M778060ScriptRootC1309847
LoveNovelPublishing
Pengantin Ekspres - Azieana

Pengantin Ekspres - Azieana

457 28 10

BLURB:Amiera diminta menggantikan tempat Gina untuk menghantar baju pengantin ke Hotel Diamond. Tanpa disangka, dia juga diminta menjadi pengganti pengantin perempuan yang telah menghilangkan diri."I bayar you RM 10 ribu untuk malam ini." - Qaisar."Hah! RM10 ribu?" -Amiera"Kenapa? Tak cukup? I tambah lagi, jadi RM20 ribu. You hanya perlu berlakon jadi pengantin perempuan malam ini. You kena sentiasa ada di sisi I sehingga selesai majlis. Itu sahaja tugas you." - Qaisar.Kejadian dia menjadi pengantin ekspres telah menjadi tular kerana dia mengganti tempat Emilly, seorang model yang menjadi isteri kepada Umair Qaisar, cucu kepada pemilik Hotel Diamond iaitu Tan Sri Mokhtar.Bagi Qaisar pula, dia tidak pernah mencintai Emilly. Dia menerima Emilly kerana dia tiada pilihan hati dan juga gesaan keluarga. Tapi sejak dia bertemu Amiera, dia tak mampu menyembunyikan perasaannya."Woi, rugi sangat-sangat kalau you tolak lamaran lelaki handsome dan kaya macam Encik Qaisar ni. Kalau I, jadi isteri nombor tiga pun sanggup tau!" - Gina. Manakala, Rizal yang telah lama menyukai dan mencintai Amiera, telah bertindak lebih pantas dengan menghantar lamaran tanpa pengetahuan gadis itu."Orang tua aku dah terima lamaran Abang Ijal." - AmieraNamun, satu kejadian membuatkan Rizal terpaksa akur apabila Amiera nekad memutuskan ikatan pertunangan mereka. Kali ini, Qaisar pula bertindak dengan melamar Amiera dan terus mengikat tali pertunangan. Malah mempercepatkan perkahwinan kerana bimbang Rizal akan terus mendesak Amiera menerimanya semula.Kemunculan Sandra secara tiba-tiba dalam majlis perkahwinan Qaisar dan Amiera telah memporak-perandakan perasaan Amiera. Bukan itu sahaja, Sandra membuat tindakan drastik dengan menculik Amiera serta meminta wang tebusan daripada Qaisar.Siapakah Sandra sebenarnya? Dan apakah hubungan Sandra dengan Qaisar? Bagaimana Qaisar mengatasi masalah ini demi menyelamatkan Amiera, satu-satunya perempuan yang disayangi dan dicintainya?…

Secret Wife Tuan Furqan - Yaya Abdul Rahman

Secret Wife Tuan Furqan - Yaya Abdul Rahman

492 13 11

TAJUK : SECRET WIFE TUAN FURQANPENULIS : YAYA ABDUL RAHMANNO. ISBN : 978-967-2467-90-8BLURB:Hidup Alif Furqan sentiasa dikelilingi kaum wanita. Namun, dia bukan pencinta wanita atau si kasanova. Setianya pada cinta sehingga dia nekad tidak mahu memandang wanita lain. Namun, pemergian kekasih hati, telah membawa perkenalan Alif Furqan dengan Wilda Safiyyah. Mujahadah yang menghiasi laman hati gadis itu penuh santun dan tawa. Bagaimanapun, cinta yang terbina antara mereka tidak kekal lama. Wilda dijemput sang Ilahi dalam keadaan yang sangat melukakan Furqan. Dia nekad, cinta matinya hanya buat isteri tercinta. Cukuplah.Entah bagaimana, keserasian yang tercipta antara Wilda Najihah dengan Humairah, janda anak satu meruntun hati seorang ayah Alif Furqan. Ya, Wilda Junior memerlukan seorang ibu di sisi. Bayi yang masih merah itu tidak bersalah. Oleh itu, Furqan perlu merendahkan egonya dengan Humairah, ibu susuan Najihah. Satu kontrak susuan anaknya bersama Humairah sanggup dirangka. Matlamatnya hanya satu. Tiada apa yang menghalang anaknya, Wilda Najihah menyusu dengan Humairah. "Ini perjanjian antara kami. Jika terdapat mana-mana klausa dilanggar, secara automatik Humairah tidak boleh lagi menyusukan Najihah." - FurqanHari berganti hari, bulan berganti bulan..."Saya rasa kita dicekup orang pejabat agama." - FurqanHumairah terjelepok. Lututnya menggeletar."Dah saya nyatakan dalam perjanjian kita yang tugas awak hanya susukan anak saya. Sekarang anak saya tak ada, tapi kenapa awak ada depan mata saya?" - FurqanTernyata, menjadi isteri segera lelaki itu tidak semudah A-B-C. Ada sahaja perangai kereknya. Hanya sabar yang dapat dijadikan pendinding rasa hati yang semakin kecewa dek kelakuan Furqan. Selagi ada sisa sabarnya, selagi itu Humairah akan bertahan dengan segala layanan lelaki itu kepadanya. Menjanda kali dua bukan mahunya! Masih adakah bahagia tersisa milik mereka?KAPSYEN :Bahagia itu satu pilihan, mencintaimu itu satu keindahan...…

