𝐑𝐚𝐢𝐝𝐞𝐧𝐑𝐢𝐟𝐪𝐚𝐡 𝟓

Background color
Font
Font size
Line height

"BAHAGIA dengan Adwa? Kau sepatutnya tak payah kahwin dengan Adwa. Aku tengok dia tu seram gila,"kata Raiden sambil mengacau minuman yang dipesannya.

"Setiap hari aku berperang dengan dia. Apa erti bahagia yang sebenar kalau dia tu masih lagi nak salahkan aku?"kata Rifqah. Dia menyandarkan diri di kerusi.

"Dia tu suka putar belit cerita. Dia nak nampakkan kau ni jahat supaya orang boleh sokong tindakan dia,"kata Raiden dan Rifqah menghela nafas berat.

"Aku pun tak tahu kenapa aku boleh kenal dengan lelaki macam tu,"kata Rifqah.

"Kau kena ingat Allah takkan hadirkan seseorang tanpa sebab. Aku tak boleh nak kata apa harap kau bersabar je dengan dia,"ujar Raiden. Dia membetulkan rambutnya di hadapan Rifqah.

"Kau acah pegang rambut nak tunjuk hensem ke? Muka dah hensem asal tak cari calon isteri?"tanya Rifqah.

"Aku malas nak kahwin,"kata Raiden selamba. Terhambur ketawa Rifqah mendengar jawapan kawan lelakinya.

"Apa je yang kau rajin? Rajin bekerja. Rajin belajar. Cakap pasal kahwin je kau cakap malas,"ujar Rifqah.

"Kahwin tu membosankan. Macam kau kahwin dengan lelaki yang tak berguna macam Adwa. Patutnya kau kena cari lelaki lain. Macam mana boleh terkahwin dengan dia?"kata Raiden.

"Aku nak pergi toilet,"balas Rifqah. Raiden sempat memegang telefonnya untuk urusan kerja. Rifqah berpaling dan menyuruh seorang perempuan yang berada di meja lain untuk mengambil gambarnya dan Raiden.

"Wei Raiden aku nak ambil gambar kau. Kau posing sikit,"kata Rifqah dan Raiden membuat gaya yang paling hensem. Perempuan yang tidak jauh dari meja Rifqah terus mengambil beberapa gambar Rifqah dan Raiden sedang bermesra.

Rifqah memberi isyarat supaya perempuan itu beredar dari kafe tersebut. Perempuan yang memakai pakaian berwarna hitam akur dengan arahan Rifqah.

"Kau dah kenapa nak ambil gambar aku?"soal Raiden yang pelik dengan sikap Rifqah.

"Ha mana tahu aku boleh kenalkan kau dengan kawan baik aku si Hanis tu,"kata Rifqah. Maaf Hanis aku terpaksa jual nama kau, bisik hati Rifqah.

"Hoi kau ni dah takde kerja lain ke? Nak jadi pencari jodoh untuk aku?"tanya Raiden dan Rifqah hanya menekup mulutnya sambil menahan ketawa.

"Eh eloklah aku carikan jodoh untuk kau. At least balik rumah ada orang tunggu. Takkan nak bujang sampai ke tua?"balas Rifqah selamba. Raiden menggelengkan kepala.

"Tak mati lagi kalau aku takde isteri pun. Aku dah biasa hidup seorang diri,"jawab Raiden acuh tak acuh.

"BERANI dia keluar dengan Raiden kesayangan dia ni? Siap bermesra. Ini perempuan jijik yang pernah aku kenal,"kata Adwa perlahan apabila ada seseorang menghantar gambar Rifqah yang sedang bermesra.

"Apahal bos membebel ni?"tanya Nazim. Adwa pantas menyimpan telefonnya di dalam poket seluar.

"Takde apa biasalah masalah orang dah kahwin. Kau apa tahu kau tu muda lagi,"kata Adwa. Mata Nazim terkebil-kebil.

"Saya umur 20 bos cakap muda lagi? Ingat umur macam saya ni tak tahu isu rumah tangga sekarang? Saya ni paling tak suka mak ayah yang jenis bela kesalahan anak,"kata Nazim dan Adwa tersentak.

"Amboi kau kalau bercakap memang ada pengalaman ke?"tanya Adwa. Nazim tersenyum nipis.

