Mulanya, dia fikir dia okay tidur atas lantai hanya untuk semalaman. Tapi, dia silap! Pusing kanan, pusing kiri, mata tak boleh lelap. Badan mula rasa gatal. Sejuk hingga ke tulang hitam. Tak tahan, Gabriel bingkas bangun, duduk bersila. Kepala menoleh ke kiri.
"Oh my God!" Terkejut dia bila nampak sepasang mata terbuka luas, tengah pandang dia.
"Hessa! You startled!" Suara ditekan sedikit dek terkejut. Gila ke apa? Dengan mata bersinar bulat macam tu, pandang orang dalam gelap.
Tak ubah macam hantu.
"Kenapa tak tidur lagi? Tak selesa ke?" Soal Hessa bersahaja. Dia pun sama, tak boleh lelap. Lagi-lagi duk tengok Gabriel gelabah tak tentu pasal.
"No. I cannot sleep here." Gabriel bingkas bangun, lalu tekan suis. Sekelip mata, bilik jadi terang benderang. Hessa turut bangun. Bersila atas katil sambil pandang encik suami.
"I know you don't like it, but I'm really-really sorry. I can only sleep in the bed." Tanpa dengar persetujuan Hessa, Gabriel terus melompat ke atas katil.
Tiba-tiba...
Kreek! Dum!
Mereka dah ke bawah. Jatuh macam nangka busuk. Terbeliak biji mata masing-masing bila katil dah runtuh.
Ya, runtuh!
"Alamak!" Gabriel bersuara pelat.
Hessa dah tak terkata. What the? Mata terkebil-kebil pandang tilam. Tak reti nak bagi respon bila dia dah ke bawah katil.
Sesaat.. dua saat, seakan terkena renjatan elektrik, Hessa terus bangun mendadak. Sebab tubuhnya sedang menindih tubuh Gabriel dekat bawah. Rambut dia kuak ke belakang. Gabriel sedang hulur tangan dekat dia. Minta tolong angkat dia.
"Please.." Muka comel tu, buat dia hulur tangan tanpa membantah.
Sama-sama berdiri tegak, mereka pandang je katil yang dah runtuh tu. Nak kata patah, macam tak. Tapi, terbelah dekat tengah.
"So, how? Kenapa tak cakap katil ni diperbuat daripada kayu?"
"Kenapa you melompat macam tu? You tak rasa ke badan you terlalu besar untuk melompat ke atas katil yang terlalu rapuh?" Panjang lebar ayat Hessa dengan wajah sedang berfikir.
Dia tak fikir sangat pasal katil runtuh. Dia tengah fikir, apa yang orang fikirkan bila dia cakap katil runtuh?
Bila runtuh macam ni, dia perlu dapatkan bantuan. Perlu cari alat-alat untuk baiki katil ni. Dan untuk cari semua tu, dia kena tanya orang. Bila dia tanya orang, orang akan tanya balik untuk apa alatan tu malam-malam buta macam ni.
Nak tak nak, dia kena bagitahu perkara sebenar. Bila orang tahu, mesti dorang fikir pelik-pelik. Tambahan pulak, suami dia mix Arab. Sinonim.. fikiran mereka mesti bertukar jadi kuning.
Arghh!
Hessa melepaskan keluhan berat sambil meraup wajah. Kemudian, mata mencerlung pada wajah tak bersalah Gabriel.
"Selalu je buat hal. Geram betul!" Marah dia perlahan seraya keluar daripada bilik. Tebalkan muka cari tali dan paku.
Masuk ke dapur, dia cari dalam almari dekat bawah. Belek sana sini, buka semua pintu, tak nampak pun tali atau paku. Kemudian, dia bingkas bangun menuju ke bilik stor. Selalunya, orang simpan dekat bilik stor. Tapi, tak ada! Paku ke, tali ke, tukul ke. Semuanya tak ada.
"Cari apa dekat dalam stor tu?"
Dan-dan saat itu, ada suara mencelah. Hessa terus menoleh ke belakang. Pak ngah sedang menghendap dia.
"Err.. tali dengan paku."
