{BAB 45}{JUMPA ACIK UPRAH}

Background color
Font
Font size
Line height

"HELO, helo?..."

Suara di hujung talian betul-betul terkejut. Aku ulang sekali lagi ucapan tadi. Terus dia beristighfar panjang.

"Sayang kenapa ni? Astaghfirullah.. Kenapa cakap macam tu? Nak apa-apakan apanya? Acik Uprah dah sampai ke belum tu?" Tanya lelaki itu lagi cemas.

Untuk pertama kali aku dengar suara lelaki ini dari hujung talian. Lembut saja nadanya. Macam mustahil pula nada cemas itu mahu menganiaya aku. Tapi, zaman fitnah sekarang, macam-macam boleh berlaku. Kalau bukan dia yang datang sekalipun, mungkin lelaki berjaket hitam ini adalah dalam kalangan orang-orang suruhan dia yang sedang diupah untuk memasang perangkap. Modus operandi dia hanyalah sebagai pemancing untuk meluluhkan emosi wanita. Kurang ajar betul!

"Awak bohong!!! Tolonglah, saya merayu sangat. Saya janji, saya akan lunaskan secepat mungkin hutang tu. Sekarang, tolonglah suruh lelaki yang pakai jaket hitam yang awak upah tu balik. Saya takut! Tolonglah awak... Tolonglah... Jangan apa-apakan saya. Isk... Isk... Isk.." tangisan aku makin kuat dan memanjang. Jaket coklat yang diberikan oleh Encik Kacak tadi aku peluk erat-erat sebelum menyarungkannya ke tubuh. Sejuk betul terasa seluruh badan.

Suara Lang Merah kedengaran makin kuat dan cemas.

"Ha?! Astaghfirullaaaah... Saya tak ada upah mana-mana lelaki pun Ida. Siapa yang datang tu sayang? Saya tak terfikir langsung nak buat benda-benda tak elok kat awak, percayalah. Tadi saya call minta tolong mak su saya, Acik Uprah tu untuk datang ke tempat awak sekarang. Kalau saya ada kat sana, dah lama saya datang jemput awak tau. Bertenang sayang," pujuk dia lagi.

Aku yang sudah menggigil itu terus angkat kaki mahu menapak. Aku nekad nak lari kali ni apabila jarak lelaki berjaket hitam itu sudah hanya beberapa hasta lagi dari aku. Dalam hati sekarang hanya berdoa, semoga maruah aku dijaga oleh Yang Maha Kuasa itu.

"Cik Adik nak ke mana, hm? Hehe," Lelaki itu turut melajukan langkah. Hampir nak tercabut jantung aku apabila lelaki bermuka tirus itu mula mendekat. Seram tengok gigi dia Ya Allah!

"Jangan ganggu aku! Aku buat report polis sekarangg!!" Aku bertempik lebih kuat.

"Jauhnya nak ke balai Cik Adik, hm? Hehe. Marilah abang tolong hantarkan. Mari, hehe.." lelaki itu mengejar lagi. Hampir-hampir jaket coklat yang aku pakai tadi berjaya digapainya.

"Hoiii!!!! Kau jangan kurang ajar dengan perempuan ni! Kau blah sekarang! Blahhh!!! Jangan ganggu dia. Aku ada kat sini untuk jemput dia!!!"

Tiba-tiba suara lelaki bertempik kuat dari hujung telefon bimbit yang aku pegang. Sebuah kereta Perodua MyVi juga turut tak semena-mena menyuluh lampu tinggi memasuki perkarangan stesen teksi tersebut. Terus lelaki berjaket hitam itu mengundur.

Allahuakbar...

Menitik air mata aku mengucap syukur. Walaupun belum tahu siapa yang datang, sekurang-kurangnya lelaki persis penagih dadah itu sudah berlalu pergi ke motosikalnya kembali.

"Sayang, awak okey tak tu? Bertenang okey. Jangan nangis, saya ada kat sini. Okey," tak henti-henti dia memujuk.

Aku yang masih menggigil itu tak mampu bersuara lagi. Hanya sendu saja yang mampu mengisi perbualan sehala tersebut. Catat sejarah dalam hidup aku tadi bila hampir-hampir jadi mangsa seorang penyangak. Mujurlah talian aku dan Lang Merah belum diputuskan lagi tadi dan aku terfikir untuk membuka suara panggilan tersebut hingga ke luar. Asbab jerkahan dia juga lelaki itu pergi.

