Tags:
Bottom A, Top O

Bottom A, Top O

21,221 645 37

not my work, offline purposes only.Author: 初陌笙Innocent looking but is actually a scheming lawyer Omega (gong) x Gentle and honest police officer Alpha (shou)Nie Zihang and Yu Jingxuan's first encounter took place in the police station late at night. Because his omega lover had cheated on him with an alpha, he had tossed a sphere of concentrated pheromone extract into a packed hot pot restaurant. He had to tell his lover that all alphas were wild animals that couldn't tell friend from foe when they sense pheromones.The story concluded with him being questioned by a police officer who, despite his gentle voice and dainty features, turned out to be an alpha as well."Mr. Nie, as a lawyer, don't you think it's bad to deliberately break the law?" The alpha asked him.Nie Zihang casually tossed a video recording of the incident while smiling. "In accordance with the ABO Protection Act, my actions were lawful as self-defense. Officer Yu, you should not show unprincipled favoritism to wrongdoers simply because he's an alpha, okay?"The alpha courteously released him.He assumed the issue was over until the next day, when a familiar face arrived at the law firm. A casually dressed Yu Jingxuan entered his office and mused, "Mr. Nie has a strong animosity against alphas. Would you mind if I asked you for help suing an ex-boyfriend? I want his reputation to go down."Nie Zihang arched his brow. "Oh? More information would be appreciated."Only then did he learn that Yu Jingxuan was also engaged in AA relationships. His ex-boyfriend had also cheated on him with an omega.Since AO is the right path, why don't we give it a try?Anyhow, the gender also coincided well.…

Transmigrate: Make the ML regret

Transmigrate: Make the ML regret

213,506 5,126 43

After she finished her mission, she went back to her world, earth.She has been transmigrating for a long time that she felt numb.she forgot how many worlds that she had transmigrate. After coming back to earth, she decided that no matter what, she's gonna live her life to fullest.A few days later..... Ding! welcome host .....to system space *** F*** again!! "Editing credit goes to @IndanaBegum "The cover is not mine, got from the Pinterest. -Credit goes to the Artist…

Dia...Suami Tak Dirancang - Hana (HE)

Dia...Suami Tak Dirancang - Hana (HE)

15,495 216 11

TAJUK: DIA... SUAMI TAK DIRANCANGPENULIS: HANA (HE)ISBN N0: 978-967-2185-52-9HARGA:RM 30.00 (SM), RM 33.00(SS)BLURBDinzly Fariqal... Kalau dilihat cara dia melayan Darwisya, memang menyakitkan hati. Memang kadang-kadang rasa geram sangat. Tapi, tahu tak tugas Dinzly tu berat? Paling buat Dinzly geram, tekad Darwisya telah mengheretnya ke dalam sebuah perkahwinan. Disebabkan dia seorang anak yang taat, terpaksalah dia terima Darwisya sebagai isterinya. Terpaksa jadi 'pak sanggup' untuk wanita yang dibuntingkan oleh kawan serumahnya, Aiman Najdi. Lelaki mana yang senang nak terima, kan? Janjinya, hak Aiman ini akan dikembalikan apabila temannya itu muncul semula."Why did you do it? And what were you thinking when you did such things to me? What have I done to you, lady?" - Dinzly"Jawapan macam mana yang awak nak dengar supaya saya tak tambahkan sakit di hati awak lagi, Dinzly?" - Darwisya"Minta cerai dengan aku. Hanya itu jawapan yang mampu hilangkan sakit hati aku. Boleh kau buat tu untuk aku?" - DinzlyAleya Darwisya... Nak cakap dia kejam? Memang Darwisya mengaku. Sampai bila-bila dia akan rasa berdosa kepada suaminya. Sebab itulah dia bertekad, selagi dia bergelar isteri Dinzly, dia akan cuba menjadi yang terbaik untuk lelaki itu. Cuma adakalanya dia rasa tidak mampu untuk meneruskan semua itu. Sehingga satu tahap, dia nekad untuk menggugurkan kandungannya. Mujur ada Dinzly yang menghalang."Menggugurkan janin itu berdosa besar, Wisya. Cuba kau bawa mengucap sikit." - Dinzly"Saya tahu." - Darwisya"Kalau tahu kenapa kau nak buat juga?" - Dinzly"Sebab saya nak lepaskan awak. Awak faham tak? Awak nak ke tunggu sampai anak ni lahir, Dinz?" - DarwisyaYa, hakikatnya Darwisya cuba untuk menebus kembali kesilapannya kerana menjerat Dinzly ke dalam perkahwinan tanpa rela. Namun adakah begitu sahaja pengakhiran kisah hidup mereka berdua? Dan benarkah memang niat Darwisya mahu memerangkap Dinzly sedari awal atau semua itu berlaku secara kebetulan?…

