Lovely Badass - Bab 3

Background color
Font
Font size
Line height

LENA wanita itu terganggu setelah terdengar suara orang menggumam perlahan. Pantas dia menoleh ke belakang. Lama dia memandang Zalman.

"Liena..." suara Zalman kedengaran seperti mendesah.

Deborah mengangkat tubuh dan berkalih menghadap suaminya. Wajah sang suami diamatinya. Lelaki itu pulang entah jam berapa. Tidur dengan pakaian yang sama dia ke pejabat pagi tadi. Saat dia mendekati Zalman, bau alkohol sangat kuat tanda lelaki itu mabuk.

Wanita itu menyelak selimut dan turun dari katil. Sempat memandang gelagat sang suami sebelum dia terpandangkan telefon lelaki itu. Deborah segera mendapatkan telefon suaminya yang terdampar di tengah katil. Kemudian dia mengambil ibu jari suaminya untuk membuka telefon itu.

Ketika lelaki itu masih mabuk, dia mengambil kesempatan untuk melihat telefon lelaki itu yang selama ini jarang-jarang dia periksa. Di galeri telefon, banyak sungguh gambar wanita. Itu dia tidak hairan benar. Sudah tiada rasa cemburu atau apa.

Tetapi matanya terpaku memandang perbualan lelaki itu dengan Haris. Daripada perbualan itu, dia mengetahui rancangan suaminya untuk menyingkirkan Benjamin yang kini ditugaskan sebagai Timbalan Pengurus Besar, iaitu orang bawahan Zalman.

Just wait another day... he'll be

gone. I know what I'm doing.

Tunggu masa aje I dilantik untuk jadi

Pengarah Meridian Motor.

Itu kata-kata yang ditulis oleh Zalman kepada Haris. Mereka berdua membuli Benjamin agar lelaki itu meninggalkan posisinya sekarang. Meletakkan tekanan yang teruk ke atas seseorang agar mereka mengalah dan berhenti kerja. Itu bukan sesuatu yang lazim dalam sesetengah tempat kerja.

Deborah membuat tangkap layar perbualan itu. Dia mengirimkan gambar itu ke telefonnya. Kemudian dia memadamkan gambar itu. Seterusnya dia memeriksa perbualan WhatsApp suaminya pula. Banyak perbualan nakal suaminya dengan entah sesiapa lagi. Dia turut membuat tangkap layar semua perbualan gatal suaminya dengan wanita lain.

Usai itu, Deborah meletakkan semula telefon suaminya sebelum dia keluar dari kamar itu. Baru jam 3 pagi, namun diia sudah tidak mampu lena. Sebaliknya duduk di sofa sendirian.

Tebus talak.

Zalman hanya akan sudi menceraikannya dengan nilai tebus talak yang tinggi. Yang mana, dia tidak ingin membayar lelaki itu satu sen pun untuk menceraikannya. Tidak berbaloi. Jadi, apa perancangannya sekarang? Saban hari hatinya merintih dalam perkahwinan yang dirasakan amat kosong dan tidak membahagiakan.

Lelaki itu sesuka hati pulang jam berapa yang dia mahukan. Sesekali pulang dalam keadaan sepertimana hari ini. Mabuk!

Deborah duduk merenung dirinya agak lama. Pada usia 37 tahun, seharusnya rumah tangganya kian stabil. Tetapi anehnya, rumah tangganya kian hilang arah. Dia sendiri tidak tahu di mana rasa cinta dan kasihnya berada dalam hatinya buat Zalman. Dia tidak tahu di mana pula kasih sayang Zalman buat anak-anaknya. Saban hari sikap suaminya kepada anak-anak membuatkan dia kian jauh hati.

Keesokan paginya, dia mengejutkan lelaki itu. Zalman mengadu sakit kepala dan tiada mood.

Wanita itu hanya diam. Tidak lagi menegur suaminya kerana mengambil alkohol. Kerana dia sudah tahu jawapannya. Sekadar suka-suka, sekali-sekala... dia bukan ketagihan alkohol pun!

Namun dalam kebisuan itu, hati seorang isteri merana dan terseksa. Kerana ini bukanlah kehidupan yang dia bayangkan. Kerana tiada seorang pun daripada ahli keluarganya mengambil alkohol biarpun sekadar cuba-cuba. Tiada seorang pun daripada ahli keluarganya yang lelaki, berskandal dengan wanita di luar sana setelah berkahwin. Kerana itu kepantangan besar ayahnya.

