{BAB 47}{KOTAK CINCIN DAN SAMPUL MINI DALAM JAKET}

Background color
Font
Font size
Line height

AKU rebahkan badan ke tilam sambil memaksa mata untuk terus pejam. Namun payah pula kelopak mata itu terkatup. Macam-macam peristiwa menerawang di minda. Bagi aku, banyak benda aneh yang berlaku sejak kebelakangan ini. Terutamanya Lang Merah.

Dia macam banyak tahu perkara tentang aku. Kalau diingat semula perbualan aku dengan Acik Uprah ketika di dalam kereta tadi pun aku betul-betul tak sangka. Wanita itu tahu dengan tepat nama kampung aku di Terengganu. Tarikh lahir aku yang bakal disambut 2 hari lagi itu pun dia tahu. Katanya Lang Merah yang khabarkan semua informasi tersebut. Sejauh itukah maklumat yang telah aku bocorkan pada dia ketika berbual dalam chatting room dulu? Peliklah, tapi aku dah ingat-ingat lupa sebenarnya. Dah lama jugak aku tak masuk ke ruang interaksi moden tersebut.

Bila fikir-fikir balik, bahaya tau macam ni. Entah-entah Lang Merah tu memang ada kena-mengena pun dengan penyangak bergigi seram tadi. Tapi, demi nak tunjuk hero, dia rekalah plot sendiri. Hesyyy, macam cerita hindustan pulak. Palsu betul! Ada kemungkinan ke macam tu? Tapi, lagak lembut dan santun Acik Uprah tadi memadam tohmahan tersebut. Macam tak munasabah pula wanita baik itu ada niat jahat dan bersubahat kan? Cara dia bertanya dan mengenalkan diri tadi tak nampak palsu langsung. Kedai yang ditunjukkan seperti di dalam kad nama yang diberi itu memang wujud pun di sekitar Masai. Aku yakin dia tak tipu. Cuma kalau nak kepastian, aku kena melawat sendiri kedai tersebut. Terjah dia di situ tanpa perlu buat apa-apa temujanji. Barulah tahu keadaan sebenar kan?

Ah, peninglah bila fikir semua ni. Walau macam mana sekalipun, perkara yang dah berlaku tak boleh diputar semula. Hadap ajelah kesalahan sendiri. Cuma aku harap sangat Lang Merah bukan orang jahat. Aku takut juga bila teringat kes-kes jenayah gempar yang terjadi dalam kalangan guru sejak akhir-akhir ini. Dunia macam dah tak selamat sekarang.

Mungkin hal yang berlaku tadi adalah salah satu cara untuk Tuhan menegur aku. Lain kali jangan sesekali dedahkan identiti sewenang-wenangnya begitu kepada orang asing walaupun atas tiket untuk mencari jodoh. Jujurnya, aku tak pernah terlintas langsung untuk ada hubungan serius dengan rakan maya seperti Lang Merah itu. Ia hanya suka-suka saja. Tak sangka pula lelaki itu serius. Kalau dah sampai tahap berjumpa dengan keluarga ni, itu dah dikira terlebih ke depan dah tu. Sedangkan tuan enpunya badan pun aku belum kenal. Eh, risaulah pula. Entah macam manalah rupa dia. Kacak tak agak-agak? Ada rupa macam....

Tiba-tiba bayangan Encik Kacak yang terlintas. Bonuslah kalau dapat yang kacak macam lelaki tu kan? Tapi mustahillah. Biasanya kalau dah baik, pasti kurang dekat rupanya. Jarang-jarang aje manusia punya kedua-dua kelebihan itu serentak. Hehe... Buktinya? Tengok aje lah perangai orang kacak macam anak kandung Datin Anita itu tadi. Sedap betul dia tuduh aku ego. Yang itulah paling aku geram sebenarnya. Tak semenggah betul perangainya. Demi nak pertahankan ibu kesayangan dia, aku yang disalahkan seratus-peratus. Eeii, menyampahlah!

Tapi aku pelik pula dengan dia masa kat terminal tadi. Macam mana dia boleh tahu aku ada di sana? Takkanlah ada mata-mata yang menyampai? Kalau ada pun siapa? Das sendiri pun tak pernah hubungi dia. Ah, misteri betul! Tapi, boleh jadi juga dia cuma agak-agak. Urusan aku dengan datin kan selesai petang semalam. Mungkin dia boleh menebak aku akan pulang ke destinasi seawal malam tadi kan? Cuma, kenapa dia bersungguh-sungguh sangat nak datang ke situ? Macam terlebih prihatin pula pada aku. Padahal kami bukan baik sangat pun. Takkanlah dia betul-betul suka kat aku. Apa faedahnya yang dia dapat kan?