"Takde pengalaman tapi saya ni banyak membaca isu semasa. Takde manusia yang sempurna kat dunia. Semua orang buat kesilapan,"ujar Nazim dengan tenang.

"Orang yang rasa diri dia betul dan asyik nilai kesalahan orang lain adalah orang tak matang. Sebab apa? Dia nak orang je faham dia. Bos kena ingat kita tak tahu struggle orang macam mana,"ujar Nazim lagi.

"Kau sindir aku ke? Aku cuma geram dengan isteri aku sendiri yang buat aku macam tak wujud,"kata Adwa lagi.

"Bos perempuan dia ni susah nak lupakan kesalahan lelaki terhadap dia. Bos jangan rasa diri bos je tersakiti tapi isteri bos tu mungkin hati dia hancur dengan sikap bos. Saya tak berani nak cakap banyak nanti kata saya busybody pula,"balas Nazim.

"Aku tahu apa aku buat aku nak isteri aku ni sedar status dia sekarang. Kau tak kenal isteri aku macam mana dia makin berani dengan aku,"balas Adwa pula.

"Ikut bos saya tak nak masuk campur,"kata Nazim dan meminta diri untuk menyiapkan kerja yang tertangguh.

Rifqah leka bermain telefon pintarnya. Ketika sudah waktu petang. Adwa sudah pulang dan dia menepuk meja makan. Kini mereka sudah duduk di rumah sendiri.

"Kau dah kenapa?"tanya Rifqah dan Adwa berdecit sinis.

"What is this?"Adwa menunjukkan gambar Rifqah dan Raiden sedang bermesra. Rifqah tersenyum jahat.

"Kenapa? Kau cemburu? Buat apa nak cemburu kalau takde rasa cinta? Suka hati aku nak buat apa pun,"balas Rifqah sambil menyilang tangan.

"Awak tu isteri saya! Hormat saya sebagai suami!"Suara Adwa sedikit kuat. Rifqah masih lagi berwajah tenang.

"Hormat? Buat apa aku nak hormat kau? Aku langsung tak percaya segala kata-kata kau. Kau rasa sakit? Lagi sakit hati aku bila kau hancurkan perasaan aku dulu,"kata Rifqah sambil menunding jari ke arah Adwa.

"Aku silap menilai kau. Aku ingat kau ni lelaki baik. Pandai kau kaburkan mata mak ayah aku di sebalik sikap kau yang teruk tu?"Sinis sahaja Rifqah berbicara. Adwa sudah mati kata untuk seketika.

"Kau ingat aku akan lupa segala kata-kata kau? Segala perbuatan kau. Konon kau tepati janji tapi kau silap Adwa. Kau yang mungkir janji banyak kali,"balas Rifqah lagi.

"Tapi saya tak curang macam awak,"ujar Adwa dan Rifqah ketawa seakan ingin menyindir suaminya.

"Curang? Kau nampak aku dengan mana-mana lelaki kau nak cakap aku curang? Close minded,"ucap Rifqah. Adwa cuba mengawal perasaan marahnya. Isterinya sengaja menguji kesabarannya.

"Raiden tu kawan baik aku dulu. Dia yang selamatkan aku dari kau tapi aku tak tahu kenapa aku berjumpa dengan kau balik. Betulkan perangai tu dulu baru nak nilai orang,"ujar Rifqah.

"Kau jangan sampai aku pecahkan rahsia kau yang dulu kat keluarga kau. Lagi-lagi kak Nurin. Dia tak tahu apa pun pasal hubungan kita dulu,"jawab Rifqah.

"Acah tersakiti sebab aku tinggalkan kau. Cermin diri kau tu dulu. Aku takkan tinggalkan kau kalau kau tak sakitkan hati aku,"kata Rifqah.

"Mari saya ingatkan semula Rifqah. Awak sendiri yang beria nak sambung belajar. Awak jarang layan saya. Lupa ke?"tanya Adwa.

"Jarang layan sebab aku sibuk cari ilmu kau ingat aku nak hadap kau je? Aku ada kawan-kawan pun kau nak cemburu. What's wrong with you? Crazy?"ujar Rifqah.

"Aku tak rasa bertuah pun dapat lelaki macam kau. Lagi aku benci dan tak perlu rasanya nak tunggu bila aku dah tak benci kau,"kata Rifqah.