Cinta Atas Paksa - Nurwateeqa

Cinta Atas Paksa - Nurwateeqa

287 30 11

TAJUK : CINTA ATAS PAKSAPENULIS : NURWATEEQANO. ISBN : 978-967-2467-89-2BLURB:Dalam melangkah ke arah kehidupan yang lebih baik dan bahagia, Adra Malaeka kemudiannya dikejutkan dengan kehadiran lelaki yang menyatakan dia adalah suaminya. Tanpa mampu membela diri, Adra kemudian dibawa lari suaminya sendiri. Gempar seluruh keluarga Adra. Seminggu lamanya gadis itu dilarikan tanpa diketahui ke mana. "Esok semua akan terbukti yang saya tak bersalah! Saya bukan pengantin yang ayah saya kahwinkan. Saya bukan pengantin yang larikan 200 ribu duit encik tu! Bukan saya!" - Adra Malaeka "Kalaupun bukan kau, tetap keluarga kau dan diri kau kena tanggung semua balasan yang bapak kau buat. Selagi aku tak rasa puas, selagi itu kau takkan aku lepas!" - Daffa JawharTerus gempar apabila lelaki yang mengaku suami kepada Adra Malaeka hadirkan diri dengan surat nikah mereka. Siapakah dia? Bagaimanakah semua ini boleh berlaku? "Assalamualaikum, seperti yang dinyatakan Inspektor Zali sebentar tadi, saya Daffa Jawhar suami kepada Adra Malaeka Binti Ahmad Maliki." - Daffa Jawhar"Demi Allah angah, Adra memang tak tahu. Adra pun baru tahu lepas Daffa beritahu yang dia paksa Adra ikut dia sebab Adra isteri dia." - Adra MalaekaMampukah cinta atas paksa ini membahagiakan Adra Malaeka dan adakah ia mampu menyucikan dendam yang tertanam dalam jiwa seorang Daffa Jawhar?Culik+Surat Nikah+RM200 000+32 Tahun= Cinta Atas PaksaKAPSYEN :Kukuhkan rasa cinta itu daripada hati yang benar-benar mencinta...…

Bodyguard Hati Anne Dalisa - Mell Mariann

Bodyguard Hati Anne Dalisa - Mell Mariann

212 14 10

TAJUK: BODYGUARD HATI ANNE DALISAPENULIS: MELL MARIANNBLURB:Hampir lima tahun berlalu dari hari Wabil meninggalkan dunia gelapnya. Dia cuma mahu hidup tenang dan bahagia di samping Mak Peah dan Alin, keluarganya yang tercinta.Namun, pertemuan tidak sengajanya dengan Anne Dalisa, seorang pelakon popular membuatkan ketenangannya terganggu dan hidupnya kacau-bilau. Demi menghapuskan gosip liar tentangnya, Anne telah menawarkan sesuatu kepada Wabil."Okey! You anggap you bodyguard I. Deal?" - Anne Dalisa.Akibat terdesak dek perniagaan restorannya yang hampir lumpuh dan juga onar yang dibuat si sepupu, Wabil terpaksa terima biarpun dengan persetujuannya bermakna dia mendekatkan diri dengan kisah silamnya semula. Tanpa sedar antara mereka, menaut rasa cinta. Namun, selama mana Wabil boleh merahsiakan hakikat tentang dirinya yang sebenar?"Apa lagi kau tak puas hati? Perkara dah berlalu Genji! Jodoh aku Tuhan yang tentukan!" - Wabil."Senang kau cakap. Kau memang jantan tak guna. Sebab kau, Elis mati! Kau pembunuh. Kau yang bunuh Elis, Shark!" - Andy a.k.a. Genji.Anne tengadah dengan kenyataan Andy itu. Siapakah Shark? Siapakah Elis dan siapakah sebenarnya Wabil, lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati itu?…