Pin!

Aku tersentak dari lamunan apabila kereta Perodua MyVi berwarna hitam yang masuk ke perkarangan stesen teksi tadi membunyikan hon. Seorang wanita cantik berusia kira-kira lewat 40-an yang keluar. Inikah ibu saudara Lang Merah yang dikatakan tadi?

"Ida kan?" Terus wanita itu menyapa mesra.

Aku hilang kata namun laju membalas pelukan wanita itu. Rasa macam kakak aku aje yang sampai untuk menolong. Betul-betul rasa selamat.

"Sorry Acik Uprah lambat sikit. Masa cik abang Ida call tu, ada pokok tumbang yang baru dialihkan dekat Masjid Jamek tu," terang wanita itu lagi sambil mempelawa aku masuk ke dalam perut kereta.

Sah! Memang betullah ini ibu saudara Lang Merah tu. Dari nama yang dibahasakan pada dirinya itu pun aku dah boleh agak. Jadi Lang Merah tak menipulah? Kalau macam tu siapa sebenarnya lekaki yang persis penagih dadah tadi? Dan-dan pula dia datang tepat pada waktu. Musykil...

"Jadi, Acik Uprah memang ibu saudara Lang Merah lah kan?" Tanyaku kemudiannya lurus.

Terus berkerut dahi wanita itu. Aku yang baru tersedar itu laju menekup mulut. Aduh, lupa nak tanya nama sebenar lelaki itu sebelum ini. Agak-agak makcik Lang Merah ni tahu ke kami hanya kawan chatting? Ah, malunya!

"Ya, Ida. Acik Uprah ni memang mak saudara saya. Alhamdulillah dia dah sampai. Jangan sedih-sedih lagi okey. Elok-elok balik ke rumah ya sayang," Lang Merah menyahut lagi dari hujung talian.

Ah, aku lupa untuk tamatkan talian tadi.

Wanita yang mesra dipanggil Acik Uprah itu pun hanya tersenyum manis menjeling ke arah telefon bimbit di tangan aku itu. Alahai, segan pulak.

"Iya, Acik Uprah dah ada dengan buah hati awak ni. Hehe. Jangan risaulah. Awak tu pun kena berehat dan tidur jugak. Dah lah demam. Kepala yang mama cakap bercalar tu teruk sangat ke?"

Aku tergamam seketika apabila mendengar wanita itu turut menyahut suara Lang Merah dari hujung talian tersebut. Tak jadi nak matikan talian. Macam biadap pula ganggu orang yang sedang bercakap. Tapi, buah hati? Gila betul Lang Merah! Aku dikenalkan sebagai buah hati pula pada ibu saudara dia. Cover baik punya. Rasa nak tergelak pun ada. Patutlah mesra sangat wanita itu layan aku. Satu lagi, kenapa dengan kepala Lang Merah? Dia cedera?

"Hehe. Tak ada apalah Acik Uprah. Luka sikit aje, bukan kemalangan teruk pun. Benda bukan sengaja kan. Mama tu saje aje tambah lauk. Okey dah ni. So, Acik Uprah bawa kereta elok-elok ya. Thank you so much tolong Ida. Semoga selamat sampai, alright," jawab Lang Merah lagi sebelum meminta diri.

Terharu pula aku. Sampai begitu sekali dia risaukan aku. Rasa berdosa pula bila tuduh dia yang bukan-bukan tadi. Terima kasih Lang Merah! Untuk kali kedua dia jadi penyelamat. Syukur sangat pada Tuhan.

"Rumah sewa Ida kat mana ya? Acik Uprah kat Taman Bukit Dahlia ni aje," tanya wanita itu lagi ramah.

"Oh, tak jauh sangatlah kan? Sorry Ida dah susahkan Acik Uprah malam-malam buta ni. Maaf sangat-sangat. Ida kat Taman Mawar ni aje. Sebelah dengan workshop yang ketuk-ketuk kereta tu," berpusing-pusing jari telunjuk aku menunjukkan arah kemudiannya.

Acik Uprah tersenyum lagi sambil menggeleng tanda tidak berkira.

