Di luar perkarangan hospital Tengku Dato Sri Danny dan Tengku Datin Sri Balqis baru sahaja sampai... Sebaik sahaja turun daripada kereta mereka berdua terus menuju masuk kedalam hospital tersebut dan terus menuju kearah bilik DR Aiman...
Setibanya di hadapan pintu bilik DR Aiman.. Tengku Dato Sri Danny terus mengetuk pintu bilik tersebut dari arah luar..
Beberapa saat kemudian pintu mula terbuka dari arah dalam.. Tengku Dato Sri Danny dan Tengku Datin Sri Balqis terus menuju masuk ke dalam bilik tersebut dan terus menuju kearah sofa yang berada didalam bilik DR Aiman itu..
Selepas melabuhkan punggung ,Tengku Dato Sri Danny terus berkata...
" Man macam mana keadaan bakal menantu aku??... " tanya Tengku Dato Sri Danny kepada DR Aiman..
" bakal menantu kau masih tak sedarkan diri lagi, Insyaallah dia okay.. " kata DR Aiman kepada Tengku Dato Sri Danny..
" Man kenapa bakal menantu aku kena tahan dekat wad pulak??.. " tanya Tengku Dato Sri Danny lagi..
" Buat masa nie demam dia terlalu teruk, jadi aku terpaksa tahan dia dekat wad dalam 2 or 3 hari untuk pemantauan selanjutnya.. Kau jangan risau lah.. " kata DR Aiman lagi...
Semenjak daripada Tengku Datin Sri Balqis hanya mendiamkan diri..tiba-tiba Tengku Datin Sri Balqis pun bersuara
" apa man??... Bakal menantu Aqis kena tahan??... Tapi bahaya lah, Aqis risau kalau-kalau pihak musuh dapat tahun yang Arif ada bakal isteri, bahaya itu... " kata Tengku Datin Sri Balqis kepada DR Aiman..
" iya Aqis bakal menantu kau kena tahan, kau jangan risau, Arif kan ada di akan jaga bakal isteri dia, lagi pun Arif dan pesan dekat semua jangan bagi siapa-siapa masuk dalam bilik itu kecuali, kamu sekeluarga dan aku sahaja yang dibenarkan masuk bilik itu.. " kata DR Aiman kepada Tengku Datin Sri Balqis..
" Abang.. Abang.. Suruh lah budak-budak Abang kawal dekat sini.. Lagipun nak harapkan si Arif seorang tak terkawal nanti.. Abang tahu-tahu lah... Musuh ramai tak puas hati dengan family kita... " kata Tengku Datin Sri Balqis kepada Suaminya iaitu Tengku Dato Sri Danny. .
" iya nanti Abang suruh budak-budak Abang dan budak-budak Arif kawal dekat kawasan nie senyap-senyap tak akan ada orang tahu kecuali family kita dan Man.. " kata Tengku Dato Sri Danny kepada isterinya iaitu Tengku Datin Sri Balqis..
" aku setuju gak cakap Aqis tu... " kata DR Aiman..
" Danny aku sebenarnya masih lagi terkejut, bila dapat tahu yang Arif dah ada bakal Isteri, aku pelik sikit macam mana Arif yang anti dengan perempuan tiba-tiba dah ada bakal isteri.. Serious aku terkejut... " kata DR Aiman lagi..
" hahaa.. aku sebenarnya tak sabar-sabar nak dapat menantu, hahaha... Kau pun tahu kan perangai Arif tu macam mana... Nak buat macam mana dah dia tergerak hati nak memperisterikan budak perempuan tu..aku pun bersyukur sangat..Allah dah kabulkan doa aku dan isteri aku.." kata Tengku Dato Sri Danny sambil ketawa kecil..
" Dan aku pun bahagia sangat dengan keputusan Arif yang nak berumah tangga tu.. Tapi dalam waktu yang sama Arif kena lebih berhati-hati dengan pihak musuh, kau pun tahu kan, lagi-lagi kalau mereka tahu yang Arif dah nak kahwin ,mesti musuh-musuh tu akan culik Bakal Isteri Arif kalau kita semua tak berhati-hati.. " kata Tengku Dato Sri Danny lagi..
" betul cakap kau tu, aku setuju sangat-sangat .. Sama-sama lah kita berhati-hati dengan pihak musuh nanti.. " kata DR Aiman kepada Tengku Dato Sri Danny...
Tengku Datin Sri Balqis hanyalah menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan percakapan suaminya dan DR Aiman itu..
#bersambung....
#update²... #update 😂😂
#sorry lambat update... Line mengiler... Huhu....
#ramai yang tanya dekat sis kenapa ade yang terlalu pendek... And ade yang terlalu panjang Huhu... Tak puas nak baca... Sorry yunk² sis terpaksa buat macam itu supaya sis boleh cari idea hihu... Sorry cgt².. Insyaallah sis akan panjangkan jalan cerita nie kalau idea sis bertambah...
You are reading the story above: TeenFic.Net