Jodoh Salah kaut - Aein Dhiyauddin

Jodoh Salah kaut - Aein Dhiyauddin

3,667 69 10

TAJUK: JODOH SALAH KAUTPENULIS: AEIN DHIYAUDDINISBN NO: 978-967-2225-07-2BLURB"Ini bakal suami saya." - RaniaIndah Rania... Sangkanya dia menarik Amri untuk diperkenalkan sebagai bakal suami kepada bekas suaminya yang tiba-tiba muncul. Namun dia tidak menyangka tersalah kaut orang. Orang yang ditariknya bukan calang-calang."Ya, kami akan bernikah." - KaiKhairul Amilin atau lebih dikenali sebagai Kai merupakan seorang model dan penyanyi terkenal. Tiba-tiba datang seorang wanita memperkenalkan diri sebagai calon isteri, di hadapan wartawan pula tu! Jadi terpaksalah dia mengaku dan mengikut rentak wanita itu. Tercalarlah imejnya jika berkata tidak."Saya minta maaf sebab salah kaut orang tadi. Kita beritahu wartawan ini semua prank. Boleh, kan? Awak pun salah jugak sebab mengaku tadi." - Rania"Kau kena kahwin dengan aku. Kau kena bertanggungjawab sebab buat nama aku busuk! " - KaiRania dan Kai terpaksa bersatu dalam sebuah perkahwinan hanya disebabkan kejadian itu. Rania cuba menghalang dirinya daripada jatuh cinta, tetapi tarikan Kai sungguh kuat. Hatinya cair!"Mengaku ajelah kau cemburu. Habis cerita." - Kai"Ya, aku cemburu! Sangat cemburu! Aku cintakan kau. Itu yang kau nak dengar, kan?" - RaniaWalaupun hati mula mencintai, namun masih terdetik curiga. Kai seperti banyak berahsia dengannya. Dan Kai juga punya rahsia di sebalik lagu Cinta Hatiku. Siapakah sumber inspirasi dan pemilik sebenar cinta Kai?"Aku nak tahu lagu Cinta Hatiku tu dicipta untuk siapa sebenarnya?" - RaniaSetiap rumah tangga pasti diuji. Ikram, bekas suami Rania tiba-tiba menjadi lelaki gila talak. Ada sahaja helahnya untuk memisahkan dua hati yang mula menyemai cinta."Apa agaknya dia akan cakap kalau dia tahu awak mandul, Rania?" - IkramKeadaan jadi bertambah rumit dengan kehadiran Tengku Amanda. Siapakah pula Tengku Amanda dan apakah helah gadis itu?…

Tukang Masak Cik Mafia - Aein Dhiyauddin

Tukang Masak Cik Mafia - Aein Dhiyauddin

8,672 201 10

TAJUK: TUKANG MASAK CIK MAFIAPENULIS: AEIN DHIYAUDDINISBN NO: 978-967-2185-07-9HARGA: RM 25.00(SM), RM28.00(SS)BLURB:"Mata tu letak kat lutut ke sampai tak nampak manusia sedang melintas? Aku ni manusia tau bukan ayam sampai kau tak nampak!" - Orked AdeliaPertemuan pertama bukan sesuatu yang indah. Bukan juga sesuatu yang manis untuk dikenang sehingga akhir hayat mereka. Bagi Syed Haidar perempuan itu hanya cantik pada nama, namun bukan perangainya. Pantang silap sedikit, penumbuk bakal naik. Akibat ugutan cik mafia, mereka bekerja di bawah satu bumbung. Bergaduh, bertekak, bertumbuk sudah jadi kebiasaan.Hidup Syed Haidar mula huru-hara selepas kemunculan cik mafia. Mahu sahaja dia campakkan perempuan itu ke dalam jurang. Manakala cik mafia pula, seronok membuli tukang masak hidung seksi itu.Namun jalinan takdir bukan di tangan mereka. Tanpa cinta, jodoh yang sudah tersurat pasti akan tiba. Kedua-duanya menolak, kedua-duanya membantah."Kalau saya punya pilihan saya tak akan cari lelaki tua macam Tuan Syed sebagai suami." - Orked Adelia"Kenapa awak setuju kalau awak tak mahu? Kenapa tak tolak?"- Syed HaidarRumah tangga tanpa kerelaan, terbina juga akhirnya. Namun kedua-duanya berbeza pendirian. Orked mencari helah untuk berpisah, Syed Haidar pula mencari helah untuk bersama. Bagi Syed Haidar, biarlah hanya ada seorang Puan Haidar seumur hidupnya. Namun bagi Orked, ada sesuatu yang lebih penting daripada rumah tangganya.Bagaimana akhirnya tali jodoh mereka? Adakah akan terus bersimpul menjadi ikatan mati atau terlerai simpulannya?"Jika perpisahan ini mampu membuatkan awak senyum, saya lepaskan awak terbang bebas. Melepaskan bukan bermakna melupakan. Mencintai bukan bererti memiliki. Mungkin jodoh kita tidak di dunia ini. Saya berdoa agar kita berjodoh di alam sana. Saya cintakan awak Orked Adelia." - Syed Haidar…

Big Boss I Need You

Big Boss I Need You

9,220 187 11

TAJUK: BIG BOSS I NEED YOU!PENULIS: MELL MARIANNISBN NO: 978-967-2185-59-8HARGA: RM 28.00 (SM), RM 31.00 (SS)BLURB:"Marry me."Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba saja dia diajak kahwin. Memanglah Awaanis fikir lelaki tak dikenali itu gila.Ingatkan kisah lelaki itu termati di situ. Tapi lain pula jadinya. Lelaki itu rupanya big boss di kilang tempat dia bekerja!"Tuan Adriy!" - Awaanis"Jom." - Adriy"Jom apa?" - Awaanis"Jumpa ayah awak." - AdriyAdriy terus mendesak. Awaanis pula curiga. Big boss ajak minah kilang sepertinya berkahwin, tentulah mencurigakan!Bagi Adriy pula, apa saja permintaan datuknya, pasti dipenuhi. Walaupun diminta bernikah dengan cucu saudara lelaki tua yang baru ditemuinya itu. Dia punya motif tersendiri."Please help me...""Then, will you marry me?"Demi bapanya, Awaanis terpaksa merelakan pernikahan terjadi antara mereka.Mengenali Adriy, banyak derita yang sebenarnya dipendam oleh suaminya itu.Mampukah Awaanis menyusuri jiwa sunyi lelaki itu?…