"Awak sedar awak bercakap dengan siapa sekarang? I'm your husband,"ucap Adwa.

"Husband? Kau tak payah nak perasan. Kau nak ada perempuan lain pun aku tak kisah. Aku langsung tak nak tahu apa kau nak buat,"Rifqah ingin melangkah ke arah tangga namun langkahnya terhenti.

"Jangan pernah cabar saya,"kata Adwa dan Rifqah berpaling ke arah suaminya.

"Aku tak takut dengan kau. Aku tak pernah cabar kau tapi sikap kau yang menguji kesabaran aku. Kau ingat sabar aku ni takde limit?"kata Rifqah pula.

"Kalau rasa cinta awak tu mahal, luahkan sampai habis,"jawab Adwa.

"Kalau aku luah sampai habis macam mana aku nak sayang diri aku? Buat apa aku nak sayang orang yang pernah cakap aku ni perempuan jijik,"kata Rifqah.

"Jangan pernah ambil kesempatan. Hati aku belum pulih sepenuhnya. Aku tak pernah sebut pun aku maafkan kau,"ucap Rifqah.

"Saya tak pernah terbayang semua ni akan jadi pada kita berdua. Takkan saya perlu mengemis cinta awak semula?"soal Adwa.

"Kita berdua ni berbeza. Hati aku dah tak rasa apa-apa. Kosong. Aku kahwin dengan kau adalah perkara paling tak bijak pernah aku buat,"kata Rifqah. Kini suaranya lebih mendatar.

"Aku penat nak bercakap dengan orang yang tak faham bahasa macam kau,"kata Rifqah lalu melangkah naik ke arah tangga.

"Saya benci sebab awak berubah Nur Rifqah! Disebabkan oleh Raiden, awak sanggup buat macam ni!"kata Adwa dengan suara yang kuat namun Rifqah sudah masuk ke dalam bilik.

"Kenapa Adwa? Kenapa kau perlu muncul semula dalam hidup aku? Aku benci kau!"kata Rifqah sambil membaling bantal ke lantai. Dia dan Adwa tidur berasingan walaupun duduk serumah.

Segala kenangan dia dan Adwa terus bermain di fikirannya. Air matanya terus mengalir namun dia cuba untuk membuang segala memorinya bersama Adwa.

"Aku benci kau bersebab,"kata Rifqah perlahan. Dia terus baring lalu melelapkan mata.

"KAHWIN? Naura nak kahwin dengan siapa?"tanya Datin Laila. Dato Aidi dan yang lain terkejut dengan kata-kata Naura.

"Izham Nazrul. Naura terkejut tiba-tiba hari tu dia bawa Naura pergi jumpa mak dia. Mak dia berkenan dengan Naura,"ujar Naura.

"Mama dan papa tak kisah asalkan dia faham agama dan tak sakitkan Naura. Bila keluarga Izham nak masuk meminang Naura?"tanya Datin Laila.

Wah bukan main dulu kau beria nak aku kahwin dengan Adwa sebab nak sakitkan aku, desis hati Rifqah.

"Nurin kenapa senyap selalunya Nurin seronok je kalau cakap pasal kahwin. Masa Adwa kahwin pun muka Nurin tak ceria,"kata Dato Aidi.

"Well I'm heartless. Nurin tak rasa apa-apa. Kenapa Nurin perlu tunjuk rasa gembira? Naura nak kahwin pun Nurin hanya mampu berdoa untuk kebahagiaan Naura,"balas Nurin. Adwa dan Rifqah memandang pelik ke arah Nurin.

"Are you okay or not?"tanya Adwa.

"Lying to your own sister is pointless. I don't believe you,"ucap Nurin. Dia terpaksa berlakon dingin dengan Adwa hanya kerana rahsia yang perlu disimpan rapi. Ini adalah perancangannya bersama seseorang.

"Tipu? Adwa tipu apa kat akak? Kenapa akak tiba-tiba berubah?"tanya Adwa bertubi-tubi.

"Akak tak berubah suatu hari nanti Adwa sendiri akan tahu,"balas Nurin yang terus bangun dari sofa dan melangkah untuk masuk ke dalam bilik.

