QhayraQhayriesa
226 8 10
LELAKI GENGSTER UNTUK DIA BLURB"Cari saya? Buat apa cari saya?" - Rozana"Buat apa lagi, nak lepaskan rindulah. Saya rindukan awak tau." - ReezaEntah dari mana datangnya lelaki itu, Rozana tak tahu. Dia hanya tahu, sejak mereka bersua, lelaki itu tak pernah jemu menggoda. Tak cukup dengan bicara indah, pelbagai pemberian turut dihulurkan. Rozana tertawan? Memang taklah walau lelaki itu tak ada kurang rupa parasnya. Sebab pada Rozana, lelaki itu gengster jalanan orangnya!Bagi Reeza pula, Rozana sudah lama mencuri hatinya. Gadis itu kekampungan? Tak gemar bersosial? Kurang dalam penampilan? Pedulilah! Asalkan Rozana ada segala yang ada dia mahukan, yang lain-lain tu dia tak nak ambil kisah. Perempuan ni awek aku. Kau jangan harap kau boleh dapat dia." - JalilKau jangan cuba-cuba rapat dengan Reeza sebab dia tu boyfriend aku. Kami bakal berkahwin tak lama lagi. - SofeaKasih baru nak berputik, ada pula yang datang mencelah. Tak cukup Jalil, rakan sepermainan Rozana sedari kecil. Sofea yang konon-kononnya ada hati pada Reeza ikut serta menambah rencah. Makanya, haru-birulah hidup Reeza memikirkan gadis pujaan mula menjauhkan diri. Memujuk sudah, merayu pun pernah. Reeza akhirnya bertekad. Rozana harus disunting biar dengan apa cara sekalipun. Sayangnya, tekad itu layu sekejap sebaik mendengar segala syarat yang diberikan. Manakala Rozana, tegakah dia melihat lelaki itu berputih mata dalam usaha mencari kebahagiaan buat mereka berdua?…