RubyNurAiris
Bidadara putera

Bidadara putera

247 4 5

Siapakah Bidadara Putera di hati seorang Bidadari Puteri?…

PENAKLUK HATI NAUFAL ISAAC

PENAKLUK HATI NAUFAL ISAAC

13 0 1

Insyirah Khayani, hidupnya tidak seperti anak orang kaya yang lain. Ya, bapaknya orang kaya tapi itu bapaknya bukan dia! Dan hidupnya seakan snow white bila 'mati' diracuni dengan segala dusta dan pembohongan sejak dari mula lagi. Jalan terbaiknya dia dihantar jauh ke bumi asing. Rupanya di stulah dia 'hidup' kembali sebelum 'mati' semula.Naufal Isaac...Malangnya dia bukanlah lelaki gentleman yang boleh diharapkan oleh Insyirah. Namun entah mengapa lelaki itulah yang dihantar oleh si bapak sebagai pelindung tanpa dia tahu penyamaran itu. Dan bagi Insyirah, Isaac bukan sekadar teruk tapi amat teruk!"Mungkin kau tak pernah hidup susah sebab itulah kau boleh buat-buat tak pandang seseorang yang perlukan pertolongan."-Isaac-"Kenapa aku rasa macam kau bercakap perihal diri sendiri?"-Insyi-Ya, Insyirah 'kenal' Isaac tetapi lelaki itu tak kenal dia 'siapa'. Benarkah begitu aturannya? Dan aturan sekarang adalah Insyirah perlu dilindungi demi nyawanya. "Tolong jaga adik aku baik-baik, Isaac. Hanya dia nyawa aku. Jangan bagi mama aku tahu Insyi sudah pulang ke sini. Ramai yang nak Insyi 'mati'."-Khamal-Abang dan adik itu terpisah bertahun demi nyawa sang adik, kini juga meminta Isaac melindungi.Persoalannya sekarang Isyirah perlu dilindungi daripada Datin Misfuahkah? Atau daripada siapa? Siapa yang 'ramai' ingin Insyirah mati dan kenapa? Saat pertembungan itu berlaku. Ada perkara yang perlu Insyirah pertahankan selain dari nyawanya sendiri. Sanggupkah Isaac melindungi segalanya termasukkan lindungi hatinya yang perlahan ditakluki Insyirah?"Saya memaafkan awak Isaac tapi saya tak akan lupakan setiap pengkhianatan yang awak pernah lakukan."-Insyirah-Tapi lain pula perkaranya yang terjadi. Kenapa ada pengkhianatan daripada Isaac? Adakah Insyirah tertipu dengan penyamaran Isaac atau ada perkara lain yang lebih menikam hati?…

RYKAL HIDAYAT, KASANOVA TERBILANG

RYKAL HIDAYAT, KASANOVA TERBILANG

6 2 1

Rykal Hidayat, dia mungkin adalah cinderelela versi lelaki yang hidup di zaman millenium. Namun versi dia adalah si kacak yang bermulut manis dengan menakluki hati dan jiwa perempuan yang ketandusan kata-kata sayang. Rykal Hidayat, rupanya dia tuan muda yang terpisah lama dari keluarga sebenar. Kembalinya dia ke Teratak Cahaya Bonda bukan kehendak diri. Malahan hanyalah tanda terima kasihnya kepada si ibu yang melahirkan dan sang datuk yang semakin uzur tanpa dia tahu rupanya dia harus lepaskan tittle kasanova selamanya."Kenapa aku harus tunduk kepada seorang gadis kasar dan bengis seperti engkau." - Rykal Hidayat -"Sebab kau tuan muda dan aku puteri yang terpilih, faham?" - Emell Maisara -Bagaimana harus Rykal lepaskan diri dari gadis tomboi seperti Emell? Ke mana saja dia pergi, dengan siapa sahaja dia cuba dekati, harus melalui Emell, si tomboi yang bukannya puteri. "Jangan bangga sangatlah dengan gelaran kasanova tu. Nanti dah mati, semua akan jadi makanan ulat termasuklah muka yang kacak tu." - Emell Maisara -"Nanti aku akan upgradekan taraf kasanova tu menjadi suami matang tanpa sempadan. Lebih suci bersih. Dan kau boleh upgradekan diri menjadi puteri yang terpilih. Itu sebenarnya kan yang mereka mahukan dari kita? Jadi... ada perjanjian tak kita sekarang? " - Rykal Hidayat -"Okay, deal! Ini sangat menguntungkan." - Emell Maisara -Sebenarnya apa yang 'mereka' mahu dan siapa 'mereka' itu? Dapatkah agaknya kedua-duanya saling membantu antara satu sama lain demi diri mereka sendiri."Tapi janji... lepas semua ni dah okay. Aku akan tetap seorang kasanova yang terbilang." - Rykal Hidayat -…