Sekarang Zalman sudah memecahkan tradisi itu. Soalannya, sampai bila dia akan membiarkan ini berlaku?

"Deb..." tegur Zalman saat isterinya hanya diam. Sepatah pun tidak berkata apa-apa kepadanya semenjak tadi. Kamar itu hanya hening dan asing.

Deborah sekadar buat tidak tahu dan segera keluar dari kamar itu. Namun tidak lama kemudian dia terdengar bunyi kaca pecah. Dia tahu, suaminya mengamuk lagi. Deborah berpaling semula dengan rasa meluap-luap.

Di bilik, dia lihat barang-barang di atas meja solek sudah bertaburan di lantai. Zalman selamba sahaja berdiri di depan cermin sambil mengenakan kemeja.

"Inilah yang berlaku kalau you ignore I," ucap Zalman tajam.

"Tahniah. You membuatkan I rasa lebih bencikan you berbanding semalam. Your heart is tiny as your dick," balas Deborah lantas keluar semula.

"Deborah!" Zalman segera mendapatkan isterinya semula. Wanita itu ditarik ke bilik semula. Kata-kata isterinya itu benar-benar menaikkan darahnya.

"Macam ni cara you layan suami you???" tekan Zalman dengan rasa geram dan marah berapi-api.

"Apa yang harapkan daripada I? You nak I timang-timang you lepas apa yang you buat?" jawab Deborah dengan riak wajah orang tidak berperasaan.

Zalman merentap pergelangan tangan sang isteri sehingga Deborah terdorong ke arahnya.

"Is this how you treat me as a husband???" ulang Zalman.

"Yes! You boleh buat apa sahaja untuk tunjuk perasaan. I tak akan ubah jawapan I," ucap Deborah.

"Really? What about this???" tekan Zalman. Wanita itu ditolaknya ke katil dan terus ditindihnya. Rakus lelaki itu cuba membuka butang blaus di tubuh Deborah. Deborah sama sekali tidak menghalangnya.

Zalman cuba membuka seluar slek hitam yang dikenakan isterinya. Deborah tetap kaku. Sehingga lelaki itumula menghentikan perbuatannya. Tindakannya tetap sia-sia. Reaksi Deborah masih sama. Kaku macam mayat hidup.

"I'm not in the mood for your small and incompetent dick. Sorry," ucap Deborah selamba.

Zalman mendengus marah sebelum dia bangun semula. Deborah ikut bangun sambil mengancing semula seluarnya. Bajunya dibetulkan semula sebelum dia mencapai beg tangannya dan keluar. Sementara Zalman terduduk di birai katil untuk meredakan rasa marahnya.

♫♪♬Oh, I've been askin' for problems, problems, problems...♫♪


BAD DAY!

Kesan bergaduh dengan Deborah di rumah tadi, membawa ke pejabat. Mood Zalman merudum teruk. Bertambah buruk apabila dia ternampak adik iparnya berjalan di hadapan pejabatnya seperti tiada apa-apa berlaku sedangkan sudah 2 hari Benjamin tidak datang kerja.

Anak muda itu dipanggil ke biliknya. Sementelah hatinya memang tidak pernah sukakan Benjamin, maka banyak salah Benjamin dicarinya.

"Hei!" panggilnya dari dalam kamar itu agak kuat.

Benjamin menoleh. Dia ternampak Zalman melambai dari sebalik meja. Dan dia terus berpaling dengan muka selamba ke arah bilik Zalman.

"2 hari tak kerja, pergi mana?"

"Cuti."

"Bila masa minta cuti?" tanya Zalman dengan nada angkuh. "Kau... kalau kau rasa tak boleh nak handle kerja, kau bagi orang lain yang nak kerja. Berhenti. Jangan buat kepala sendiri," ucap Zalman saat Benjamin hanya memandangnya sambil menyeluk poket seluar. Gelagat Benjamin itu membuatkan dia bertambah sakit hati.

"Kau siapa nak arah-arah aku berhenti kerja?" balas Benjamin pula.

Terkejut lelaki itu mendengar adik iparnya mula menjawab.

"Excuse me?" tanya Zalman dengan riak wajah kurang senang. "Kau jangan lupa, aku ketua kau."