Gelisah Asmara - Fazlyn Ridz

Gelisah Asmara - Fazlyn Ridz

415 0 11

BLURB:Bertunang dengan adik, bernikah dengan si kakak... begitulah kisah Mikayla apabila adiknya yang merupakan 'kaki lelaki' mempermainkan janjinya kepada Saef hanya sebulan sebelum pernikahannya. Akibatnya, Mikayla yang menjadi galang gantinya. Dia dipaksa ibu bapanya menerima Saef Haris sebagai suami. "Boleh I tahu siapa punya idea supaya I kahwin dengan you gantikan Mar? Nampak? Muka tak sama ni." - Mikayla. "Siapa cakap I nak kahwin dengan you sebab muka you sama macam Mariani?" - Saef Muka cantik tapi mulut celopar! Itulah persepsi Saef tentang Mikayla. "Kan senang kalau parents you terima saja Mariani semula berbanding paksa I buat apa yang I tak nak. Kenapa nak sulitkan keadaan? Mariani memang nak kahwin dengan you!" - Mikayla.Keterpaksaannya menyebabkan Mikayla memberontak biarpun Saef merupakan suami yang penyabar. Masa lalu yang membuatkan Mikayla benci dan prejudis kepada lelaki. Namun pernikahan itu membawa seribu satu rahsia dalam hati Saef tentang Mikayla dan juga tentang bekas tunangnya Mariani. Apakah rahsia itu? Adik dan kakak berebutkan lelaki yang sama... siapa yang suka dengan itu? Itulah hakikatnya Mikayla dan Mariani setelah hati Mikayla terpaut kepada keperibadian Saef, lelaki stok terhad zaman ini. Lebih menyukarkan lagi, Saef yang kaya begitu pandai membuatkan dia mabuk cinta terhadap lelaki itu. Saef... mata hatinya memandang yang satu. Wanita yang menyelamatkan maruah ibu bapanya, yakni Mikayla. Dia tidak mampu berpaling daripada kecantikan dan mahalnya harga maruah wanita yang ada pada Mikayla. Kahwin paksa namun tidak begitu terpaksa kerana semenjak awal Saef telah jatuh hati kepada Mikayla. Namun inilah perjalanannya untuk menjinakkan hati Mikayla yang liar. Gelisah Asmara.... bertunang adik, cintakan kakaknya. Mikayla merupakan takdir terindah dalam hidup Saef. Sekali berada dalami genggaman, dia bersumpah tidak akan melepaskannya!…

Pernah Benci - Mia Azwari

Pernah Benci - Mia Azwari

328 15 11

TAJUK : PERNAH BENCIPENULIS : MIA AZWARIBLURB:Cinta pandang pertama Daim terhadap Raiqa membuatkan dia menjadi pencinta setia. Dia sanggup melakukan apa saja asalkan gadis kesayangannya bahagia sehingga mereka berdua berkahwin pada usia muda. Tetapi Daim tidak sedar di sebalik hubungan itu, dia hanya dipergunakan.Rumah tangga mereka mula diuji disebabkan campur tangan orang luar. Raiqa yang tertekan gara-gara sikap ibu mentuanya, nekad meminta perpisahan."Selama ni aku bodoh. Salah pilih suami. Kalau aku tahu hidup aku susah macam ni, aku tak ingin nak terima kau sebagai suami." - Raiqa"Macam manalah aku boleh jatuh cinta dengan perempuan yang tak ada perasaan macam kau. Kau masih tak ada rasa malu lepas kau dah hancurkan hidup aku!" - DaimPertemuan Daim dan Raiqa setelah bertahun berpisah, membuatkan kehidupan mereka kembali huru-hara. Lebih-lebih lagi setelah Daim mengetahui rahsia di sebalik perceraian mereka dan kewujudan Dayyan. Bagi Raiqa, apa yang berlaku dalam kehidupannya sekarang merupakan bayaran atas dosa yang pernah dilakukan dulu terhadap Daim. Daim yang tidak mampu menipu dirinya lagi cuba meraih peluang kedua daripada Raiqa. Tetapi tak mudah untuk dia melembutkan hati wanita itu."Bagi abang peluang." - Daim"Saya tak mampu lupa kata-kata awak. Jadi tolong... tolong jangan buat saya bencikan awak lagi."- RaiqaAdakah masih ada ruang untuk mereka bersama? Dan perkara apakah yang membuatkan Raiqa masih membenci Daim?KAPSYEN:Jika bersamanya hanya wujud perasaan benci, tolong hilangkan ingatanku ketika pernah mencintainya...…

Mama Untuk Suraya - Nuriffa

Mama Untuk Suraya - Nuriffa

171 13 6

Ghaz seorang bapa tunggal kepada Suraya yang juga merupakan seorang kanak-kanak istimewa kerana mata kirinya buta. Dia dan bekas isterinya Sarah bercerai ketika Suraya baru berusia 6 bulan. Durrani pula seorang wanita bujang yang bekerja di syarikat BeliMall milik Ghaz. Dia tidak pernah berjumpa Ghaz secara empat mata. Suatu hari, tanpa sengaja seorang kanak-kanak perempuan berlari dan memeluknya. "Mama!" - Suraya"Err... kakak bukan mama adik." - DurraniBermula dari itu, Suraya mula memanggil Durrani dengan panggilan mama. Tidak mahu mengecewakan Suraya yang tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu, Ghaz dan Durrani sama-sama sepakat untuk berlakon. Durrani melayani Suraya dengan baik persis seorang ibu melayani anaknya. "Aya nak mama. Aya nak mama dan papa sama-sama." - SurayaMelihat kegembiraan yang terpancar pada wajah polos itu, Ghaz dan Durrani tidak sampai hati hendak memberitahu cerita sebenar. Ghaz juga tidak mahu melukai hati puterinya yang benar-benar mahukan kasih seorang wanita bergelar ibu. Maka, Ghaz membuat satu keputusan."Durrani?" - Ghaz"Ya, encik?" - Durrani"Awak... awak nak tak jadi mama Suraya betul-betul?" - GhazLamaran itu sangat mengejutkan. Pada asalnya Durrani teragak-agak mahu menerima. Tetapi, demi keluar daripada keluarga ibu saudara dan sepupunya yang kejam, dia bersetuju juga. Perlahan Ghaz dan Durrani mula jatuh cinta antara satu sama lain. Namun, bahagia itu sedikit tergugat apabila Sarah, bekas isteri Ghaz muncul semula. Dan pada waktu yang sama, bekas teman lelaki Durrani juga kembali mengganggu hidupnya sekali gus mengingatkan dia tentang masa silam yang menyakitkan."I'm back!" - Omar"I akan ambil balik apa yang pernah jadi hak I. Anak dan... suami I." - SarahDan apabila ada manusia yang penuh dengan iri hati serta peristiwa silam itu kembali menghantui hidup Durrani, kuatkah Durrani menghadapi segala dugaan dan cabaran? Dan mampukah dia menjadi seorang mama yang terbaik buat Suraya?…