ANDAINYA AKU PERGI DULU - ebook

ANDAINYA AKU PERGI DULU - ebook

11 0 2

Anisah seorang anak yatim piatu dan dia bukanlah menantu pilihan tetapi dia tetap isteri yang disayangi Muiz. Dua tahun mereka bahagia dalam rumahtangga yang dibina bersama cinta & keteguhan hati. Namun ada satu kekurangan, iaitu anak.Lantaran itu mama Muiz membuat pendekatan duduk di rumah anaknya bersama seorang menantu iaitu Mieza. Mieza adalah menantu pilihan Puan Faizah. Cuma dia ditakdirkan menjadi balu ketika sedang mengandungkan zuriat sulung arwah Midi, yang telah meninggal dalam kemalangan 6 bulan yang lepas.Ada rancangan yang diatur Puan Faizah bagi menghalau keluar Anisah dari hidup Muiz. Rancangannya adalah menjadikan Mieza isteri kedua Muiz selepas Mieza melahirkan anaknya. Namun adakah Anisah rela dimadukan Muiz demi seorang ibu mentua? Atau relakah Muiz menjadikan bekas adik iparnya sendiri sebagai isteri kedua kerana seorang anak saudara yang kehilangan bapa?Benarkah jika ada campur tangan pihak ketiga dalam sebuah rumahtangga, ia akan menhancurkannya? Atau dapatkah mereka teguh sehingga kehadiran zuriat sendiri? "Perempuan tak berkeluarga seperti engkau, bukannya datang dari keluarga baik-baik! Walau engkau mengandung sekalipun, budak itu tetap bukan cucu aku!" - Puan FaizahYa, itulah yang sebenar-benarnya... Lalu tegakah Anisah terus bertahan dalam larutan cinta yang Muiz berikan jika Muiz juga diberi pilihan antara dua iaitu, dia atau Puan Faizah? "Bini kau tu ada skandal lain. Jangan jadi lelaki dayus, Muiz!" - Puan Faizah -Benarkah itu? Atau ia hanya rancangan Puan Faizah sahaja apabila dia tidak dapat membuat Muiz memilih dia. Bagaimana pula dengan Muiz? Adakah dia termakan hasutan itu?"Bang... andai Nisah tiada nanti dan jika kita punyai anak, jangan sia-siakan dia. Dia tetap anak kita walau bukan cucu mama." - Anisah -"Drama!" - Mieza -Penambah perencah dalam kehidupan. Muiz dihimpit dari segala sudut. "Andai diberi pilihan sekali lagi. Abang akan pilih..." - Muiz -Adakah itu penamatnya atau sinar bahagia yang mereka dambakan?…