Famili Tuan Ihsan-Sara Kyoko

Famili Tuan Ihsan-Sara Kyoko

3,813 15 10

TAJUK : FAMILY TUAN IHSANPENULIS : SARA KYOKOISBN :978-967-14487-2-4HARGA : RM 29.00Blurb:Cinta tak kenal siapa. Kalaulah cinta kenal siapa mangsanya, takkan Seroja Irdina a.k.a. si diva sengal, dan Tuan Ihsan a.k.a. si pakcik tua ini jatuh cinta dan kini sedang membina keluarga bahagia?Jawatan tetap sebagai 'isteri Tuan Ihsan' sudah berjaya didakap oleh Seroja dengan jayanya. Tahniah, Seroja!Sekarang ini, adalah waktu untuk menaiktarafkan jawatan itu kepada 'isteri solehah Tuan Ihsan' pula.Bukan mudah hendak jadi isteri solehah, tau. Lebih-lebih lagi kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya seperti Tuan Ihsan. Berjaya dalam bidang yang diceburi, harta benda yang melimpah, berusia 52 tahun, tapi masih lagi segak dan bergaya; sudah pastilah ramai saja langau-langau yang bakal mengganggu suami Seroja!Thanks for the compliments. I'll be seeing you later. Take care.'Hawa? Hawa mana pulak ni? Hawa dingin? Hawau?' - SerojaKadang - kadang, akibat perbezaan usia yang ketara antara pasangan suami isteri ini, pasti ada pergeseran yang bakal tercetus dan boleh menggoncang keharmonian rumah tangga."Seroja, Seroja. How can I put some sense into your head? I dah kata berkali-kali. Grow up." - Tuan IhsanApabila cemburu menguasai diri, niat murni hendak menjadi yang terbaik buat pasangan masing-masing mulai menemui jalan buntu!"Apa pulak yang tak kena dengan I?" - Tuan Ihsan"Memang banyak yang tak kena dengan you!" - SerojaKalau begini gayanya, macam manalah Seroja hendak jadi isteri solehah? Bagaimana pula Tuan Ihsan menangani krisis rumah tangganya? Dan... cinta ini pula, akan kekalkah sampai ke Jannah?Lima orang anak yang banyak tingkahnya, sekumpulan pekerja kepoh yang gemar skodeng dan seorang isteri muda belia yang sentiasa 'berangin', suka ataupun tidak, inilah 'Famili Tuan Ihsan'!…

Kahwin Paksa Ke ? - Yumi Hyra

Kahwin Paksa Ke ? - Yumi Hyra

8,689 149 11

TAJUK: KAHWIN PAKSA KE ?PENULIS: YUMI HYRAISBN NO: 978-967-2185-06-2HARGA: RM 25.00(SM), RM28.00(SS)BLURB:Kahwin Paksa + Gaduh manja + Momen manis bergula = Happily Ever AfterItu formula kahwin paksa luar biasa Dian Eryna. Baru sahaja dia berangan-angan denganjalan cerita kahwin paksa versinya, watak hero kahwin paksa pilihan abahnya pula menolak.Maka terus tamatlah jalan cerita kahwin paksa versi Dian!Beberapa tahun kemudian, calon kahwin paksa tak jadi Dian tiba-tiba muncul di hadapanmata. Bermula dari saat itu, hidupnya mula huru-hara. Semuanya gara-gara si apek poyoa.k.a. Ariq Huzair Cheah. Mula-mula Dian rasa macam terseksa tetapi lama-lama jadi sukapula. Dia sebenarnya suka menyakat Ariq. Ada sahaja idea nakalnya."Nak pergi mana?" - Ariq"Pergi ke hati awak." - DianBagi Ariq Huzair, siapa sangka calon kahwin paksa yang pernah ditolaknya itu sebenarnyamenghiburkan hati. Dian itu comel dan kelakar. Tapi... kalau sudah berjodoh memangtakkan ke mana. Kisah Ariq dan Dian yang tiba-tiba tular di media sosial menyebabkanmereka bersatu juga akhirnya."Saya kena bagi early disclaimer dekat awak sebab bila awak berkahwin dengan saya, sayaakan paksa awak sampai awak jatuh cinta ..." - DianJalan cerita kahwin paksa versi Dian yang kononnya sudah tamat bermula semula. Dia mulamerancang untuk menawan hati si apek poyo sampai jatuh cinta. Namun, tanpa sedar adahati yang terluka dan cemburu. Baru sahaja mereka mahu merasai 'happily ever after',datang pula pelbagai dugaan dan cabaran."Awak sebenarnya kesian dekat saya kan? Sebab saya ni yang macam terhegeh-hegehsangat dekat awak sedangkan awak sebenarnya tak ada perasaan pun dekat saya." - Dian"Kenapalah you selalu lupa yang I memang sayangkan you, cintakan you?" - AriqMasihkah ada peluang untuk Dian menjadikan kahwin paksanya dengan Ariq sebagai kahwinpaksa yang luar biasa? Atau formula yang sebenarnya ialah Ariq + Dian = Memang KahwinPaksa…

