Keluar je bilik, mata terus mencerlung pandang Erin.
"Kau jangan nak simpan niat goda abang ipar sendiri, eh!" Hessa terus warning. Dari air muka Erin pun dia dah tahu apa yang perempuan tu rancang.
"Hello, sorry sikit! Tak kebulur lagi aku nakkan suami orang. Dahlah warga asing. Muka macam penoreh getah. Lambat lagi aku nak tergoda." Erin laung kuat-kuat. Semua orang pandang mereka.
Hessa dah ketap bibir. Dia kemain control volume.
"Kenapa pulak ni? Bising-bising macam ni.. malu dekat tetamu." Mak Senah menegur.
"Anak mak nilah.. duk tuduh orang nak goda laki dia. Sikit pun tak hinginlah! Kalau kaya, boleh tahan jugak. Ini.. makan pun bini tanggung. Ada hati nak cakap orang kebulur nakkan laki dia."
"Betul ke, Rania?" Mata mak dah mencerlung pandang dia. Kalau usik anak tiri dia, kemain marah.
Walhal, dia anak kandung.
"Rania cuma pesan je, mak."
"Pesan ke tuduh? Kau ingat, Erin tu lapar sangat ke dengan laki kau? Kau ingat, laki kau tu kacak sangat ke? Setakat kahwin dengan warga asing, tak payah nak bangga sangatlah, Rania! Kau tahu tak, kau dah memalukan aku! Semua orang bercakap pasal kau. Terdesak sangat nak kahwin, sampai kahwin dengan pelarian!" Suara mak, bergema kuat di ruang tamu. Semua orang dah berkumpul.
"Aku tak restu perkahwinan ni. Tapi, kau degil. Kau nak jugak dengan jantan entah datang dari mana. Melayu dah pupus ke sampai kau pilih pelarian tu?" Kuat suara mak melantun. Hanya kerana dia sentuh Erin.
Mak sedar tak, anak kandungnya, adalah dia! Hessa Rania.
Erin Damia, adalah anak tirinya! Langsung tak ada pertalian darah.
"Dia bukan pelarian, mak. Kalau tak suka sekalipun, hormatlah majlis ni, mak." Sendu suara Hessa. Dada seperti dicucuk-cucuk.
Sebak mula datang bertandang.
"Sejak bila mak kena hormat anak? Kau tu yang kena hormatkan aku! Dari kecik sampai besar, tak habis-habis menyusahkan aku! Bila dah besar, malukan aku dekat orang kampung."
"Apa yang malunya, mak? Haritu mak beria-ria suruh Rania kahwin. Mak cakap mak malu Nia tak kahwin-kahwin. Mak cakap Nia anak dara tua. Dan bila Nia dah kahwin, mak cakap Nia malukan mak dekat orang kampung. Apa saja yang Nia buat, semua tak kena di mata mak. Kenapa, mak? Kenapa?" Suara Hessa bergetar halus. Kelopak mata terasa hangat.
Selama ni, dia boleh kawal dirinya daripada menangis. Boleh pekakkan telinga. Tapi, kenapa saat ini dia rasa macam nak menangis. Hatinya, dipalit rasa sedih. Dicucuk seperti sembilu.
"Aku suruh kahwin dengan orang melayu! Bukannya orang luar yang tak tahu asal usulnya!"
"Dia pun orang melayu! Apa yang mak tak faham?"
"Mana orang tua dia? Kalau dah Melayu, kenapa orang tua dia.."
"Dia anak yatim piatu! Puas hati? Dia takde keluarga. Atau mak nak suruh orang pergi gali kubur keluarga dia, dan bawak rangka dekat sini? Macam tu baru mak puas hati?" Dek kerana geram, Hessa menjawab.
Bersama linangan air mata.
"Sebab tu aku cakap kau memalukan aku. Aku suruh kahwin dengan Ziyad anak orang kaya sebelah kampung, kau tak nak. Nak jugak kahwin dengan anak yatim piatu! Bodoh punya anak!" Marah mak seraya merengus. Masuk dapur sambil heret tangan Erin.
Dengan bangganya adik tiri dia peluk mak. Sedangkan dia?
Sedang dianak tirikan oleh mak kandung sendiri.
"Sabar, Nia. Sabar.." Mak ngah, mengusap bahu dia. Pantas, Hessa lap tubir mata. Bibir mengulum senyum kelat.
Pejam mata sesaat. Tarik nafas dalam-dalam. Puas dia cuba nyahkan rasa sebak, namun masih bertapak dalam dada.
"Abaikan je mak kamu tu. Anggap je dia tengah penat." Pesan Mak Da pulak.
"Ye, betul tu. Jangan ambil hati sangat."