ENCIK DUDA LE

ENCIK DUDA LE

215 1 6

Julia Fairuza..Best tak nama yang mama kita beri?Tapi mama tu bukan ibu kandung kita tau..Dia tu bekas isteri kepada papa kita..Dan kita ni dilahirkan oleh arwah ibu iaitu isteri ketiga papa kita..Manakala papa kita pulak adalah 'hantu punya duda'..Jenis cerai kahwin, cerai kahwin..Cuma bila masuk kali kelima dia kahwin, terus dia lekat dengan umi..Umi pulak sebetulnya adalah ibu tunggal beranak satu..Hah dialah abang tiri kita..Masa masuk kolej, kita terpaksa tinggal dengan papa..Yang mana telah menduda untuk kali yang kelima setelah kematian umi..Dan paling menariknya cerita kita ni nanti..Papa duda, abang tiri kita tu pun baru menduda, jiran sebelah rumah ni pun duda..Eh, kalau tak silap, mama cakap ramai duda dekat kawasan rumah papa ni..Mujur nama taman perumahan mewah ni bukan nama DuDa haha..Dan kita???Macam dah tersukalah kat duda ngeee...Orang kata duda ni banyak pengalaman, lebih stabil, komfem bukan gay & kebanyakannya ada rupa.. Betul ke? Agaknya boleh tak kita nak mencuba? Lebih-lebih lagi mereka ni spesis rare & limited edition.Macam pelik je kan cerita kita ni.. pelik tak?Yang benar,Julia Fairuza Bt Nuural AzuaENCIK DUDA LE...Izzuan Aakif - Kejantanan aku belum dapat dibuktikan, dia kata? Wan Rykal Hidayat - Bukan jejak perasan ye tapi duda terlebih santan. Makin kau pandang, makin aku tunjuk macho.Khaireel - Walau apa datang melanda, cerita cinta kita akan bersambung bila-bila masa sahaja.Tengku Izzue Hisyam - Dambaan kasih dan kasih jualah yang akan diberikan. Sudikah agaknya dia menerimanya?Uncle Azua - Mana heroin papa ni? Sampai hati kamu semua....…

Jika Itu Yang Tertulis

Jika Itu Yang Tertulis

2,651 65 29

Dua gadis dengan nama yang hampir sama, telah mewarnai hidup seorang Izzad Firdaus. Lantaran itu bagaimanakah liku hidupnya ditulis di dada takdir jika hanya seorang yang menghuni di hati? "Abang Korea, janji tau... lepas exam, awak masuk meminang saya." - FarhaDia, sang gadis yang didambakan."Senafas rindu telah kuucapkan. Semerdu kata telah kulagukan. Semoga sejambak kasih sanggup kau tadahkan. Sanggupkah kau..." - IzzadNamun manusia hanyalah perancang. Hanya Allah S.W.T juga yang menentukannya. Fitnah yang mendatang bagai bah yang tak mampu disekat. Hati Izzad dirabakkan. Jasadnya pula direnyukkan. Dia dipaksa dan terpaksa redha dengan apa yang terjadi. Dan tahun-tahun berlalu dengan pantas.'Aku mahu memadam kesilapan seperti memadam lukisan di dinding.' - Izzad Dia bangkit dari luka yang memeritkan. Pengalaman lalu juga telah mendewasakan seorang Izzad. Namun..."Shahril Fahmi, bakal TUNANG Farha!" - Shahril"I tengah menonton drama terhebat di abad ini, maybe. And maybe not because I'm not interesting with a storyline." - MayaBertahun dulu, sebenarnya ada rahsia yang tersimpan antara mereka semua. Membukanya dengan kasar dan perlahan, dua-dua tetap menyakitkan. Lantaran itu, bagaimana caranya? Dan apakah yang akan tertulis dalam episod seterusnya hidup seorang Izzad Firdaus?…