"Adwa jangan ambil hati dengan apa yang kak Nurin cakap tu. Mungkin emosi dia tak stabil,"ucap Naura dengan nada lembut.

Dato Aidi dan Datin Laila masih terkejut dengan perubahan Nurin.
Adwa tiba-tiba menarik kasar tangan Rifqah untuk masuk ke dalam bilik.

"Kau dah kenapa nak tarik tangan aku?"tanya Rifqah yang menggosok tangannya.

"Awak ada hasut kak Nurin ke sampai dia layan saya macam tu tadi?"soal Adwa yang inginkan kepastian.

"Aku nak hasut kakak kau? Dia pun tak tahu langsung pasal hubungan kita dulu. Untuk apa aku nak hasut dia?"balas Rifqah seakan tidak berpuas hati dengan suaminya.

"Nak hancurkan keluarga saya? Awak memang takde perasaan belas kasihan ke?"kata Adwa dan Rifqah tersenyum sinis.

"Belas kasihan untuk orang macam kau? Aku takde masa nak layan drama murah kau ni,"jawab Rifqah.

"Dulu bukan main kau buat drama sedih cakap kau ni miskin kau tak pandai. Apa semua tu? Aku sambung belajar dulu takde nak acah bagus pun,"ujar Rifqah lagi.

"Kau yang fikir selama empat tahun yang dulu tu aku tak suka kau? Kau tak tahu perasaan aku masa tu aku teruja cakap kat Waheeda yang aku suka kau! Empat tahun kau tu takde makna! Setia aku tak murah,"balas Rifqah.

"Memang semuanya salah saya! Saya mati pun nanti salah saya juga ke? Oh lupa Raiden tu kan "kawan" kesayangan awak,"kata Adwa. Ayatnya berbaur sindiran.

"Jadi ada masalah ke aku nak berkawan dengan Raiden? Aku larang kau hisap pod dulu pun sebab nak kau berubah,"kata Rifqah.

"Saya minat moto pun awak halang. Selama ni ada ke saya halang apa yang awak nak buat?"bidas Adwa.

"Aku tak nak kau rempit je tak boleh beza ke? Kau nak minat moto pun aku takde masalah pun. Masalah kau sekarang kau sentiasa nak salah faham dengan ayat aku!"ucap Rifqah. Suaranya sudah naik seoktaf.

"Saya punya tahap tak cerdik tu takdelah sampai cari perempuan lain nak hilangkan bosan,"sindir Adwa lagi.

"So? Kau nak cakap aku cari jantan lain untuk kepuasan hati aku? Lupa kau hargai aku sebab nafsu je kan? Tak sangka perangai kau teruk macam ni,"kata Rifqah.

"Perlu ke sampai sindir saya? Itu namanya kawan?"tanya Adwa.

"Eh suka hati aku nak sindir sesiapa pun. Takde mengena dengan hidup kau,"ujar Rifqah yang tidak mahu mengalah.

"Saya suami awak. Nak jadi isteri derhaka ke?"balas Adwa.

"Sebelum nak cakap aku ni isteri derhaka. Lebih baik kau nilai kesalahan kau sendiri. Jangan asyik nak cari salah aku je!"kata Rifqah.

"Aku ni mangsa keadaan Muhammad Adwa! Semua ni jadi angkara kau!"kata Rifqah yang terus membuka pintu lalu menghempas pintu dengan kuat.

"MINUM pun sampai tersedak. Mesti ada orang sebut nama kau ni,"kata Yazid apabila melihat Raiden tersedak.

"Siapa nak sebut nama aku?"soal Raiden acuh tidak acuh. Dia mengelap mulutnya menggunakan sapu tangan.

"Rifqah,"balas Yazid selamba.

"Bini orang tu. Buat apa dia nak sebut nama aku? Dia dah selamat jadi isteri kepada Adwa. Atau aku panggil dia jantan gila,"ujar Raiden.

"Bini orang pun bila-bila masa boleh jadi single semula,"kata Yazid yang seakan berkias dengan majikannya. Raiden menunjukkan wajah bosan kepada Yazid.

"Kau ni banyak tengok drama melayu tu boleh cakap macam ni. Dengar kat jantan gila tu, memang dia akan mengamuk,"balas Raiden.