"Nak buat apa?"
"Ada kerja sikit."
"Kerja apa malam-malam buta macam ni?" Mak ngah pula datang menyampuk.
Hessa kemam bibir.
"Adalah.."
"Tak payah carilah. Takde pun dekat situ." Mak ngah bersuara.
Hessa terus hentikan pencarian. Dia pusing tubuh pandang makngah.
"Dekat mana mak simpan? Hessa nak guna."
"Nak buat apa?"
"Adalah. Nak ikat barang." Malas nak cakap nak ikat katil. Sebab makin panjang isu nanti.
"Cepatlah, mak ngah.." Hessa dah leret panjang.
Makngah menghilang sejenak. Kemudian, kembali dengan tali, paku serta tukul di tangan. Melebar senyuman Hessa. Ucap terima kasih, dia terus berlalu masuk ke dalam bilik.
"Tolong I turunkan tilam."
Gabriel terus menurut perintah. Dia turunkan tilam, lalu duduk mencangkung depan katil.
"Tak patah pun. Dia terjatuh dari landasan je. Jadi, you kena tolong I ikat katil ni." Hessa hulur tali sambil tarik nafas lega.
Nasib baik kena ikat je. Kalau kena menukang malam-malam ni, harus semua orang tahu. Buat malu je nanti.
Sambut tali, Gabriel terus mencangkung. Dia terus mengikat. Masuk bawah, masuk atas, pusing sana, pusing sini, siap! Yakin dah kemas, dia bergerak ke tengah.
"Allah... sampai runtuh katil dibuatnya."
Sedang ralit mengikat, tiba-tiba pintu terkuak dari luar. Muka Mak ngah terjegul depan mata. Bukan setakat mak ngah je, pakngah pun ada sekali. Atas kepala pak ngah, Pak Da dan Mak Da mencelah.
Kemudian, mereka ketawa-ketawa.
Hessa ketap bibir. Tarik nafas, dan hembus berat. Gabriel pula, sengih je.
"Buat apa sampai runtuh katil ni? Nak tukar katil baru ke? Dekat bilik sebelah, ada katil kosong." Pak ngah beri cadangan dengan bibir tersimpul-simpul penuh makna.
Hangat wajah Hessa. Tapi, dia kawal sebaik mungkin.
"Takpe. Katil ni elok lagi. Kena ikat sikit je." Malu tahap gaban. Tapi, dia cuba berlagak tenang. Lagipun, mereka takde buat apa-apa pun. Takde apa yang nak dimalukan.
"Kang lepas ni, tak dan apa-apa, terus patah dua. Better tukar je senang. Nak stay sini lama lagi." Pak Da mencelah. Dia dah keluar cari mak.
"Senah.. katil bilik ni, bagi dekat Rania jelah. Katil bilik dia runtuh."
Hessa dengar suara Pak Da dari jauh. Asalnya dia nak diam-diam, Pak Da dah umum satu kampung. Hangat wajahnya. Apalah yang orang fikir nanti.
"Hah? Sampai runtuh ke?" Dia dengar orang bertanya. Kemudian, gelak-gelak.
Ya Allah! Sumpah malu! Pandang Gabriel, Hessa jegilkan mata. Gara-gara dia, tak pasal orang fikir bukan-bukan.
Gabriel balas dengan jungkit bahu. Muka bersahaja. Seperti, takde apa yang berlaku atau nak dimalukan.
"Baiki jelah. Buat apa nak tukar?" Mak Senah membalas.
Bilik mereka bukan kalis bunyi. Jadi, dia boleh dengar jelasnya kalau orang bercakap.
"Katil ni kan takde orang guna. Bagi jelah dia guna sekejap."
"Erin nak guna. Sekejap lagi dia bawak balik masuk bilik dia."
See? Semua benda milik Erin. Asal dia nak guna je, mesti mak akan bagi alasan Erin nak guna. Erin punyalah. Erin yang beli.
Tak habis-habis, Erin.., Erin.. Erin!
Tarik nafas dalam-dalam, dia hembus perlahan. Kembali mengikat tali, menyambungkan kayu antara kayu.