MR KILLER SMILE

MR KILLER SMILE

11,452 245 31

Antara keikhlasan, kebenaran, dendam, air mata dan cinta. Mampukah keikhlasan memadamkan dendam? Mampukah kebenaran menghapuskan air mata? Mampukah cinta mengatasi segala-galanya? "Ini adalah permulaan bagi satu permainan. Namun yang pasti, akulah pemenangnya. Tiada tempat kedua kerana semua berada di tempat terakhir." - Iskandar. Antara ego, dendam dan cinta, tegakah Iskandar menyakiti Auni dan meletakkan gadis itu sebagai taruhannya? "Biarkan rasa sedih itu seperti air, mengalir terus ke lautan. Biarkan seperti angin, bertiup hinggap ke pergunungan. Biarkan seperti debu, melayang jauh menghilang di dataran." - Auni. Sedih dan kecewa membuatkan jiwa Auni menjadi keras. Bukan mudah menjalani kehidupan sebatang kara di dunia ini. Dibuang keluarga bukan pengakhiran hidupnya. Tapi, permulaan kepada semua kisah suka dan duka. Walaupun dia berusaha mencari bahagia, namun duka terus mengekori jalanan hidupnya. "Sukarnya memiliki hatimu seperti sukarnya menemui mutiara yang duduknya di dasar lautan, Auni!" - Hanif. Bertahun membuang rasa, namun hidupnya terus dihantui. Jauh di sudut hati, ada rasa yang tersimpan buat seseorang. Namun rasa ragu yang bertandang dalam jiwa membuatkan kehadiran Mr. Killer Smile bagaikan membunuh jiwa Auni perlahan-lahan. "Sayangku Auni, jauh di lubuk hatimu ada cahaya yang menerangi alam dan mampu menghapuskan kegelapan juga kedukaan hidup insan yang tahu menghargai kehadiranmu." - Nadhir. Adakah kehadiran Mr. Killer Smile mampu membuatkan dia tersenyum? Atau kehadiran lelaki itu mendatangkan air mata, menjerut hati dan jiwa?…

JANJIKAN AKU, I WON'T LOSE YOU

JANJIKAN AKU, I WON'T LOSE YOU

111 4 10

Mereka bertemu dikancah pergolakan, ketegangan dan perebutan kuasa kumpulan paling besar di Gangnam. Namun cinta tidak akan pernah lari dari menyusup ke setiap ruang hati. Aufa Melissa... Dia bukan gadis sebarangan. Taruhannya adalah sebuah kumpulan yang dikenali dengan nama Red Dragon. Dia adalah bunga yang sedang mekar tapi penuh dengan duri yang beracun. Dia hanya mampu dipandang tapi tidak boleh dipegang. Namun benarkah begitu? Omar Sharaffi...Tiba-tiba dia datang dan sering menyelar hati seorang Melissa. Rupanya dia adalah lelaki yang penuh dengan kekecewaan. Perempuan baginya di mana-mana sahaja adalah manusia yang harus dijauhi segera.'Jangan pernah menilai jika tidak kenal siapa aku!'~ MelissaMarah Melissa bersebab kerana baginya lelaki juga bukan manusia yang perlu didekati. Lebih-lebih lagi dengan adanya seorang Kim Dan yang kerap menjengkelkannya dengan ugutan dan kongkongan.'Aku... akan wujud seperti bayang dalam tiap gerak langkahmu. Jangan pernah ingin menjauh!' ~Kim DanBerlainan dengan Daniel Choi. Lagaknya seperti raja walau hanya berlindungkan sebuah nama dan pangkat. Seakan pengecut? Tetapi mungkin itulah menyelamat sebenar seorang Melissa?Bila Red Dragon diambang pepecahan, Melissa dijadikan taruhan terakhir untuk sebuah kemenangan. Siapa yang sanggup mati? Siapa yang sanggup terbunuh? Benarkah cinta membuatkan manusia hilang waras akal dan ia juga boleh membuatkan manusia rela berkorban? Persoalannya sekarang... siapa pemenang, siapa bakal kecundang?'Janjikan aku... jangan pernah pergi jauh... jangan pernah hilang... aku mahu terus bermimpi bahagia selamanya.' ~ Melissa'Ya, mimpikanlah aku sebagai orang yang memimpinmu di masa hadapan...' ~ Dia ~…