Isteri Dalam Sangkar - Wardina Aisyah

Isteri Dalam Sangkar - Wardina Aisyah

8,080 129 10

TAJUK : ISTERI DALAM SANGKARPENULIS : WARDINA AISHAHNO ISBN : 978-967-0907-08-6AISYAH, hidupnya tidak seindah yang disangka. Dalam usia yang muda, dia kehilangan kedua ibu bapa. Pada Mak Su Ainin dan dua orang anaknya dia menumpang teduh. Tetapi dia dilayan tak ubah seperti seorang hamba.TENGKU ISKANDAR, dia punya segala-galanya namun gaya hidupnya tidak digemari Tengku Maria, membuatkan ibunya itu bercadang untuk menjodohkannya. Rimas dengan desakan hidup, Tengku Iskandar mengajak Tengku Haziq bercuti. Di situlah dia berjumpa dengan Aisyah dan dia terpaksa mengahwini Aisyah demi menjaga maruah keluarga.Pasrah dengan nasib diri, Aisyah melangkah ke kota bersama lelaki yang membencinya. Hidup dalam sangkar serba mewah, tetapi miskin kasih sayang. Dia bagaikan perempuan simpanan. Namun dia tiada pilihan.Hari demi hari, hati Tengku Iskandar kian terpaut. Aisyah yang manis, Aisyah yang lembut, dan Aisyah yang tidak pernah membantah. Dia jatuh cinta. Sungguh, hatinya tidak berbohong! Saat cinta terluah, saat bahagia dikecapi, Tengku Maria datang menuntut janji. Tengku Iskandar perlu berkahwin dengan Puteri Waiduri."Siapa kata abang nak Aisyah keluar dari kondo ni? Kondo ni tempat Aisyah. Takde sesiapa boleh gantikan tempat Aisyah kat sini." - Tengku Iskandar.Tengku Maria mengamuk apabila mengetahui hubungan rahsia mereka. Tanpa belas kasihan, dia menghalau Aisyah dari kondominium anaknya. Dia tidak mahu mendengar sebarang penjelasan. Kehilangan Aisyah menjadikan Tengku Iskandar murung. Sasau dia jadinya.Mengapa dugaan harus terjadi saat hati melakar cinta? Ke mana agaknya Aisyah menghilang? Mampukah dua hati bersatu kembali memgecapi bahagia?…

Oops! Suami Aku Bukan Duda - Uji Norizqi

Oops! Suami Aku Bukan Duda - Uji Norizqi

7,845 100 10

OOPS! SUAMI AKU BUKAN DUDAISBN No : 978-967-0657-12-7JUMLAH MUKA SURAT : 590BLURB :-Qistina Airisa.....Seorang gadis muda yang tahu berdikari. Dia memiliki rupa paras yang menawan namun dia adalah si jinak merpati. Sepadan dengan usia dia belum matang dalam meniti kehidupan. Kadang-kadang dia mudah emosi, memberontak dan degil. Namun siapa sangka dia akan disukai oleh lelaki yang berbeza usia berbelas tahun dengannya.Loyanya tekak aku dengan abang dan sayang itu. Gila meroyan gamaknya. Kalau dia depan aku mahu je aku cekik duda gatal ni. Belum apa-apa nak beromantika dengan aku. Apa dia ingat aku akan lentoq dengan ayat romeo dia tu? No way!Luqman Hakimi.....Tidak pernah terdetik di hatinya untuk mencintai gadis belasan tahun apatah lagi mahu menjadikan gadis itu ibu kepada anaknya Danish. Tetapi rasa yang hadir membuat dia berani mengikat gadis itu dengan ikatan pertunangan."Saya tak kisah andai saya jadi pilihan terakhir. Sekurang-kurangnya dengan pilihan terakhir itu kita masih bersama."Terketar hati aku dengan kata-kata mr widower itu. Menggunung sekali harapannya meskipun dia pilihan terakhir. Sedalam laut china selatankah cintanya terhadap aku atau lebih dalam daripada itu?Setinggi Gunung Everest kah kasihnya pada aku atau lebih tinggi dari itu? Apakah sayangnya pada aku sekuat akar tunjang yang mencengkam bumi?Tidakkah kau sedar Luqman Hakimi yang kau menabur benih di tanah yang gersang? Sekalipun kau tak putus asa membaja, benihnya tetap tidak akan tumbuh jua.Berjayakah Luqman menempatkan dirinya dalam hati Qistina Airisa? Bagaimana pula dengan Feroz yang salah meletak harapan cinta pada gadis itu? Bahagiakah Qistina Airisa di dalam mahligai Luqman Hakimi sedangkan lelaki itu telah dicop duda olehnya?…

Aku Sayang Kamu - Adzra Sue

Aku Sayang Kamu - Adzra Sue

4,981 54 10

AKU SAYANG KAMUISBN No : 978-967-0657-13-4JUMLAH MUKA SURAT : 705BLURB :-Aku.... Insan kerdil yang kepingin untuk bercinta dan dicintai. Sebagaimana gadis lain, aku juga menyulam mimpi indah untuk bersanding bersama Putera Idaman hati di pelamin khayalan.Muncul Putera Idaman tanpa kuduga. Malangnya.. dia bukanlah Prince Charming belahan jiwa. Hadirnya menyakitkan hati... Gurau mesra? Jauh sekali.... Tapi hati ini, tetap menyukai walau ego sang Putera bertali-tali."Saya tak pernah jumpa lelaki yang perasan macam Encik Irfan...." ~Idayu Aireen~"So sekarang...... kau dah jumpa. Baguslah! Aku suka jadi lelaki yang pertama dalam hidup kau" ~Irfan Mukhriz~Rupa-rupanya aku berada di tempat yang salah, masa yang salah dan jatuh cinta pada orang yang salah!Ku tak percaya kata... cinta tak harus memiliki...Tapi mengapa..... hati terasa sakit...Rapuhnya jiwa..... murahnya air mata.... Abang Is rela pinjamkan bahunya lewat kesedihanku. Andai Abang Is bukan siapa-siapa dalam keluargaku, ingin sekali aku melayari bahtera cinta bersamanya.Sayang sekali.... ada gadis lain yang bertakhta di hati Abang Is. Dan ketenanganku berkocak. Akan pudarkan kasih sayang Abang Is padaku selama ini?"You know how much I love you? I have loved you the entire of my life!" ~Ameer Iskandar~Ekori langkahku..... hayatilah ceritaku merialisasi mimpi demi cinta sejati. Sesungguhnya, Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita.~IDAYU AIREEN…