"Takpe. Acik Uprah tak kisah pun. Makin teruja ada lah. Rasa nak sujud syukur balik ni. Hehe, lama dah Acik Uprah nak jumpa bakal menantu perempuan Kak Long ni. Cantik, hehe. Orang Terengganu memang lawa-lawa kan? Hehe,"

Sekali lagi aku terkelu. Kurang asam betul Lang Merah! Terus diangkat jadi calon menantu. Permainan apa yang dia buat sekarang ni? Berkobar-kobar hati aku nak tahu. Tapi lisan aku jadi kelu untuk berkata bila terkejut begini. Nasib baik kena puji lawa. Serabai macam ni pun dikata lawa? Perli ke betul? Boleh percaya ke?

"Ida, nanti kalau free-free call lah ya. Boleh hang out sekali. Simpan lah kad Acik Uprah ni tau. Kedainya tak jauh pun. Dekat dengan stesen minyak Petronas Masai tu aje," ujar wanita itu lagi tatkala kereta yang dipandunya itu telah sampai ke pintu pagar rumah sewa aku.

Aku yang masih bingung itu menyambut kad kecil yang bertuliskan nama dan nombor telefon milik wanita itu perlahan-lahan. Bait demi bait tulisan serta gambar pada kad tersebut aku tenung dan baca. Besar juga kedai kosmetik dia ni. Kalau tak silap macam pernah nampak aje bangunan yang tersergam pada kad kecil tersebut sebelum ini. Tak sangka, ibu saudara Lang Merahlah pemilik perniagaan sebesar itu. Patutlah lelaki itu berani nak beli beratus-ratus minyak wangi dengan aku dulu. Mungkin salah satu sasaran lelaki itu adalah kedai ibu saudaranya ini sendiri.

"Kalau Ida tak kisah, boleh Acik Uprah minta nombor telefon? Manalah tahu, ada masa lapang lagi nanti kan? Boleh keluar sama-sama lagi," pintanya lagi dengan nada mengharap.

Aku senyum sahaja. Tak salah rasanya aku terus berhubung dengan dia. Kembangkan silaturahim. Itu lagi baik kan? Tak dinafikan, aku pun rasa teruja sebenarnya untuk kenal lebih lanjut dengan ahli-ahli keluarga Lang Merah ni. Kalau ibu saudaranya dah cantik begini, tak mustahil anak saudaranya juga kacak kan? Alah, saspen pulak. Hehe, sempat juga aku berangan.

"Boleh. Apa salahnya. Nah," terus nombor telefon wanita itu aku dail untuk mengesahkan nombor telefon aku pada dia.

"Terima kasih banyak-banyak sekali lagi tau Acik Uprah. Semoga selamat sampai ya ke rumah. Hati-hati," aku dakap tubuh wanita tinggi itu sekali lagi sebelum dia membunyikan hon untuk berlalu dari situ.

Sambil melambai-lambai, sempat juga aku memuji. Cantik betul dia. Baik pula tu. Tapi, macam pernah nampak aje kat mana-mana muka macam dia. Siapa ya? Suara pun lembut aje, sama macam nada Lang Merah tadi. Haisyy...lama-lama kalau dibiarkan aku jatuh cinta juga dengan lelaki itu. Hehe, macam novel cinta pulak kalau betul-betul kisah aku ni menjadi kan? Bolehlah berangan jadi heroin sekejap.

Setelah mengunci pintu pagar, cepat-cepat aku meluru masuk ke laman. Lega apabila melihat kereta Perodua Axia yang berwarna putih milik aku itu masih tersadai baik di situ. Rindu pula nak pandu kereta sendiri. 2 minggu lebih kereta itu terbiar tak berusik. Harap-harap enjinnya masih baik. Nak cuba sekarang pun, suasana yang kelam ini tak mengizinkan. Lagipun aku dah trauma bersendirian kat luar di tengah-tengah malam buta begini. Lainlah kalau kedua-dua rakan rumah sewa aku tu turut ada di dalam. Lekas-lekas aku tolak daun pintu untuk masuk ke dalam rumah kemudiannya. Aku nak tidur aje sekarang....

- BERSAMBUNG -

P/s : selangkah mengenal keluarga Lang Merah gitu. Ida mesti duk bayangkan kekacakan Lang Merah tadi kan? Hahahaha...😜🤪🤣🤣😉


You are reading the story above: TeenFic.Net