiden.
"Mata kau penuh dengan penipuan. Manusia yang lemah takkan pernah mengaku salah dia kat semua orang,"kata Raiden lagi sambil menunding jari ke arah Adwa.
"Kita belum selesai lagi Rifqah,"kata Adwa lalu melangkah keluar dari bilik kerja Raiden. Yazid dan Maizatul yang melihat pergaduhan tersebut dari luar hanya menelan air liur sahaja.
"Don't cry,"kata Raiden sambil mengelap air mata Rifqah menggunakan sapu tangannya.
"Tak perlu cakap apa-apa. Aku akan tolong kau kalau kau perlukan bantuan aku,"kata Raiden lagi dan Rifqah tersenyum hambar.
"ARGH! Aku akan pastikan Rifqah takkan minta cerai dengan aku!"kata Adwa sambil mengetuk stereng kereta.
Tiba-tiba telefon miliknya berbunyi menandakan ada seseorang menghantar mesej kepadanya. Dia pantas membuka aplikasi Whatsapp tersebut.
Unknown
Cukup setahun aku jamin kau akan bercerai dengan Rifqah.
Aku ada di mana-mana untuk perhatikan kau.
Aku buat semua ni untuk keselamatan Rifqah.
Enjoy your life Adwa.
Rahsia kau akan terbongkar juga nanti.
Adwa yang membaca mesej tersebut cuba menahan geram. Siapa pula yang nak jatuhkan aku? Memang tiada siapa boleh jatuhkan aku!
Adwa memulakan pemanduannya dan meninggalkan kawasan tersebut.
Tanpa sedar, seorang perempuan yang memakai pakaian berwarna hitam dan juga mask berwarna hitam hanya memerhati sahaja kereta Adwa yang sudah hilang dari pandangan.
"Rifqah, rancangan kita berjaya,"kata perempuan itu apabila dia menghubungi Rifqah. Dia juga melangkah pergi dari situ.
Bersambung...
"YOU OWN MY LOVE AND LOYALTY"
You are reading the story above: TeenFic.Net