Rahsia Hati - HumaiFa (e-book)

Rahsia Hati - HumaiFa (e-book)

16 0 3

BLURB :Azaelina merupakan seorang pelajar cemerlang dengan perwatakan yang hampir sempurna pada mata Aidi Ezharr. Seperti Aidi, Azaelina memiliki minat yang mendalam dalam pelajaran. Dalam diam, Aidi menyimpan perasaan terhadap Azaelina. Pertemuan Aidi dengan Izaelina, kembar kepada Azaelina telah membuka jalan untuk Aidi mendekati Azaelina. Perlahan-lahan Aidi berteman dengan Izaelina dengan tujuannya yang tersendiri."Jadi betullah? Kau berkawan dengan aku sebab kakak? Kau memang tak pernah ikhlas berkawan dengan aku, kan?" - Izaelina"Haa, memang! Memang! Memang selama ni aku berkawan dengan kau supaya aku boleh dekat dengan Aza. Lagi satu kau nak tahu sangat kan kenapa aku pilih Aza, bukan kau? Kau yang sibuk nak tahu, kan? Jangan menyesal! Kau memang tak sedar diri eh? Cerminlah diri kau tu dulu macam mana. Macam langit dengan bumi kalau nak bandingkan dengan Aza. Harap muka aje sama..." - Aidi EzharrSaat impian hampir menjadi kenyataan, Azaelina yang sepatutnya menikahi Aidi menghilang tanpa khabar berita. Atas desakan keadaan, Izaelina rela menggantikan saudara kembarnya menikahi Aidi. Perasaannya yang cuba dilepaskan terhadap Aidi Ezharr kini mula berputik kembali. Namun demi Azaelina, dia sekali lagi sanggup berkorban.Siapakah yang tertulis buat Aidi Ezharr? Azaelina yang dicintainya atau Izaelina yang mencintainya?…

Best Friend Ke Boyfriend - Ilmar Imia (e-book)

Best Friend Ke Boyfriend - Ilmar Imia (e-book)

84 4 3

BLURB :Annur dan Juan sering kali terlihat berdua. Pergi kerja sama-sama, balik kerja pun sama-sama. Bahkan mereka juga selalu melepak bersama di luar waktu bekerja. Tapi apabila ditanya tentang status hubungan mereka, jawapan klise diberikan."Kita orang kawan-kawan ajelah." - Annur "Kau tak pernah dengar ke teori pasal lelaki dengan perempuan tak mungkin boleh jadi kawan saja?" - HayzaDia dengan Juan bercinta? Memang taklah!Itu kata Annur.Tapi kenapa apabila dia bersama dengan Muaz, dia tidak rasa perasaan yang sama sebagaimana dia bersama dengan Juan?Kenapa apabila dia tidak berjumpa dengan Juan, dia asyik teringatkan lelaki itu? Lebih parah lagi, hatinya dah mula pandai cemburu apabila ada gadis lain cuba rapat dengan Juan!Annur cuba menjarakkan hubungannya dengan Juan kerana tidak mahu menjadi orang ketiga. Sebagai sahabat, dia patut mendoakan sahabatnya itu bahagia, tetapi Juan tidak pernah lari daripadanya, malah selalu ada ketika dia memerlukan seseorang.Benarkah hubungan mereka hanya sekadar kawan baik atau sebenarnya ada rasa yang tersembunyi antara mereka?…