"Aku tak lupa. So, kau nak buat apa? Nak pecat aku?" balas Benjamin. Dia juga tidak lupa dia ialah kuli Zalman. Dia perlu menyiapkan semua kerja Zalman. Lelaki itu hanya ambil kredit sahaja daripada kerjanya.

Cepat panas, Zalman mula rasa hendak ditinju adik iparnya itu.

"Kau ni tak layaklah jadi pewaris syarikat ni. Kau tak tahu apa-apa pun tentang business ni semua."

"Jadi, kau yang layak?" perli Benjamin.

"Bila kau kerja dengan aku, kau jangan nak melawan. Aku dah lama kerja untuk syarikat ni."

"So?" Benjamin menayang riak bosan. Malas hendak dengar semua itu.

"Kalau dah namanya kerja team work, kenalah ikut peraturan! Jangan nak buat macam kompeni ni bapak kau yang punya."

Benjamin ketawa mengejek.

"Kompeni ni legasi keluarga aku. Dan aku adalah anak tunggal lelaki Tan Sri Nusret. Kalau kau lupalah. Jadi, ya... ni kompeni bapak aku."

Zalman memandang anak muda itu dengan dada turun naik menahan marah. Sakit hatinya tidak terperi mendengar nada Benjamin yang seakan-akan mengingatkan kedudukannya.

"Cepat panas ya?" ucap Benjamin lantas mengeluarkan dua tangan dari poketnya. Dia tersenyum sendiri. "Sekeras mana kau berusaha untuk duduk di tempat bapak aku, kau tak akan boleh. Kau boleh bencikan aku. Aku tak kisah. Aku pun memang tak suka kau semenjak dulu," ujar Benjamin sambil membetulkan tali lehernya.

"Kau orang yang tak tahu apa-apa pun tentang business," ucap Zalman.

"Kau orang yang tahu segalanya tentang business? Tapi tak ada sesiapa mencadangkan kau sebagai pengarah. Mereka tetap pandang Deborah. Kau kena ingat di mana kedudukan kau sebelum kau nak ingatkan aku kompeni ni siapa yang punya. Dan... kau pernah hina isteri aku. Aku masih ingat sampai sekarang," ucap Benjamin.

"Hina apa?"

"Kau pernah kata kepada Erina ketika dia berjauhan daripada aku. Isteri aku mungkin ada lelaki lain yang pakai."

Zalman ketawa besar.

"Benda memang betul. Kau duduk berjauhan daripada dia. Perempuan cantik memang macam tu, boleh jadi ada lelaki lain yang pakai bini kau," ujar Zalman sambil ketawa.

Benjamin ketawa juga.

"Siapa? Lelaki macam kau? Sampai sekarang kau tak ada anak lelaki. Deborah nak anak lelaki, kan? Mungkin dia perlu tukar dengan lelaki yang ada gen lebih berkualiti."

Spontan Zalman terus menerpa ke arah Benjamin. Lelaki muda itu ditumbuknya bertalu-talu. Benjamin hanya menghadang wajahnya. Tidak puas hati, Zalman menghentak kakinya berkali-kali ke arah Benjamin yang terjatuh di lantai sehingga ada dua tiga kakitangan mula masuk meleraikan pergaduhan itu. Dua lelaki menarik Zalman agar menjauhi Benjamin.

"Lepaslah!!!" pekik Zalman lantas menolak dua kakitangan itu. Sempat menyisir rambutnya dengan telapak tangannya.

Dua kakitangan itu kaku memandang Zalman yang naik hantu.

"Get out!!!"

Kedua-duanya berlalu dari situ segera. Ketika itu juga Deborah berjalan ke arah bilik kerja suaminya.

"What have you done???" ucap Deborah saat memasuki kamar itu. Dia memandang sekeliling, berantakan habis kamar itu. Dia lekas memandang adiknya yang tertunduk-tunduk sambil menekup mulutnya.

"Arghh!!!" Benjamin meludah darah dari dalam mulutnya. Lekas-lekas berlalu ke tandas.

Deborah kembali memandang suaminya yang berdiri memandang ke luar sana. Rasa kecewanya melaut. Luluh hatinya dengan perangai panas baran suaminya itu.

"I tak tahan lagi, Zalman..."

Lelaki itu menoleh kepada isterinya dengan senyum sinis. Dia hilang akal kerana Benjamin menghinanya. Sudahlah pagi tadi isterinya turut melemparkan kata-kata yang merendahkannya. Manalah dia tak naik hantu!