Lelaki Pilihan Hati - Cik Fara Haniey

Lelaki Pilihan Hati - Cik Fara Haniey

1,857 59 10

TAJUK: LELAKI PILIHAN HATIPENULIS: CIK FARA HANIEYISBN NO: 978-967-15574-2-6HARGA: RM 30.00(SM), RM33.00(SS)BLURB:"Jadi ini alasan you tak nak jumpa I? Sebab nak bermadu cinta dengan perempuan ni?" - Dahlia"Honey... I'm sorry." - IzrahimGara-gara terluka dengan kekasih hati, Dahlia Tihanie nekad memulakan hidup baharu. Prinsipnya yang mahu berkahwin dengan rasa cinta musnah. Baginya, membina sebuah syurga memerlukan rasa sayang dan cinta. Mana mungkin, dia mahu berkahwin dengan lelaki sembarangan tanpa tali pengikat.Menjalani hidup di kampung buat Dahlia berasa tenang tanpa gangguan. Namun ketenangan yang diharapkan hancur saat Opah Tijah membuat keputusan untuk mengatur perkahwinannya bersama seorang pemuda kampung; lelaki yang dulunya ditolak mentah-mentah.Dahlia gelisah. Lelaki yang mahu disatukan rupanya lelaki yang sama menyaksikan kehancuran cintanya bersama Izrahim. Mahu menolak, tapi Opah Tijah sudah meletakkan syarat yang mematikan niatnya. Sudi atau tidak, dia perlu menerima Zarul Hamidi dalam hidupnya.Menjadi isteri Zarul bukanlah sesuatu yang mudah. Sikap Zarul yang suka berahsia membuatkan Dahlia tercari-cari kepercayaan untuk sang suami. Saat cinta baru bertunas, muncul pula Maria. Bila hati dah mula memilih, mengapa perlu hadir dugaan antara mereka?Benarlah ujian itu sangat sukar untuk dilalui andai hati penuh prasangka. Zarul tetap dengan rahsianya walaupun berkali-kali didesak Dahlia. Dalam diam, perasaan Dahlia kian terluka. Ditambah pula dengan kemunculan Maria dan Izrahim yang menjadi duri merosakkan kepercayaan yang dibina.Masih kuatkah kepercayaan antara mereka? Mampukah Dahlia memupuk kepercayaan yang belum benar-benar utuh? Masih mampukah dia mempertahankan rumah tangganya apabila mendapat tahu hal yang sebenar? Kuatkah Dahlia bertahan dalam mahligai tanpa cinta? Persoalan utamanya, rahsia apakah yang sedang Zarul sembunyikan?…

Kapcai Girl vs Encik Superbike - Bunga Amani

Kapcai Girl vs Encik Superbike - Bunga Amani

16,953 53 11

TAJUK: KAPCAI GIRL VS EN SUPERBIKEPENULIS: BUNGA AMANIISBN N0: 978-967-0907-31-4BLURB:Pertemuan yang tidak diduga itu puncanya. Punca terjadi sebuah ikatan. Ikatan yang berbelit, berselirat dan sukar hendak dilerai hingga menjadi ikatan suci yang tersimpul rapi.Pergaduhan antara Tiara dan Syed Wafi gara-gara salah faham itu makin berpanjangan. Bagi Syed Wafi, dia mahu mendengar permohonan maaf dari bibir Tiara kerana menumbuk dan menampar wajahnya. Sebaliknya Tiara, tak kuasa mahu melayan kehendak lelaki yang dikenali dengan kaki mabuk itu. Bukankah yang bersalah itu Syed Wafi?"Aku benci kau, Tiara!"-Syed Wafi.""Kalau dah benci tu buat apa datang sini?"-Tiara.Namun entah dimana silapnya. Entah bagaimana pula episod permusuhan mereka itu berakhir lalu bertukar menjadi satu bab lain yang sukar hendak difahami Tiara sendiri. Bagaimanakah Syed Wafi yang tidak habis-habis mengungkap kata-kata benci dan mencemuhnya itu boleh bertukar menjadi suaminya? Bila majlis tunangnya? Bila pula mereka bercinta? Dan bila pula dia mengangguk ya menerima lamaran Syed Wafi?Bagi Syed Wafi, benar Tiara tidak pernah tahu akan isi hatinya. Dan dia juga tidak pernah meluahkannya secara terbuka. Namun tidak terlewat baginya untuk mengakui bahawa Tiara wanita yang diidamkan menjadi suri hidupnya selama ini. Sikap buruknya terhadap wanita itu selama ini sekadar mahukan perhatian."Saya suami awak sekarang ni, Tiara."-Syed Wafi."Saya tak pernah anggap awak apa-apa pun. Awak yang buat keputusan nikah dengan saya. Jadi jangan pernah bermimpi saya akan akui status awak tu!"- Tiara.Namun bukan mudah untuk membina sebuah mahligai jika tiada teras yang kukuh. Cinta Tiara yang diharapkan Syed Wafi bukan sesuatu yang mudah. Namun sejauh mana sabar Syed Wafi demi mendapatkan cinta wanita itu? Apakah rahsia yang Tiara simpan sehingga membuatkan dia menolak rasa cinta itu bersungguh-sungguh?…