Penakluk Hati Abang Jambang - IsmeAna Nur

Penakluk Hati Abang Jambang - IsmeAna Nur

214 12 11

TAJUK: PENAKLUK HATI ABANG JAMBANGPENULIS: ISMEANABLURB :"Setakat handsome tapi muka ketat buat apa. Tu kalau nak tackle awek mesti tak pass. Mesti si awek tu menyampah gila dengan muka ketat dia tu. Kalau aku, nak aje aku lastik muka dia macam lastik burung gagak dulu-dulu tu. Piungg... padu kena setepek!" - Fatehah Iftitah masih ingat kata-kata gadis berbaju pink itu. Kerana itu, demi mendekati gadis yang menakluk hatinya, dia berusaha melatih otot senyumnya agar berfungsi dengan baik. Tatkala si gadis bertanyakan namanya, dengan senang hati dia memberikan jawapan..."Panggil aje Abang Jambang Handsome." - IftitahJawapan itu diberikan dengan pakej killer smilenya.Rupanya mereka terus berjodoh untuk bertemu. Fatehah kemudiannya bekerja di syarikat milik keluarganya Iftitah."So, lepas ni kita kahwin, boleh?" - Iftitah"Hah? Kahwin?" - Fatehah"Opss... Sorry. Kawan. K-A-W-A-N. Lidah advance sangat nak cakap. Tu yang terbabas. So, boleh tak awak beri saya peluang kedua?"- IftitahNamun, mereka mula bergelut dengan konflik hati apabila cerita 14 tahun lalu terbongkar. "Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada insan yang menggembirakan dan membahagiakan abang. Mungkin tika ini kita tak dijodohkan bersama. Namun abang masih mengharapkan kita masih diberi peluang itu. Kerana abang pasti, hati Teha masih ada untuk abang." - Iftitah"Encik tak payah bermimpilah. Untuk pengetahuan encik, hati saya dah tak ada untuk encik. Pada saat saya tahu kenyataan tu, hati saya dah hancur. Saya memang rasa bersyukur sebab tidak berjodoh dengan encik. Jadi, encik tak perlulah nak harapkan apa-apa kerana hati saya takkan berbalik kepada encik. Takkan!" - FatehahBagaimanakah pengakhiran kisah mereka? Adakah kekal ternoktah setakat itu, atau sebaliknya?…

Lovely Badass - Fazlyn Ridz

Lovely Badass - Fazlyn Ridz

157 3 11

BLURB:Deborah dan Iqmal saling mengenali semenjak zaman sekolah. Saling menyimpan perasaan antara satu sama lain. Sayangnya, perasaan itu tersembunyi hanya kerana salah sangka dan cemburu. Tiada sesiapa antara mereka tahu... cinta itu bukan sekadar cinta monyet.Move on setelah Iqmal hilang demi mengejar cita-cita, Deborah Raymond menikahi Zalman, lelaki yang dikenalinya bertahun kemudian tanpa dia tahu, Iqmal ingin memaknakan cintanya kepada Deborah setelah tamat pengajiannya di Canada. Bertahun-tahun berlalu, Iqmal masih membujang. Kesal kerana tidak pernah berterus terang tentang perasaannya. Diteruskan hidupnya berkawan dengan wanita lain walaupun sukar untuk membukakan hati seluas-luasnya kepada Syamsinar. Sehinggalah Deborah mengalami masalah rumah tangga dek suami yang lupa diri; peluang yang ada untuk memaknakan cinta di hatinya terhadap Deborah. Dia yakin dialah cinta sejati buat wanita itu. Dialah lelaki yang setia menyayangi."I tak mahu you pergi tanpa dengar apa yang sepatutnya I beritahu you bertahun-tahun dulu. I'm sorry. I ambil tindakan paling bodoh kerana biarkan masa pergi begitu saja. I tak tahu apa sebenarnya yang ada dalam hati you." - IqmalTidak mudah dia dapat mendekati Deborah sementelah wanita itu tahu dia telah bersama orang lain. "You anggap I perempuan murah ke? Semalam bercerai, hari ni dah boleh bersama lelaki lain?" - DeborahDan Deborah menghadapi konflik. Anak-anaknya trauma dengan kezaliman ayah kandung terhadap mereka. Iqmal calon terbaik; figura seorang ayah buat mereka."The best for you. He's you hero. Not my hero." - Jacqueline. Dia wanita yang hampir sempurna di mata sesetengah lelaki. Namun Deborah sama seperti orang lain, banyak konflik dalam jiwanya. Mampukah Iqmal menjadi hero kepada anak-anaknya yang kurang kasih sayang ayah? Lebih daripada itu... adakah benar cinta sejatinya ialah Iqmal, bukan orang lain?…

Nina - Aein Dhiyauddin

Nina - Aein Dhiyauddin

265 11 10

TAJUK : NINAPENULIS : AEIN DHIYAUDDINTengku Nina Az-Zahrah... Kerana dendam, dia kembali ke tanah air. Dendam terhadap Tengku Soleha, ibu tirinya yang telah menyebabkan kematian adik dan mamanya. Bukan itu sahaja, wanita jahat itu merampas seluruh harta yang menjadi milik keluarganya. Dia kembali menuntut haknya dengan imej baharu sebagai Nina Khalid.Devan Rafandra... Kerana dendam, dia menjadi mangsa. Ditangkap khalwat dan terpaksa berkahwin dengan Nina Khalid sedangkan dia sudah punya tunang bernama Mastura. Kerana dendam Nina, dia tersepit di tengah-tengah; antara isteri ataupun ibu saudara yang membesarkannya sejak kematian kedua-dua orang tuanya. Tidak mungkin dia akan mengkhianati Tengku Soleha, wanita yang dipanggilnya bonda."You tak perlu tahu apa-apa. You pandang dia sebagai mak saudara you yang baik hati dan penyayang. Biar I seorang aje yang ingat kekejaman dia. Permusuhan ini antara I dengan dia. You tak terlibat." - Nina"Apa sebenarnya bonda buat? Tolong beritahu I, apa salah bonda sampai you nak balas dendam?" - Rafa. Baik Nina ataupun Tengku Soleha, masing-masing mengunci mulut tentang apa yang telah terjadi 10 tahun yang lalu. Rafa jadi panasaran sehingga dia menyiasat sendiri. Saat tahu semuanya, dia berjanji untuk membantu Nina serta memberikan kasih sayang yang selama ini hilang daripada genggaman gadis itu.Nina mula jatuh hati terhadap Rafa, padahal dia sudah berjanji perkahwinan mereka hanya kerana dendam. Tapi semakin hari semakin dia mula melupakan dendamnya. Terlunaskah dendam Nina? Bagaimana dengan perkahwinan mereka berdua? Mampukah kasih sayang dan cinta menundukkan dendam dalam hati gadis itu?KAPSYEN:Izinkan aku mencuri sayangmu...…