"You nak bela dia lagi?"

"Dia adik I, Zalman! Apa yang you harap I buat???" tekan Deborah.

Tan Sri Nusret muncul di bilik itu.

"In my office. Now!" Lelaki tua itu terus berlalu tanpa memandang Zalman.

Deborah memegang dahinya. Zalman pula berdiam seketika menahan rasa bengkak hati.

"Daddy you tak pernah hargai apa yang I buat."

"You tahu itu tak benar, Zal!"

Zalman tersenyum sinis. Semenjak Benjamin bekerja di sini, dia rasa diketepikan. Sebanyak mana usahanya, bapa mentuanya tidak pernah meletakkan dirinya sebagai pengarah. Apatah lagi untuk memberikannya sebahagian daripada kekayaan syarikat ini. Dia hanya kuli sahaja!

"You tak sepatutnya sentuh dia, Zal."

"You terlalu manjakan adik you yang tak betul tu. Selama ni, dia buat apa sahaja yang dia suka. Dia tak pernah berusaha apa-apa pun untuk syarikat ni. I yang bersusah payah, Deb! Dia sibuk dengan kerja dia di China... kemudian dengan bas-bas buruk dia tu. You sendiri pun tak bersungguh-sungguh perjuangkan hak I!" Meninggi suara lelaki itu.

"Encik Zalman, Tan Sri nak jumpa..." ucap Aliya setelah muncul di pintu bilik lelaki itu.

Deborah menoleh kepada setiausaha ayahnya itu.

"Give us a minute," ucap Deborah.

Wanita 37 tahun itu diam. Serba salah dengan suaminya. Zalman sudah tentu tidak boleh merasakan dia boleh berada sebaris dengan Benjamin sementelah adiknya itu anak lelaki tunggal. Masakan ayahnya akan membiarkan syarikat ini akhirnya diketuai oleh menantu sedangkan anak lelakinya ada.

"Apa yang daddy dah beri kepada kita dah cukup."

"Tu kepada you. You anak dia. I apa yang ada???" ucap Zalman berang.

"Apa yang you ada???" tekan Deborah. Wanita itu menggeleng kesal sebelum dia berpaling untuk keluar. Dia sudah tidak tahan lagi dengan kerenah suaminya. Dia serba salah dan malu kepada ayahnya.

"I rasa, lebih baik you jumpa daddy," balas Deborah.

"Fine." Marah punya pasal, lelaki itu nekad pergi berjumpa dengan bapa mentuanya.

Deborah kembali ke biliknya. Dadanya seperti mahu runtuh dengan apa yang baru berlaku. Wanita itu kaku di kerusinya. Fikirannya seakan-akan kosong.


"MRS. RAYMOND, Tan Sri wants you in his office..." Deborah terdengar suara pembantunya melalui telefon tatkala dia sedang termenung.

"Okey," jawab Deborah sebelum dia bangun. Runsing fikirannya dengan keadaan yang baru sahaja berlaku. Adiknya dan suaminya bertumbuk di pejabat sehingga menarik perhatian kakitangan yang lain. Kurang senang dengan pandangan kakitangan yang menyoroti dirinya.

"What are you looking at?" sergah Deborah kepada beberapa kakitangan yang ralit memandangnya. Kesemua kakitangan itu kembali menekur tugasan di atas meja.

Setelah masuk ke kamar ayahnya, suaminya berada di dalam sana. Suasana kelihatan tegang antara dua manusia itu.

"Cakap apa kamu cakap tadi di hadapan dia," ucap Tan Sri Nusret kepada menantunya itu.

"I buat semua ni kerana I rasa diperalatkan oleh famili you. Setiap apa yang I buat, tak ada satu pun dihargai. You lebihkan keluarga you berbanding mengutamakan kedudukan I sebagai suami," ujar Zalman kepada Deborah.

"Seriously?" Riak wajah Deborah berubah dengan setiap apa yang diucapkan suaminya itu. Tidak sangka Zalman akan mengatakannya di hadapan ayahnya.

"You serius nak bawa masalah kita depan daddy I, Zal?" ucap Deborah.

"I dah lama sabar!!!" jerit Zalman kian berang kerana isterinya tidak membelanya.

"I dah cukup bosan dengan tuduhan you tentang I dan Benjamin. I dah jauhkan diri daripada dia demi puaskan hati you. Apa lagi yang you nak???" tekan Deborah.