"Kenapa dia tak suka Nia, makngah? Kenapa dia tak bagi je Nia dekat abah kalau dia benci sangat." Sendu suara terluah bersama air mata menitis ke pipi.
Dia tewas! Tewas dengan perasaan sendiri. Tunduk menekur lantai, Hessa menangis perlahan. Dan saat itu, terasa ada tangan menarik jemarinya.
Angkat wajah, Gabriel depan mata. Jemari kekar itu, naik mengelap tubir mata. Pantas Hessa menepis. Laju dia lap pipi dan berlagak kuat. Seolah-olah, tiada apa yang berlaku.
"I'm okay. Don't worry." Sengih.
Tapi, kelatnya terasa.
Dan Gabriel tak nak Hessa rasa down, dia angguk perlahan.
"So, dengan siapa I kena buat baik? Dengan siapa I kena berhati-hati?"
Dengar Gabriel cakap Melayu, semua orang ternganga. Termasuk mak dan Erin. Kebetulan mereka keluar kembali nak ambil barang-barang doorgift. Semua orang berpandangan sesama sendiri.
Hessa dah kemam bibir. Satu lagi rahsia yang dia tak bagitahu sesiapa.. Gabriel boleh cakap Melayu. Dia biarkan je tanggapan orang pada Gabriel tanpa ubah apa-apa.
"Tell me. So that, no one can hurt you anymore. I tak suka orang sakitkan hati isteri I. Hina I takpe. Jangan hina isteri I. I pantang benda-benda macam ni." Semakin fasih Bahasa Melayu Gabriel, semakin kelat air muka setiap orang.
Terutamanya, mak.
"I tak tahu apa itu penoreh getah. Tapi, yang I tahu.. bila you menangis macam ni. I rasa macam nak hempuk orang yang buat you menangis. So, please don't cry in front of me. Not even in my back."
Disebabkan dia pendek, Gabriel terpaksa bongkokkan badan, menyamai ketinggian mereka. Jemari kekar itu, mendarat manja di pipinya.
Hessa jadi tak sedap hati tengok muka serius Gabriel. Spontan, dia tarik tangan Gabriel masuk ke dalam bilik lalu kunci kemas. Kemudian, dia toleh pandang encik suami.
Gabrie l jungkit kening. Hessa hela nafas. Duduk dilabuhkan di katil. Begitu jugak Gabriel. Mereka sama-sama bersila dan menghadap satu sama lain.
"Selain dari Erin, you kena elak berjumpa dengan Mak Ucu." Hessa mulakan bicara. Dia lipat jari kelingking.
Start kira, siapa yang Gabriel perlu elak agar benda tak elok takkan berlaku.
"Kalau you tengok mak I dah garang.. Mak Ucu lagi pedas ayat dia. I harap you akan bersabar selama kita dekat kampung ni," jeda Hessa.
"Selain daripada tu, Azimah. Sepupu I. Dia sekutu dengan Erin. Cuma, dia belum sampai. Mungkin esok.. mungkin lusa. But I hope, she's not coming." Bibir dicebik perlahan.
"Yang lain, semuanya okay. Setakat mengata sikit-sikit tu, perkara biasa. Jangan ambil hati." Pesan Hessa lagi.
Gabriel dengar penuh focus. Dia cuba ingat satu persatu nama yang Hessa sebut.
"Erin, your sister. Mak Ucu, your aunt. And also, Azi..Zema.."
"Azimah, my cousin."
"Okay! I will never talk to them," putus Gabriel. Wajah serius dia, buat Hessa ketawa kecil. Hilang seketika rasa sedih.
"And also, sejak bila I anak yatim piatu? My dad is still alive."
"I'm sorry. I just nak buat mak diam."
"Okay, understood." Dua patah.
Suasana sepi kembali. Saling merenung, tiba-tiba dada dihempas debaran. Hessa mula terasa hangat.
"Err.. today you tidur dekat bawah dulu. I tak rasa I nak kongsi katil." Dek cuak, dia lempar bantal dan toto ke lantai.
"I think, I already.."
"Yes, I know. But, not today. Please," rayu Hessa.
Berharap Gabriel faham yang dia tak mampu nak tidur sekatil. Jantung dia, sedari tadi tak pernah berehat. Jadi, malam ni.. bagilah jantung berehat dulu.
"Okay. Only for today." Gabriel mengalah. Ambil toto, hampar dekat lantai. Lalu dia rebahkan badan. Tangan naik ke atas dahi. Mata terkebil-kebil pandang kipas bergerak. Seminit dua, takpe lagi.
Masuk minit ke tiga, dia dah rasa gatal-gatal. Rasa lenguh dekat badan. Sejujurnya, dia tak pernah tidur dekat lantai! Tapi, demi Hessa Rania.. dia turutkan jua.
You are reading the story above: TeenFic.Net