HER THRONE
Dendam. Satu perkataan yang tak pernah dia jangka akan berlaku kepadanya. Angkara dendam, cinta terkorban. Angkara dendam, rasa terabai. Dia Tengku Raina Qaisara. Seorang puteri diraja yang riang orangnya. Cinta yang berputik sejak kecil buat sepupunya kini terbalas apabila si dia juga meluahkan perasaannya. Namun, angkara dendamlah..."Aku dapat apa yang aku nak. Maruah kau!"- Tengku Qaisar Al-RayyanDi mana silapnya, Raina juga tak tahu. Qaisar teguh mengatakan bahawa dia yang bersalah, walhal dia langsung tak tahu apa-apa! Asal usulnya dihina! Dicerca sesuka hati! Tapi dia hanya tenang dengan senyuman. Hati ini tak bisa membenci si suami, entah kenapa. Namun, segalanya musnah apabila kepercayaannya dikhianati begitu sahaja oleh Qaisar sehingga mengorbankan satu nyawa kecil yang tidak berdosa! Anaknya Qays meninggal dengan penuh tragis di hadapan matanya sendiri. Hatinya terluka. Jiwanya hampir mati. Dia tertanya. Suaminya... tak ada rasa bersalahkah? Apa dirinya ini cuma sekadar boneka? Mainan? Tapi hakikatnya mereka tidak tahu. Banyak tersirat, tak bisa tersurat. Rasa yang teguh membunuh dalam diam. Ada seseorang yang tersenyum di balik semua penderitaan ini. Siapa?…