Sayangku Hanan - Mia Azwari

Sayangku Hanan - Mia Azwari

313 21 11

TAJUK : SAYANGKU HANANPENULIS : MIA AZWARIBLURB:Hanan dan Hafiz... Pantang berjumpa, ada sahaja yang tidak kena. Hanya disebabkan Hanan selalu menumpang kasih ibunya, hati Hafiz terbakar gara-gara cemburu. Namun ada sesuatu yang membuatkan perasannya selalu keliru setiap kali gadis itu di sisi lelaki lain."Mulut kau ni suka sangat cakap perkara buruk pasal aku. Aku nak balik dengan dia, suka hati akulah. Kau tak ada hak dalam hidup aku!" - Hanan"Kau nak bercakap pasal hak ya? Tunggu!" - HafizTercabar dengan sikap Hanan, Hafiz sanggup membuat kerja gila sebelum bertolak ke Jepun. Kata Hafiz, mereka bertunang untuk menunaikan hajat orang tua mereka. Hanan yang lurus, buta-buta percaya. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu muncul semula setelah lima tahun menghilang."I will make you mine, shorai no tsuma." - Hafiz"Baik. Kau nak kahwin dengan aku sangat, kan? Kau tengoklah nanti. Huru hara hidup kau beristerikan aku." - HananLain yang dirancang, lain pula yang berlaku selepas mereka diijabkabulkan. Sikap Hafiz terlalu berbeza membuatkan Hanan mula jatuh cinta. Namun kebahagiaan mereka tergugat saat satu per satu rahsia silamnya terbongkar termasuklah kisah suaminya ketika di Jepun.Siapakah Zati dalam hati suaminya sebelum mereka disatukan?Adakah sejarah silam hidup Hanan bakal terjadi sekali lagi sehingga ikatan perkahwinan mereka terlerai?KAPSYEN:Jangan benci, nanti jatuh cinta...…

Intrigue Cinta Zarif - Jaja Ahmad

Intrigue Cinta Zarif - Jaja Ahmad

177 5 10

TAJUK: INTRIGUE CINTA ZARIFPENULIS: JAJA AHMADBLURB:Pangkat, darjat dan harta, segalanya datang tepat pada masanya. Kecuali cinta! "Kenapa baru sekarang awak hadir dalam hidup saya?" - IffatMencintai Iffat yang pada ketika itu merupakan kekasih Afiq telah merubah takdir Iffat, Afiq dan juga Zarif sendiri.Segalanya berlaku mengikut aturan takdir dan mereka hanya meneruskan perjalanan kehidupan seperti apa yang telah disusun oleh-Nya. Zarif dan Iffat mula mencipta bahagia bersama dan segalanya kelihatan sempurna sehinggalah satu demi satu kebenaran dibentangkan di hadapan mata."Tak rasa ke yang tuduhan itu terlalu berat untuk saya sebagai seorang suami? Atau awak dah lupa yang saya ni suami awak?" - Zarif"Suami jenis apa kalau dah perangai macam ni?" - IffatIffat kecewa dan terluka. Terasa seperti dirinya diperbodohkan oleh suami sendiri. Tetapi Zarif tetap teguh berdiri di sisi dan setia mencintai. Namun cinta tanpa kejujuran tidak menjamin kebahagiaan. Sekali lagi cinta mereka diuji dengan kesakitan yang berbeza. Kesakitan yang membuatkan Zarif merasa asing dalam dunianya sendiri. Lalu, bagaimanakah pengakhiran kisah cinta Zarif dan Iffat nanti? "One after another, Zarif. I didn't know loving you will hurt me some day." - Iffat…

Boss Tolong Jaga Saya - Mell Mariann (e-book)

Boss Tolong Jaga Saya - Mell Mariann (e-book)

214 14 4

Tajuk E-book : Boss Tolong Jaga SayaPenulis : Mell Mariann*Untuk pembelian boleh WhatsApp Admin Nina - 011-40049752…