Calon Untuk Pengantin - Azieana

Calon Untuk Pengantin - Azieana

2,179 23 10

TAJUK: CALON UNTUK PENGANTINPENULIS: AZIEANAISBN NO: 978-967-0907-77-2HARGA: RM 25.00(SM), RM28.00(SS)BLURB:IDHAM yang kecewa dan marah dengan keputusan Atikah untuk menangguhkan majlis perkahwinan mereka membuatkan Idham mengambil keputusan untuk membatalkan ikatan pertunangan. Dia nekad akan meneruskan majlis perkahwinannya biarpun tidak diketahui siapakah bakal calon pengantinnya nanti.Desakan Datin Suhani untuk menerima gadis pilihannya telah membuatkan Idham memilih NURUL sebagai calon pengantinnya. Malah, Idham sanggup bertemu dengan orang tua Nurul untuk menyampai hajatnya itu.Persetujuan orang tuanya membuatkan Nurul tiada pilihan walaupun dia tahu dia akan mempertaruhkan masa depannya. Nurul reda dengan takdirnya, namun majlis perkahwinan mereka dikejutkan dengan kemunculan Atikah. Malah lebih mengejutkan apabila Atikah tetap merayu Idham untuk kembali kepadanya. Bagaimanapun Idham bertegas menolak Atikah walaupun dia tidak yakin bahawa hubungannya dengan Nurul akan berjaya.Di awal perkahwinan, hubungan Idham dan Nurul hambar. Namun, lama-kelamaan hati Idham makin tertawan. Bagi Nurul pula, dia tidak kisah bagaimana layanan Idham kerana dia percaya Idham mengahwininya kerana lelaki itu mahu menjunjung egonya.Atikah tetap muncul dan cuba mendapatkan Idham semula menyebabkan hubungan Idham dan Nurul sering ada pasang surutnya. Ditambah pula kewujudan Kasyaf yang menjadi senjata untuk Atikah memporak-perandakan rumah tangga Idham dan Nurul."Sayang, abang nak ingatkan sayang yang abang dengan Atikah dah tak ada sebarang hubungan lagi. Hubungan kami dah putus. Dia bukan tunang abang lagi bila abang dah kahwin dengan sayang." -Idham.Bolehkah Idham dan Nurul melayari hidup bahagia mereka tanpa gangguan daripada mana-mana pihak yang mahukan kehidupan mereka musnah? Siapakah musuh sebenar Idham?…

TQ Kapten! - Qash Irdina

TQ Kapten! - Qash Irdina

14,281 89 10

TAJUK: TQ KAPTEN!PENULIS: QASH IRDINAHARGA : RM 24.00 (SM), RM 27.00 (SS)ISBN NO : 978-967-2185-15-4 BLURB:Mikayla Mirza atau Double M, si cantik jelita yang workaholic, aktif dan terkenal kerana kelincahan dan kepetahannya di hadapan kamera. Misinya menjadi kaya dan terkenal seperti Oprah Winfrey. Namun, realiti itu tidak seindah Instagram. Kerjanya bertimbun-timbun sehinggakan ibunya sering memetir di hujung talian memintanya agar selalu pulang ke kampung halamannya di Cameron Highlands.Insiden pertama dan memalukan menemukan dia dengan Kapten Dihya', mat perang kacak bergaya di RnR. Tidak cukup dengan insiden itu, mat perang itu juga menjadi hero menyelamatkannya. Cerita masam manis Mikayla dan Kapten Dihya' berlarutan hingga ke Sungai Palas, Cameron Highlands. Semanis-manis aiskrim strawberi, manis lagi memori sewaktu mereka berdua sepanjang di kampung halaman Mikayla."Kerja nombor satu. Awak nombor dua."- Kapten Dihya'Amboi, padu betul ayat dia!"Lupakan saja. Selagi kerja awak nombor satu."- MikaylaAyat orang tak nak kalah.Mikayla menjunjung ego. Kapten Dihya' angkat kaki. Masa itu, baru kenal erti rindu. Oleh kerana bumi ini bentuknya sfera, mereka asyik sahaja bertemu. Bercakar belum lagi, cuma bertikam lidah. Sekejap sayang, esok membenci. Tapi bila rindu, seorang asyik tengok WhatsApp sambil menangis tak berlagu, seorang lagi tiup seruling lagu Kamelia. Masuk angin keluar asap!"Don't you dare challenge me, Dihya'. Just because that I confessed my own feelings towards you lately, you buat I rasa macam perempuan murah. Go to hell with your pride and concern." - Mikayla"Pasal Mikayla, aku memang sayang kat dia. Cuma perasaan sayang ni aku serahkan kepada Allah. Apa yang kita sayang, biar Allah yang jaga."- Kapten Dihya'Ada rahsia yang perlu dibongkar. Kerana selagi itu, cinta antara Mikayla dan Kapten Dihya' tidak akan bersatu sampai bila-bila. Tapi, siapakah yang akan membongkarkan rahsia itu? Bersatukah dua jiwa itu akhirnya?…