Gabriel yang melihat, mula kepal penumbuk. Air muka Hessa, menyentuh rasa geram dalam hatinya. Pejam mata sesaat, dia hela perlahan. Cuba untuk bersabar.
"Kalau macam tu, bagi katil yang Erin guna sekarang. Kesian Rania. Katil tu pun dah uzur sangat aku tengok."
"Biarlah dia, bang. Kau ni pulak, lebih-lebih nak layan dia. Pakai je katil tu."
"Nak guna macam mana kalau dah runtuh? Kau ni pun Senah...,"
"Suruh je tidur atas lantai. Aku bukannya kaya mana nak sediakan semua benda. Laki dia pun kena fahamlah kalau dah kahwin dengan orang kampung ni. Jangan nak mengharapkan semua benda mewah." Selar mak.
Cepat-cepat Hessa pandang wajah Gabriel. Dia bimbang kalau Gabriel faham dan terasa dengan bicara mak. Melihat senyuman di bibir Gabriel, Hessa tarik nafas lega.
"Bukan ke katil tu, Rania yang beli. Kan? Aku yang tolong orderkan. Dia yang hantar duit. Kenapa nak bagi Erin guna pulak? Lagipun, katil Erin tu.. kau baru je belikan. Masih elok lagi. Kenapa nak tukar?"
Mak Senah ketap bibir. Langkah kaki di atur ke bilik Hessa lalu dia tolak pintu sekuat hati.
"Hah?! Apa lagi kau berdrama harini? Helok je aku tengok katil kau selama ni. Kenapa tiba-tiba runtuh? Kau melompat ke atas katil tu?" Mak Senah terus menyelar kuat.
Tergamam Gabriel dan Hessa. Tak berkelip Gabriel pandang Hessa. Ada sesuatu yang dia ingin suarakan, namun melihat wajah sendu cik isteri. Terus dia batalkan niat.
"Ya, elok lagi mak. Kena ikat sikit je."
"Dah tu, kenapa tak ikat? Kenapa mengadu dekat sana sini? Macam budak-budak perangai!" Marah Mak Senah lagi.
Hessa diam tak berkutik. Semua orang saling berpandangan. Simpati dengan nasib dia yang tak pernah disayangi keluarga.
"Korang keluarlah. Tak payah campur tangan. Tahulah laki bini uruskan." Mak Senah halau semua orang kemudian, tutup pintu.
Sekilas, saling berpandangan. Gabriel mula atur langkah. Dagu cik isteri dia paut supaya menghadapnya.
"I know you don't like any 'sentuhan'. But I think, you really need this 'sentuhan.'" Sejurus ayat itu terluah, Gabriel terus tarik Hessa ke dalam pelukan.
"I'm here..with you." Perlahan. Jemari mengusap belakang badan cik isteri.
Hessa tergamam. Bibir kelu. Lidah kejung. Dia terkedu dengan tindakan Gabriel yang tiba-tiba saja beri pelukan kemas. Bibir dikemam kuat. Tangan mengepal penumbuk. Dia buka mulut.
"I'm okay. Don't worry." Cuba berlagak tenang, namun suaranya bergetar halus. Tindakan Gabriel, benar-benar buat dia rasa ingin menangis.
Tapi, sedaya upaya dia cuba menahan air mata agar tidak tewas pada emosi. Jangan tewas. Tolonglah...
'Aku tak nak Gabriel tengok aku dengan simpati.' Bisik hati Hessa. Jemari dia kepal kuat. Nafas dia tarik dalam-dalam. Lalu, dengan perlahan dia pisahkan pelukan.
"I'm okay. Let's finish this." Senyum kelat. Dia kembali bersila di tepi katil dan ikat tali. Saat yang sama, dia curi-curi lap tubir mata tanpa Gabriel sedari.
Itu yang dia fikir..
Padahal, Gabriel nampak apa yang dia buat. Gabriel tahu, Hessa sedang menangis. Sekilas, nafas terhela berat.
Keluarga jenis apa macam ni?
You are reading the story above: TeenFic.Net