Bidadari Langit Untuk Si Hitam Manis - Aimie Izzati

Bidadari Langit Untuk Si Hitam Manis - Aimie Izzati

54 4 3

Gara-gara kasut tumit tinggi yang melayang kepadanya dan dimalukan di hadapan orang ramai, dia mula menyimpan dendam. Saiedon Shaiful... selama-lamanya dia akan ingat wajah gadis kurang beradab itu.Sophiea Adelline... dia seorang gadis kaya dan angkuh. Keangkuhannya bagaikan Firaun. Jika dilanggar arahannya, pasti akan dihukum. Namun, ia tidak bertahan lama. Akhirnya, dia ditegur Tuhan. Gara-gara sebuah kemalangan, dia tercampak daripada kehidupan mewahnya. Paling malang, ingatannya turut hilang. Takdir menemukan kedua-duanya semula. Bonusnya kali ini, Saiedon mendapat tahu bahawa gadis itu telah hilang ingatannya, lagilah dia bertepuk tangan. Akal-akal jahat mula muncul dalam kepala untuk mentatasusilakan gadis itu."Ros, ni rumah kita. Ni nenek kita yang dah jaga kita selama ni." - Saiedon"Ros?" - Sophiea.Bermulalah drama yang direka oleh Saiedon. Berpura-pura menjadi ahli keluarga Sophiea demi misinya. Dialah pengarah, dialah pelakon utama. Sungguh hebat lakonannya sehingga Nek Miah, neneknya turut terlibat sama. Namun, drama yang direka Saiedon menjadi cacamarba dengan kemunculan Hasya Tasneem dan Ryan Shauqie, tunang kepada Sophiea yang datang mencari. Begitu juga perasaan antara Saiedon dengan Sophiea a.k.a. Ros."Sophiea? Siapa Sophiea? Aku Ros! Ros!" - Sophiea"Tak! Awak Sophiea. Sophiea saya. Tunang saya!" - Ryan ShauqieHati Sophiea semakin berkecamuk. Dia semakin keliru dengan dirinya. Adakah dia Sophiea Adelline seperti yang dikatakan oleh lelaki yang langsung tidak dikenalinya ataupun Ros seperti dikatakan oleh Saiedon yang mengaku sebagai keluarganya itu? Sophiea semakin keliru.Saiedon tersepit. Perasaannya terhadap Sophiea perlahan-lahan muncul tanpa disedari. Dia terperangkap. Sama ada dia melepaskan Sophiea atau membiarkan sahaja gadis itu pergi. Adakah Saiedon akan meluahkan perasaannya itu sekali gus menamatkan drama rekaannya? Ataukah dia terus menamatkan drama ini tanpa kata penamat dan tergantung sepi? Dan siapakah Hasya Tasneem?…

Kembalikan Bahagia Itu - Suhaila Rashid (e-book)

Kembalikan Bahagia Itu - Suhaila Rashid (e-book)

39 0 3

BLURB :-Dikhianati oleh orang yang disayangi merupakan satu perkara yang tidak pernah terlintas dalam fikiran Tiara Medina. "Saya minta maaf Tiara, saya sendiri tak sangka yang..." - Firash Iman "Tak sangka? Tak sangka yang akhirnya kau jatuh cinta dengan perempuan tu?" - Tiara Saat kebenaran terbongkar, hatinya hancur. Dikhianati oleh tunang dan wanita yang dianggap 'kakak' membuatkan Tiara Medina sedar tidak semua orang harus dia percaya. Kelukaannya ditambah pula dengan pengakuan papanya. Tidak pernah dia terfikir akan mendapat ibu tiri. Baginya, tiada seorang pun yang layak mendampingi papanya kecuali arwah mamanya sahaja. Kehadiran Izhan Nadhif mengubat luka dalam hati Tiara walaupun hanya sebagai 'sahabat'. Pertemuan yang tidak dijangka mengeratkan hubungan mereka berdua. Saat dia hampir menerima lelaki itu dalam hatinya, dia kecewa."Aku cuma nak dengar penjelasan kau, adil ke kau hukum aku macam ni? Adil ke kau jauhkan diri daripada aku sedangkan aku sendiri tidak tahu apa kesalahan yang telah aku lakukan?" - Nadhif "Kenapa kau perlu jadi adik dia, Nadhif?" - Tiara Menjadi adik kepada perempuan yang pernah merampas kebahagiaannya membuatkan Tiara tertutup hati untuk menerima Nadhif dalam hidupnya. Lalu dia memilih untuk menjauhkan diri daripada orang sekeliling. Untuk kali yang kedua, Kasih Bonda menjadi pilihannya. Di situlah tempat dia menyembunyikan diri, tetapi ada sesuatu yang tidak disangka berlaku di situ.Apakah kesudahan kisah Tiara dengan Nadhif? Siapa pula Syakir yang hadir saat masalah mula melanda mereka? Dan bagaimanakah hubungan Tiara dengan ibu tirinya? Jadi, siapakah sebenarnya antara mereka yang mampu mengembalikan bahagia itu dalam hidup seorang Tiara Medina?…

Darlingku Miss Youtuber - ShaDhia (e-book)

Darlingku Miss Youtuber - ShaDhia (e-book)