Ah, sekarang tak pasal-pasal aku terbawa balik harta orang! Terus mata aku tertancap kembali pada jaket coklat pemberian dia tadi. Bila teringat gerakan dia yang terjengket-jengket mengejar aku dan bas yang aku naiki tadi, timbul juga belas di hati. Punyalah aku jual mahal masa kat dalam bas tadi, akhirya terpaksa juga aku sarungkan jaket itu ke tubuh. Memang sejuk pun pendingin hawa kat dalam bas tu. Penyangak bergigi seram itu pun satu hal juga. Habis menggigil badan aku waktu itu.

Hesyy, segan aku kalau dia tahu aku pakai juga pemberian dia ini. Bau aku pun dah terlekat di situ. Aku pun bukan elok sangat fiilnya ketika tidur. Entah-entah tanpa sedar melakar peta dunia di atas fabrik tebal tersebut. Malu besar juga kalau Encik Kacak sedar akan hal itu. Ah, tak boleh jadi! Kalau tiba-tiba terserempak lagi dengan mamat tu atau Kak Erra di sini, jaket ini pasti kena pulangkan semula. Jadi, baik aku basuh cepat-cepat. Lagipun mata aku ni payah betul nak lena.

Aku terus bingkas bangun untuk menyalakan lampu bilik biar terang-benderang seraya mencapai jaket yang tersangkut di dinding tersebut. Fabrik tebal itu aku tilik seketika. Dari jenama yang terpampang di situ, aku yakin harganya pasti cukup mahal. Tapi tak pelik pun sebenarnya. Minyak wangi dia pun dah beratus-ratus harganya, ini kan pula pakaian harian kan? Orang yang ada-ada, apa aje yang tak boleh beli.

Dari bilik, aku terus menuju ke bilik air seraya mengibas-ngibas jaket tebal tersebut sebelum merendamnya ke dalam baldi. Namun....

Buk!

Sebuah kotak kecil dan sekeping sampul bersaiz mini tiba-tiba terjatuh daripada poket jaket coklat tersebut.

Hesyyy... Ada barang milik peribadi rupanya di sini. Kotak kecil baldu berwarna merah itu aku angkat seketika seraya menilik lama. Macam kotak cincin aje. Aduh, pelupanya mamat ni! Jangan-jangan ada cincin yang dibeli untuk hari pertunangannya nanti.

Alamak, macam mana ni? Aku pula rasa serba salah. Dah boleh bayangkan amuk Si Minah Ketak tu kalau perkara ini ketahuan. Takkanlah aku kena hubungi mamat tu pula? Seganlah. Lagipun, aku dah malas nak ambil tahu tentang geng-geng kayangan itu. Lebih baik simpan ajelah kat dalam laci sementara jaket itu dijemur dan dianginkan nanti.

Teringin juga sebenarnya nak buka, tapi iman tipis aku itu mampu menahan. Tak baik ceroboh hak privasi orang! Lagipun sampul mini tu melekat kemas. Tak ada can langsung aku nak intai-intai. Dua tiga kali pusing pun tak dapat teka apa yang ditulis. Yang pasti macam panjang jugak rantaian tulisan dia. Aku agak, jenis mat bunga juga ni kan? Jiwang-jiwang tulis karangan. Hehe...

Ting!

Terus fokus aku lari. Sampul mini bersama kotak kecil itu terus ditolak ke dalam laci dan mata aku kini berkalih ke arah skrin telefon yang sedang menyala.

Ada dua mesej yang masuk. Satu dari Das, dan satu lagi dari Lang Merah. Mesej dari Das yang aku buka dulu. Rupanya gadis tu pun tak boleh tidur risaukan aku. Bila tahu aku yang sudah selamat sampai, barulah nada tulisan gadis itu nampak lega. Ya Allah, terharunya aku dapat kawan baru yang baik macam tu. Terima kasih Tuhan.

Kemudian bola mataku teralih ke arah tulisan pendek dari Lang Merah pula.

Lang Merah : Salam, sayang. Dah sampai ke rumah belum?'

Yang ni pun satu. Terharu juga aku. Bimbangnya dia akan aku. Jujurnya, aku rasa dia macam makin dekat dengan hati aku sekarang. Normalke macam ni dengan seorang kawan maya?