"Kau ni cakap banyak tapi muka tenang. Kau memang takde perasaan ke? Cubalah emotional sikit!"ucap Yazid dan Raiden hanya ketawa.

"Kita cakap pakai otak bukan pakai emosi,"bidas Raiden. Yazid terdiam apabila Raiden memberikan ayat sentap.

"Tapi memang kau suka Rifqah kan? Eh baru aku perasan. Raiden dan Rifqah. Nama korang berdua huruf R,"usik Yazid.

"Jadi apa kaitannya?"soal Raiden ringkas.

"Percaya cakap aku jodoh korang ni kuat. Kalau tak jadi, bukan salah aku,"balas Yazid selamba.

"Aku percaya pada takdir. Takdir Allah swt itu indah,"jawab Raiden. Yazid hanya mengangguk sahaja tanda dia setuju dengan kata-kata Raiden.

"Wei sebut pasal Adwa tadi tu tengok kat belakang kau dia nak datang kat kita aku rasa,"kata Yazid sambil menunjukkan jarinya ke arah Adwa yang sedang berjalan tu.

Raiden memusingkan badannya dan dia melihat Adwa dengan renungan tajam. Adwa adalah saingan dia untuk masa sekarang.

"Raiden, anak Dato Razif?"Itu soalan pertama yang dilontarkan oleh Adwa kepada Raiden.

"Ya aku. Ada hal penting ke?"soal Raiden kembali. Yazid acah memegang telefon pintarnya tetapi dia merakam perbualan Raiden dan Adwa.

"Aku nak cakap kau jangan nak dekat dengan isteri aku. Lebih baik kau jauhkan diri dari dia,"ujar Adwa yang memberikan amaran kepada Raiden.

"Kalau tak kau nak buat apa kat aku? Nak buat laporan polis? Buatlah kalau berani. Jangan kau pula yang masuk lokap pula,"jawab Raiden dengan wajah tenang.

"Tak kiralah kau kawan universiti dia, aku pastikan takkan takde lelaki lain yang akan bersama dengan dia,"kata Adwa. Raiden berdecit sinis.

"Jadi kau fikir aku akan takut dengan kau? Kau tu pun manusia biasa. Bukan kau yang tentukan hidup dia,"balas Raiden. Adwa cuba menahan geram.

"She's mine, Raiden!"ujar Adwa.

"Tak lama lagi akan jadi milik aku juga. Tapi aku takkan rampas dia sekarang. Kau tunggu Adwa kau akan kalah juga. Dasar pengecut,"ucap Raiden sambil menyilang tangannya.

"Aku akan pastikan Rifqah pilih aku!"kata Adwa yang tidak mahu mengalah.

"Jangan yakin sangat. Eh risau nanti dia pilih aku. Aku kan lagi hebat dari kau. Aku hebat pun aku tak pernah hina perempuan. Didikan keluarga aku sangat tegas. Keluarga kau? Aku tak tahulah aku malas nak tahu,"sindir Raiden.

"Kau tak payah nak libatkan keluarga aku. Kau bukan kenal pun keluarga aku siapa. Aku pun anak Dato bukan kau seorang je!"jawab Adwa.

"Jadi apa hak kau nak halang aku dekat dengan Rifqah? She's my best friend! Sometimes it's not a secret, it's just not your business,"ucap Raiden dan Adwa menelan air liur melihat muka Raiden yang sangat tenang itu.

"Don't force your importance in Rifqah's life. Kau bukan orang penting dalam hidup dia. Kau sedarlah dia kahwin dengan kau sebab kena paksa kan?"Raiden sempat membetulkan rambutnya.

"Kau ingat Raiden aku tak habis lagi dengan kau!"kata Adwa.

"If my mouth don't say it, my face definitely will,"kata Raiden pula. Adwa geram dan dia terus beredar dari situ.

"Pergh hebat betul CEO Megah Holdings ni. Aku rakam sebagai bukti boleh kau tunjuk kat Rifqah,"kata Yazid sambil menahan ketawa.

"Kau ni terlampau random kalau buat lawak. Tak rugi aku ambil kau sebagai pemandu aku,"ujar Raiden dan Yazid hanya tersengih sahaja.

Bersambung...

"YOU OWN MY LOVE AND LOYALTY"


You are reading the story above: TeenFic.Net