"Masalah ni semakin teruk lepas daddy you bawa dia masuk ke sini. You tahu I tak suka you rapat dengan dia!"

"Dia adik I, Zalman!" Suara Deborah pula meninggi. Turun naik dadanya menahan marah.

"Apa lagi yang tak cukup dengan kita berdua??? You tak suka adik I dekat dengan I, I ikut cakap you walaupun famili I tak suka. Apa lagi yang you nak I buat???" tekan Deborah.

"You buat sebab terpaksa! You tak mahu dengar arahan I. I ni suami you... keutamaan you!" tegas Zalman. Suaranya melengking di segenap ruang kamar itu.

"Memang you suami I, tapi dia adik I. Dah tentu I sayangkan dia. Semenjak dulu lagi you sentiasa jadikan Benjamin sebagai masalah. I tak faham kenapa you benci sangat kepada dia. Apa yang dia dah buat???" jawab Deborah.

Tan Sri Nusret hanya berdiri bercekak pinggang memandang Zalman dan Deborah bergaduh. Zalman punya amukan sampai lupa bapa mentuanya berada di situ bersama mereka. Hilang sudah segan-silunya kerana sakit hati.

"I lafaz cerai depan daddy you tadi. Semua ni salah you dengan Benjamin," ucap Zalman tajam.

Riak wajah Deborah terkejut. Dia memandang ayahnya. Tan Sri Nusret memandang Zalman dengan riak wajah sangat ketat.

"There's no turning back on your words, Zalman!" tegas Tan Sri Nusret kepada menantunya.

Deborah tidak terkata mendengarkan itu. Dia kembali memandang suaminya. Macam mimpi pun ada. Kecewa? Entahlah! Dia rasa keliru. Sebahagian hatinya merasa lega. Sebahagian lagi merasakan sesuatu yang dia tidak tahu apakah rasa itu.

"You ceraikan I?" tanya Deborah dalam rasa tidak percaya. Benarkah ini?

"Pilih antara dua, Benjamin atau I. Lepaskan dia atau you akan hidup tanpa I," ucap Zalman nekad.

"Apa yang you cakapkan ni, Zal??? You nak I lepaskan dia macam mana? Dia adik kandung I!" tekan Deborah meninggi.

"Cakap! Cakap sekarang, dia atau I??? Atau I akan ceraikan you!" tegas Zalman.

"Dia!!! Dia! Dia adik I!!!" pekik wanita itu sudah

hilang sabar.

Zalman terpaku memandang isterinya setelah terdengar Deborah memilih adiknya. Dia menjangkakan Deborah akan memilihnya.

"You tak pernah faham betapa terseksanya I selama ni bila you buat macam ni, Zal. You tak pernah fikirkannya pun. You dengan sikap mementingkan diri you sendiri. I dah tak nak hadap lagi semua ni. Cukuplah! You dah ceraikan I... so be it!" ucap Deborah bersungguh-sungguh.

Zalman masih terdiam memandang Deborah. Seperti tidak percaya sebegitu mudah isterinya berpaling daripadanya.

"I boleh kontrol satu syarikat dengan 200 orang staf, tapi I tak boleh kawal you. Tidak lagi, Zal. You takkan boleh selamanya memanipulasi kelemahan dan kasih saying I selama ini. I manusia biasa. I ada perasaan!" ujar Deborah lantas meninggi di hujung bicaranya.

Tan Sri Nusret tersenyum puas mendengar jawapan Deborah. Zalman masih terpaku kerana dia tidak menyangka isterinya akan memilih Benjamin berbanding dirinya. Saat itu, pertama yang singgah dalam otak si Zalman, bagaimana kalau isterinya kahwin baharu?

"I'm done with you. Please... leave! I dah tak sanggup dengar lagi tentang ni semua. I dah letih, Zal. You dah ceraikan I, kan? Okey, I terima. I tak akan kembali semula kepada you kalau you fikir you boleh rujuk semula dengan I. Jangan cuba-cuba mainkan I. I akan dedahkan keburukan you lebih banyak di mahkamah nanti," ucap Deborah lagi saat Zalman terkebil-kebil.

"Keluar dari sini!" tegas Tan Sri Nusret kepada menantunya itu.

Zalman seperti orang mamai kala itu. Dia sangka Deborah akan merayu

You are reading the story above: TeenFic.Net