Aku : 'Wassalam. Awak belum tidur jugak? Alhamdulillah, saya dah lama sampai awak. Thank you so much tau. Sorry sangat sebab tuduh yang bukan-bukan pada awak tadi. Saya rasa bersalah sangat ni. Maaf tau,..'

Nada tulisan aku pun tulus. Aku dah layan dia macam kawan aku di alam nyata sekarang.

Lang Merah : 'Hehe, it's okay sayang. Saya faham awak risau kan? Normallahtu. Memang sepatutnya pun kita kena macam tu. Orang yang kita tak kenal kan? Tapi, awak percayalah kat saya. Saya sayang awak. And....saya tak nak awak terluka apatah lagi tercedera Ida. Insya Allah, selagi ada kudrat yang Allah pinjamkan pada saya ni, i'll do my best to protect you, sayang.'

Terkaku aku seketika. Ayat dia manis betul. Fuh, cair kejap aku. Dah macam 'tuxedo kamen' datang lempar bunga ros berduri untuk sentiasa lindungi 'sailormoon.' Sweeeeeetttt...😘

Aku : 'Ouchh... sweet betul. Terima kasih sebab sayangkan saya tau. Beruntungnya saya kan? Ada orang yang sudi sayang dan sanggup lindungi diri saya macam ni. Rasa macam jadi 'sailormoon' pulak. Ada 'tuxedo kamen' yang selalu protect di belakang. Arigatou mamo-chan,πŸ˜‰'

Cepat-cepat aku balas sambil melebar sengih. Nampaknya virus emoji dia tu sikit-sikit dah mula berjangkit kepada aku. Hehe, choii!!

Mamat tu pun apa lagi! Sederet emoji dia hantar kemudiannya masuk ke peti pesanan. Tapi, yang paling buat aku malu bila dia selitkan emoji terkejut itu sekali. Agaknya, dia tak sangka aku pun boleh tahan juga gatalnya. Hehe..

Lang Merah : πŸ˜±πŸ˜±πŸ˜‰πŸ˜˜πŸ˜˜πŸ₯°

Lang Merah : 'Alahai, cutenya sayang. Cair dah hati saya ni tau. Kenapa comel sangat, hm? GeramπŸ˜‰'

Mengekek aku ketawa. Lawak bodoh aku tu pun comel? Effortless betul.. Tapi, kalaulah dia dah kenal muka sebenar aku, pasti dia tarik balik. Kalau orang macam aku comel, dah lama aku kena lamar oleh mana-mana teruna kan? Tak adalah istilah langkah bendul macam sekarang. Yakin aje dia....

Aku : 'Comel? Jangan pasti sangat awak. Takut kecewa aje. Hehe. Tapi yang lawa tadi mak saudara awak tu sebenarnya. Berapa umur dia ya?'

Tiba-tiba teringin pula nak tahu usia sebenar Acik Uprah tadi.

Lang Merah : 'Saya tak ingat dengan tepat sayang umur dia. Kalau tak silap 4 tahun aje lebih muda dari mama saya. Around late 40's cam tu la. Tapi, awak lagi comel. Manis... cute... Erm, saya suka tengok awak lah sayang,'

Berkerut dahi aku. Kasanova gila ayat dia. Macamlah selalu tengok aku. Eeiii, geli geleman pulak jadinya. Yakin aje aku manis dan cute. Padahal masam macam ni, mana pernah nak manis? Biasa-biasa aje pun...

Aku : 'Eleh, pandai betul mengayat😜. Tapi itulah, saya pun rasa saya comel kan? Agak-agak, kalau saya jadi model, ramai tak peminat ya?'

Aku pun dah masuk air. Bodoh betul soalan yang diaju. Perasan gila! Berdekah aku ketawa. Laju kemudian dia balas.

Lang Merah : 'Amboi, ada pasang angan-angan nak jadi model rupanya sayang ya? Patutlah pakai kasut tinggi-tinggi kan. No, saya tak izinkan. Hehe.. Saya jealous,'

Buntang mata aku. Kena-kena betul dia tebak fiil aku yang suka pakai kasut tumit tinggi itu. Kurang asam betul. Malu kejap aku.