127 15 4

BLURB :Suraya Nafisah, seorang gadis berkaca mata yang ceria tetapi sangat kelam kabut. Dalam diam, gadis itu mencintai majikannya sendiri, Wan Zariq Hanafi iaitu seorang lelaki yang berlagak, ego tinggi dan dingin.Dek perancangan jahat seseorang, Suraya difitnah dan menyebabkan Zariq bukan sahaja hilang kepercayaan kepada gadis itu, bahkan Suraya dipaksa untuk berhenti kerja di syarikat minyak wanginya."Kau ada dua pilihan. Kau nak bayar semua barang dicuri tu, atau kau nak berhenti kerja?" - Zariq"Saya tak akan sesekali mengaku apa yang saya tak buat. Saya lebih rela berhenti kerja daripada tanggung kesalahan orang lain." - SurayaSuraya pasrah. Tiada siapa yang percaya dirinya tidak bersalah selain dua rakan karibnya, Hasanah dan Syeera. Akhirnya, Suraya membuat keputusan untuk berhenti kerja di syarikat tersebut dan membawa haluannya sendiri.5 tahun berlalu, Suraya berjaya menempa namanya sebagai seorang Youtuber terkenal di Malaysia. Atas permintaan Hasanah, Suraya terpaksa menerima tawaran sebagai model untuk produk minyak wangi syarikat milik Wan Zariq Hanafi. Dari situlah Zariq dan Suraya bertemu semula. "Bos memang suka sakitkan hati saya ke? Selalu sangat buat darah saya menyirap." - Suraya"Sebab aku suka kau." - ZariqSuraya dalam dilema. Lebih-lebih lagi kebenaran peristiwa 5 tahun yang lepas terungkap satu per satu."Aku minta maaf." - Zariq"Ramai dah tahu kisah sebenar pasal kes fitnah dulu." - Hasanah"Kau nak tunggu apa lagi? Terang-terang Encik Zariq tu sukakan kau." - AmandaSuraya juga dihantui hadiah pelik daripada pengirim misteri. Haters? Prank? Ataupun peminat fanatik? Suraya buntu."Gincu patah... cermin pecah... apakah maksudnya ni?" - SurayaApakah kebenaran yang terungkap itu? Masih wujudkah lagi cinta Suraya buat Zariq? Adakah Zariq mendapat kemaafan daripada Aidil? Siapa pengirim misteri hadiah pelik itu? Adakah pertemuan semula antara Suraya dengan Zariq memberikan sinar baharu pada kisah mereka?…

My Sweet Jodoh - IsmeAna Nur (e-book)

My Sweet Jodoh - IsmeAna Nur (e-book)

72 0 3

Dek ditinggalkan oleh seniornya di petrol pam, Suri menurut arahan seniornya untuk menumpang kereta bernombor plat JTR. "Awak ni siapa? Kenapa ada dalam kereta saya? Awak nak mencuri ke apa ni?" - Putra"Eh, tak...tak...Sebenarnya Kak Hanis yang minta saya naik dengan encik." - Suri"Kak Hanis? Kak Hanis mana, eh? Saya tak kenal pun sesiapa nama Hanis." - PutraSetelah melalui insiden yang agak memalukan di situ, dia akhirnya ditumpangkan lelaki itu memandangkan mereka menuju ke destinasi yang sama. "Awak. Kat sana nanti awak berlakon jadi kekasih saya, boleh?" - Putra"Eh. Kenapa saya pula yang jadi mangsa ni? Agaknya awak tumpangkan saya sebab ni ke?" - SuriTernyata kisah mereka tidak terhenti di situ apabila Puan Sofi, mamanya Putra memberi lampu hijau atas hubungan mereka. Pelbagai cara Suri menolak tidak mahu menjadi kekasih lelaki itu namun Putra tetap berusaha memujuk.Apakah yang membuatkan hati Suri sudi menerima Putra?…

Tinta Cinta - Arsya Aisya [e-book]

Tinta Cinta - Arsya Aisya [e-book]

71 10 4

TAJUK: TINTA CINTAPENULIS: ARSYA AISYABLURB:Sakura Eiji tidak pasti sama adanya hidupnya bagaikan puteri di istana indah atau... burung yang terkurung di dalam sangkar. Apa yang dia tahu sudah sampai masanya dia berlawan untuk dirinya sendiri tetapi yang dia lawan ini papanya sendiri."Kenapa selamatkan aku?" - SakuraDia mahu mati, tetapi ajalnya sangat jauh. Diselamatkan oleh kawan baiknya Damiera, dia dipertemukan dengan Doktor Rauf; lelaki yang mengubah seluruh hidupnya. Namun ternyata yang indah itu cuma mimpi."Tapi tubuh awak baru nak pulih, Sakura." - Doktor Rauf"Aku mampu bunuh kau sekarang." - SakuraMr. Eiji yang mengejar untuk Sakura meneruskan legasi peninju dan dirinya sendiri yang mahukan kehidupan yang normal mendesak Sakura memburu takdir. Namun pengakhirannya terlalu sukar untuk bertemu titik indah.Saat cinta hampir bertemu menjadi tinta, Sakura perlu mengalah. Tiada guna dia lari daripada takdir kerana ia tetap akan mengejar. Mereka berpisah untuk bertemu, tetapi kehilangan Sakura membunuh harapan Doktor Rauf. Sakura pergi dan kembali, tetapi adakah kembalinya itu untuk setia di sisi Doktor Rauf? Adakah tinta cinta mereka akan bertemu titik yang sama?…