Isteri Dalam Sangkar 2 -  Wardina Aisyah

Isteri Dalam Sangkar 2 - Wardina Aisyah

11,187 69 10

TAJUK: ISTERI DALAM SANGKAR 2PENULIS: WARDINA AISYAHISBN. : 978-967-0907-20-8BLURB'Aku ibarat burung yang terkurung dalam sangkar cintanya.'Biarpun perkahwinan yang telah dibina selama lima tahun ini sunyi tanpa suara tangisan bayi, namun itu tak mampu mengugat rasa cinta Tengku Iskandar kepada Aisyah. Baginya, Aisyah segala-galanya. Sumber kekuatan dan tulang belakang yang sentiasa menyokongnya. Suka duka dikongsi bersama. Mereka bahagia walaupun hanya berdua."Cuma Aisyah cinta hati abang. Datanglah walau seribu jelitawan, hati abang tetap milik Aisyah seorang." - Tengku IskandarKehadiran Fasha di kondo milik Tengku Iskandar dan Aisyah merubah segala-galanya. Fasha yang cantik, seksi dan menggoda. Aksinya yang manja menggetarkan jiwa lelaki Tengku Iskandar. Akhirnya, dia terkulai layu dalam dakapan gadis berkulit hitam manis itu. Segala janji dan sumpah setianya kepada Aisyah sudah tidak bermakna."Daripada abang buat Aisyah macam ni, lebih baik abang lepaskan Aisyah. Biarlah Aisyah cari jalan hidup Aisyah sendiri." - Aisyah"Jangan harap! Aku takkan lepaskan kau. Kau milik aku sampai bila-bila." - Tengku Iskandar.Egonya melambung tinggi. Biarpun tangannya memeluk Fasha, namun dia tak akan melepaskan Aisyah. Aisyah miliknya. Itu janjinya.Dalam kecewa, Aisyah pasrah. Walau apa sekalipun, dia tetap isteri Tengku Iskandar. Sekejam mana pun perlakuan suaminya, syurganya tetap berada di tapak kaki lelaki itu. Tapi, sampai bila dia harus hidup begini? Terus mengharapkan cinta suami yang kian melupakan dirinya. Aisyah buntu dan keliru. Perlukah dia bangkit menawan semula hati beku Tengku Iskandar? Atau... perlukah dia terus menjadi isteri dalam sangkar suaminya itu?…

Dedaun Hijau Di Angin Lalu-Manaf Hamzah

Dedaun Hijau Di Angin Lalu-Manaf Hamzah

4,500 32 10

TAJUK: DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALUPENULIS: MANAF HAMZAHISBN: 978-967-15574-3-3HARGA: RM35 SM/ RM38SSBLURB:INTAN dibesarkan dalam suasana penuh ranjau di sebuah pulau. Kelahirannya diselubungi tanda tanya dia dipandang hina oleh orang kampung kerana dianggap seorang anak luar nikah. Namun Intan sentiasa bersabar dan terus berusaha untuk menjadi seorang yang mempunyai pekerti yang baik.ASSAD pula seorang doktor muda yang berasal daripada keluarga berada di tanah besar. Sungguhpun begitu, dia sering berhadapan dengan tipu daya sehingga dia tidak mudah mempercayai ketulusan hati orang lain dan adakalanya dia memilih untuk bersikap sinis, hingga ada yang terluka dan kecewa.Takdir telah menemukan dua insan yang datang daripada berlainan arah. Malangnya, pertemuan itu dinodai fitnah orang. Intan dan Assad dipaksa bersatu dalam ikatan perkahwinan yang tidak diingini.Lantaran itu Assad meragui ketulusan isterinya, dia menganggap Intan hanya layak dilayan seperti orang gaji."Disebabkan pernikahan ni tanpa kerelaan aku, aku takkan anggap kau isteri aku. Kau hanya layak jadi orang gaji di rumah aku saja... Paling penting, kau harus ingat, di rumah aku nanti kau mesti panggil aku tuan atau encik. Faham?" - AssadSedangkan Intan yang serba naif tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri sebaik mungkin. Begitulah kehidupan mereka suami isteri. Dalam kelam-kabut, musuh Assad pula berusaha memasukkan jarum halusnya.Dan kehidupan Intan terus dilanda dengan pelbagai rintangan dan bahaya yang mampu menggugat kemampuannya. Dapatkah dia bertahan demi mengecap kebahagiaan yang diimpikan? Atau dia akan rebah jua dan hilang pertimbangan? Berapa lamakah dia sanggup menerima layanan buruk suaminya? Dan selama manakah mampu suaminya membina benteng keegoan diri?…

Cinta Zara - Aein Dhiyauddin

Cinta Zara - Aein Dhiyauddin

2,485 56 10

TAJUK: CINTA ZARAPENULIS: AEIN DHIYAUDDINISBN NO: 978-967-0907-71-0HARGA: RM 26.00(SM), RM 29.00(SS)BLURB:Perjalanan rumah tangga ZARA AULIA jauh berbeza dengan cerita dalam novel. Walaupun kahwin paksa, dia diulit bahagia. Namun entah di mana silapnya, dia diceraikan kerana orang ketiga."Kalau tak cinta kenapa mesti pura-pura mencinta? Kenapa manjakan saya? Kenapa layan saya macam permaisuri? Kenapa! Kenapa!"- Zara AuliaEnggan dibelenggu kekecewaan, dia membawa diri.Selepas bertahun-tahun dia kembali ke Kuala Lumpur untuk satu misi. Misi yang bakal merubah perjalanan hidupnya. Pertemuannya dengan seseorang membuatkan dia terkesima. Selepas bertahun-tahun, senyuman seorang jejaka menambat hatinya. Namun begitu, dia serik untuk menghulurkan cinta buat mana-mana lelaki.Hati DANIEL HADEE sudah terpaut sejak kali pertama bertentang mata dengan Zara. Dia sedar sesuatu, pasti Allah menghadirkan bidadari cantik ini untuknya. Dia sanggup buat apa saja untuk menambat hati Zara."Awak jangan bagi hati awak kat lelaki lain. Saya nak terjun masuk dalam tu. Dan duduk dalam hati awak hingga akhir hayat saya." - Daniel HadeeBerkali-kali Zara menolak lamarannya. Tapi dia yakin, suatu hari nanti hati Zara bakal menjadi miliknya. Di sebalik penolakan Zara, dia tahu sekeping hati itu merindui secebis cinta seorang lelaki, namun kelukaan membuatkan Zara trauma.Pertemuan kembali AMMAR SYAFIQ dengan Zara selepas bertahun-tahun membuatkan dia yakin jodoh mereka masih ada. Dia hanya perlu memujuk Zara untuk menerimanya semula. Dia yakin cinta Zara masih utuh buatnya.Zara tersepit antara dua cinta. Cinta lelaki yang pernah membuatkan dia bahagia dan terluka, atau cinta jejaka yang membuatkan hatinya berbunga kembali. Siapakah yang patut dia pilih untuk menjadi imamnya? Atau haruskah dia lari sekali lagi?…