Lang Merah : 'Tapi kan sayang, model ni selakunya fashion designer pilih yang tinggi-tinggi aje. Yang 'key-chain' comel macam sayang ni, catwalk depan saya aje lah kan? Hehe,'

Dia mengusik lagi bila aku tak balas. Mata aku kali ni hampir terjojol keluar. Hesyy.. kena lagi dengan dia. Tepat pula tu. Memang aku sejenis yang rendang pun. Pernahlah diberi jolokan tu kat sekolah. Eeii...suspicious pula jadinya. Siapa Lang Merah ni? Teliti benar tahu tentang aku kan? Jangan-jangan kawan-kawan guru lelaki kat sekolah aku? Naya aku kalau ada yang saja nak kenakan aku ni.... Aku tumbuk juga muka sorang-sorang nanti.

Lang Merah : 'Awak dah tidurke? Okeylah, saya pun dah mengantuk jugak ni. Kepala pun masih berat ni. Selesema tak kebah-kebah lagi,'

Mesej lain pula yang masuk dari dia. Aku tergelak kecil. Seronok pula buat dia tertunggu-tunggu. Itulah, siapa suruh buat misteri lagi? Dah rakan maya tu, jangan buat-buat kenal sangat dengan aku.

Aku : 'Samalah awak. Saya pun dah menguap ni. Awak kalau tidur lewat macam ni, lagi payah nak baik demam tu tau. Eloklah awak tidur sekarang. Thank you once again okey,'

Lang Merah : 'Yalah, demam kali ni macam lama sikit sayang. Campur demam rindu jugak kut niπŸ˜‰,'

Nada tulisan dia kemudian berubah nakal. Aku geleng kepala, tapi masih mampu melayan.

Aku ; 'Rindu kat siapa? Kekasih ya? Kalau dah rindu pergilah jumpa,' balas aku sengaja mematikan emosi dia. Orang yang dah mula melalut ni jangan dilayan sebaiknya.

Lang Merah : 'Itu lah. Tapi, jauhlah sayang. Pasir Gudang ke sini jauh sangat. Saya mampu tengok tulisan aje nak lepas rindu ni..😘πŸ₯°'

Aiii...geram aje aku baca. Kuat berlakon betul mamat ni. Macam diragu-ragu aje kewarasanya. Tapi takpe. Dia dah mula nak gula-gulakan aku, apa kata aku sudahkan aje. Kita tengok siapa yang kena kencing manis?

Aku : 'Awak, jarak bukan alasan tau dalam kasih sayang. Lautan api pun sanggup direnangi, inikan pula jarak yang mampu diatasi dengan enjin kereta kan?'

Nada tulisan aku dah separuh mencabar tu sebenarnya.

Lang Merah : 'Amboi, cabar saya ya? Okey, kita celebrate birthday sayang nanti sama-sama kat sana. Tapi, janji sayang jangan lari bila dah jumpa nanti tau😘'

Aku tergelak. Macam-macam rasa bercampur dalam hati ni. Takut tapi dalam masa yang sama turut teruja.

Aku : 'Hehe. Tak janji,'

Pendek saja balasan aku kemudiannya. Dia apa lagi, terus bertubi-tubi usik aku. Akhirnya aku mengalah.

Aku : 'Apa-apa aje lah awak. Takut awak tak jumpa saya aje bila sampai kat sini nanti. Tak sangka, banyak juga maklumat diri saya yang awak tahu kan? Tapi takpelah, benda dah jadi. So, jomlah tidur. Semoga demam selesema awak tu kebah esoknya,'

Mata aku pun dah layu sekarang. Lelaki tu pun nampak turut begitu.

Lang Merah : 'Hehe, mestilah saya tahu sayang. Peminat memang selalu cari info tentang crush dia kan? Okeylah sayang. Kat sini ajelah kita malam ni. Selamat malam dan have a good sleep. Mimpi yang indah-indah dengan saya tau.😘 Hehe Assalamualaikum.. ")

Panjang pula balasannya. Aku crush dia? Iya-iya aje. Bila mula jadi crush tu? Nampak sangat menipu. Lepas tu, sempat lagi dia menyelit ayat nakal dia tu. Ingat baguske mimpi-mimpi ni? Syaitan aje punya angkara. Dah, baik jangan dilayanlah otak lelaki yang dah melalut macam tu. Aku betul-betul kena tidur sekarang.

-BERSAMBUNG-

P/s : sorry sangat.... Baru siap sunting ni...lama xdpt jengah sini. Hehe,malam ni kita kasi canlah lang merah mengayat. Ida pun macam dah jatuh suka tu...hehe. so good night cemuanya...hihihi


You are reading the story above: TeenFic.Net