SELAMA MANA MAMPU BERTAHAN

SELAMA MANA MAMPU BERTAHAN

131 2 10

'Kembalikan cahaya dalam hatiku. Kamukah itu yang menjadi penyuluh?' ~ Narfeesa~Hidup Isma Narfeesa tampak bahagia. Dia si jelita yang membina perniagaan sendiri sejak zaman remaja. Namun tiada siapa tahu hidupnya pernah diselubungi trauma. Lantaran itu 'berkahwin' tidak pernah masuk dalam jadual hidupnya. Namun satu saat, ia terpaksa dan rela kerana Annesa.'Kita kahwin! Kahwin lari pun aku sanggup. Dan aku akan jadi pelindung kau selamanya.' ~Sharaffi~Omar Sharaffi, model terkenal tanahair. Seorang pelindung sejati Narfeesa. Sikapnya agak kasar dan itulah daya penarik Sharaffi. Mereka berkait rapat sejak berzaman kerana satu rahsia yang perlu dilindungi. 'Kita janji sampai mati...' ~N & S~Tiba-tiba Harith Luqman mencelah antara dua sahabat. 'Nanti... Bukan saja tahi lalat di leher yang awak akan rasa manis tapi segala tempat yang ada benda tu, awak akan angau separuh mati.' ~Luqman~Lelaki itu ada satu aura yang tidak mampu ditolak. Dalam kelembutan, tegas dan perancangan teliti dia berjaya menyusup masuk ke dalam hidup Narfeesa. Dan satu perkara yang diketahui Narfeesa memusnahkan segalanya.'Aku sedia memaafkan walau agak terkilan.' ~Narfeesa~Kerana lelaki-lelaki dalam hidupnya itu, Narfeesa menjadi seorang yang berahsia tentang diri. Untuk itu sanggupkah keduanya bertahan dengan Narfeesa? Dan selama manakah Narfeesa mampu bertahan dalam menjaga rahsia hatinya?…

Writer

Writer

14 0 2

Hanya tulisan suka2.. Nak buat macam diary tapi bukan sejenis diary... ia hanya tulisan2 suka2 sahaja... perihal diri, famili, novel, manuskrip2, penulis2 Ilusi & macam2 lagi...…

Delete Dari Hati

Delete Dari Hati

196 15 3

Delete Dari Hati..Coming soon Bab by Bab.. Bulan 5-6 mungkin..…

Airis Erdiani, A Gamer

Airis Erdiani, A Gamer

28 4 1

Aku Airis. Sang bunga yang juga merupakan seorang gamer. Apa itu gamer? Istilah gamer sebenarnya berasal dari permainan games . A 'gamer' is someone who plays interactive games, such as video games or tabletop games. The term includes those who do not necessarily consider themselves to be gamer. Akulah si gamer yang tidak mudah tunduk. Jadi berhati-hatilah sang teruna, berhati-hatilah lelaki semua. Akulah pemain yang handal. Tiada istilah game over dalam hidupku.. Coming soon Bab by Bab.. Maybe bulan 5-6..…

NAMA YANG DISIMPAN DALAM HATI

NAMA YANG DISIMPAN DALAM HATI

371 8 12

Kompilasi 4 manuskrip cerpen karya Kak Ruby / Ruby Nur Airis1- Jaga Dirimu, Sayangku2- Di setiap Janji Si Dia3- Warna Sang Pelangi4- Nama Yang Disimpan Dalam Hati…

Mr Killer Smile 2 - CINTA

Mr Killer Smile 2 - CINTA

1,488 31 16

Blurb CINTA..Mr Killer Smile... Hanya dia yang Auni dambakan dari dulu, kini dan selamanya. Kepayahan dahulu sudah terbalas dengan kebahagiaan. Kehadiran Luth Naufal pula pelengkap hidup seorang Cinderalela yang bersuamikan Prince Charming. Kisah mereka seperti cerita dongeng yang direalitikan.'Takkan hilang rasa cinta pada hati yang telah disentuh' - Iskandar'Saat terbahagia dalam hidup adalah di waktu kau melangkah mendekati' - AuniNamun... Tamatkah cerita CINTA, Adam Iskandar dan Auni Amirah ini dengan hanya itu?'Tulislah dengan hati di setiap satu perjalanan masa...'Dan apa yang tertulis adalah... Satu kesakitan yang tidak terduga...Jeritan itu terpaksa Iskandar telan. Sesungguhnya itulah cara bagi melepaskan kerisauan yang semakin menghimpit dada. Air mata lelakinya jatuh tanpa dapat ditahan. Rupanya begitu peritnya pukulan hati.'Suami... Aku tetap isterimu...' moga kata-kata itu pengubat hati seorang Adam Iskandar.'CINTA...'…