Encik Nakal vs Cik Keliru - Elin Nadia

Encik Nakal vs Cik Keliru - Elin Nadia

4,591 57 10

Natalia Emilyn, kisah hidupnya menyedihkan. Dia hanya punya Rayyan dalam hidupnya. Kejadian yang mengakibatkan dia kehilangan rakan baiknya, Shahida telah membuatkan dia trauma. Dengan sokongan Rayyan, dia cuba bangkit melupakan kisah silam; menyibukkan diri dengan kerjayanya dan hidup dalam dunianya sendiri. Namun takkan sesekali dia membenarkan sesiapa menceroboh masuk ke dalam hidupnya.Dan itulah juga nama gadis yang mampu menggugat hati Neil Zafran setelah putus cinta. Dia jatuh cinta pandang pertama. Tapi dia bertemu dengan gadis itu dalam situasi yang paling ingin dia lupakan."Pergi suruh Abang Neil tu cari perempuan lain asalkan dia tak kacau aku lagi!" - Alia"Aku tahu kau cintakan dia!" - RayyanNeil tahu Alia ditakdirkan untuknya. Tekad memiliki gadis itu, dia tidak pernah berputus asa."... Abang tak sepatutnya jatuh cinta dengan Alia." -Alia"Kenapa? Alia bukannya isteri atau tunang sesiapa pun..." - Neil"Tapi Alia bukannya macam perempuan lain yang abang kenal." - Alia"So, Alia ni lelakilah? Tak sangka, cantik betul transform jadi perempuan." -Neil"Bukanlah!" -Alia"Puntianak? Harimau jadian? Yang mana satu ni?" - Neil"... Kalau Alia ni harimau jadian, dah lama abang jadi kari. Banyak daging macam ni, boleh juga kenyang sebulan." -AliaJinak-jinak merpati tapi sukar didekati, akhirnya disambut juga cinta lelaki itu. Walaupun geram, sedikit sebanyak tercuit juga hatinya dengan tingkah Neil. Bagi Neil pula dia tidak akan melepaskan peluang yang ada. Sedaya upaya dia cuba menjadi insan terpenting dalam hidup Alia.Saat cinta saling terpaut, ada saja dugaan mendatang. Walau berkali-kali ditepis, akhirnya Alia menyerah demi kebahagiaan orang-orang yang disayangi. Namun adakah yang berbahagia dengan pengorbanannya? Mampukah dia dan Neil menghadapi apabila segala rahsia yang disimpan kemas diungkit kembali? Benarkah kisah silam itu akan pergi selamanya atau akan muncul tidak dipinta seperti bayang-bayang di malam hari?…

Fasad- Adnil Zaff

Fasad- Adnil Zaff

719 12 11

TAJUK: FASADPENULIS: ADNIL ZAFFISBN NO: 978-967-14487-0-0HARGA: RM 30.00BLURBNurul Jannah... Gadis yang dibesarkan daripada keluarga yang kuat pegangan agama dan taat kepada kedua ibu bapanya. Keinginan Malik yang seusia bapanya untuk menjadikan dia isteri ke-4 tidak mudah diterima ayahnya, Arif Buhler biarpun setinggi mana kobaran api cinta dalam hati Nurul Jannah.Namun penentangan si ayah menggoncangkan keharmonian. Perubahan Jannah bersebab. Demi cinta, dia seolah-olah telah menjadi buta mata hati. Rupa-rupanya, cinta antara Malik dan Jannah cinta dusta. Namun jalan untuk kembali sembuh bukannya mudah. Bermulalah episod keluarga itu diganggu oleh serangan syaitan.Rayland... Dia sudah lama jatuh hati dengan Nurul Jannah. Bagaikan mimpi apabila dia dikahwinkan dengan gadis itu. Sayangnya belum pun setahun menikah, perkahwinan yang dibina atas landasan ukhuwah itu diduga. Tanpa sedar Rayland hanyut semula ke dalam kehidupan lama sehingga rumah tangga mereka berantakan. Rayland tidak sedar perbuatan demi perbuatannya telah membawa kerosakan kepada hubungannya dengan sang isteri. Sehingga Nurul Jannah meminta untuk berpisah.Namun di celahan konflik rumah tangga yang sedang memuncak, Rayland tiba-tiba dihadiahkan semula dengan hakikat tentang siapa dirinya dan asal usulnya. Dia tersedar. Keteguhan cintanya kepada Nurul Jannah tidak sehebat kisah cinta tragis ibu dan ayahnya.Rayland cuba untuk mengembalikan kebahagiaannya dengan Nurul Jannah semula. Namun rajuk dalam hati isterinya juga bukan pura-pura. Berjayakah lelaki itu memujuk sekeping hati yang sudah kerap dilanda badai? Selembut manakah hati wanita yang dinikahi Rayland itu?Fasad! Kisah ini tentang kerosakan tiga serangkai. Iman, akhlak dan kemanusiaan. Hanya hamba yang tidak terputus pergantungannya dengan Allah mampu melepasinya.Dan Allah tidak mencintai fasad.(Surah Al Baqarah Ayat 205)…